Anda di halaman 1dari 3

Kajian di New Jersey pada tahun 1985 iaitu selepas 5 tahun komputer peribadi diperkenalkan, mendapati hampir

semua sekolah memiliki komputer peribadi tetapi kesediaan guru menggunakan pensian seperti koswer yang
telah dibekalkan oleh pihak sekolah dan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sangat rendah.
Hanya 5% menggunakan teknologi komputer walaupun secara pedagogi mengakui komputer banyak kelebihan
(Becker, 1987).
Azman (1993) menyatakan bahawa kebanyakan koswer pendidikan masih lagi meggunakan kaedah pengajaran
tradisional dan ianya hanya menekan pada hafalan (fact recall) dan latih tubi (trial practice).
Media atau bahan bantu mengajar memang sudah diakui dalam penyelidikan memberi kesan yang hebat kepada
pelajar dalam memproses maklumat yang diterima untuk membolehkan proses pembelajaran berlaku (Kemp et
al., 1996). Wilkinson (1980) mendapati penonton boleh mengingat lebih lama maklumat yang disampaikan oleh
kombinasi media berbanding dengan hanya mendengar atau hanya membaca perkataan. Dapatan ini disokong
oleh kajian lain yang menunjukkan pelajar dapat mengingat 20% daripada apa yang mereka dengar, 40%
daripada apa yang mereka lihat dan dengar dan 75% daripada apa yang mereka dengar, lihat dan buat.
(Casanova & Molina 1996). Oleh itu, tidak dinafikan dalam pengajaran seperti penggunaan koswer, guru dapat
menggunakan kekuatan pelbagai media yang telah dibekalkan oleh KPM seperti gambar, perkataan dan bunyian
untuk menarik perhatian pelajar, mengilustrasikan idea konkrit dan abstrak, memahamkan konsep yang
kompleks dalam masa yang singkat tanpa beralih tempat belajar.
Samsudin Abdul Rahman (2004) dalam kajiannya juga mendapati antara masalah-masalah yang dihadapi guru
dalam pelaksanaan penggunaan komputer dalam P&P adalah aspek sikap guru yang kurang motivasi terhadap
penggunaannya kerana tidak mempunyai pengetahuan yang jelas tentang teknologi pendidikan dan kurang
menguasai literasi komputer.
Berdasarkan kajian-kajian lalu menunjukkan kompetensi literasi komputer guru adalah penting bagi penggunaan
perisian komputer seperti koswer di dalam kelas. Ini kerana penggunaan koswer memerlukan guru
mengendalikan komputer, dengan ini guru perlu mempunyai sekurang-kurang pengetahuan asas komputer.
Sekiranya guru tidak mempunyai kompetensi literasi komputer maka mereka akan menghadapi kesukaran untuk
menggunakan koswer dalam pengajaran dan ini akan menghadkan penggunaan koswer berkenaan.
Kajian Andris (1996) mendapati guru-guru menunjukkan sikap menolak terhadap perubahan pendidikan seperti
penggunaan komputer di dalam kelas kerana 2 faktor penghalang yang utama; bimbang terhadap kemahiran
komputer mereka dan bimbang untuk mengambil risiko. Sementara itu, Soong Li Ying (2000) dalam kajiannya ke
atas guru-guru di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Kuala Pilah mendapati terdapatnya perhubungan
yang positif di antara kemahiran menggunakan peralatan komputer dengan tahap penggunaan komputer
semasa P&P di kalangan guru-guru berkenaan.
Guru-guru perlu memberi komitmen dengan meluangkan masa mereka untuk belajar bagaimana untuk
merancang penggunaan teknologi berkenaan dalam pengajaran mereka serta perlu menyesuaikan diri dengan
peralatan yang baru. Oleh itu, mereka terpaksa melibatkan masa pengajaran mereka di dalam kelas untuk
mengimplementasikan teknologi berkenaan. Masalahnya, guru-guru akan menghadapi masa pengajaran yang
kurang kerana terpaksa menyesuaikan diri terhadap implementasi teknologi baru ini (Dupagne & Krendl, 1992).
Kajian Manikam Sinnapen (2000) mendapati 40% guru tidak menggunakan media teknologi kerana terpaksa
menghabiskan sukatan pelajaran. Mereka berpendapat masa yang panjang terpaksa diambil bagi pemasangan
peralatan dan beban tugas semakin berat jika menggunakan media teknologi sebagai bahan bantu mengajar
(ABM) dan 80% menyatakan mereka masih perlu mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan
penggunaan teknologi semasa mengajar.
Becker (1985) dalam kajiannya di peringkat nasional telah meninjau penggunaan komputer semasa pengajaran
guru di dalam kelas, beliau mendapati bahawa guru jarang menggunakan komputer untuk membantu proses
P&P atau latihan. Kajian beliau pada tahun 1990 mendapati sebilangan kecil sahaja guru dan pelajar
menggunakan komputer walaupun terdapat banyak perkakasan dan perisian di sekolah. Ini disebabkan sikap
guru yang kurang pengetahuan tentang komputer. Faktor ini merupakan halangan besar kearah keberkesanan
penggunaan komputer di sekolah. Dalam kajian yang dilaksanakn oleh Manikam (2000) mengenai persepsi guru
terhadap kekangan penggunaan alat teknologi pendidikan dalam P&P, beliau mengenalpasti aspek kemahiran
sebagai faktor kekangan utama. Kajian ini juga mendapati tahap penggunaan media teknologi pendidikan
seperti penggunaan komputer dalam proses P&P di kalangan guru-guru yang tertibat dalam kajian adalah tidak
memuaskan.

Antara masalah-masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan media teknologi semasa pengajaran
di dalam kelas adalah guru kurang pengetahuan mengenai pengendalian media berkenaan secara efektif.
Perkara ini telah dapat dikenalpasti dalam kajian yang telah dijalankan oleh Chiew Wye Mei (1999) terhadap
tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru pra-sekolah dalam proses P&P di daerah Subang Jaya.
Namun dalam kajian Muhamed Sani (1999), antara masalah lain yang dihadapi oleh guru-guru dalam
penggunaan media teknologi semasa pengajaran di dalam kelas merupakan beban tugas dan kekurangan
kemudahan serta peralatan.
Kajian Satveer Kaur (1998) mendapati terdapat beberapa penghalang utama penggunaan media teknologi
dalam P&P. Antaranya ialah kekurangan bahan atau peralatan media teknologi berkenaan, bilik darjah tidak
mempunyai kelengkapan yang sesuai serta kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media
tersebut. Dapatan dari kajiannya juga mendapati kesukaran mengganti dan memperbaiki peralatan yang rosak,
beban tugas yang berat dan kekurangan kakitangan terlatih untuk mengendalikan media tersebut juga
merupakan antara faktor penghalang kepada penggunaan media teknologi dalam P&P. Sementara itu kajian
yang dijalankan oleh Rohana Abdul Rahman (1999), mendapati terdapat empat halangan yang sering
mempengaruhi penggunaan teknologi pendidikan di kalangan guru-guru, iaitu halangan ekonomi, teknologi,
pentadbiran dan guru sendiri. Dalam kajian Abdul Rahman Daud (1992) pula mendapati peralatan media
teknologi yang tidak mencukupi menjadi penghalang kepada pengunaannya.
Selain itu, penyelenggaraan media teknologi yang baik juga dapat menggalakkan guru untuk menggunakannya.
Yusuf Hashim (1997) mendapati sekiranya media yang digunakan oleh guru dalam keadaan baik dan berfungsi
sepenuhnya, proses P&P akan dapat berjalan dengan berkesan. Sebaliknya juga media dalam keadaan yang
kurang berfungsi atau tidak diselenggarakan dengan sempurna, proses P&P akan gagal untuk mencapai objektif
seperti yang dirancangkan.
Menurut Mohd. Bokeri Abu Othman (2003), antara kekangan utama keberkesanan penggunaan media teknologi
di bilik darjah adalah disebabkan kerap berlakunya terputus bekalan elektrik akibat masalah sistem pendawaian
elektrik di bangunan-bangunan sekolah. Sementara itu, Hasselbring (1991) mendapati dua komponen utama
bagi penggunaan komputer secara berkesan di dalam kelas iaitu perkakasan dan perisian yang digunakan. Jika
kualiti perkakasannya baik tetapi menggunakan perisian yang tidak berkualiti dan tidak memenuhi keperluan
pengajaran, adalah tidak berguna dan begitulah sebaliknya. Faktor-faktor akan memberi kesan terhadap
penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru semasa pengajaran di dalam kelas,
Penggunaan Internet untuk tujuan P&P
Daripada hasil kajian yang dijalankan oleh Fullan dan Pomfret (1991), mereka telah merumuskan bahawa dalam
pelaksanaan sesuatu inovasi, guru bertindak sebagai penerima. Mereka tidak membuat inovasi tetapi bersetuju
untuk memcuba sesuatu yang diarahkan. Pelaksanakan perubahan baru dalam pengajaran bukanlah mudah.
Kajian oleh Scheffler dan Logan (1999) pula telah dilakukan di kalangan guru di Amerika dan bertujuan
mengukur tahap kompetensi TKM di kalangan guru. Kajian mereka menggunakan teknik delphi dan tinjauan ke
atas 67 jenis kompetensi yang meliputi kemahiran berkaitan rangkaian, internet dan penggunaan e-mel. Dengan
melibatkan sampel sejumlah 437 responden terdiri daripada guru-guru penyelaras, guru pelatih dan guru sekolah
rendah, Scheffler dan Logan mendapati kemahiran para guru masih lagi di tahap rendah dan sederhana.
Keadaan ini berlaku akibat kurangnya integrasi komputer di dalam kurikulum pengajaran dan instruksi di
samping kelemahan sistem bagi tujuan kegunaan penyelidikan dan penggunaan e-mel. Kajian ini mencadangkan
agar pembudayaan TKM dilakukan di peringkat sekolah manakala institusi sekolah digesa memainkan peranan
penting ke arah mempertingkatkan kemahiran guru, rangkaian dan sistem TKM.
Faktor Masa Dan Media Teknologi
Walaupun penggunaan media teknologi bukan lagi menjadi suatu yang asing bagi negara kita tetapi ia
merupakan suatu perubahan yang baru dalam sistem pendidikan di negara ini .maka guru seharusnya
melibatkan diri dengan perubahan berkenaan dan terpaksa melaksanakan inovasi baru dalam pengajaran
mereka seperti yang di sarankan oleh pihak kementerian. Adaptasi kepada sesuatu teknologi yang baru
memerlukan perancangan yang teliti serta mengambil masa yang banyak. Guru-guru perlu memberi komitmen
dengan meluangkan masa mereka untuk belajar bagaimana untuk merancang penggunaan teknologi berkenaan
dalam pengajaran mereka serta perlu menyesuaikan diri dengan peralatan yang baru. Oleh itu, mereka terpaksa
melibatkan masa pengajaran mereka di dalam kelas untuk mengimplementasikan teknologi berkenaan.
Masalahnya, guru-guru akan menghadapi masa pengajaran yang kurang kerana terpaksa menyesuaikan diri
terhadap implementasi teknologi baru ini (Dupagne & Krendl, 1992).

Kajian Manikam Sinnapen (2000) mendapati 40% guru tidak menggunakan media teknologi kerana terpaksa
menghabiskan sukatan pelajaran. Mereka berpendapat masa yang panjang terpaksa diambil bagi pemasangan
peralatan danbeban tugas semakin berat jika menggunakan media teknologi sebagai bahan bantu mengajar
(ABM) dan 80% menyatakan mereka masih perlu mendapatkan pengetahuan yang berkaitan dengan
penggunaan media teknologi semasa mengajar. Kajian Kassim Abbas (1987) juga mendapati kebanyakkan guru
tidak menggunakan media teknologi pendidikan disebabkan kekangan masa kerana mereka mahu
menghabiskan sukatan pelajaran dengan segera.
Dalam kajian yang dijalankan oelh Becker (1991), Leggot dan Persichitis (1998) dan Sheingold dan Hadley
(1990) mendapati masa yang terhad menjadi penghalang utama dalam penggunaan media teknologi semasa
P&P. Kajian mereka mendapati guru-guru memerlukan masa untuk merancang, menyediakan dan menggunakan
media teknologi terutama komputer di dalam kelas.
Soong Li Ying (2000) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan yang positif di antara faktor masa dengan
penggunaan teknologi di dalam P&P. Menurut beliau, satu perkara perlu diberi perhatian yang wajar dalam
penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti penggunaan media teknologi maklumat dalam P&P adalah
faktor masa. Penggunaan teknologi maklumat dalam P&P mernerlukan masa yang panjang dan latihan yang
secukupnya supaya guru dapat mengenali peralatan dan perkakasan yang digunakan.
Dapatan kajian-kajian lalu di atas telah mendapati terdapat hubungan di antara faktor masa dengan penggunaan
media teknologi. Selain itu, ada di antara kajian-kajian berkenaan menyatakan masa merupakan antara faktor
penghalang bagi penggunaan media teknologi oleh guru semasa P&P.

Anda mungkin juga menyukai