Anda di halaman 1dari 4

1. Apa Itu Kaedah Abjad???

Memperkenalkan 26 huruf bermula huruf a hingga z.


Ia merangkumi pelbagai huruf yang terdiri daripada huruf kecil dan
huruf besar.
Mempunyai 5 huruf Vokal iaitu (Aa, Ee, Ii, Oo, Uu).
Selebihnya ialah huruf konsonan iaitu sebanyak 21.
Dalam sistem bahasa Melayu, huruf-huruf vokal mengeluarkan bunyi
setelah bergabung dengan huruf konsonan seperti 'da', 'de', 'di', 'do' dan
'du'. Manakala gabungan 'ai', 'au' dan 'oi' pula akan membentuk diftong.
Semua bunyi tersebut akan disambung supaya menjadi suku kata
seperti ba + tu = batu

Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z.
(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil
Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah






Contoh 2: Sebut nama-nama huruf.








A B C D E F G H I J K L M N O
a b c d e f g h i j k l m n o


P Q R S T U V W X Y Z
p q r s t u v w x y z
Aa = e Jj = jay Ss = es
Bb = bi Ky = kay Tt = ti
Cc = si Ll = el Uu = yu
Dd = di Mm = em Vv = vi
Ee = ei Nn = en Ww = dabliu
Ff = ef Oo = o Xx = ex
Gg = gi Pp = pi Yy = wai
Hh = ech Qq = kiu Yy = zek
Ii = ai Rr = ar
3. Permainan Istana Abjad:
Cara bermain:
a. Murid akan dibahagikan kepada 3 kumpulan.
b. Setiap kumpulan akan diberikan 2 batang kayu.
c. Setiap kumpulan akan diberikan huruf besar dan kecil dalam kuantiti
yang sama.
d. Kumpulan tersebut perlulah mengikat huruf tersebut mengikut susunan
yang betul pada kayu yang disediakan.
e. Satu batang kayu diikat dengan huruf besar, satu batang lagi diikat
dengan huruf kecil.
f. Wakil daripada setiap kumpulan dikehendaki mempamerkan huruf yang
diikat pada Istana Abjad.
g. Wakil akan menyebut huruf yang disusun dengan rakan sekumpulan.



Kaedah Pandang dan Sebut

Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa diguna seharian yang membentuk
kebanyakan pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak,
bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.

Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya
berulang-ulang. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan
murid belajar secara pandang (visual) dan mengecam perkataan. Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalakkan
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf
dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan tersebut.
Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata
[ ru ]

- Kebaikan Kaedah Pandang Sebut
(i) Menjimatkan masa (tidak perlu belajar mengeja perkataan dahulu)
(ii) Murid dapat memahami maksud perkataan semasa menyebut
(iii) Kaedah terpantas mempelajari kemahiran membaca

- Kelemahan Kaedah Pandang Sebut
(i) Tidak pandai mengeja
(ii) Gagal menyebut bunyi perkataan baharu
(iii) Perbendaharaan kata murid terbatas
(iv) Sesuai untuk murid pandai sahaja

Latihan Menyebut Perkataan
Latihan ini dilaksanakan dengan meminta murid-murid menyebut perkataan
yang terdapat dalam kad imbasan. Sambil menunjukkan kad imbasan, mereka
dikehendaki menyebut perkataan berkenaan beberapa kali.

Contoh latihan:

Anda mungkin juga menyukai