Anda di halaman 1dari 8

BAB II

SOROTAN LITERATUR

2.1

PENDAHULUAN

Bab 2 membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini serta
teori yang mendasari kajian ini.

2.2

LITERATUR BERKAITAN

Membaca merupakan satu kemahiran penting yang harus dimiliki oleh setiap individu.
Kemahiran mengenal pasti perkataan, pengetahuan perbendaharaan kata, serta kelancaran
adalah asas pembentukan makna semasa membaca. Kemahiran memahami atau mengenal
pasti idea utama atau masalah, peristiwa dan petunjuk utama dan tema juga dinilai semasa
membaca. Kemahiran membaca ialah satu proses mengubah simbol-simbol grafik atau
tulisan kepada konsep-konsep intelektual dan proses yang memerlukan daya mental kerana
proses berfikir melibatkan pembaca mentafsir apa-apa yang dilihat dan memberi makna yang
betul kepada simbol grafik tersebut.
Membaca merupakan proses yang dilakukan oleh pembaca bagi membentuk atau
memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan kandungan teks dan
pengetahuan latar pembaca tersebut sebelum membuat keputusan. Noresah Baharom (2010),
di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendefinisikan membaca sebagai memerhatikan
isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

Secara umumnya, membaca adalah penting bagi setiap individu untuk mendapatkan
maklumat atau informasi, memperoleh pemahaman tentang sesuatu perkara serta memberikan
penilaian terhadap sesuatu karya seni seseorang di samping dapat mengisi masa lapang. Bagi
memastikan aktiviti membaca menjadi lancar, sempurna serta mencapai matlamat sesuatu
bacaan itu dilakukan, proses membaca yang betul hendaklah dipatuhi dan kaedah mengajar
bacaan perlu dipraktikkan yang sesuai keupayaan membaca kanak-kanak.
Dalam kemahiran membaca, sesetengah guru hanya memberikan tumpuan kepada
kebolehan murid untuk membaca. Hal ini berlaku kerana guru menganggap sekiranya murid
dapat membaca dengan laju, mereka sudah menguasai kemahiran membaca. Namun
demikian, walaupun murid dapat membaca dengan laju, tidak semestinya mereka dapat
memahami kandungan yang dibaca (Topping; dalam Rasinski, T. Blachowicz, C, 2006).
Aspek kelajuan membaca berkait dengan tahap kefahaman membaca kerana proses
pembacaan yang berkesan adalah dengan memahami isi bahan bacaan yang dibaca. Dalam
kajian ini, akan dijelaskan dengan terperinci mengenai aspek kelancaran, kaedah pengajaran
yang bersesuaian serta kaedah penilaian.

2.2.1

Teori Pelaziman Operan Thondike

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang


terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf d antara
situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi organism maka itu
sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap
sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud
di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak
balas kepadanya. Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan
dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G
mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti
kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah
kesediaan

saraf,

ketertiban

masa,

rasa

milik

dan

memuaskan

pengalaman. Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang


difikirkan oleh Thorndike adalah pada umumnya dibahagiakan kepada tiga
iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesediaan.

Hukum yang pertama ialah hukum kesediaan. Hukum ini adalah perkara yang paling
penting dan asas sebelum seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid
hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam
kelas. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya akan berkesan jika murid mahu
menerima ganjaran tersebut. Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk
memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti tersebut. Seterusnya,
murid juga perlu dalam mempersiapkan diri dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika
murid bersedia sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya, pembelajaran
yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan mereka juga akan berasa seronok di
sepanjang proses pembelajaran tersebut.
Hukum latihan yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi
perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran.
Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas,
seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik.
Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan
dengan gerak balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan
matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut menyelesaikan soalan
matematik tersebut semakin singkat.
Hukum latihan yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah sekiranya
seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang memuaskan daripada gerak balas yang
dihasilkan, maka ikatan antara ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun
begitu, jika seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan, gerak balas
tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh dikaitkan dengan ganjaran dan
denda yang diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.

2.2.2

Definisi Kelancaran

Kelancaran membaca adalah kebolehan pembaca yang boleh menyah kod dan
memahami pada masa yang sama. Oleh itu maksud bagi kelancaran membaca adalah
pembaca yang dapat membaca secara spontan, berintonasi dan ekspresi serta
memahami apa yang dibacanya.

2.2.3

Faktor-faktor Kanak-kanak Tidak Lancar Membaca

Tahap kecerdasan dan psikologi yang rencam dalam kalangan murid adalah akibat pelbagai
faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang berkecenderungan
menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh
guru. Selain itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah
pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan
gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang
pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap pembelajaran (Zulkifley, 2006). Selain
gangguan emosi terdapat juga masalah biologi seperti masalah kesihatan fizikal dan fungsi
neurologi murid. Akibatnya kesihatan murid terjejas seperti penyakit keturunan, asma,
sinutitis, sawan, kecacatan alat artikulasi dan sebagainya sering menjejaskan minat dan
tumpuan murid terhadap pelajaran. Oleh itu, kepintaran atau kebijaksanaan berpunca
daripada kecekapan sel-sel neuron dalam otak manusia bukan sahaja mewujudkan
pengetahuan tetapi memberi pengalaman yang bermakna.
Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri
murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak
membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja
serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya.
Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan muridmurid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.

2.2.5 Kaedah-kaedah Pengajaran Membaca


Pengajaran ditakrifkan sebagai tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang diusahakan secara
bersama oleh guru dan murid menerusi pembelajaran yang sistematik dan teliti, selain
penggunaan satu atau beberapa kaedah atau teknik yang sesuai. Menurut Adnan Ayob dan
Khairuddin Mohamad (2012), pelaksanaan pengajaran melibatkan usaha guru untuk
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar

demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran. Proses pengajaran hanya
berlaku apabila adanya guru dan murid yang melibatkan instruksi yang diikuti dengan latihan
indoktrinasi dan pelaziman. Pengajaran berlaku apabila wujudnya proses interaksi dua hala
iaitu antara murid dan guru.
Dalam mengajar bacaan Bahasa Melayu, penekanan dalam mengaplikasikan kaedah
pengajaran amat dititikberatkan supaya dapat melaksanakan proses pengajaran dengan lebih
berkesan. Ini kerana menerusi kaedah pengajaran terdapat beberapa langkah atau aktiviti
bacaan yang mempunyai peringkat susunan dan urutan tertentu bagi membolehkan objektif
pengajaran yang dirancang dapat dicapai. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Justeru
sesuatu kaedah terdiri daripada suatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk
mencapai sesuatu matlamat. Hassan Langgulung (1981), pula berpendapat bahawa kaedah
ialah satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah tersusun. Dalam tiap-tiap
langkah terdapat kemahiran dan latihan yang tersusun. Menurutnya kaedah sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan asas. Berdasarkan penerangan tokoh di atas jelas
menunjukkan apa-apa sahaja tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru untuk
memberikan kefahaman kepada seseorang murid adalah kaedah walaupun tidak mempunyai
nama-nama khas.

2.3

Masalah pengajaran membaca

Abdullah Aliyy Mustapha (2007: 129-136) menjelaskan bahawa penguasaan dan kefahaman
membaca bergantung kepada teknik dan cara pembaca menggunakan mata serta minda dalam
memahami satu-satu makna. Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat langkah-langkah yang
baik untuk memahami sesebuah teks. Antara langkah-langkah yang diutarakan seperti cara
sepintas lalu untuk mengetahui idea asas, bacaan secara teliti untuk lebih memahami
maklumat yang telah didapati, memilih perenggan yang penting untuk diteliti dan difahami
bermula daripada umum kepada khusus dan seterusnya pembaca mestilah mengaitkan
maklumat baru yang diperolehi dengan pengalaman yang sedia ada.
Kajian oleh Kelly (2001) terhadap 20 pembaca yang mewakili tahap membaca yang tinggi
dan rendah dalam bahasa kedua pula mendapati pembaca lemah dapat meningkatkan
pemahaman dengan menyatakan kembali apa yang dibacanya. Kelemahan mengenal pasti

ayat dapat diatasi dengan membaca secara berhati-hati. Dapatan juga menunjukkan pembaca
tahap kebolehan tinggi menguasai pemahaman lebih baik berbanding pembaca lemah.
Folger (2001), dalam kajiannya menunjukkan bahawa responden kajian
menggunakan pengetahuannya berkaitan perkataan, ayat dan hubungannya dengan
pengalaman. Responden dapat menyatakan kandungan pemikirannya secara visual daripada
teks atau ilustrasi untuk membina teks selari dengan bacaannya. Kesemua peserta kajian
dalam tahap berbeza dapat mengekod perkataan yang dibaca dengan baik. Kajian ini
menunjukkan terdapat hubungan dan perkaitan antara kemahiran membaca dengan
pengalaman. Responden yang mempunyai pengalaman mempelajari sesuatu lebih mudah
untuk menguasai sesuatu kemahiran.
Sengupta (2002), membincangkan perubahan dalam proses membaca pembaca
berdasarkan pengalaman literasi melalui kursus-kursus diikuti. Kajian ini juga menghuraikan
cara mengajar membaca dikendalikan dengan menitik beratkan perkembangan proses
kesedaran membaca yang berupaya mengubah model membaca pembaca secara eksplisit.
Kavita Mahalingam (2010) telah menjalankan kajian terhadap murid Tahun Satu di
sekolah rendah mendapati masih terdapat murid yang tidak kenal huruf terutamanya huruf
yang hampir sama bentuk. Ramai juga murid yang tidak tahu memenggal suku kata apabila
membaca perkataan. Murid selalu lupa akan bunyi suku kata yang dibacanya. Apabila
membunyikan suku kata terakhir murid lupa bunyi suku kata awalnya. Kesalahankesalahan
ketika membaca seperti kesalahan penambahan, pengulangan, pembalikan, pengguguran dan
penggantian huruf sering dilakukan.
McGee dan Richgels (1990) dalam Rahimi Md Saad (2006) menyatakan bahawa
membaca dan menulis adalah kemahiran sukar dikuasai dan bukan dipelajari secara
semulajadi. Kesediaan membaca merupakan satu proses yang penting bagi menarik minat
murid untuk membaca. Timbul isu di sini, bagaimanakah cara untuk menarik minat murid
yang tidak suka untuk belajar membaca. Menurut kajian yang dijalankan oleh Stanford
(2003), kebanyakan guru-guru yang mengajar secara tradisional lebih gemar menulis di
papan hitam, menyoal murid-murid mengenai kerja-kerja yang diberikan dan menunggu
murid-murid menyiapkan kerja-kerja bertulis mereka.
Zainiah Mohamed Isa (2004) dalam kajiannya menyatakan penggunaan

kaedah

pengajaran yang tidak sesuai kepada kanak-kanak, akan menimbulkan rasa bosan, tertekan

dan seterusnya hilang keyakinan diri. Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
menarik minat murid untuk belajar. Naimah Yusoff et al (2011) menyatakan bahawa guru
yang mempunyai pengetahuan tentang pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran akan
dapat menyampaikan kemahiran membaca kepada kanak-kanak dengan lebih efektif. Gorky
(2009) dalam Mariani Hj Mohamad, (2010) juga menegaskan bahawa pengetahuan adalah
unsur utama yang harus dimiliki seorang guru. Oleh itu, pengajaran yang berkesan
memerlukan seseorang guru yang mempunyai pengetahuan tentang matapelajaran yang
diajar.
Selain itu juga, guru perlu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan keperluan murid. Menurut Berk (2009), bahan bantu mengajar yang terbaik
ialah bahan yang disediakan oleh guru itu sendiri. Malah kos penggunaan bahan bantu
mengajar dapat dikurangkan dengan menggunakan bahan sedia ada dan bahan-bahan kitar
semula (Duncan & Lockwood 2008). Oleh itu, pengetahuan dan kreativiti seorang guru amat
penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan berkesan.
Peranan ibu bapa turut mrnyumbang dalam membantu perkembangan membaca
murid. Menurut kajian yang dilakukan oleh Darling (2005), kanak-kanak yang datang
daripada keluarga yang menekankan literasi lebih menunjukkan minat terhadap pengajaran
membaca. Ini menunjukkan bahawa kepedulian ibu bapa mengenai kemahiran membaca
boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca. Pada masa yang sama juga, guru turut
mengharapkan kerjasama dari ibu bapa supaya dapat membantu anak-anak mereka membaca
di rumah.
Adalah penting bagi ibu bapa menyediakan suasana persekitaran yang boleh
mendorong minat anak-anak untuk membaca. Hal ini juga dinyatakan oleh Strickland dan
Riley-Ayers, (2006) dalam Hjh Mariani Mohamad (2009) iaitu menyediakan persekitaran
yang membolehkan anak-anak berminat membaca sekaligus dapat membantu meningkatkan
kemahiran bahasa dan literasi anak-anak. Murid-murid akan mendapat manfaat yang besar
apabila guru dan ibu bapa mengukuhkan konsep dan idea yang sama seperti apa yang
dipelajari di sekolah dan di rumah dan ini mempercepatkan lagi pemerolehan kemahiran
berbahasa kanak-kanak itu.

Anda mungkin juga menyukai