Anda di halaman 1dari 1

PELAWAAN MEMOHON PENGECUALIAN YURAN PENGAJIAN Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa

mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian yuran pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) peringkat Diploma. Pelawaan ini adalah dibuka untuk kemasukan semester pertama sesi Mei 2014. Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility-CSR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang sedang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Keterangan lanjut serta syarat-syarat kelayakan, sila hubungi di talian : 03-5522 5291/5406/5584 Bagi calon-calon yang berminat, permohonan adalah melalui sistem atas talian (online) di url:http://onlineapps.ined.uitm.edu.my/mdab. Borang online yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan yang telah mendapat pengesahan daripada majikan/Pegawai Kerajaan Kategori A seperti berikut: A) B) C) D) E) F) G) H) Kad pengenalan pemohon dan pasangan Sijil nikah (jika berkaitan) Sijil cerai/kematian (jika berkaitan) Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan Slip gaji terkini untuk tiga bulan terakhir (pemohon dan pasangan) Borang EC ( Penyata gaji tahunan) Surat pengesahan majikan (pemohon) Surat akuan sumpah atau surat pengesahan majikan pemohon, jika pasangan tidak bekerja

Hantarkan ke alamat berikut: Unit Pengambilan Pelajar Institut Pendidikan Neo (iNED) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dwelling 3, INTEKMA Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tarikh tutup Permohonan :

Tarikh akhir penghantaran borang permohonan

2 Mac 2014 (Ahad) 5 Mac 2014 (Rabu)

Anda mungkin juga menyukai