Anda di halaman 1dari 3

.

KECEMERLANGAN DIRI

Tarikh Patut Siap: 09.01.2012 Pengenalan Setiap orang mahukan kecemerlangan dalam hidup. Ada yang inginkan kecemerlangan dalam pelajaran, ada yang mahukan kecemerlangan dalam kerjaya, ada yang mengimpikan kecemerlangan dalam akhlak serta. keperibadian dan sebagainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan diri? Kecemerlangan diri merupakan kejayaan indivldu yang dicapai dalam beberapa aspek. Antaranya cemerlang dalam: (a) (b) (c) (d) pendidikan; perwatakan; komunikasi; refleksi.

Apabila seseorang itu telah mencapai kecemerlangan dalam keempat-empat aspek ini, bermakna dia telah mencapai kecemerlangan dalam diri. Pendidikan llmu pengetahuan merupakan asas kejayaan hidup seseorang, Oleh itu, sesiapa yang berjaya dalam pendidikan, dianggap cemerlang. Sesiapa yang inginkan kecemerlangan dalam pendidikan perlu mengamalkan ciri-ciri yang berikut;(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) mempunyai matlamat hidup. Contohnya: sudah tahu kerjaya yang diinginkan menetapkan jumlah A yang akan dicapai dalam peperiksaan PMR rajin dan gigih ketika menuntut ilmu; mempunyai semangat yang kental; tekun, yakin diri; tidak mengenal erti putus asa dan cekal menghadapi sebarang dugaan; mempunyai keazaman yang tinggi; senantiasa berusaha memperbaiki diri.

Orang yang cemerlang dalam pendidikan tentunya berpeluang memiliki kerjaya yang baik, dipandang mulia, dihormati, dan disegani. Perwatakan 1. 2. (a) (b) (c) (d) (e) Orang yang mempunyai perwatakan yang terpuji juga adalah orang yang cemerlang. Ciri-ciri orang yang berperwatakan terpuji: taat kepada ibu bapa; mempunyai perasaan kasih sayang; berpegang teguh kepada ajaran agama; menjaga kebersihan dan penampilan diri; berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi; senantiasa menjaga pertuturan, perlakuan, dan

tindakan agar tidak menyinggung perasaan orang (f) jujur, amanah, dan ikhlas dalam tindakan.

Apabila kita memiliki kecemerlangan dalam perwatakan, tentunya kita akan menjadi contoh teladan kepada orang lain dan dihormati oleh masyarakat. Komunikasi 1. (a) (b) (c) 2. 3. Komunikasi boleh berlaku dalam tiga bentuk, iaitu: lisan atau verbal; bahasabadan atau non-verbal; simbol yang difahami oleh kedua-dua pihak, iaitu pemberi dan penerima maklumat tersebut. Orang yang cemerlang, akan cemerlang dalam komunikasi. Komunikasi yang cemerlang mempunyai ciri-ciri komunikasi yang berkesan.

4. Komunikasi yang berkesan berlaku apabila orang yang menyampaikan maklumat atau idea dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas, beretika, dan intonansi yang sesuai serta difahami oleh orang yang mendengar atau menerima maklumat itu. 5. Gunakanlah bahasa yang sopan dan mengikut etika serta kesesuaian keadaan ketika berkomunikasi supaya orang yang menerima maklumat, dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

6. Contohnya ketika terdapat percanggahan pendapat, jangan sekali-kali meninggikan suara kerana tindakan tersebut akan memburukkan lagi keadaan. Refleksi 1. 2. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu mestilah selalu membuat refleksi diri. Refleksi diri adalah tindakan membuat renungan atau menilai kembali tentang diri sendiri.

3. Orang yang membuat refleksi diri akan menilai kelemahan dan kesilapan lalu dan sedaya upaya memperbaiki kelemahan tersebut. 4. Kesilapan dan kelemahan lalu akan dijadikan pengajaran supaya tidak diulang lagi pada masa hadapan. 5. 6. Segala kelebihan diri perlu ditingkatkan supaya kita menjadi lebih hebat pada masa hadapan. Jangan jadikan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak berusaha dan berputus asa.

7. Kadang kala kita tidak tahu akan kelemahan dan kelebihan kita. Oleh itu, kita boleh menilai diri kita melalui rakan atau ahli keluarga kita. 8. Sebarang pandangan atau komen perlulah diterima secara positif untuk kebaikan dan kecemerlangan diri.

Anda mungkin juga menyukai