Anda di halaman 1dari 4

1.

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas


- Tentu ada peluang untuk membalas kejahatan seseorang.
CTH:- Mereka yang menganiaya orang lain akan mendapat kesusahan nanli kerana ada hujan ada
panas, ada hari boleh balas
2. Adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar kampung
-Tidak mementingkan diri sendiri
CTH:- Walaupun ada kerja di rumah masing-masing yang belum selesai tetapi mereka tidak keberatan
membantu Mak Limah membuat persiapan untuk majlis kenduri
perkahwinan anaknya. Bagi mereka, adat bernegeri memagar negeri; adat berkampung memagar
kampung.
3. Ada gula, ada semut
- Di tempat yang mudah mencari rezeki, di situlah ramai orang bertumpu

- Jikalau kaya, tentu ramai kawan.
CTH:
(a) Ramai belia berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ini tidaklah menghairankan kerana ada
gula, ada semut.

(b) Orang kaya memang senang mendapat kawan, bak kata pepatah ada gula, ada semut.
4.Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya
-Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan tanggungan kerugian atau kesusahan yang besar
CTH:- Mereka menderma sejumlah wang yang besar kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut
kerana mereka sedar bahawa air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat
menghilangkan masinnya.
5. Bahasa menunjukkan bangsa
-Daripada budi bahasa dan kelakuan, orang dapat menilai peribadi dan asal usul kita
CTH:- Semasa berbual dengan pelancong-pelancong dari Iuar negeri, kita mesti bertutur dengan
sopan kerana bahasa menunjukkan bangsa.
6. Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu
-Seseorang yang cuba. menjatuhkan orang lain, dia sendiri juga akan mendapat kesusahan
CTH:- Jangan sekali-kali cuba menjatuhkan orang lain kerana barang siapa menggali lubang, dialah
yang akan terperosok ke dalamnya dulu.
7. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
-Setiap orang tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan
CTH:- Janganlah kamu putus asa atau merana kerana kesilapan itu. Tidak ada orang yang tidak
pernah membuat kesalahan; bumi mana yang tidak ditimpa hujan.
8. Bodoh tak dapat diajar, pandai tak dapat mengajar
-Orang yang tidak pandai tetapi berlagak pandai dan tidak mahu menerima nasihat (ajaran) orang lain
CTH:- Jikalau dia tidak mahu menerima tunjuk ajar kami, biarkan kerana dia memang bodoh tak
dapat diajar, pandai tak dapat mengajar.
9. Buruk muka cermin dibelah
-Diri sendiri yang salah tetapi menuduh orang lain
CTH:- Dia yang bersalah tetapi menuduh saya pula. Perbuatannya samalah seperti buruk
muka cermin dibelah.
10. Biar lambat asal selamat
-Sesuatu pekerjaan itu harus dibuat dengan cermat biarpun lambat supaya hasilnya sempurna
dan memuaskan.
CTH:- Sewaktu memandu di jalan raya, amalkanlah sikap biar lambat asal selamat supaya
tidak terjadi kemalangan.


Aku tidak berkenan langsung dengan sikap ibu bapaku yang boros berbelanja walaupun aku amat
menyayangi mereka. Setiap tahun, ibuku pasti membeli perabot baru untuk menghiasi rumahku.
Ada saja alasan yang diberikan ibuku kepada ayah untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Pernah
ibuku membelanjakan lebih daripada sepuluh ribu ringgit hanya untuk membeli sofa yang diidam-
idamkannya.

Ayahku pula asyik menukar aksesori kereta. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja aksesori yang
ditambah pada kereta Wish kesayangannya itu. Ekzos yang satu dijadikan dua, cat kereta
ditukar,cermin digelapkan dan bermacam-macam lagi pengubahsuaian yang dilakukannya.Aku
hanya mampu mengelengkan kepala. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga di dalam hati. Adakah
ayah dan ibuku menabung wang di bank? Soalan ini sering kali berlegar-legar di kotak fikiranku.

Oleh sebab kesedaran yang tinggi tentang amalan menabung ini, aku mula menyimpan wang sedikit
demi sedikit di dalam tabung buluhku.Wang yang kusimpan itu ialah lebihan wang saku yang
diberikan oleh ayahku pada setiap awal bulan.Walaupun tidak seberapa, tetapi aku berpegang pada
prinsip sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.

Setiap hari aku membawa bekal ke sekolah untuk menjimatkan perbelanjaan harianku. Selain itu,
duit raya yang aku peroleh setiap tahun, aku simpan di dalam bank. Setiap kali aku menatap buku
akaunku, pasti senyuman akan terukir di bibirku kerana saban tahun jumlah wang simpananku pasti
meningkat.

Malang tidak berbau,tidak kuduga adik perempuan kesayanganku disahkan menghidap penyakit
jantung berlubang.Ingin sahaja aku memberikan jantungku kepadanya.Doktor yang merawat adikku
memberitahu kami yang adikku memerlukan rawatan segera dan perlu menjalani pembedahan. Kos
pembedahan dianggarkan dua puluh ribu ringgit.

Nasib keluargaku bagai jatuh ditimpa tangga kerana ayah dan ibu tiada simpanan di bank. Ayah pula
tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank kerana sebelum ini ayah telah membuat pinjaman
untuk membeli kereta baru. Ibu hanya dapat menyumbangkan dua belas ribu ringgit setelah
menggadaikan barang kemas kesayangannya.Masih ada berbaki lapan ribu ringgit yang harus
dilunaskan.Dalam kebuntuan, aku teringatkan buku akaun bankku. Aku segera ke bank untuk
mengeluarkan wang sebanyak lapan ribu ringgit bagi menampung baki yang masih diperlukan
itu.Aku kemudiannya menyerahkan wang itu kepada ayahku. Ayahku memelukku dengan linangan
air mata di pipinya. Betapa ketika itu aku berasa amat ber syukur kerana mengamalkan amalan
keramat ini.

Adikku kemudiannya telah selamat menjalani pembedahan. Ketika aku melawat adikku di hospital
bersama-sama ibu bapaku, mereka menanyakan kepadaku dari mana aku mendapat wang sebanyak
itu.Aku hanya tersenyum seraya memberitahu mereka bahawa semua duit yang aku peroleh selama
ini, aku simpan kerana aku berpegang pada peribahasa sediakan payung, sebelum hujan.Kulihat
mereka terkesima. Barangkali malu ataupun menyesali kesilapan diri.

Anda mungkin juga menyukai