Anda di halaman 1dari 6

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja
Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat
menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu,
Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera
serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.


PERSOALAN

i. Keberanian untuk menempuh cabaran.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

ii. Kebijaksanaan dalam tindakan.
Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan
Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk
negeri tersebut.

iii. Penderitaan tidak semestinya berkekalan.
Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya
mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.



iv. Tanggungjawab seorang bapa.
Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila
Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan
Raja Bujangga Indera.



Watak Utama

Maharaja Marakarma

i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.
iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.
iv. Taat.
Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang
Maharaja Indera Dewa.

v. Mahir memanah.
Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran
memanah yang dimiliki oleh baginda.
vi. Berani.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
vii. Bertanggungjawab.
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri
Nila Cahaya dengan baik.
viii. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.



Watak Sampingan

Raja Mengindera Sari

i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.
iii. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.
iv. Taat.
Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang
Maharaja Indera Dewa.
v. Berani.
Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.



Puteri Nila Cahaya

i. Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.
ii. Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera
Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta
Beranta.
iii. Penyayang.
Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan
bondanya.
iv. Bernasib baik.
Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan
ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja
Bujangga Indera.


Puteri Cahaya Khairani

i. Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.
ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.
iii. Penyayang.
Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang
disayangi.


Raja Bujangga Indera

i. Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani
ii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya
iii. Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta
iv. Penyayang.
Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda
tersayang.



LATAR

Latar Masa

i. Pagi
Contoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja
Marakarma pada waktu pagi.

ii. Empat puluh hari empat puluh malam
Contoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung
selama empat puluh hari empat puluh malam.


Latar Tempat

i. Negeri Puspa Sari
Contoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.

ii. Negeri Anta Beranta
Contoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan
Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.

iii. Negeri Mercu Indera
Contoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat feudal
Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

ii. Masyarakat yang penyayang
Contoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.

iii. Masyarakat yang taat setia.
Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.

iv. Masyarakat yang bertanggungjawab
Contoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya
dengan sempurna.

v. Masyarakat yang berani.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

vi. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja
Indera Dewa.

vii. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.
Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap
sebagai anak yang membawa malang.



GAYA BAHASA

i. Bahasa Istana
Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana


ii. Bahasa Sanskrit
Contoh: ratna mutu manikam

iii. Bahasa Arab
Contoh: maghrib, masyrik

iv. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: rata, lebu duli, anak keti

v. Kata Pangkal Ayat
Contoh: maka, adapun


NILAI

i. Nilai menepati janji
Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi
layanan yang baik kepada baginda.

ii. Nilai keberanian.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

iii. Nilai kasih sayang.
Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan
bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.

iv. Nilai amanah.
Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah
diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.

v. Nilai kerjasama
Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang.

vi. Nilai ketaatan
Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan
Maharaja Marakarma.

vii. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

viii. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di
negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.
Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk
menjaga Puteri Nila Cahaya.

ii. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.
Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang
baginda.

iii. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.
Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk
menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.

iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

v. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon
keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.

vi. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.

vii. Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.
Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi
mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.

viii. Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.
Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan
karut.

SOALAN


i. Bagaimanakah Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa?

ii. Apakah hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera?



JAWAPAN

i. Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa dengan menikam dada Maharaja Indera
Dewa terus ke belakang.

ii. Hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera ialah adik
beradik.

Anda mungkin juga menyukai