Anda di halaman 1dari 25

1.

1 Konsep dan Isu cabaran semasa


Mengikut Kamus Dewan (2007), perkataan isu merujuk kepada perkara pokok
atau

persoalan yang dibincangkan. Perkataan semasa pula pada ketika yang sama

(Kamus Dewan, 2007). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang
mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amnya dan guru khasnya
dalam melaksanakan tanggungjawab demi mencapai misi KPM. Cabaran didefinisikan
sebagai

hasil mencabar, mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan untuk melakukan

sesuatu yang mencabar iaitu menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi dan pekerjaan yang penuh dengan cabaran (Haji Khaidir Bin Haji Othman, 2012,
Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini). Era modenisasi dan globalisasi
memberikan impak yang besar kepada golongan pelajar di sekolah sama ada di bandar
atau luar bandar.
Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti sebagai cabaran yang perlu ditanggani
dengan segera. Sejak tahun 1997, terdapat dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap
diutarakan dalam persidangan nasional adalah ledakan ilmu yang berbentuk global dan
masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani
(Noriati A. Rashid & rakan rakannya, 2010, Guru dan Cabaran Semasa). Selain itu,
terdapat beberapa isu yang sering diutarakan dalam buku buku siri pendidikan guru.
Antaranya adalah Integrasi rasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan
UNESCO, globalisasi dan pendidikan, kepelbagaian budaya, Pengaruh perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi dan juga gejala sosial. Selain itu, cabaran semasa dari
segi pendidikan boleh juga dikategorikan kepada dua bahagian. Yang pertamanya adalah
cabaran yang dihadapi dari segi profesionalisme keguruan dan keduanya adalah cabaran
globalisasi dalam bidang pendidikan. Terdapat beberapa lagi cabaran yang sedang dihadapi
dalam

profesionalisme

keguruan.

Antaranya

adalah,

tugas

seorang

guru

dalam

menyampaikan pengajarannya dalam bilik darjah dengan menggunakan pendekatan, teknik


dan kaedah yang terbaharu dalam sistem pendidikan yang diperkenalkan, bebanan
pengajaran dengan menerapkan pelbagai jenis pembelajaran dengan penambahbaikan
pedagogi, pengurusan pelbagai jenis jawatan selain daripada tugas mengajar seperti guru
panitia, pengurusan hal ehwal murid dan sebagainya, cabaran menyediakan pelbagai
dokumen yang terlalu rencam, memenuhi objektif dasar- dasar yang diperkenalkan oleh
kerajaan termasuk Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris dan sebagainya,
cabaran dalam melaksanakan program Kokurikulum dan lain lain lagi (Haji Khaidir bin haji
Othman, 2012, Cabaran Profesyen Perguruan Pada Masa Kini). Ini selaras dengan
pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh
1

dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi


sekolah dan keguruan (Kulanz Saleh, 2009, Isu-isu pendidikan di Malaysia). Tambahan lagi,
beberapa maklumat dikenali secara umum dalam pendidikan adalah seperti bilangan tahun
persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di
dunia, ketidak terdapatan keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan, Kebanyakan pelajar memilih untuk
menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak
mencukupi kelayakan untuk menduduki peperiksaan tersebut dan Skop kurikulum Tingkatan
1 hingga 6 yang sangat luas.
Perkembangan inovasi dan perubahan yang sedang dialami oleh seluruh Negara
telah menjadikan dan menyedarkan bahawa sistem pendidikan Negara kita semakin
ketinggalan zaman. Dengan menyedari keperluan Negara dari segi aspek politik, ekonomi,
sosial dan sebagainya, kerajaan bertekad untuk mengubahkan dasar dan sistem bidang
pendidikan dimana pendidikan menjadi asas kepada semua keperluan yang Negara
mengidamkan. Perkembangan global telah mengubahkan keperluan Negara. Dalam era
perkembangan ini, globalisasi memberi beberapa impak yang positif dan negatif kepada
Negara kita. Cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan (Finolla and The
Gang, 2009, cabaran globalisasi dan cara mengatasinya).
Kesemua impaknya adalah menyeru Negara kita untuk membuat beberapa
perubahan

yang

penting.

Pertamanya,

kecanggihan

teknologi.

Penggunaan

dan

perkembangan teknologi yang tidak terkawal boleh menyebabkan persengeketaan seperti


peperangan. Selain itu, kemajuan teknologi sesebuah Negara juga menjadi alat mengukur
kemajuan Negara tersebut di persada dunia. Sebagai langkah untuk menjaga keamanan
Negara, pengetahuan tentang penggunaan teknologi perlu dititikberatkan. Seterusnya
pencapaian era semasa. Bagi memastikan setiap Negara

termasuk individu mencapai

kemajuan yang dimaksudkan, setiap individu perlu meningkatkan kesediaan kognitif dimana
setiap orang berlumba lumba untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Selain itu,
masyarakat kini yang membentuk masyarakat hadapan melahiran insan yang proaktif.
Untuk mengejar kemajuan globalisasi, pembelajaran sepanjang hayat ditekankan.
Tambahan lagi,

satu lagi impak

globalisasi

adalah

pengkomersialan

pendidikan.

Pegkomersialan pendidikan seperti jualan ilmu, di laman maya yang diberi bukan untuk
sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujua untuk mengaut keuntungan peribadi. Selain itu,
penularan jenayah siber yang tidak dapat dibendung menerusi undang- undang. Jenayah ini
2

sering memerangkap rakyat untuk mengaut keuntungan (Nur Syahira, 2012, Impak positif
dan Negatif Globalisasi). Tambahan lagi, Globalisasi ekonomi yang sering mendapat
perhatian antara Negara-negara di dunia dilingkungi oleh globalisasi maklumat, dan ilmu,
globalisasi saintifik dan globalisasi teknologi. Seterusnya, pemindahan nilai terutamanya
cara berfikir dan gaya bertindak yang berlaku sebagai kesan globalisasi telah menyebabkan
satu bentuk masyarakat moden ditimbulkan dengan keruntuhan akhlak dan nilai moral.
Justeru itu, kerajaan bertanggungjawab untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam
kalangan rakyat jelata supaya mereka lebih peka dan sedar dengan perubahan inovasi ini.
Oleh itu, segala masalah yang dinyatakan di atas boleh diselesaikan dengan alat
pendidikan. Semua bentuk perubahan telah dilaksanakan dalam bidang pendidikan demi
meningkatkan taraf Negara ke arah lebih maju. Kerajaan dan juga sistem pendidikan
Negara ingin membentuk satu bentuk pendidikan yang berbentuk dinamik dimana dinamik
bermaksud suatu kuasa yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat
penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan (2008-2014, Pusat Rujukan
Persuratan Melayu). Pemikiran yang dinamik akan menghasilkan kaedah membuat
keputusan yang tepat, melahirkan idea yang kreatif, tidak jumud dan mempunyai objektif
yang jelas. Secara umumnya, kita boleh menjelaskan bahawa perkataan dinamik membawa
maksud kebolehan menyesuaikan dengan semua keadaan dan tempat, kefleksibelan
dengan semua keadaan termasuk tempat, masa, suasana, emosi, jasmani dan rohani serta
sesuatu keadaan yang tidak statik iaitu sentiasa berubah tetapi kekal dengan matlamat yang
sama. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia mengharungi pelbagai cabaran
besar dalam mendepani persaingan abad ke-21. Ini kerana, menjelang tahun 2020,
Malaysia
mencapai

berhasrat
kemajuan

menjadi

sebuah

seimbang

dari

negara
segi

maju

mengikut

acuan

sendiri, iaitu

ekonomi, politik, social, kerohanian

dan

kebudayaan. Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang masyarakat yang
mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama, moral
dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik sekaligus menguasai ekonomi
yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta berdaya tahan. Dalam usaha mencapai
matlamat

tersebut, Malaysia

telah

melakukan

satu

anjakan

besar

untuk

membangunkan satu sistem pendidikan yang berkualiti.

1.2 Inovasi dan perubahan dalam dunia pendidikan


1.2.1 Strategi pengajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran mengalami inovasi dan perubahan yang
ketara mengikut era perkembangan semasa. Antara perubahan ialah pembelajaran
berasaskan projek (PBL). Pembelajaran berasaskan projek (PBL) merupakan satu
kaedah pengajaran yang sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran
pengetahuan/kemahiran

melalui

proses

inkuiri

lanjutan

yang

dibina

berdasarkan

persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan. Pembelajaran
berasaskan projek (PBL) ini mengaplikasikan isi pelajaran kepada persoalan autentik
yang memerlukan pemikiran kritis dan inovatif. Secara langsung, ini menyebabkan
pelajar

mempunyai

autonomi

dalam

membina

pembelajaran

masing-masing.

Pembelajaran berasaskan projek (PBL) ini membolehkan pelajar untuk menerokai


situasi

sebenar

yang

berkaitan

dengan

pengalaman

pembelajaran. Ciri-ciri

pembelajaran berasaskan projek ialah ia berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran
yang bersepadu dengan isu sebenar dan amalan sebenar dalam persekitaran. Guru
hanya berperanan sebagai fasilitator kerana kaedah pengajaran ini berpusatkan
pelajar serta berasaskan kumpulan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Langkahlangkah melaksanakan pembelajaran berasaskan projek ialah memberi tugasan seperti
mengemukakan permasalahan, cipta objek atau cipta suatu cara baru. Seterusnya, sesi
menganalis masalah perlu dilaksanakan dan diikuti dengan sesi meneroka masalah
seperti menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat. Seterusnya
pelajar

dibimbing

untuk

membuat

perkaitan

seperti

pelajar

buat

rumusan

dan

perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa. Akhirnya, pelajar membuat


refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan.
`Dari sudut teori pendidikan, pembelajaran berasaskan projek ini merupakan
satu kaedah yang dihasilkan berdasarkan persekitaran pembelajaran konstruktif yang
membenarkan aktiviti berpusatkan murid di mana murid dapat membina kemahiran
menyelesaikan

masalah

dengan

berfikir

secara

kritis

dan

kreatif. Teori social

constructivism dicadangkan oleh Lev Vygotsky (1978). Menurut beliau, pembelajaran


berasaskan projek ini membolehkan berlakunya proses pemindahan pengetahuan
dalam diri pelajar kepada persekitaran sosial.
Transformasi

strategi

pengajaran

ini

memanfaatkan

pelajar

sekaligus

meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Antara manfaatnya ialah, pelajar dapat
terlibat dalam proses inkuiri secara berterusan yang berfokuskan soalan dan masalah
yang kompleks dan sebenar. Pelajar juga dapat meningkatkan pengetahuan tanpa
4

mengharapkan guru dan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk bersuara. Tambahan
pula, pelajar dapat mempamerkan pemahaman yang mendalam dalam pengetahuan
akademik dan kemahiran. Kesimpulannya, strategi pembelajaran berasaskan projek ini
membentuk kemahiran pelajar untuk menghadapi adab ke-21 yang penuh dengan
cabaran.
Strategi
inovasi

dan

pembelajaran
perubahan

berasaskan

yang

masalah

menekankan

juga

merupakan

kepada

salah

perkembangan

satu

semasa.

Pembelajaran berasaskan masalah didefinisikan sebagai satu strategi pembelajaran


melalui

membuat

atau

melakukan.

Strategi

ini

menyediakan

struktur

untuk

penerokaan yang membantu pelajar menghayati pembelajaran dan meningkatkan


pemahaman. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan masalah ialah ia menjurus kepada
masalah realistik dan

mencabar

berasakan

mempunyai

berasaskan

projek

ini

yang berdasarkan
ciri-ciri

masalah. Contohnya, dalam

yang

strategi

dunia
serupa

ini

guru

sebenar. Pembelajaran
dengan
hanya

pembelajaran

membantu

dan

membimbing dan tanggungjawab belajar ialah tanggungjawab pelajar. Pelajar bekerja


dalam kumpulan secara koperatif untuk mencari dan menganalisis maklumat bagi
menangani masalah dan mengembangkan pelbagai penyelesaian. Menurut George
Polya (1957) langkah-langkah melaksanakan pembelajaran berasaskan masalah boleh
dibahagikan kepada empat bahagian. Mula-mula pelajar perlu memahami masalah
iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan
dengannya. Kedua

ialah

menyediakan

rancangan

iaitu

mencari

perkaitan

antara

maklumat yang diberi dengan penyelesaian. Langkah ketiga ialah melaksanakan


rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti. Akhirnya, pelajar perlu
menyemak ketepatan dan kesesuaian hasil penyelesaian.
`Dari sudut teori yang digunakan, kedua-dua kaedah pembelajaran berasakan
projek dan pembelajaran berasaskan masalah menekankan pembelajaran konstruktif.
Kedua-dua kaedah mengalakkan murid untuk menjadi lebih bertanggungjawab atas
pembelajarannya, belajar menyelesaikan masalah dan belajar menghasilkan artifak
yang kreatif dan berinovasi.
Transformasi strategi

pengajaran

ini

memanfaatkan pelajar

aspek. Pembelajaran berasaskan masalah mengukuhkan


mempelajari

sesuatu prinsip, konsep

dan belajar

dalam

kemahiran

pelbagai

pelajar

untuk

menggunakan maklumat

dalam

pelbagai situasi. Penyelidikan juga membuktikan bahawa pembelajaran yang lebih


mendalam berlaku apabila maklumat digarap melalui konteks yang bermakna.

Selain

daripada

itu, pelajar

juga

memperkembangkan

kemahiran

pelajar

memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis serta kemahiran membuat keputusan.
Strategi

pengajaran

ini

membantu

untuk

memperkembangkan

kemahiran

pelajar

mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang


baik. Pembelajaran berasaskan masalah juga mematuhi unsur yang ada dalam
falsafah pendidikan Malaysia iaitu menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran
sepanjang

hayat, di

samping

meningkatkan

motivasi intrinsik pelajar. Justeru itu,

masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang
lebih selamat. Dengan bantuan pembelajaran berasakan masalah, ternyata bahawa
pelajar lebih terarah kendiri dalam menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan pada
masa yang akan datang
Pada masa

dahulu, suasana

pembelajaran

adalah

berpusatkan

guru. Guru

dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan
kepada pelajarnya. Modul pengajaran hanya bergantung kepada buku teks dan
pengetahuan pelajar terbatas. Tetapi perubahan dan inovasi dalam dunia pendidikan
memperkenalkan pembelajaran elektronik (e-learning). Tidak dapat dinafikan bahawa,
komputer

ialah

teknologi

masa

kini

yang

begitu

cepat

berkembang. Proses

pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan


perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pembelajaran elektronik diperluaskan di
sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubahan-perubahan pendidkan pada masa
kini. Pembelajaran elektronik merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai
melalui internet, jaringan computer, CD ROM, televisyen interaktif atau siaran melalui
satelit. Ciri-ciri

pembelajaran

elektronik

ialah

ia

menfokuskan

pelajar. Ini

kerana

pembelajaran berlaku mengikut kehendak dan keperluan pelajar dalam bentuk arahan
kendiri. Pelajar sendiri menentukan cara, masa, tumpuan dan kemahiran yang ingin
dikuasai. Pembelajaran elektronik ini boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja ada
talian Internet, tanpa mengira sempadan geografi. Terdapat dua jenis pembelajaran
elektronik iaitu pembelajaran dalam talian sepenuhnya dan pembelajaran blended.
Pembelajaran dalam talian sepenuhnya digunakan dalam pembelajaran jarak jauh.
Pelajar dan guru tidak bertemu secara bersemuka. Manakala, pembelajaran blended
pula merupakan pertemuan bersemuka secara berkala dalam bentuk tutorial.
Terdapat

dua

jenis

komunikasi

yang

dilaksanakan

dalam

pembelajaran

elektronik. Antara bentuk komunikasi adalah synchronous (serentak) iaitu pertukaran


idea, maklumat atau perbincangan berlaku antara dua atau lebih peserta secara
serentak pada masa yang sama. Contohnya, penggunaan video konferensi dan chat.
6

Bentuk komunikasi kedua ialah asynchronous (tidak serentak) iaitu pertukaran idea
berlaku pada masa tertangguh seperti e-mel, SMS dan MMS. Maklumat atau isi
pelajaran dalam pembelajaran elektronik dibina dalam pelbagai media. Antaranya
dalam bentuk cetak seperti petikan, jurnal, rencana dalam e-text, buku dalam bentuk
text booth, majalah dalam bentuk e-majalah. Bagi video pula, terdapat klip video,
rakaman video dan siaran melalui satelit dan kabel.
Penggunaan pembelajaran elektronik yang terancang, menarik dan isi pelajaran
yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang dapat mengharungi cabaran dalam
dunia pendidikan. Antara ciri-ciri pelajar ialah mereka bersikap lebih bertanggunjawab
terhadap

pelajarannya. Mereka

pembelajarannya. Pelajar

dapat

dapat

menentukan

membina

keperluan

pengetahuan

baru

bahan

dalam

untuk

pendidikan

berasaskan kepada carian maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.
1.2.2 Perkembangan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Perkembangan

teknologi

dalam proses pengajaran

dan

pembelajaran

menghasilkan perubahan dalam sistem pendidikan yang dinamik di Malaysia. Teknologi


mampu

menjadikan

sistem

pendidikan

menjadi

lebih

berdaya

saing

dan

lebih

produktif.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran boleh dilaksanakan dalam pelbagai
bentuk. Antaranya adalah menggunakan teknologi sebagai medium persembahan
penyampaian pengajaran seperti power point, grafik lain, tayangan video, audio
rakaman, smart phone interaktif. Dengan bantuan medium persembahan teknologi,
maklumat pembelajaran akan menjadi lebih realistic. Contohnya, aplikasi multimedia
yang berbentuk video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih
realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini membolehkan seseorang pelajar dapat
merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan
seperti menonton wayang,

penonton akan dapat merasai kesan penceritaan yang

ditayangkan dengan gabungan bunyi, video, pergerakan yang menarik.


Seterusnya

ialah, penggunaan

sumber

Internet

dalam

pengajaran. Tidak

dapat dinafikan bahawa, sumber-sumber yang ada dalam Internet boleh membawa
dunia terus ke dalam bilik darjah sebagai sumber pembelajaran. Tambahan pula,
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan
peluang untuk mencapai web yang berkaitan di dalam Internet. Internet sebagai
sumber

terkini

amat

sesuai

terutama

sebagai

sumber

penyampaian pengajaran

matapelajaran sains, geografi dan sebagainya. Contohnya, bagi mata pelajaran sains,
7

ciptaan

terbaru

adalah

antara

maklumat

yang

berguna, menarik

dan

dapat

menunjukkan realiti sebenar apa yang dipelajari oleh murid.


Selain daripada itu, dengan bantuan teknologi maklumat penggunaan e-mel,
papan maklumat

dalam talian, blog dan portal dan alat komunikasi yang lain

menyokong penyampaian pembelajaran. Penggunaan web blog membolehkan guru


dan

pelajar

dapat

berkomunikasi

dengan

mudah

bagi

tujuan

bimbingan

dan

mengukuhkan pembelajaran. Contohnya melalui penggunaan Portal Pendidikan Utusan,


pelajar boleh mendapatkan maklumat dan kemahiran baru dari pelajar atau guru yang lain
dari seluruh negeri. Melalui penggunaan portal, pelajar bebas menentukan subjek yang
ingin dipelajari dengan hanya menekan butang hiperteks. Tambahan pula, menurut Zoraini
(1996) aktiviti e-mel

juga banyak memberi faedah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya ialah

berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan, bertanyakan

soalan, membincangkan masalah dan berkongsi pengalaman di antara guru dan pelajar
atau sesama pelajar dari seluruh pelosok dunia. Selain itu pelajar dapat meningkatkan
kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi dengan mudah dan
cepat.
Perpustakaan maya yang memuatkan laman sesewang dan e-jurnal dalam
talian juga memudahkan akses dan pembelajaran kendiri mengikut keperluan pelajar.
Contohnya, penyediaan e-jurnal ini membolehkan ramai pelajar mengakses jurnal dan
artikel pada masa yang sama. Selain daripada itu, inovasi dan perubahan dalam
teknologi maklumat juga membolehkan kita memasukkan database dan dataset
dalam pengajaran. Database yang

dimuat naik dalam Internet dapat digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran dan boleh

juga

dijadikan model

kepada

pelajar untuk diteladani.


Kita juga

boleh menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian

dalam bilik darjah. Teknologi yang digunakan ialah electronic voting system (sistem
undian elektronik). Dengan menggunakan sistem ini pelajar memberikan respons
kepada soalan aneka pilihan untuk membuat pilihan. Justeru itu, guru boleh mendapat
maklum balas penguasaan dan kesukaran pembelajaran pelajarnya. Tindakan susulan
yang sesuai dapat disediakan oleh guru mengikut tahap pencapaian pelajar mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa, pengajaran dan pembelajaran semakin perlu
bergantung kepada teknologi ICT. Guru dan pelajar mempunyai pilihan yang amat
luas untuk memilih jenis teknologi yang sesuai. Terdapat empat fungsi teknologi ICT
yang

sejajar

dengan

era

globalisasi

yang

menjurus

kepada

abad ke-21. ICT

berperanan sebagai alat tutorial. ICT dikatakan sebagai alat pembelajaran tutorial
apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan
8

yang telah ditetapkan. Alat ICT yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah
komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera
keras ataupun laman web. Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam
pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran
dan pembelajaran, model transmisi yang melihat guru sebgai penyampai maklumat
utama

dengan bantuan ICT yang canggih. Penggunaan ICT perlu digunakan dalam

pembelajaran tutorial kerana bagi murid yang sukar mengikuti pengajaran guru, guru
boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan. Bagi murid cerdik
yang

memerlukan

aktiviti

pengayaan, perisian

pendidkan

yang

mencabar

minda

diberikan kepada mereka. Tuntasnya, penggunaan ICT sebagai alat tutorial dapat
melahirkan komuniti pelajar yang mahir mengendalikan perisisan atau alat ICT pada
masa hadapan.
Tambahan pula, ICT juga berperanan sebagai alat penerokaan. ICT dikatakan
sebagai alat pembelajaran penerokaan apabila ICT

digunakan untuk mencari dan

mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet dan portal maklumat. ICT sesuai
digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi pembelajaran yang berbentuk
inkuiri penemuan serta pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah
kehidupan
peluang

sebenar. Penggunaan

kepada

pelajar

untuk

masing-masing. Ia

juga

pembelajaran

memberi

dan

ICT

untuk

menentukan

mendorong
peluang

pelajar
kepada

pembelajaran
haluan
terlibat
pelajar

dan

penerokaan
kemajuan

secara
untuk

memberi

pembelajaran

lebih

aktif

menangani

dalam
masalah

sebenar di dalam kelas. Yang paling penting ialah penggunaan ICT sebagai alat
penerokaan memberi peluang kepada guru bagi menerapkan teori pembelajaran
moden

seperti

konstruktivisme

dan

kecerdasan

pelbagai. Tuntasnya,

ICT

yang

berperanan sebagai alat penerokaan dapat melahirkan generasi muda yang mampu
menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan kerana mereka peka dengan isu-isu
semasa.
Impak positif penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Guru
dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran
dan persembahan yang menarik. Pelajar dapat meneroka sesuatu subjek secara
terperinci. Penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini

mengenai

dunia

pendidikan. Generasi

muda

mendapatkan

maklumat

dan

pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu
9

masa lama. Justeru itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat meningkatkan
kualiti sistem pendidikan.
1.2.3 Reka bentuk resos
Tambahan pula, teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan
pembelajaran secara maya melalui internet dengan mudah dan pantas. Guru dan
pelajar

berupaya

berinovatif

ini.

untuk

berinteraksi

Perkembangan

tanpa

resos

perlu

pembelajaran

bersemuka

melalui

berasaskan

teknologi

teknologi

ICT.

Contohnya e-buku yang ada dalam bentuk elektronik. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa
iaitu pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota. Kedua
ialah e-majalah yang mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada
bila-bila masa. Guru dapat membimbing dengan menambah nota, saranan, tugasan
untuk mengarah pembelajaran yang berkualiti. Ketiga ialah e-portfolio iaitu satu alat
interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar.
ini

memudahkan

guru

memantau

dan

membimbing

pelajar

mengikut

Hal

keperluan.

Akhirnya, blog atau forum pula memberi peluang kepada pelajar untuk membaca,
menulis, memberi respons dan berkolabarasi. Melalui blog dan forum, pelajar introvert
dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri. Kemahiran berfikir aras tinggi
dapat dikembangkan.
1.2.4 Persekitaran pembelajaran
Persekitaran pembelajaran juga mengalami inovasi dan perubahan dan ia
mengambarkan sistem pendidkan negara adalah dinamik.

Persekitaran pembelajaran

yang mengutamakan Internet mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan seluruh


dunia berubah, persekitaran pembelajaran daripada bilik darjah formal kepada bilik
darjah maya. Perkembangan bilik darjah maya menjadi amalan semasa di peringkat
kolej dan universiti yang mengamalkan pembelajaran secara campuran. Persekitaran
pembelajaran maya meliputi penggunaan papan bulletin yang dibuat melalui Learning
Management System (LMS) dan Virtual Learning Environment.
Persekitaran pembelajaran personal (PLE) ialah satu proses informal yang
sememangnya

telah

diterima

sebagai

satu

bentuk

pembelajaran

yang

berlaku

sepanjang hayat individu. Pembelajaran formal diikuti dengan latihan atau aplikasi
pembelajaran dalam situasi sebenar berlaku sepanjang hayat. Pelajar sendiri yang
mengawal, menentukan, menguruskan

pembelajaran. Persekitaran

pembelajaran

personal terdiri daripada pelbagai alat untuk mengakses. Antara yang paling banyak
digunakan adalah perisian social yang menghubungkan dan membolehkan manusia
10

berkolabarasi dengan menggunakan komputer. Tuntasnya, pelajar berada dalam dunia


yang pantas berubah dengan adanya kemudahan teknologi internet.
1.2.5 Penaksiran pembelajaran
Inovasi dan perubahan juga menfokuskan penaksiran pembelajaran untuk
menjadikan

pengajaran

lebih

berkesan. Pertama

sekali, kita

melihat

penaksiran

prestasi dahulu. Ciri-ciri penaksiran prestasi ialah pelajar terlibat dalam kajian atau
aktiviti

yang

berbentuk

asli

dan

kreatif. Pelajar

harus

mempunyai

kemahiran

menggunakan bahasa dan laras bahasa yang betul. Kelebihan penaksiran ini ialah
guru dapat merekodkan apa yang diketahui dan dapat dilakukan oleh pelajar. Kita
dapat juga menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian
serta memindahkan fakta dan idea.
Penaksiran

berasaskan

portfolio

pula

merupakan

satu

bentuk

bukti

perkembangan pembelajaran. Portfolio merupakan pengumpulan bahan pembelajaran,


aktiviti proses pembelajaran, hasil kerja, produk reka dan sebagainya dalam satu
folder. Ciri-ciri penaksiran portfolio ialah kenal pasti tujuan dan fokus portfolio, rancang
isi portfolio, reka bentuk analisis portfolio, sediakan tatacara penyampaian,

kenal pasti

prosedur mengesahkan ketepatan maklumat dan akhirnya laksanakan model penaksiran


portfolio.
Pentaksiran kendiri pula merupakan suatu proses di mana pelajar nilai diri
sendiri dan bertanggunjawab sendiri dalam pelajaran bersandarkan objektif atau hasil
pembelajaran. Oleh yang demikian, mereka perlu

mengetahui

hasil

pembelajaran.

Terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang membantu membina


keupayaan membuat penilaian kendiri seperti modeling, kemahiran menyoal secara
berfokus, menggunakan pengurusan grafik sebagai alat penaksiran, membuat refleksi
pembelajaran, penilaian rakan sebaya dan portfolio digital.
Penaksiran berasaskan komputer merupakan pengajaran mata pelajaran yang
menggunakan

perisian

yang dibina khusus untuk mencapai sesuatu

objektif.Ini

merupakan penaksiran yang disediakan, ditadbirkan, dan disemak oleh komputer. Terdapat
perisian yang telah disediakan khas untuk kegunaan guru. Fungsi penaksiran berasaskan
computer ialah untuk

mentaksir keupayaan pelajar sebelum dan selepas pembelajaran

(ujian pra dan ujian pos). Guru juga dapat menyediakan kemudahan latih tubi dan
menyediakan permainan pendidikan untuk menarik minat pelajar.

11

1.2.6 Transformasi kurikulum


Inovasi dalam transformasi kurikulum juga membuktikan bahawa sistem
pendidikan Negara Malaysia adalah dinamik. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem
pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya
kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang.
Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran
abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran
membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan,
kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen
keusahawanan. Lanjutan daripada itu, KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan berlandaskan Falsafah Pendidikan KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar
untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur penting yang diterapkan dalam KSSR.
Elemen-elemen

ini

diterapkan

bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan

modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi,
Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen

merentas kurikulum yang

baharu, iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan, serta teknologi maklumat dan komunikasi
dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, inovasi dan perubahan yang dibincangkan di atas dalam dunia
pendidikan mengambarkan yang sistem pendidikan Negara adalah dinamik.

12

Langkah-langkah utk memajukan diri dan profesionalsme


1.3 Rumusan / cadangan / pelan tindakan anda sebagai guru
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan
Pendidikan.

Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia

berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. YAB Perdana Menteri telah
menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang
iaitu kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi), kekuatan minda (krestif dan proaktif),
nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan
keusahawanan, dan ketrampilan. Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti
tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan
dengan ciri-ciri seperti menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan bertrampilan
dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan
menyayangi mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki
kemahiran kaunseling, menggunakan teknologi terkini yang dapat menyaring dapatandapatan kajian dan penyelidikan mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan
orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik
(Ustaz Yunus, 2012, Cabaran cabaran pendidikan dan usaha usaha untuk
menanganinya). Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan terdapat beberapa peranan
yang harus dipermainkan oleh seorang guru bagi membolehkan matlamat pendidikan
dinamik tercapai. Antaranya ialah seperti yang diperjelaskan dalam gambar rajah dibawah :-

13

Menambah kualiti pendidikan


Membuat penstrukturan pendidikan
Meningkatkan prestasi sekolah
Pembentukan masyarakat yang bersatu padu dan maju
dalam sosial
Pembentukan masyarakat yang bermerdeka dan
demokratik
Pembentukan masyarakat yang berakhlak mulia, toleran
dan penyayang
Pembentukan masyarakat maju dalam ekonomi.
Membantu perkembangan fizikal dan estetika serta taraf
keaktifan sukan
Membantu perkembangan kreativiti & inovasi
Membantu perkembangan sains & tmk
Membantu perkembangan kemahiran keusahawanan
Memantapkan bahasa kebangsaan & tingkatkan
penggunaan bahasa antarabangsa.
Meningkatkan kepimpinan dan profesionalisme keguruan
Memantapkan kemahiran menyelesaikan masalah
Meningkatkan nilai ketrampilan diri pelajar

Gambar rajah 1 : Cabaran yang dihadapi oleh seorang guru


14

Oleh itu, aspek persediaan guru boleh dibincangkan mengikut cabaran cabaran
guru seperti yang dinyatakan di atas sebagai kesimpulan implikasi dasar, program dan
sistem pendidikan Negara. Pertamanya adalah sikap peka terhadap persekitaran
pekerjaan dan masyarakat setempat. Sikap ini merupakan nilai asas sebagai persediaan
untuk meningkatkan kualiti mutu pendidikan. Justeru itu, dengan tujuan meningkatkan kualiti
pendidikan para guru dilatih dari segi kualiti peribadi dan pengetahun, para guru dididik
untuk menunjukkan perwatakan yang positif seperti jujur, amanah, bersopan-santun,
penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban, taat kepada amalan
agama serta sikap berdedikasi perlu dijadikan dan diamalkan sebagai satu modal contoh
kepada para pelajar (Aishah Netty, 2012, Globalisasi dalam Pendidikan). Seterusnya untuk
memastikan para pendidik menjadi seseorang insan yang berpengetahuan, pihak kerajaan
dan kementerian pendidikan Malaysia menerusi institusi pengajian guru mengutamakan nilai
intelektual yang setaraf dengan perkembangan ilmu global. Oleh itu, seorang guru juga
perlu sentiasa berusaha untuk memastikan setiap individu yang dilatih sebagai warga
pendidik berusaha untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Guru. Selain itu, untuk
memastikan guru dilatih dan dipersediakan mengikut kemahuan pendidikan, Standard Guru
Malaysia turut ditentukan sebagai garis panduan kepada institusi untuk menyediakan
kandungan kurikulum dan program yang mempu menjadikan setiap guru yang dilatih
berilmu pengetahuan. Seterusnya, IPG juga akan memastikan diri guru peka terhadap isu epengetahuan dan e-teknologi.
Ini selaras dengan anjakan keempat
profesion

keguruan

menjadi

profesion

dalam PPPM

pilihan. Kualiti

iaitu mentransformasi

guru

merupakan

faktor

berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.


Usaha dalam anjakan ini ialah kementerian mengetatkan syarat kelayakan kemasukan
guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30% teratas. Hal ini
bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion
keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan
memenuhi syarat minimum kelayakan akademik. Tambahan pula, bagi memenuhi hasrat
melahirkan

guru

berkualiti, kementerian

akan

memastikan

kualiti

kurikulum

dan

pensyarah ditingkatkan. Kementerian akan memperkenalkan keperluan kelulusan yang


lebih ketat supaya hanya pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin penempatan di
sekolah awam. Usaha kedua ialah merombak IPG. Kementerian berhasrat untuk
mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020. Oleh
yang demikian, guru-guru perlu bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi
yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Kriteria pengambilan baharu akan diketatkan
dan

kemahiran pensyarah

sedia

ada

ditingkatkan. Usaha

seterusnya

ialah
15

meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai


2013. Guru perlu mendapatkan latihan CPD individu daripada penyelia mereka apabila
memulakan profesion.
Seterusnya, sikap menganalisis keperluan dan kehendak serta memastikan
bahawa kemudahan yang disediakan secara keseluruhan memenuhi kehendak murid.
Ini dapat membantu seseorang guru untuk menyenaraikan perkara perkara penting yang
harus diberi tumpuan supaya penstruktruran yang lebih baik ke arah kemajuan dapat
dilaksanakan. Sehebat mana pun reformasi kurikulum dirancang, ia tidak akan
mendatangkan kejayaan yang diharapkan tanpa mengambil kira faktor orang dalam dalam
sesuatu organisasi. Maka lazimnya perubahan struktur dilakukan, terutama dari segi
hubungan formal yang menentukan tatacara kerja dan bidang tugas baru dalam organisasi.
Langkah yang biasa diambil ialah dengan melatih guru untuk peningkatan kemahiran, kualiti
peribadi dan pengetahuan untuk melaksanakan perubahan kurikulum (Cikgu Azhar, 2011,
Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan). Budaya kerja berstruktur yang
rigid di peringkat sekolah mengurangkan peluang guru untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan, berdebat tentang teori pendidikan terkini, atau membuat introspektif dengan
rakan, apatah lagi dengan sekolah lain, atau menekuni jurnal yang diiktiraf. Kelesuan
perkembangan intelektual di kalangan guru adalah fenomena sejagat. Schumaker
mendapati bahawa hanya antara lima hingga sepuluh peratus guru di US yang beliau temui
mengetahui kewujudan jurnal Educational Leadership atau Phi Delta Kappan. Selain itu,
tidak sampai satu peratus yang tahu tentang judul karya terkini bidang mereka sendiri (Cikgu
Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan).
Ketiganya adalah

sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap tugas.

Sebagai seorang guru, kita harus berusaha untuk merealisasikan visi dan misi sekolah
disamping berwaspada kepada matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan kementerian
pendidikan Malaysia. Pengalaman seorang pengetua di Australia mendapati bahawa
perubahan struktur dan kurikulum hanya akan berkesan jika modifikasi sikap pengetua dan
guru diusahakan terlebih dahulu. Mengubah sekolah bermakna mengubah orang.
Perubahan tidak mudah dilaksanakan, berupa proses yang mengambil masa, memerlukan
kesediaan dan perlu berfokus kepada keseluruhan sekolah (Cikgu Azhar, 2011, Fokus
perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan). Oleh itu, setiap guru perlu mempunyai
kesedaran bahawa sistem perubahan perlu berlaku pada diri sendiri. Setiap guru perlu
berfikiran positif terhadap nilai kerjaya mereka. Mereka perlu bekerja dari hati nurani dam
bukan untuk tujuan menerima gaji. Mereka perlu sedia berkorban untuk mengajar dan
mendidik para pelajar supaya mereka boleh cemerlang dalam semua aspek bukan sahaja
dengan menghafal isi setiap mata pelajaran. Seorang guru perlu sentiasa menyediakan
16

ruang yang membolehkan para pelajar mengaplikasikan sumber ilmu yang telah dipelajari.
Warga sekolah sentiasa perlu berusaha untuk mengelakkan kewujudan budaya yang dilatih
untuk tujuan memenuhi kriteria peperiksaan dan mendapat pencapaian terbaik dalam
peperiksaan. Walaupun salah satu kesan daripada globalisasi telah menjadikan sistem
peperiksaan sebagai alat pengukur ilmu pengetahuan dan nilai akademik in itidak
bermaksud kita perlu hanya berfokuskan kepada ilmu pengetahuan dimana emosi dan
jasmani pelajar tidak diperkembangkan dengan seadanya. Punca ini membolehkan bahawa
pelajar hanya belajar dengan tekun untuk sesuatu tempoh yang berterusan dan justeru itu,
seorang guru gagal memupuk nilai pembelajaran sepanjang hayat dalam diri pelajar.
Keempatnya adalah berperanan sebagai medium sosial yang boleh merapatkan
jurang perbezaan antara kaum. Rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga
bidang iaitu pertamanya menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan
negara, keduanya, memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara
mengenai tenaga rakyat, dan ketiganya memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai
masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden (Mior khairul Azrin BinMior
Jamaluddin, 2011, Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke
arah perpaduan nasional). Sistem pendidikan Negara kita menyedari bahawa salah satu
keperluan Negara sebagai benteng pertahanan Negara adalah kekuatan perpaduan. Oleh
itu, sistem pendidikan yang digubal sentiasa mengutamakan kesamarataan dalam kalangan
pelbagai kaum di Negara kita. Untuk meningkatkan

kesedaran ini, matapelajaran baru

seperti sivik dan sejarah telah mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. Selain itu,
penggunaan dasar MBMMBI diaplikasikan setiap sekolah rendah dan menengah dan juga
dalam kalangan pelbagai kaum supaya mementingkan bahawa perkembangan keseluruhan
dipentingkan dan bukan sekelompok sahaja yang mendapat kebaikkan daripada
pelaksanaan dasar. Selain itu, guru juga mempunyai kewajipan untuk sentiasa menyedarkan
sesuatu kerasional mengenai semangat perpaduan disebalik setiap dasar baru yang
diamalkan. Oleh itu, untuk memastikan guru menjelaskan setiap kerasionalan tersebut,
seseorang guru perlulah peka terhadap dasar baru dalam sistem pendidikan dan
kepentingan yang terselindung di sebalik sistem tersebut. Tambahan lagi, sebagai medium
perhubungan, guru perlu sentiasa mempunyai kemahiran mengeluarkan idea, perasaan,
menyampaikan maklumat serta tektik berkomunikasi yang efektif.
Kelima adalah kebolehan melatih dan memimpin para pelajar ke arah bertindak
secara bebas tanpa ketidakbergantungan kepada orang lain. Seperti yang diperjelaskan
di atas, guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai seorang insan pendidik malah
mengambil peranan ibubapa secara keseluruhan dimana ia menjadi tanggungjawab guru
untuk melatih setiap individu berkembang secara seimbang dari pelbagai aspek. Oleh itu,
17

guru lebih berperanan untuk melatih para murid menkadi seorang insan yang dikehendaki
oleh arus globalisasi seperti mempunyai pemikiran yang wajar, memiliki kemahiran berdaya
saing yang tinggi dan lain lain lagi. Parap pelajar hendaklah sentiasa dididik menggunakan
daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar belajar sepanjang hayat justeru
mempunyai modal intelektual tinggi di era ini. Kemahiran berfikir yang ingin dipupuk perlu
lebih terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Ustaz yunus, 2012, Cabaran
pendidikan dan usaha usaha untuk menanganinya). Kemahiran berfikir yang dimaksudkan
pula setiap guru perlu mengetahui teknik dan cara melahirkan dan memupuk kemahiran
menaakul pada aras yang tinggi terhadap setiap pelajar. Iaitu itu menjadi tanggungjawab
kita dimana seorang guru perlu melengkapkan diri kita dari segi ilmu pengetahuan mengenai
pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Guru juga perlu mempunyai kemahiran
dalam menjelaskan kelebihan pemikiran matang seperti kebolehan membuat keputusan,
kebolehan mengurusan kehidupan diri sendiri, kekuatan untuk mengahadapi sebarang
maslaah dengan tabah dan lain lain lagi sebagai nilai asas kepada kehidupan yang lebih
Berjaya.
Keenam adalah guru harus menjadi sebagai seorang modal yang dilengkap
dengan nilai-nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Seorang guru perlu
sentiasa menunjukkan nilai nilai terpuji yang boleh menarik perhatian para pengikutnya
tanpa membuat sebarang penyeruan dan bermotivasi. Kenyataan ini diperkekalkan dalam
diri setiap insan yang dijadikan sebagai seorang guru dimana setiap guru mempunyai
kewajipan untuk melatih dan mejadi pengamal kod etika perguruan. Etika ini diterapkan
dalam diri insan pendidikan dan dipraktikkan supaya ia tidak menjadi ikutan dan amalan
hanya semasa berada sewaktu di sekolah malah ia menjadi nilai kehidupan sepanjang
hayat. Ciri ciri seperti inilah yang membuktikan jiwa keguruan yang tersembunyi di dalam
setiap warga pendidik tanpa pengenalan identiti sebagai seorang guru. Ia akan menyerlah
secara semula jadi dalam setiap tugasan yang dilaksanakan oleh guru. Anjakan ketiga
dalam

PIPP

ialah

melahirkan

rakyat

yang

menghayati

nilai. Tujuannya

untuk

melahirkan murid yang memiliki kemahiran memimpin, di samping juga nilai murni
sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil yang dapat membimbing mereka dalam
membuat keputusan beretika. Usaha di bawah anjakan ketiga ini ialah mengukuhkan
pendidikan

agama

Islam

dan

pendidikan

Moral

dengan

lebih

tumpuan

kepada

perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid. Pelaksanaan KSSR
yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan
menengah

melibatkan

diri

dalam

khidmat

komuniti. Tambahan

pula,

kurikulum

Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi

18

murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih
kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan.
Ketujuh adalah peka terhadap bidang bidang ekonomi serta mengetahui dan
memupuk amalan dan nilai seorang keusahawanan yang baik dan berprestij.
Pendidikan pula dapat menyeimbangkan sosio-ekonomi di antara kaum dan kumpulan etnik
di mana ia dapat dilihat melalui peluang-peluang pekerjaan, pendapatan, dan pegangan
ekuiti. Apabila keadaan ini tercapai, kestabilan ekonomi, politik, dan sosial akan dapat
berkembang maju (Mior khairul Azrin BinMior Jamaluddin, 2011, Sistem pendidikan di
Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional). Oleh itu,
pendapat ini menyeru diri guru untuk sentiasa mentransformasikan diri sendiri kita kepada
bentuk yang diidamkan oleh pelajar. Seorang guru sahaja boleh menukar peranannya
menjadi seorang keusahawanan, seorang karyawanan dan lain- lain lagi. Selain itu, guru
juga mempunyai tanggungjawab untuk memupuk pemikiran keusahawana menerusi nilai
pengabungjalinan supaya satu bentuk masayarakatyang bermina keusahawanan dibentuk
mengikut kehendak Negara.
Kelapan adalah guru perlu peka dengan ilmu sains dimana dapat melatih para
pelajar untuk berkembang dengan seimbang dari segi jasmani iaitu perkembangan fizikal
diselaraskan dengan perkembangan kognitif dan juga emosi. Ini telah membuktikan bahawa
para pendidik perlu mengubah keyakinan terhadap pembaharuan pendidikan bahawa ia
adalah sesuatu yang berfaedah. Terdapat pandangan bahawa guru guru mempunyai
pandangan konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastik kerana kurang yakini ia benar benar membawa faedah kepada mereka dan murid
(Ustaz yunus, 2012, Cabaran pendidikan dan usaha usaha untuk menanganinya).
Kesepuluh adalah guru

harus mempunyai kemahiran pemikiran kreatif dan

inovatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif merujuk kepada seseorang yang sentiasa berfikir,
ingin mencipta, bercita cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Oleh itu, guru
memainkan peranan sebagai pencetus kreativiti dan inovasi kerana guru sebagai individu
penyampai maklumat perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi melakukan transformasi dalam
menjana minda murid agar menjadi lebih berdinamik (Norizam Abdul Muhid, 2014, Guru
perlu kreatif, Inovatif). Oleh itu, sebagai satu langkah persediaan untuk menjadi pencetus
pemikiran kreatif dan inivatif, guru perlu sentiasa meningkatkan diri mereka dalam aspek
pemikiran yang memperangsangkan. Guru juga perlu mempunyai bakat memerhatikan
sesuatu perkara daripada pelbagai sudut yang menjadi asas kepada perkembangan
pemikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, Guru juga sentiasa perlu peka terhadap
pembanguan dunia selain hanya berfokus kepada ilmu buku sebagai satu langkah untuk
19

melatih murid bukan sahaja daripada teorikal manakala daripada aspek menguji dan
membuktikannya. Oleh itu, guru juga perlu sentiasa merancang pedagogi yang kreatif dan
inovatif dengan mengaplikasikan teori yang dipelajari di bilik darjah dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
Perkembangan secara fizikal lebih berfokus kepada Pendidikan Jasmani dan nilai
estetika pula berfokus dalam Pendidikan Seni. Pengabungan kedua dua subjek ini dapat
memberikan kebaikkan dalam perkembangan secara seimbangan dalam diri para pelajar.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah
secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan
seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan
melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan
manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersamasama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti
jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran
menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek (Hushna Afendi, 2010, Seni dalam Pendidikan).
Pendidikan jasmani pula lebih berfikus kepada keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas. Sejahtera dan produktif dan
pertumbuhan individu, kognnitif dan afektif menjadi tiga tunjag utama dalam mata pelajaran
ini. Justeru itu, seorang guru yang ingin memastikan matlamat kedua- dua mata pelajaran ini
tercapai, maka seseorang itu perlu memahmi naluri dan pemikiran murid untuk
membolehkannya menguasai jiwa mereka dan membimbing kearah kesejahteraan diri
dalaman mereka. Nilai merasai jiwa pelajar ini hanya boleh dirasai oleh seseorang guru
yang betul-betul mempunyai rasa empati dan kesedaran diri yang tinggi. Selain itu, seorang
guru yang cemerlang dalam bidang jasmani juga mampu melatih seiap pelajar untuk
menjadi atlit kebangsaan. Kekurang kepakaran ini dalam kalangan guru telah menjadikan
bilangan pencapaian kemenangan dalam sukan persada dunia agak merosot. Oleh itu,
setiap guru pelru memahirkan diri sendiri dalam memperkembangkan potensi dan
kamahiran dalam suatu bidang sukan ang diminati. Kepelbagaikan kepakaran yang
mengajar dan melatih guru mampu menjadikan para pelajar kita lebih menyerlah dalam
bidang ini. Transformasi dalam

PPPM

ialah

membangunkan

nurid

secara

holistik

dengan mengukuhkan keprluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab, dan 1 Badan
Beruniforn.

Ini kerana penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid

peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka, sekali gus membangunkan
kepimpinan

murid. Oleh

ditawarkan

di

setiap

yang

demikian, bagi

sekolah, guru-guru

meningkatkan

penasihat

kualiti

aktiviti

yang

persatuan, permainan, badan

beruniform perlu menjalani latihan bersasaran yang dianjurkana oleh Kementerian.


20

Kesebelas adalah kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.


Sebagai seorang guru yang ingin memupuk budaya sanis dan teknoliogi, seorang guru
perlu berfikiran matang untuk membimbing murid ke arah kemahiran menganalisis
keburukan dan kebaikkan perkembangan sains dan teknologi. Selain iitu, guru perlu
membimbing dan mengalakan murid ke arah pemilihan sumber sains dan teknologi yang
terbaik kepada murid. Kesemua unsur sains dan teknologi yang telah dikenalpasti sebagai
negatif perlu menjadi suber pengetahuan dan bukan amalan para pelajar yang bakal
memimpin Negara. Untuk membolehkan pendidikan membentuk budaya matang ini,
seseorang guru perlulah terlebih dahulu peka terhadap unsur sains dan teknologi yang
makin meningkat di pesada dunia. Seseorang guru tidak boleh mengungkapkan perkatan
tidak kenal atau tdak tahu mengenai sesuatu perkara yang diperdebatkan di pelosok dunia.
Seseorang guru tersebut kadang kala perlu berfikiran sanitifik dan terbuka kea rah
membimbing pelajar berwaspada dengan pengkembangan ini.
Keduabelas adalah peka terhadap kemahuan Negara kita dalam bidang bahasa.
Seseorang guru termasuk guru yang mengajar mata pelajaran yang berunsur teori dan fakta
serta eksperimen juga

mempunyai tanggungjawab terhadap kepenggunaan Bahasa

dengan betul. Justeru itu, kita boleh membincangkan bahawa seorang guru sentiasa perlu
berfikiran untuk meningkatkan untuk menegahkan Bahasa melayu walau dimana juga
berada dan sentiasa berusahan untuk menjadi pakar dalam Bahasa antarabangsa sejajar
dengan

keperluan

globalisasi.

Strategi

untuk

melaksanakannya

disediakan,

iaitu

melaksanakan Bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara
berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di
antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan sekolah di
luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran (Mior khairul Azrin BinMior Jamaluddin, 2011,
Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar, cabaran. Dan pelaksanaan ke arah perpaduan
nasional). Justeru itu, sebagai seorang warga pendidik yang menpunyai kesedaran
penggunaan Bahasa perlu sentiasa menggunakan Bahasa dengan lebih betul dan teliti
disamping melengkapi diri dengan kemajuan Bahasa inggeris. Setiap warga perlu
mempunyai kepakaran asas dalam Bahasa melayu dan termasuk kemahiran berucap,
membaca dan memahami,

menyediakan pelbagai bentuk karya serta mengenal

kesusteraan dan keistimewaan setiap Bahasa tersebut. Guru juga perlu mengenal cara
kepenggunaan Bahasa yang lebih betul supaya dapat mendidikan anak murid dengan lebih
baik. Ini selaras dengan anjakan kedua dalam PIPP ialah memastikan setiap murid
profisien

dalam

Bahasa

Malaysia

dan

Bahasa

Inggeris. Antara

usaha

yang

dilaksanakan di bawah anjakan kedua ialah meningkatkan kemahiran guru bahasa


Inggeris. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris daripada guru
21

yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa. Langkah ini akan dapat
dicapai dengan memastikan semua 70000 guru bahasa Inggeris mengikuti Cambridge
Placement Test (CPT) dalam

tempoh dua tahun. Oleh yang demikian. guru wajar

mencapai standard yang ditetapkan dan perlu bersedia untuk mengikuti latihan
intensif bagi meningkatkan kemahiran
Pendekatan ini sebenarnya menafikan hakikat bahawa guru ialah profesional pintar
yang berkemahiran tinggi, serta mempunyai pemikiran dan pendapat yang wajar diberi
perhatian. Kegagalan dalam penyampaian kurikulum kebanyakannya bukan berpunca
daripada kelemahan peribadi, kemahiran atau pengetahuan guru, tetapi diakibatkan oleh
persekitaran

kerja

berasaskan

keterasingan

eksklusif

berpusatkan

bilik

darjah

(Hangreaves,1990:91). Dalam persekitaran yang sentiasa berubah, individu paling hebat


dalam sesuatu organisasi sekalipun tidak berupaya dan tidak mempunyai masa untuk
membuat keputusan atau strategi perubahan seorang diri, melainkan beralih kepada sistem
kerja berpasukan (Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi
Pendidikan). Oleh itu, guru sentiasa perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinan
diri mereka sendiri terutamanya dalam proses perancangan dan pelaksanaan setia tugas
sebagai warga pendidik demi meningkatkan taraf profesionalisme perguruan.
Kenyataan seterusnya pula merujuk kepada kesediaan seorang guru dalam aspek
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada pelajar. Sebelum mengajar
kemahiran tersebut, sebagai suatu persediaan setiap guru perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran berfikirang yang lebih tinggi dan matang daripada pelajar. Di dalam era ini, kita
tidak boleh menafikan bahawa setiap anak genearisa hadapan yang dilahirkan telah terbukti
lebih baik dan mempunyai kecelikan akal yang tinggi berbanding dengan generai yang
terlebih dahulu. Kemajuan teknologi yang kita kenali pada usia keremajaan kita telahpun
mula dikenali di peringkat kanak kanak lagi. Oleh itu, guru perlu sentiasa berusaha untuk
meningkatkan taraf diri sendiri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir dan
membuat keputusan.
Akhir sekali, ketanggungjawaban untuk meningkatkan ketrampilan diri pelajar.
Untuk mencapai tujuan ini, seseorang guru perlu sentiasa berusaha ke arah meningkatkan
tahap diri kita ke tahap maksimum supaya kita menyerlah sebagai seorang individu yang
mempunyai ketrampilan diri yang tinggi yang mempunyai kelayakan untuk menjadi ikutan
orang lain dan ahli masyarakat termasuk warga skeolah. Seseorang yang berketrampilan
akan mempunyai ciri-ciri seperti
Konsep sekolah pintar, iaitu sekolah bestari yang serba-serbi fleksibel dari segi
organisasi yang dikemukakan sebagai hasil langkah kerajaan dengan diterajui oleh
22

pengetua

yang

menguasai

kepemimpinan

strategik,

kepemimpinan

pendidikan,

kepemimpinan responsif dan kepemimpinan kebudayaan. Bagi sesebuah organisasi


berskala besar, proses melaksanakan perubahan terancang memerlukan pemimpin yang
memahami kompleksiti perubahan dengan disokong oleh governan dan struktur sekolah,
serta pengurusan kurikulum dan pedagogi yang mengoptimumkan proses pembelajaran
(Cikgu Azhar, 2011, Fokus perubahan terancang dalam organisasi Pendidikan).
Kesimpulannya, dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum
bahawa perubahan-perubahan

yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua

pihak terutamanya guru-guru Malaysia. Guru memainkan peranan yang amat penting
dalam

menjayakan

transformasi

pendidikan. Guru

adalah

individu

yang

perlu

menyampaikan pembelajaran berkesan supaya standard pendidikan antarabangsa


tersebut dapat dicapai pelajar seterusnya dapat melahirkan generasi muda yang
mampu menempuh keadaan eknomi global pada abad ke-21.

23

SENARAI RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia.
Noriati A.Rashid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor:
Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok, S.S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
Finolla Lausok, F. (2009, August 2). Cabaran Globalisasi dan langkah mengatasinya [Web
log post]. Retrieved from http://finolla-5aminuddin.blogspot.com/
Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh. PERLAKSANAAN PENDEKATAN
PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN (PBL DAN POPBL) BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR (Doctoral dissertation, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia). Retrieved from http://http://eprints.uthm.edu.my/2312/1/
Izzay gummy. (2010, November 2). MuZik daRi HaTi: PENGAJARAN BERASASKAN
PROJEK Retrieved from http://izzahgummy.blogspot.com/2010/11/pengajaran-berasaskanprojek.html
Ustaz Yunus. (2012, November 29). Guru SK Merbau Sempak: CABARAN PENDIDIKAN
DAN
USAHA-USAHA
UNTUK
MENANGANINYA.
Retrieved
from
http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.html
Azhari. (2011, October 29). FOKUS PERUBAHAN TERANCANG DALAM ORGANISASI
PENDIDIKAN
(THE
SCHOOL
TRANSFORMATION)
Retrieved
from
http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/10/fokus-perubahan-terancang-dalam.html

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). (2014, September 10). Retrieved from
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=en&showall=1

24

PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Tuhan, maka saya dapat menyiapkan tugasan projek guru
dan cabaran semasa

ini. Sesungguhnya banyak ilmu, pengetahuan dan kemahiran

baru yang telah diperoleh sepanjang menjalankan kajian.


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Encik Rosli, selaku pensyarah saya kerana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar
dan bimbingan dalam proses menyiapkan kerja kursus pendek ini. Segala ilmu dan
bimbingan beliau amat bermakna bagi saya. Ucapan terima kasih juga saya tujukan
kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan,
galakan dan bantuan kewangan kepada saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya tujukan kepada
rakan-rakan saya atas segala cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah mereka
kongsikan bersama saya sepanjang menjalankan kajian. Saya juga

mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pusat sumber Institut Perguruan Sultan Abdul
Halim. Akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua

yang

terlibat

secara

penyelidikan tindakan ini Hanya

langsung

dan

tidak

langsung

dalam

menyiapkan

Tuhan sahaja dapat membalas budi kalian. Harap

Tuhan yang Maha Berkuasa akan merahmati kalian.

25

Anda mungkin juga menyukai