Anda di halaman 1dari 2

Masalah oral motor memang sangat biasa berlaku kepada yang teristimewa.

Namun, tanpa kita sedar,


mereka juga kebanyakannya turut mengalami masalah pertuturan apraxia. Keadaan ini akan
memburukkan lagi masalah yang sedia dihadapi.

Perkara ini jarang dipertuturkan atau disuarakan oleh doktor mahupun speech therapist. Namun
demikian, ianya telah dibuktikan melalui beberapa kajian oleh Dr. Libby Kumin. Beliau merupakan
seorang pensyarah di salah sebuah universiti di USA dan banyak menulis dan membuat kajian terhadap
pertuturan yang teristimewa. Salah satunya ialah kajian yang dilakukan terhadap 7 yang teristimewa
yang masih mengalami masalah pertuturan walaupun dibawa untuk terapi pertuturan dalam
jangkamasa yang agak lama. Hasil daripada sesi temubual (pertuturan) dengan anak2 ini, dengan
merujuk kepada senarai yang menunjukkan seseorang individu tersebut mengalami masalah pertuturan
apraxia, memang disahkan bahawa ketujuh2 yang teristimewa ini mengalami masalah tersebut.

Masalah pertuturan apraxia ini bukan berlaku kepada yang teristimewa sahaja. Ia boleh berlaku kepada
mana-mana kanak2 yang normal mahupun tidak. Untuk mengujinya, ianya akan dilakukan oleh pakar
patologi pertuturan bahasa.

Ciri-ciri pertuturan apraxia :

1. Lambat dan lewat dalam perkembangan kemahiran bertutur
2. Tidak dapat sebut perkataan dengan betul
3. Pertuturan yang tidak konsisten
4. Sukar menyebut perkataan yang panjang/ sukar untuk menuturkan ayat yang panjang. Semakin
panjang ayat, sebutan menjadi semakin tidak jelas.
5. Faham apa yang didengar tetapi sukar untuk sebut balik perkataan tersebut
Sumber : Journal of Speech, Language, and Hearing Research-Vol. 51


Punca2 :

Tiada sebab khusus dapat dibuktikan kenapa berlakunya masalah pertuturan apraxia ini. Ada antara
saintis yang menyatakan ianya disebabkan oleh strok atau kecederaan otak (bhgn kiri). Ada juga yang
berpendapat disebabkan oleh masalah neurologi (saraf) iaitu otak yang mentafsir maklumat memberi
respon kepada saraf yang salah. Kerana itu sebutan menjadi tidak betul lantaran saraf yang
menggerakkan otot mulut atau oral motor tersebut bukanlah saraf yang betul.

Cara mengatasi :

1. menjalani terapi pertuturan
2. memberi latihan yang membolehkan individu mengulangi bunyi dan berlatih untuk menggerakkan
mulut dengan betul.
3. menurunkan/ memperlahankan kadar pertuturannya atau melakukan pergerakan ucapan dengan
teratur.

Anda mungkin juga menyukai