Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PENGELOLAAN AKTIVITI KOKURIKULUM PERSATUAN TEATER WAJ 3113

NAMA AHLI KUMPULAN

: ABDUL HADI BIN KHALID : SYAFIQ BIN ZAINAL : MUHD NURUL SHOLIHIN BIN ABDUL RANI MUHAMMAD BUKHARI BIN ABDULLAH

KUMPULAN NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR

: PISMP AMBILAN JANUARI 2010 / G6.11 : PUAN SALOMA BINTI ABDULLAH : 17 JULAI 2012

1.0

NAMA PROGRAM Tayangan Teater Komedi Bujang Lapok Persatuan Teater

Kontemporari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas ( IPGKIK ).

2.0

PENDAHULUAN Guru merupakan pemangkin utama dalam usaha melahirkan

masyarakat berbudaya luhur yang celik dalam seni budaya khususnya dalam kalangan generasi muda seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Justeru, Gerko Persatuan merupakan salah satu kursus wajib bagi guru pelatih

semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ). Salah satu daripada GERKO persatuan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) adalah Persatuan Teater Kontemporari. Persatuan Teater

Kontemporari merupakan satu latihan, pemupukan, pengukuhan dan asuhan seni budaya dalam kalangan pelajar IPGKIK bagi menyediakan mereka sebagai agen pembangunan seni budaya. Persatuan ini, dapat melahirkan para guru yang mempunyai jati diri bangsa Malaysia yang kukuh dan cinta akan seni budaya bangsa serta bertindak sebagai pewaris seni yang menjadi benteng kepada masyarakat dan negara.

Persembahan Teater Komedi Bujang Lapok adalah salah satu aktiviti persatuan yang telah dirancangkan pada semester ini. Persembahan teater ini adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada pelajar institut untuk merasai pengalaman menyaksikan persembahan teater secara langsung. Selain itu, persembahan ini juga dapat memberi pengalaman kepada ahli persatuan teater yang terdiri daripada pelajar institut sendiri mengenai pengelolaan sesebuah persembahan teater. Walaubagaimanapun, dalam era globalisasi yang canggih ini, seni budaya makin dilupakan oleh generasi kini. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa pementasan teater memberikan kebosanan berbanding meluangkan masa di hadapan komputer Adalah

menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memelihara warisan budaya negara kita supaya tidak lenyap ditelan zaman. Justeru, kami sebagai bakal pendidik harus bertindak sebagai role model untuk menerapkan kepentingan seni budaya dalam kalangan murid murid sejak di bangku sekolah lagi.

3.0

MATLAMAT Matlamat utama aktiviti ini adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih semester 6 menerokai serta dijadikan sebagai batu loncatan untuk mempelajari cara pengurusan serta pelaksanaan aktiviti dengan sempurna. Di samping itu, ia juga dapat menerapkan kemahiran-kemahiran serta menanamkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing dalam meningkatkan pengetahuan dalam seni budaya. Selain itu, pelaksanaan aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pelajar Gerko Persatuan Teater Kontemporari Semester 6 PISMP bagi memenuhi keperluan yang

dikehendaki dalam tugasan kursus.

4.0

RASIONAL Selaras dengan matlamat dan aspirasi negara bagi membina modal insan kelas pertama yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), warga pendidik memainkan peranan penting agar dapat melahirkan insan yang cemerlang dari segi kurikulum mahupun

kokurikulum. Justeru, kumpulan guru pelatih telah mengambil satu inisiatif dengan menganjurkan Pementasan Teater agar menterjemahkan isi

kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan menguruskan aktiviti yang dirancang dengan lancar

5.0

OBJEKTIF

5.1.1 Menghargai budaya warisan tanah air. 5.1.2 Mempertingkatkan kefahaman mengenai pementasan teater dari aspek pengelolaan. 5.1.3 Menggalakkan penyelidikan yang berterusan dalam bidang dan aspek seni dan budaya Malaysia. 5.1.4 Menghidupkan nilai-nilai budaya dalam diri guru pelatih. 5.1.5 Memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai bekalan untuk dijalankan di sekolah pada masa akan datang.

6.0

BUTIRAN PROGRAM

Tema Tarikh Masa Tempat Kumpulan Sasaran Di rasmikan oleh

: : : : : :

Mari Bergelak Ketawa 20 Oktober 2012 (Sabtu) 8.00 malam 10.00 malam Dewan Dato Razali IPG Kampus Ilmu Khas Guru Pelatih IPG Kampus Ilmu Khas Encik Shaari Bin Osman (Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas)

7.0

ASAS PERTIMBANGAN

7.1 Selaras dengan kehendak sukatan subjek WAJ3113, guru pelatih perlu diberi pendedahan tentang pengetahuan, kemahiran dan memberi

peluang kepada pelajar meningkatkan kreativiti dalam perancangan dan pengurusan GERKO persatuan.

7.2 Melalui aktiviti persatuan ini, guru pelatih dapat merancang, mengurus dan mengendalikan satu program teater dengan merekacipta identiti persatuan yang menarik, rasional dan efektif. 7.3 Selain itu, guru pelatih dapat melibatkan diri secara aktif dan

meningkatkan kepimpinan secara positif dalam penguasaan kemahiran intrinsik dan ekstrinsik.

8.0

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

8.1

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

Encik Shaari Bin Osman

PENASIHAT : Puan Saloma Binti Abdullah

PENGERUSI : Abdul Hadi Bin Khalid

TIMBALAN PENGERUSI : Syafiq Bin Zainal

SETIAUSAHA : Muhd Nurul Sholihin Bin Abdul Rani

NAIB SETIAUSAHA : Mohammad Bukhari Bin Abdullah

BENDAHARI : Sharifah Fakhira Bt Syed Mahbar

1.1

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengacara Majlis

Muhammad Mustaqim Bin Khairudin

Peralatan

Khairul Anwar Bin Yusof

Pentas

Nurul Nazihah Binti Jamaluddin

Hadiah dan Cenderahati

Suhaila Binti Othman

Makanan dan Minuman

Sophia Anak Asom

Siaraya dan dokumentasi

Dhavasini A/P Arumugham

Sambutan dan Pendaftaran Keselamatan dan Kebersihan

: :

Che Yusri Bin Che Mat Kirheba Murugan A/L Krisnan

9.0

SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANAAN Jawatankuasa Pengacara Majlis Bidang tugas Mengenal pasti aturcara aktiviti. Menyediakan skrip yang betul berdasarkan aturcara. Berhubung dengan ahli jawatankuasa yang tinggi sekiranya terdapat sebarang perubahan dari segi pelaksanaan aktiviti. Peralatan Pentas Hadiah dan Cenderahati Menyenaraikan segala peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pementasan teater. Membuat pinjaman peralatan yang ingin digunakan berdasarkan borang senarai semak. Menyediakan peralatan lengkap dan mencukupi. Memastikan penyelenggaraan peralatan yang

dipinjam dan digunakan dalam keadaan baik. Memulangkan peralatan selepas aktiviti. Mendapatkan kebenaran daripada pihak atasan untuk menggunakan dewan pada hari berkenaan. Bertanggungjawab dalam persiapan dewan. Membuat backdrop di papan kenyatan dewan. Membersihkan pentas selepas aktiviti. Mengenalpasti jenis hadiah dan menyenaraikan bilangan hadiah yang diperlukan. Membuat anggaran perbelanjaan. Menyediakan cenderahati kepada VIP. Pembelian dan urusan bungkusan hadiah. Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar. Makanan dan Minuman

Menentukan menu dan bilangan makanan yang diperlukan. Menempah makanan.

Sambutan dan Pendaftaran Keselamatan dan Kebersihan

Menyediakan anggaran perbelanjaan. Menyediakan minuman kepada peserta dan urus setia.

Siaraya dan Dokumentasi

Menyediakan Sistem Siaraya yang lengkap dan berfungsi. Membuat pinjaman alatan Sistem Siaraya. Menyediakan kamera dan melakukan rakaman video sepanjang program. Memastikan Sistem Siaraya berfungsi dengan baik sepanjang program dijalankan. Mendokumentasikan perjalanan program. Menyediakan borang penyertaan. Menyambut kehadiran VIP kawasan pertandingan. Mendaftar nama-nama peserta. Memastikan kawasan dewan selamat. Menyediakan peti pertolongan cemas dan langkahlangkah bantu mula. Memastikan dewan sentiasa bersih dan selamat. Menyediakan plastik dan tong sampah disekitar kawasan dewan. dan mengiringi VIP ke

1.0

SUMBER KEWANGAN

BIL.

PERKARA

AMAUNT Anggaran Jumlah

1.

Duit Persatuan Ahli Persatuan Duit Persatuan : RM 10 x 44 orang = RM 440 RM 440

2.

Sumbangan Pensyarah

RM 50 x 1 orang = RM50

RM 50

Jumlah

RM 490.00

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan bagi Pementasan Teater Bujang Lapok :

BIL.

PERKARA

PERBELANJAAN Anggaran Jumlah

1.

Hadiah dan Cenderahati Hadiah Kuiz : Johan Naib Johan Ketiga Saguhati Ketiga : RM 5.00 Saguhati : RM 8.00 (RM 2 x 4 buah) Cenderahati Pensyarah : RM 10 x 1 = RM 10.00 Cenderahati VIP : RM 30 x 2 = RM 60 Naib Johan :RM 10.00 Hadiah Kuiz : Johan : RM 15.00 RM 15.00 + RM 10.00 + RM 5.00 + RM 8.00 + RM 10.00 + RM 60.00 = RM 108.00

Cenderahati Pensyarah Cenderahati VIP

2.

Makanan dan minuman Air mineral untuk penganjur + pensyarah + Air Kotak : RM 1.20 x 46 = RM RM 55.20 + RM 57.00 = RM 150.20

VIP

55.20 Kuih :

Makanan untuk penganjur + pensyarah + VIP

RM

1.00

95

RM 95

3.

Lain-Lain Poster Poster : RM 10 x 10 = RM 100 Banner : RM 60 x 1 = RM 60 RM 160.00

Jumlah

RM 418.20

11.0

TENTATIF PROGRAM

Tarikh Hari Masa

: : :

20 Oktober 2012 Sabtu 8.00 malam 10.00 malam.

MASA 8.00 8.10 malam Pendaftaran

AKTIVITI

- Peserta mendaftar untuk kehadiran dan mengambil tempat duduk di dalam dewan. 8.10 8.20 malam Perasmian Pementasan Teater 8.20 8.30 malam Ucapan oleh Pengerusi aktiviti. Ucapan perasmian oleh Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas.

Taklimat Pementasan Taklimat diberikan sebelum pementasan.

8.30 9.30 malam

Pementasan Teater Bujang Lapok Peserta melihat persembahan teater

9.30 9.45 malam

Kuiz Pementasan Teater Peserta akan diberikan kuiz untuk dijawab berkenaan dengan pementasan teater. Peserta yang berjaya menjawab kuiz dengan betul diberikan hadiah.

9.45 10.00 malam

Jamuan dan Bersurai Jamuan ringan. Majlis bersurai.

12.0

PENUTUP Pementasan Teater Bujang Lapok ini berhasrat dapat melahirkan bakal guru yang serba boleh pada masa akan datang. Dengan ini, amat besarlah harapan kami agar apa yang telah dirancang ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan dan dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga segala usaha daripada semua pihak dapat menaikkan lagi martabat warisan budaya dan dapat memberikan pengalaman yang lebih efektif serta interaktif sebagai satu langkah persediaan untuk kami sebelum memasuki dunia pendidikan yang semakin mencabar. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Di sediakan oleh :

Melalui :

( Muhd Nurul Sholihin Bin Abd Rani ) Setiausaha Gerko Persatuan Teater Kontemporari.

( Abdul Hadi Bin Khalid ) Pengerusi Gerko Persatuan Teater Kontemporari.

Di sahkan oleh :

Di luluskan oleh :

( Puan Saloma Binti Abdullah )

( Encik Shaari Bin Osman )

Penasihat Gerko Persatuan Teater Kontemporari.

Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas.

LOGO PERSATUAN TEATER KOTEMPORARI

Anda mungkin juga menyukai