Anda di halaman 1dari 40

TEORI KAUNSELING

Beberapa Pendekatan Utama: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Psikodinamik Tingkah laku Humanistik-Kewujudan Kognitif Sistemik Gabungjalin

PENDEKATAN PSIKODINAMIK a .Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

Pandangan mengenai manusia: a} Personaliti manusia terdiri daripada id, ego dan superego. Id adalah nafsu terendah sekali, dan paling tidak matang.

b} Manusia mempunyai banyak helah beladiri (alasan-alasan). Contoh helah bela diri ialah menafikan kenyataan, menggantialih, merasionalkan sesuatu tindakan untuk kepentingan diri.

Setiap individu melalui tahap perkembangan psikoseksual seperti berikut: 1. Oral (mulut) bagi bayi di bawah umur 1 tahun, kawasan mulut atau oral merupakan zon keseronokan 2. Anal (dubur)- kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun di mana latihan menggunakan tandas bermula 3. Phalic (zakar/faraj) kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun cuba menyelesaikan identiti seksual mereka . #Oedipus kompleks wujud pada tahap ini bagi kanakkanak lelaki dan elektra compleks bagi kanak-kanak perempuan 4. Latency /Pendaman kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun 5. Genital (Syahwat) bagi dewasa Tahap 1, 2 dan 3 juga dikenali sebagai tahap pragenital.

Antara punca masalah menurut Teori Psikoanalisis:


pengalaman negatif dengan ibu bapa & semasa kanak-kanak, ada konflik masa silam dengan ibu bapa tersekat di peringkat perkembangan tertentu terlalu ikut nafsu

Matlamat Utama Teori Psikoanalisis: Teliti pengalaman lepas klien dari segi hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga, kenalpasti konflik terpendam serta punca

Matlamat Proses B & K teori psikoanalisis:


# Memahami alam tidak sedar klien # Menyedarkan klien perihal alam tidak sedar # Mengenalpasti konflik masa silam # Mengorganisasi semula personaliti (reconstruction of personality) # Membantu klien menyelesaikan tahap perkembangan yang tidak sempurna jika ada. # Membantu klien menyesuaikan diri dengan tuntutan masyarakat setempat (coping). # Menguatkan ego klien agar lebih berkeyakinan

Teknik (jarang diguna oleh kaunselor)


1. Pengluahan bebas, iaitu klien digalakkan meluahkan perasaan terpendam secara bebas (ventilate / free association) 2. Penelitian pengalaman silam 3. Hipnosis 4. Tafsir mimpi

b. Teori Psikososial Erikson


Punca Masalah: i. gagal menyesuaikan diri dalam masyarakat ii. pengalaman lepas yg negatif iii. pengaruh agen sosialisasi

Erik Erikson - perkembangan menerusi kitaran hidup berdasarkan pencapaian individu melalui 8 tahap. Masalah timbul sekiranya individu terencat di manamana tahap perkembangan psikososial. i} Percaya vs. ragu-ragu (lahir sehingga 1 tahun) ii} autonomi berbanding malu (1 3 tahun) iii} inisiatif berbanding rasa bersalah (4 6) iv} industri berbanding rendah diri (6 12 tahun) v} identiti berbanding kekeliruan peranan (12 18 tahun) vi} intimasi berbanding pengasingan (18 35 tahun) vii} generativiti (berkembang) berbanding penyerapan kendiri/mereput (35 hingga 65 tahun) viii} integriti berbanding kesedihan/putus asa (65 tahun ke atas)

Matlamat Utama T Psikososial :

Teliti pengalaman lepas klien dari segi hubungan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan persekitaran sosial luar keluarga, kenalpasti pengaruh luar diri

PENDEKATAN TINGKAH LAKU

Teori Pembelajaran Sosial (Bandura) Teori Pelaziman Operan (watson)

Teori Pengukuhan Perlakuan (Skinner)

Pandangan terhadap manusia dan punca masalah # Manusia hanya merespon kepada apa yang dilihat/dengar dari persekitaran # Semua perlakuan sama ada baik atau buruk adalah dipelajari atau ditiru # Tingkah laku yang menyeronokkan atau tidak dihalang akan berulang (prinsip pelaziman operan) # Manusia bermasalah kerana mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sesuatu perasaan (prinsip Pelaziman klasik) # Masalah tingkahlaku adalah berantaian A-B-C (Antecedent Behaviour- Consequence)

Punca masalah menurut Pendekatan Tingkah laku /behavioural :

tl negatif ditiru/ dipelajari / tidak dihalang/ digalakan rantaian A -> B -> C

Memahami rantaian A -> B -> C


A - antecedent / keadaan, objek, suasana yg mendahului perlakuan (B) B - behaviour / perlakuan C - consequence / kesan selepas B ditunjukkan

Antecedent =

Peristiwa atau suasana sebelum perlakuan negatif ditunjukkan (berada di Toys R Us) Behaviour = Perlakuan negatif (anak meragam ) Consequence= Kesan selepas perlakuan negatif timbul (ibu belikan anak sesuatu, anak merasa seronok dan akan meragam lagi bila berada di Toys R Us! )

Matlamat Utama Pendekatan Tingkah laku /behavioural :


kenalpasti keadaan, objek atau fikiran yang merangsang timbulnya serta mengekalkan sesuatu perlakuan negatif, ubah atau kurangkan tingkah laku berkenaan (kenalpasti A & C)

Matlamat 1. Modifikasi tingkahlaku melalui perubahan persekitaran dan/ataupun kesan daripada perlakuan 2. perubahan tingkahlaku (B) melalui perubahan A atau C 3. didikan kemahiran sosial (spt kemahiran komunikasi, tanggungjawab) 4. didik keluarga mengenai dinamik tingkahlaku

# Pelalian secara berperingkat (Systematic desensitization, contoh: bagi mereka yang takut menaiki lif, boleh mula dengan mencuba masuk dalam ruang yang hampir sama saiz seperti lif, diikuti menaiki lif yang tidak bergerak dan pintu terbuka, diikuti menaiki lif untuk ke jarak yang terdekat secara beramai-ramai sehingga hilang rasa takut) # Beri latihan asertif diri # Bina matlamat hidup yang konkrit # Modelling / menunjukkan contoh perlakuan positif # Pengurusan stress # Kaunselor analisis rantaian A-B-C masalah tingkahlaku # Hapuskan tingkahlaku negatif dengan mencadangkan tingkahlaku lain/baru # Kukuhkan tingkahlaku baru dengan sesuatu positif # Beri latihan keibubapaan atau kemahiran sosial yang diperlukan klien

Peranan Kaunselor # Mendapatkan maklumat asas yang lengkap # Kaunselor bertindak sebagai guru, pengarah, pakar # Aktif menganalisis rantaian antara tingkahlaku bermasalah dengan kesannya # Aktif membantu klien kenalpasti matlamat dan ubahsuai tingkahlaku # Menjelaskan matlamat dan merancang modifikasi

PENDEKATAN HUMANISTIK KEWUJUDAN

Punca masalah menurut Pendekatan HumanistikExistentialism: percanggahan antara diri sebenar dan idaman tidak mencapai potensi kendiri persekitaran negatif

Matlamat Utama Pendekatan Humanistik: Bantu klien kenali diri sebenar dan idaman; bantu bina keyakinan diri

Pendekatan Humanistik Teori Pemusatan Perorangan (Client-centered Theory) Carl Rogers

Pandangan terhadap manusia Manusia pada asasnya adalah baik, positif, sentiasa menuju kesempurnaan kendiri (self actialization) dan boleh dipercayai Manusia perlukan penerimaan tanpa syarat (kasih sayang, kemesraan, dihormati, penjagaan) untuk membentuk kendiri yang sihat

Matlamat # Teori Pemusatan Perorangan memberi penekanan kepada penerokaan kendiri dan sikap terbuka kepada diri dan orang lain, hidup bertujuan, dan realistik serta bercirikan masa kini dan sekarang (here and now) # Klien temui dirinya sendiri # Klien yakin dan boleh tentukan arah diri sendiri # Klien mempunyai lokus kawalan dalaman yang stabil # Klien bersedia untuk berkembang # Klien mempunyai konsep kendiri yang positif

Teknik (Kemanusiaan) Teknik temubual kaunseling adalah berdasarkan amalan Rogers

Terima klien seadanya, tanpa syarat, berempati dan mesra Kaunselor sentiasa kongruen atau selaras perlakuannya Hubungan kaunselor klien yang terapeutik sentiasa dipentingkan (Psikodrama, main peranan etc)

Existentialism bantu klien pilih atau buat tindakan yang bermakna - pilihan perlu berasas, bertanggung jawab, berasas masa kini, bukan masa lepas atau masa akan datang
Gestalt Psikodrama, main peranan, teknik empty chair

Peranan Kaunselor # Kaunselor bertindak sebagai pemudahcara (fasilitator) # Kaunselor meletakkan dirinya sama taraf dengan klien dan menjadi cermin bagi klien # Memberi fokus kepada keunikan klien # Mempamerkan ciri mesra, empati, menerima, & jujur sebagai usaha untuk menggalakkan klien untuk bersifat terbuka # Klien digalakkan meneroka diri dan berubah dari seorang yang rigid dan tersekat kepada seorang yang lebih terbuka # Merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien

PENDEKATAN KOGNITIF

Teori Rational Emotive Behavioural Therapy (REBT)

Tokoh teori:

Albert Ellis,

Punca Masalah menurut Pendekatan Kognitif /Pemikiran:

diganggu fikiran yang negatif (mengecewakan, menyedihkan, naikkan kemarahan)

Pandangan terhadap manusia dan punca masalah # Manusia mempunyai pemikiran rasional dan tidak rasional # Gangguan yang wujud dalam diri adalah disebabkan pengaruh pemikiran negatif atau tidak rasional # Apa yang ditanggap dan perkataan yang dihujahkan mempengaruhi diri Perlakuan dipengaruhi oleh perasaan dan sebaliknya

Matlamat Utama Pendekatan Kognitif /Pemikiran: Bantu klien kenalpasti fikiran yang negatif (mengecewakan, menyedihkan, naikkan kemarahan), bantu hentikan pemikiran negatif

Peranan kaunselor # Kaunselor mengarah, aktif dan berperanan sebagai guru # Kaunselor melakukan konfrontasi dan membuat pembetulan ke atas fikiran dan kepercayaan tidak rasional # Memberi fokus kepada analisis A-B-C A = Peristiwa/pelakuan (objective facts,

event, behaviour)

B = Kepercayaan (Personal Beliefs) C = Kesan Emosi (Emotional Consequence) # Fokus kepada bicara diri / self talk

2. Bibliotherapy- beri buku atau bahan bacaan 3. Menukar bicara diri seseorang # Mesti di tukarkan kepada seelokeloknya # Teruk ditukar kepada agak kurang elok

Punca masalah menurut Pendekatan Sistem Keadaan tidak stabil selepas perubahan struktur dlm sistem hiraki / struktur kuasa atau tanggungjawab keluarga tidak sesuai

Matlamat Utama Pendekatan Sistem:

Kenalpasti kelemahan sistem dan betulkan hiraki / struktur kuasa atau tanggungjawab keluarga

Matlamat Utama Pendekatan gabungjalin (kombinasi): Bergantung kepada punca masalah yang paling dominan

Anda mungkin juga menyukai