Anda di halaman 1dari 2

Teori Inovasi

Dalam usaha kita untuk merealisasikan sesuatu perubahan dan inovasi dalam kurikulum bilak darjah, pelbagai aspek perlu ditekankan sebelum sesuatu perkara itu dilaksanakan. Teori inovasi juga adalah aspek utama yang perlu difokuskan. Terdapat beberapa peringkat yang dapat dilihat dalam merealisasikan inovasi dalam kurikulum bilik darjah ini. Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap individu yang terlibat melalui penerimaan yang berbeza-beza. Ia dapat diibaratkan seperti bagaimana potensi dan proses penerimaan seorang pembeli untuk membeli produk yang baru di mana produk baru itu terdiri daripada barangan, perkhidmatan atau idea. Proses penerimaan ini adalah melibatkan proses mental dapat menerima barangan, perkhidmatan atau idea dari mula (input) sehingga ke akhir (output). Penerimaan ini juga merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang untuk menjadi pengguna tetap kepada barangan, perkhidmatan atau idea tersebut. Dalam proses penerimaan sesuatu yang baru ini terdapat lima (5) peringkat penerimaan iaitu:Kesedaran Individu sedar dengan idea yang baru tetapi kurang maklumat mengenainya. Minat Individu mendapat maklumat tentang idea yang baru. Penilaian Individu akan mempertimbangkan mencuba idea baru untuk difahami. Percubaan Individu akan menjinak-jinakkan diri dengan idea baru secara beransur-ansur dalam meningkatkan tahap penerimaannya. Penerimaan Individu membuat keputusan untuk menerima sepenuhnya idea yang baru. Selain dari itu, terdapat beberapa model-model penerimaan seperti Innovation Decision Process Theory oleh Carl Rogers yang mengemukakan bahawa terdapat lima (5) tahap yang berbeza bagi proses penerimaan. Peringkat-peringkat penerimaan tersebut adalah seperti berikut:Peringkat Pengetahuan Apabila individu atau sesuatu kumpulan mula untuk belajar dan ambil tahu tentang satu inovasi baru. Peringkat Pujukan Mereka mula untuk membentuk sikap-sikap positif menerusi interaksi di antara satu sama lain. Peringkat Keputusan Mereka mula mencari maklumat tambahan dan satu keputusan dibuat. Peringkat Pelaksanaan Disebabkan kegunaannya, lebih banyak maklumat mula diterokai. Peringkat Pengesahan Penggunaan berterusan dan justifikasi dilaksanakan sama ada penerimaan diterima atau ditolak berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Individual Innovativeness Theory Carls Rogers telah mencadangkan bahawa individu-individu memberikan reaksi secara berbeza-beza untuk mengubah sesuatu berdasarkan sesuatu sifat semula jadi atau kecenderungan yang menjadi pendorong kepada sesuatu. Carl Rogers telah memberikan satu klasifikasi potensi pengguna berdasarkan kefahaman individu. Rajah 1 di bawah membuktikan gambaran yang dinyatakan oleh Cals Rogers:-

Rajah 1: Bell Shape - Individual Innovativeness Theory Carls Rogers (1995) Penginovasi (Innovators) Terdiri daripada mereka yang menjadi pengambil-pengambil risiko atau inisiatif dan sanggup mendahului atau memimpin dalam tempoh masa untuk mencuba sesuatu. Pengguna Awal (Early Adoption) Golongan ini lebih cenderung untuk disanjungi dan dilihat sebagai ketua kumpulan. Individu ini amat penting diterima oleh keseluruhan kumpulan. Majority Awal (Early Majority) Terdiri daripada individu-individu yang cermat dan teliti dan enggan mengambil risiko dalam tempoh masa atau dari sumber lain. Majoriti Lambat (Late Majority) Golongan ini pula terdiri daripada individu yang sukar menerima perubahan. Mereka hanya akan menerima perubahan setelah dipengaruhi oleh sesuatu yang amat memberi kepentingan kepada mereka. Dari erti kata lain faedah yang berganda-ganda dan nampak jelas buat mereka. Ketinggalan (Laggards) Individu-individu yang tergolong dalam golongan yang ketinggalan ini biasanya mereka yang sentiasa konsisten dan menentang dengan keras terhadap perubahan.

Anda mungkin juga menyukai