Anda di halaman 1dari 1

Kadazan mengamalkan kepercayaan

Orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamnya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan. Orang Kadazan kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius. Di kebanyakkan daerah di Sabah, bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain itu, boboh juga berfungsi sebagai pembimbing masyarakat Kadazan dari segi kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi warisan turun-temurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka. Bilangan bobohizan dalam negeri Sabah juga tidak banyak dan apa yang membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut.

Anda mungkin juga menyukai