Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Salam sejahtera diucapkan kepada yang dikasihi , Encik Hj Fauzi Bin Salleh, pensyarah Bahasa Melayu Konteksual. Dengan limpah kurnia yang maha mulia Tuhan, saya dapat menyiapkan kerja kursus Bahasa Melayu Konteksual dengan sempurna. Terutama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami kerana telah memberi bimbingan dan sokongan moral sepanjang masa saya membuat tugasan ini. Beliau telah memberi tunjuk ajar yang rapi dan jelas untuk memudahkan kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan lebih efektif. Seterusnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seunit saya kerana mereka telah menolong saya mencari bahan-bahan untuk membuat tugasan ini. Saya dan rakan-rakan saya akan berkongsi pendapat tentang tajuk tugasan kami. Akhir sekali,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jiwa yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai