Anda di halaman 1dari 7

Pergerakan lokomotor

PENGENALAN

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Manakala pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar.

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep

pergerakan.

MATLAMAT Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ).
OBJEKTIF

Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.

Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. PERGERAKAN LOKOMOTOR Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Konsep Pergerakan Lokomotor Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

Bentuk Pergerakan Lokomotor Berjalan Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b) Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan c) Berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan d) Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan e) Berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak f) Berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan g) Berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan h) Berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan i) Berjalan naik tangga Berlari Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: a) Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus b) Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi. c) Berlari pantas dan beransur-ansur pelahan d) Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat

e) di berikan dan berlari semula f) Berlari kehadapan serta berundur kesisi g) Berlari mengikut seorang ketua h) Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan i) Berlari mengikut arah zig zag j) Lari beberapa langkah dan kemudian melompat Melompat Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Melompat seperti rusa melompat pagar 2. Melompat tali atau garisan di atas lantai 3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai 4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan 5. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 6. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 7. Melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat 8. Melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat 9. Melompat sambil mengubah arah lompatan PERGERAKAN LOKOMOTO: MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

PERGERAKAN LOKOMOTO: MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: 1. Merangkak melalui pelbagai halangan 2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah 3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat 4. Merangkak melalui tali

Pergerakan Bukan Lokomotor


Pergerakan Bukan Lokomotor Pergerakan bukan lokomotor ialah keupayaan untuk menggerakkan tubuh badan tanpa beralih tempat. Pergerakan kategori ini melibatkan pergerakan yang tidak mengubahkan dasar menyokong pelaku pergerakan. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Selain itu, pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar. Contohnya melambung, membaling, menggolek(seperti menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (seperti menggunakan kompang). Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjetenjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi dan sebagainya. Malah terdapat perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Disini Pergerakan Bukan Lokomotor adalah kestabilan iaitu sesuatu kemahiran. Kemahiran ini adalah kemahiran yang melibatkan pergerakan setempat atau tidak bergerak dari suatu tempat ke tempat lain. Seperti membengkok, meregang, mengilas, memusing, menghayun, berbuai buai, rebah, bangkit, menolak, menarik, mendekam dan sebagainya.

CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR 7.1 Menghayun Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang 7.2 Membengkok Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan lahan menegakkan badan 7.3 Memusing Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

7.4 Mendekam Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai 7.5 Menyokong Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi, sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya. 7.6 Membengkok Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain. Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu. 7.7 Meregang Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat. Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180. 7.8 Mengilas Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang. 7.9 Memusing Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan berpusing, dasar menyokong berubah tempat. 7.10 Menolak dan Menarik Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

7.11 Rebah Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati. 7.12 Bangkit Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi. 7.13 Melantun Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan ke depan secara beritma pantas dan berterusan. Secara kesimpulannya mengikut Burton(1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asas. Sebagai contoh, pergerakan berikut adalah kombinasi pergerakan-pergerakan di atas antaranya Merangkak dan membongkok dan berjalan. Membaling dan hayunan dengan tangan dibengkokkan dengan satu atau lebih langkah berjalan atau berlari. Mendekam dan rebah serta membongkok, menolak dan menyokong. Menguak dan menolak serta menarik ke kiri dan kanan.

MANIPULASI UNTUK AKTIVITI LOKOMOTOR 1. Jenis pergerakan: Manipulasi alatan dengan lokomotor Nama pergerakan: Imbangan pundi Alatan: Pundi kacang Cara Pelaksanaan: 1) Berdiri dengan sebelah kaki sementara pundi diletakkan di atas kepala. 2) Lompat ke hadapan dengan sebelah kaki (seperti permainan ketingting) sambil tangan didepankan untuk mengimbang badan 3) Rapatkan kedua-dua belah kaki setelah semasa mendarat.

2. Jenis pergerakan : Manipulasi altan dengan lokomotor Nama pergerakan : Gerakan harimau Alatan : Pundi kacang Cara Pelaksanaan: 1) Posisi adalah seperti merangkak. 2) Pundi diletakkan di atas belakang tapak tangan.

3) Merangkak ke hadapan bermula dengan tangan kanan di hadapan dan diikuti tangan kiri pula secara berselang-seli.

MANIPULASI UNTUK AKTIVITI BUKAN LOKOMOTOR 1. Jenis pergerakan: Manipulasi altan bukan lokomotor Nama pergerakan : Gerudi belantan Alatan : Belantan Cara Pelaksanaan: 1) Bongkokkan badan dengan mengangkat sebelah kaki sambil tangan memegang belatan ke hadapan. 2) Angkat kaki kiri ke belakang dan putarkan belatan ke hadapan. 3) Ulang langkah 2 dengan mengangkat kaki kanan.

2. Jenis pergerakan : Manipulasi alatan bukan lokomotor Nama pergerakan : Irama gelung Alatan : gelung Cara Pelaksanaan: 1) Berdiri tegak sambil memegang gelung dengan tangan kanan 2) Pusingkan gelung bermula dari arah bawah.

Anda mungkin juga menyukai