Anda di halaman 1dari 4

Tajuk 12

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai


Nota ringkas:
12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,
menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan
mengakses maklumat melalui internet.

Objektif TMK dalam pembelajaran
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan
Meningkatkan motivasi murid
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama
atau terlalu mahal untuk diperoleh
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum
Meningkatkan kemahiran TMK


12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik,
kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.
Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan
murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat
dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan
dan kebolehan yang berbeza

i. Kecerdasan Verbal- Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan
perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada
dalam bentuk lisan atau penulisan.
Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
pada makna yang kompleks
Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi
ucapan

ii. Kecerdasan Logik- Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara
konseptual dan abstrak.
Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan
masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah
serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis,
mengira dan menggunakan komputer dengan cekap
Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis

iii. Kecerdasan Muzik
Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama
yang terdapat di persekitaran
Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah
rentak dan tempo dengan mudah
Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi
dengan iringan muzik


iv. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea
dan perasaan, serta menyelesaikan masalah.
Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri,
dan perimbangan tubuh badan
Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama
dan lakonan

v. Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan
garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara
grafik
Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta
secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara
objek dan ruang
Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita

vi. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan,
hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau
perbezaan persepsi individu.
Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal
kemarahan dan kesedihan
Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri
sendiri

vii. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain
Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang
lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan


viii. Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-
bunyian yang terdapat di sekeliling
Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara
kehidupan flora dan fauna
Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta
mengkategorikan flora dan fauna

Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Petunjuk kepada potensi murid
Mempelbagaikan cara penilaian
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
Membangunkan bakat dan kebolehan murid
Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid
Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan
FPK
dan keperluan murid

Anda mungkin juga menyukai