Anda di halaman 1dari 38

Proses transformasi atau perubahan dalam segala

aspek kehidupan masyarakat.


Perubahan yang dialami oleh sesuatu masyarakat
dapat berlangsung scara berencana atau secara
tidak berencana.
Perubahan berencana ialah suatu proses yang
mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan
ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan
dilaksanakan.
Modenisasi melibatkan 2 aspek : ekonomi dan
politik

Pembangunan Ekonomi : Matlamat,
Kaedah , Ukuran Pencapaian
Matlamat pembangunan ekonomi umumnya adalah
untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan
sesebuah masyarakat industri .

Kaedah yang dilaksanakan untuk pembangunan
ekonomi adalah :
1) Pembangunan Teknologi
~ Pengetahuan tradisional diketepikan dan diganti
dengan ilmu-ilmu saintifik dan teknik canggih.

2) Pembangunan Pertanian
~ Kegiatan Pertanian sara diri diubah kpd pertanian
komersial.
3) Industrialisasi
~ Proses produksi yang dilakukan secara besar-
besaran dengan menggunakan teknologi
canggih di kilang-kilang

4) Urbanisasi
~ Proses perpindahan penduduk di bandar,
pemusatan penduduk di bandar dan perubahan
kepada gaya hidup bandar. Urbanisasi penting
dalam konteks penyediaan buruh atau pekerja
industri bagi melancarkan industrialisasi.

Ukuran Pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah
pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi
seperti Keluaran Negara Kasa
( KNK ).
Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal
memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar, iaitu:
Revolusi Perancis (mengubah sistem politik
feudal Eropah Barat)

Revolusi Perindustrian (mengubah sistem
ekonomi Eropah Barat)
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada
dua sudut:
Sudut falsafah
berkaitan dengan pemahaman tentang
kemajuan atau evolusi.

Sudut praktikal
kemajuan sains dan teknologi.
Terdapat semacam ketentuan atau arah yang
bersifat sehala dalam perkembangan
kebudayaan manusia, yang berjalan melalui
tahap-tahap tertentu.

Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu
skala tahap perkembangan, tidak bertamadun
sehingga kepada yang moden.
Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan
semula hubungan antara manusia dengan alam
sekitar.
Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk
menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan.
Penggantian teknik produksi daripada cara-cara
tradisional yang menggunakan tenaga haiwan
kepada cara-cara moden yang menggunakan
jentera.
Mengejar kehidupan yang lebih maju dan
moden.

Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan
teknologi sehingga dapat melaksanakan
industrialisasi.
Dua proses dijalankan untuk mencontohi
pembangunan ekonomi dan politik di Eropah
Barat, iaitu:

Pemodenan
Pembaratan
Pemodenan
Proses perubahan dalam semua aspek
kehidupan melalui proses perencanaan,
pelaksanaan dan penilaian.

Pembaratan
Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang
tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana.
Negara Eropah Barat menjadi model pilihan
utama sebagai contoh bagi pembentukan
negara.

Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh
negara-negara yang menjalankan proses
kemerdekaan.

Dalam aspek politik, model negara bangsa dan
demokrasi politik dipilih.

Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang
berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi
dipilih.

Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman
modenisasi di Eropah Barat.

Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi
dengan mewujudkan sebuah masyarakat
perindustrian, Malaysia telah menumpukan
kepada peningkatan prasarana ekonomi,
pembangunan pertanian dan industri gantian-
import.
Pembangunan ekonomi diasaskan kepada
pembangunan teknologi dan peralihan daripada
industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.

Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-
ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.

Malaysia berusaha membina satu negara dan
satu bangsa yang aman dan makmur supaya
politik dijaga.


Modenisasi Eropah
Revolusi
Perancis
Revolusi
Perindustrian
Mengejar kehidupan yang maju dan moden
dengan cara meningkat sains dan teknologi
sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.
Revolusi Perancis merupakan satu tempoh
peralihan politik dan sosial dalam sejarah
Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis
yang bermonarki mutlak dengan sistem feudal
yang memberikan keistimawaan bagi golongan
autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk
yang berasaskan prinsip Kesedaran terhadap
nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat.

Revolusi Industri ialah perubahan yang cepat di
bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi
agraria ke ekonomi industri yang menggunakan
mesin dalam mengolah bahan mentah menjadi
bahan siap pakai.

Revolusi Industri telah mengubah cara kerja
manusia dari penggunaan tangan menjadi
menggunakan mesin.
Bahan Mentah
Buruh
Pasaran
Pedagang dan penjajah Eropah barat membawa
barang seperti pakaian dan peralatan pertanian
untuk ditukar dengan komoditi seperti
emas,rempah,timah dan hamba abdi dari Afrika.

Eropah berperanan memproses bahan mentah
menjadi barangan industri,bahan makanan dan
pakaian dan dijual kepada masyarakat Eropah
dan negara lain.
Matlamat :
Mewujudkan masyarakat perindustrian.

Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial
Bristish :
i) Pada peringkat awal, pembangunan ekonomi
lebih ditumpukan kepada - Peningkatan prasarana ekonomi
- Pembangunan pertanian
- Pembangunan industri gantian-
import

ii) Pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula
diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan
daripada industri gantian-import kepada industri
berorientasikan eksport.

iii) Menjelang tahun 60-an, Malaysia mula beri perhatian kepada
pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi ( ekonomi
yang berasaskan ilmu atau knowledge. )

Pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan,
yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Dasar Negara
Kasar ( KDNK ) pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi bukan hanya
diukur dengan KDKN, tetapi juga dengan ukuran peningkatan
indeks kualiti hidup.
Pembangunan ekonomi dalam
konteks hubungan etnik
Malaysia
Sistem dan pembangunan ekonomi masyarakat
Melayu adalah berkisar kepada sektor pertanian
dan juga perikanan, pemungut hasil hutan dan
bahkan ada juga yang melibatkan diri dalam
mengeluarkan hasil-hasil bumi. menjalankan
urusan pertukaran barangan (barter) keperluan
dengan pihak-pihak lain.

Menjadi pembekal utama hasil-hasil tersebut
kepada saudagar-saudagar Arab, India, China
dan seterusnya kepada pedagang-pedagang
Eropah seperti Belanda dan Portugis.

Contoh kecemerlangan orang Melayu dalam
perdagangan; Melaka sebagai pusat
perdagangan.

Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi
komersial.

Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat
dan modal asing dibawa masuk oleh British.

Perkembangan ekonomi dunia memerlukan
bahan mentah.

Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan
bahan mentah dan menyebabkan pembukaan
lombong bijih timah dan ladang getah.

Buruh dibawa masuk ( orang Cina dan India ).

Namun, orang Melayu masih kekal dalam
pekerjaan tradisi mereka ( petani, pengutip hasil
hutan )




Polisi pemerintahan pecah dan perintah (devide and
rule)
~ Telah membawa perubahan kepada struktur
kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu
~ Menjadi batu penghalang kepada kewujudan satu
masyarakat yang bersatupadu
~ Pembahagian kawasan-kawasan penempatan dan
sektor pekerjaan mengikut kaum telah
menyebabkan ketidakseimbangan kedudukan
ekonomi antara kaum dan perbezaan kemajuan di
antara wilayah.



Wujud Dwiekonomi
~ Ekonomi Moden Orang Cina dan India
~ Ekonomi Tradisional Orang Melayu

Jurang ekonomi amat ketara antara melayu
dan bumiputera dengan bukan melayu dan
bumiputera. Juga antara bandar dan luar
bandar

Hubungan etnik dalam konteks
Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam
konteks modenisasi Malaysia, sama pada zaman
kolonial khususnya dalam aspek pembangunan
sektor pengeluaran ( tanah, buruh, modal )

Pembangunan ekonomi bukan hanya untuk
kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi
landasan negara bangsa.


Ciri Etnik dalam Konteks Ekonomi
Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan
siapa yang menjadi majoriti ditentukan oleh
kuantiti hak milik kekayaan, bukan demografi
( majoriti adalah Melayu )

Etnik Cina merupakan majoriti kerana
mempunyai hak milik kekayaan yang tinggi
berbanding etnik lain.

Perkara ini menjadi isu dalam konteks
pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi
berdasarkan etnik.


Isu ekonomi ini juga merupakan punca rusuhan
kaum pada tahun 1969.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah berusaha
untuk menjalankan dasar yang mengutamakan
keseimbangan kepentingan setiap kumpulan
etnik di malaysia.


Secara kesimpulannya, tumpuan kerajaan
Malaysia untuk mengutamakan pembangunan
ekonomi dan menjadikan Malaysia salah sebuah
negara moden dan maju di Asia, aspek
keharmonian dan bekerjasama antara kumpulan
etnik tidak dilupakan.