Anda di halaman 1dari 3

PeNgUrUsAn KoNfLiK DaN StReS

Kesan Stres Ke Atas Individu.


Perasaan risau, bimbang gelisah dan cepat marah.
Sakit kepala dan sukar tidur.
Mudah berpeluh pada bahagian badan dan badan.
Hilang selera makan.
Bersa loya dan muntah muntah.
Degupan jantung meningkat.
Cara-Cara Mengatasi Stres
=> Melakukan aktiviti sukan dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
=> Berehat dengan secukupnya.
=> Mempunyai hobi yang boleh mendatangkan ketenangan.
=> Merehatkan diri dengan cara:
#Regangan otot leher.
#Angkat turun bahu.
#Kilas pinggang.
#Meditasi.
=> Mengendalikan masa secara berkesan dan bijaksana.
=> Merujuk masalah kepada kaunselor, guru atau ibubapa.
=> Mendapat rawatan pakar.


Warkahsiber

Assalamualaikum.. Bermacam-macam masalah dan konflik dalam hidup yang sering sahaja berganti-ganti
membayangkan kita seolah-olah tidak mampu mengawal kehidupan kita. Perasaan ini akhirnya meletuskan stres.
Perasaan yang seringkali tidak kita mahukan tetapi tidak dapat dielakkan. Kunci kepada pengurusan stres adalah
mengawal puncanya. Hakikatnya, kita sebenarnya mampu mengawal kebanyakan punca yang menyebabkan stres.
Jadi, kali ini WS akan berkongsi 4P yang menjadi punca utama kepada stres dalam kehidupan kita.
Persekitaran: Faktor persekitaran yang tidak kondusif menjadi antara punca yang banyak menyumbang kepada
tekanan. Masyarakat yang sering bergaduh, pendapatan rendah tidak mampu menampung kos sara hidup, rumah
bersepah, suasana kerja bermasalah, pertengkaran sesama ahli keluarga dan rakan-rakan pastinya memuncakkan
stres dalam hidup seharian. Persekitaran anda ibarat acuan hidup anda. Andai buruk acuannya, buruklah bentuknya.
Andai buruk persekitaran, buruklah kualiti hidup.
Pengurusan masalah: Masalah ialah benih kepada stress. Antara simptom pengurusan masalah yang
menyebabkan stress ialah lebih banyak mencari punca berbanding penyelesaian. Akhirnya masalah bukan sahaja
tidak selesai bahkan menambahkan masalah baru seperti pertelagahan antara dua pihak. Juga, berkatalah Tidak
apabila perlu. Apabila cuba menyenangkan hati orang lain, sebenarnya anda lebih banyak menyakiti hati sendiri.
Rungkailah sebolehnya dengan penyelesaian yang simple, usah mencari jalan yang kompleks kerana jalan yang
kompleks memerlukan usaha yang kompleks.
Pengurusan masa: Antara contoh pengurusan masa yang menyumbang kepada berlakunya stress ialah suka
bertangguh, terlalu kalut atau relaks, lewat, menunggu hingga saat terakhir, tidak menepati waktu, tidur lewat.
Impaknya, lewat ke pejabat menyebabkan kita dimarahi bos, apabila menangguh kerja terpaksa bersengkang mata
menyiapkan segalanya, tidur lewat membuatkan emosi terganggu dan marah-marah sepanjang hari. Keadaan-
keadaan ini membuatkan kita menjadi stres.
Perhubungan dengan Allah: Sesungguhnya Allah telah berkata kepada sekalian manusia di dalam surah Toha,
Barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku ia tidak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa yang berpaling tadah,
tidak ingat kepada-Ku maka baginya kehidupan yang sempit. (Surah Taha ayat: 123) . Jika kita mempunyai
masalah dalam hubungan kita dengan Allah, tidak hairanlah hati kita sentiasa tidak senang. Allah menyempitkan hati
dan kehidupan kita. Bila hati tidak senang, stres mula meledak.


Setelah mengetahui 4P yang mencetuskan stres dalam kehidupan seharian kita, bertindaklah mulai sekarang
mengawal serta memperbaiki 4P kita. Stres ada baik serta buruknya. Jika stres di tahap positif mampu menjadi
motivasi dan pendorong dalam hidup. Andai stres yang tidak lagi terkawal bakal mengundang impak negatif. Kualiti
hidup anda bergantung kepada kualiti pengurusan stres. Urus stres anda, terurus hidup anda!

Hustle up and Be GREAT!

Anda mungkin juga menyukai