Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A PENGENALAN TGFU Teaching Games For Understanding (TGFU) sebenarnya bukanlah sesuatu model yang baru dikalangan

ahli-ahli pendidik di Negara kita. Model TGFU telah diperkenalkan dengan bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada. Model ini pada asalnya telah diperkenalkan oleh James Thorpe, yang mana beliau telah menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. TGFU kemudiannya diperkembangkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) yang bermatlamat untuk memperkembangan kemahiran kognitif dan psikomotor individu dalam sukan berdasarkan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong kedua-dua tokoh ini untuk mebuat kajian mengenai TGFU dan seterusnya memperkenalkan teori dan model TGFU ini kepada umum. Ini adalah hasil daripada beberapa isu yang timbul dikalangan pelajar-pelajar Britain yang berlaku pada sekitar 1980-an. Antaranya adalah ; a. b. c. d. e. Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan. Kekurangan pengetahuan tentang permainan. Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam mebuat keputusan. Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjol.

Matlamat utama model TGFU ini adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu, model ini juga turut menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri mereka dalam pelbagai permainan. Selepas kajian Bunker dan Thorpe, model TGFU ini masih lagi diubahsuai mengikut kesesuaian dan perkembangan dari masa ke semasa sehinggalah ke hari ini (Kirk dan MacPhail, 2002). Ini bagi memastikan model ini tetap relevan mengikut sukan dan dapat disesuaikan dalam pendidikan pada masa ini. DEFINISI TGFU Teaching Games for Understanding (TGFU) telah didefinisikan sebagai mengajar memahami permainan dalam bahasa Melayu. Mengikut kajian David Understanding dan Rod Thorpe ( 1982 ) dari Universiti Loughboroungh, Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang mana ia merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan semasa satu sesi pengajaran dan pembelajran atau puermainan itu dijalankan..

Melalui TGFU ini murid dapat memfokuskan pada keseluruhan permainan berdasarkan prinsip atau konsep yang diterapkan dalam kaedah mengajar menggunakan TGFU. Kementerian telah menyediakan panduan bagi guru untuk menggunakan kaedah TGFU dalam pendidikan jasmani agar murid-murid dapat berseronok dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan disamping menjadikan kelas tersebut sebagai motivasi kepada murid untuk lebih mengikuti fokus pada aktiviti yang dijalankan. Di samping itu melalui TGFU ini murid dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara murid. Konsep yang digunakan melalui kaedah TGFU ini adalah bebas dan tidak mempunyai peraturan tertentu, kerana berbentuk aktiviti yang menyeronokan dalam pembelajaran. TGFU yang telah diperkenalkan ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan dimana ia menekankan kepada 6 komponen utama dalam TGFU itu sendiri iaitu membentuk permainan, apresiasi permainan, kesedaran taktikal, membuat keputusan, melaksanakan kemahiran dan prestasi. Melalui 6 komponen utama ini, murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu tanpa perlau ada kekangan atau terikat dengan permainan itu sendiri. Pendekatan TGFU ini menyarankan agar teknik diperkemaskan apabila pelajar sudah menguasai taktik dan strategi yang secara teknikalnya diperolehi semasa permainan TGFU dilaksanakan. Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai