Anda di halaman 1dari 20

1

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES



SEMESTER : JANUARY 2012

ABST 1103

SIRAH NABAWIYYAH DAN AKHLAK
SEJARAH PENDIDIKAN PADA ZAMAN RASULULLAH



NO. MATRIKULASI : MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH
NO. KAD PENGENALAN : T 1161719
NO. TELEFON : 019-5709679
E-MAIL : ARSNEL_1306@YAHOO.COM.MY


Tutors name: Ismail Bin Abd. Rahman
Learning Centre:
2


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Sejarah Pendidikan Islam 5
Pendidikan di Makkah 6
- Secara Rahsia
- Secara Terbuka / terang-terangan
Pendidikan di Madinah 9
Struktur Pendidikan Di Madinah 10
- Pendidikan Umum
- Pendidikan Khusus
- Pendidikan Intitusi
Kesimpulan 12
Rujukkan 13









3

PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Alhamdulillah bersyukur kita
kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan inayahnya dapat saya melaksanakan tugasan
yang telah diamanahkan kepada saya dengan tekun dan sabar.
Kertas kerja ini bertajuk Sejarah Pendidikan Islam di Zaman Rasulullah s.a.w .
kertas kerja ini bertujuan menerangkan tentang bagaimana kaedah penyebaran pendidikan
Islam yang diaplikasi oleh Rasulullah s.a.w ketika di peringkat Makkah dan di Madinah.
Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh baginda bagi mendidik dan menyampaikan Islam
kepada umatnya.
Tanpa tunjuk ajar daripada semua yang terlibat maka susah dan sukar untuk saya laksanakan
kertas kerja ini dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada sahabat-sahabat, ayahanda dan bonda serta keluarga yang dikasihi
kerana memberi galakan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan kertas kerja yang
diamanahkan.
Tujuan penulis menghasilkan buku yang tidak seberapa ini kerana ingin berkongsi
maklumat serta informasi yang berkaitan dengan tajuk yang ingin penulis sampaikan.
Semoga tuan berpuas hati dengan hasil kerja ini. Akhir kata, penulis mendoakan agar tuan
sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat disamping melaksanakan tugas-tugas
seharian.








4

PENDAHULUAN
Pendidikan Islam boleh diertikan sebagai proses mendidik dan melatih manusia
berasaskan nilai-nilai Islamiah yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah
s.a.w bagi melahirkan insan yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. ini
selaras dengan tujuan Allah S.W.T sepertimana Firmannya :
4`4 e^UE= O}_^- "^e"-4 )
p+lu4Og ^)g
Maksudnya :
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Al-Zariyat ayat 56)

Tujuan pendidikan Islam adalah membentuk keperibadian manusia yang tunduk dan patuh
kepada perintah Allah s.w.t dan menghindari semua larangannya melalui bimbingan agama,
akhlak, akal, emosi dan kemahiran.. Ia menjadi asas dalam membina ilmu pengetahuan bagi
membentuk diri dan masyarakat yang lebih dinamik serta terdidik dari sudut fizikal dan
spiritual. Pelbagai konsep dalam pendidikan Islam turut dilihat sebagi faktor utama untuk
melahirkan manusia yang bertakwa serta mengabdikan diri kepada Allah s.w.t adalah Al-
Quran, ia memberi petunjuk kearah jalan yang lurus untuk mencapai kebahagiaan yang
hakiki, sebagaimana firman Allah S.W.T. :
Og;_4C gO) +.- ^;4` E74l->-
+O4^4O;jO +lc UOO-
_N_@OuCNC4 =}g)` geEUe- )
jOO4- gOg^^O)) )_Cg;_4C4 _O)
O4O 14-OG` ^g
Maksudnya :
16. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari
gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan
(dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
( Surah Al-Maidah ayat 16 )
5

Dengan ini, Pendidikan Islam menjadi nadi utama untuk mencapai objektif iaitu membentuk
manusia yang mempunyai cita-cita dan falsafah hidup yang tersendiri serta berperanan
sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini, ia menjadikan masyarakat yang bertamadun
seperti yang digariskan dalam Islam. Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan
perkembangan terkini untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau
bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda merupakan role model yang terbaik
untuk mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak Islamiyyah. Kepentingan
Pendidikan Islam merangkumi pelbagai aspek iaitu pembacaan, pemahaman, hafazan ayat-
ayat suci Al-Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan tamadun Islam.
Penguasaan dan penghayatan kesemua aspek ini mampu membentuk masyarakat menjadi
insan yang soleh.

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam bermula ketika nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu yang
pertama , firman Allah S.W.T :

4O^~- c) El)4O Og~-.-
4-UE ^ 4-UE =}=Oee"- ;}g` -U4N ^g
4O^~- El4O4 N4O^- ^@
Og~-.- =^U4 U^) ^j =^U4
=}=Oee"- 4` uu4C ^)
Maksudnya:
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu
Yang Maha Pemurah,. 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - 5. ia
mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. (Surah Al-Alaq ayat 1-5)







6

Kemudian disusuli pula dengan wahyu yang kedua. Firman Allah S.W.T :
Og^4C NOgEO^- ^ ~
OO^ ^g El+4O4 uO) ^@
El44Og4 O)-_C ^j 4O;_OO-4
Ou- ^) 4 }N4;> +Og4'4-O ^g
C)4Og4 uO; ^_
Maksudnya :
1. Wahai orang Yang berselimut! 2. bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada
umat manusia). 3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 4. dan
pakaianmu, maka hendaklah Engkau bersihkan. 5. dan Segala kejahatan, maka hendaklah
Engkau jauhi. 6. dan janganlah Engkau memberi (sesuatu, Dengan tujuan hendak) mendapat
lebih banyak daripadanya. 7. dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah
Engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
( Surah Al-Mudatsir ayat 1-7 )

Ini adalah wahyu yang menunjukkan bahawa wajibnya umat Islam menuntut ilmu. Ketika
Rasulullah S.A.W mendapat wahyu yang pertama, terdapat 12 orang yang tahu membaca di
Makkah, manakala di Madinah pula terdapat 11 orang. Namun pandangan baginda terhadap
perlunya ilmu dapat dilihat apabila Baginda memberi pilihan kepada musuh Islam yang
ditangkap ketika di perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk mengajar kanak-kanak di
Madinah sehingga mereka pandai membaca dan menulis. Rasulullah S.A.W merupakan
Utusan Allah untuk menyebarkan pendidikan Islam bermulanya di Makkah dan seterusnya di
Madinah. Makkah terletak berhampiran dengan Lembah kering-kontang dan kedudukannya
sangat strategic dengan adanya persiggahan untuk perdagang-perdagang yang ingin pergi ke
Syam dan ke Yaman. Ia diasaskan oleh Nabi Allah Ibrahim bersama ankanya Ismail serta
ibunya Siti Hajar. Di Makkah, mereka telah mendirikan rumah ibadat yang pertama sekali
iaitu Kaabah. Kaabah telah dibina 100 tahun seblum kelahiran Muhammad. Datuknya, Qusay
bin Kulab kabilah Quraisy telah menguasai pentadbiran Makkah. Manakala Madinah pula
bertempat di kawasan oasis yang subur utuk pertanian. Kedudukan Madinah merupakan
tempat yang strategic dengan adanya jalan perdagangan antara Makkah dengan Syam. Setiap
tahun, penduduk di Madinah akan mengunjungi Makkah untuk mengerjakan ibadat haji yang
telah disyariatkan dalam agama Hanafi, Nabi Allah Ibrahim a.s. Pendidikan di zaman
Rasulullah S.A.W. terbahagi kepada dua peringkat iaitu pendidikan di Makkah dan di
Madinah. Aspek ini akan menyentuh tentang kaedah-kaedah perkembangan Islam di kedua-
7

dua tempat bagi memperlihatkan perkembangan pendidikan Islam di zaman Rasulullah
S.A.W.

PENDIDIKAN DI MAKKAH
Pada tahun 610 Masihi pendidikan Islam mula tersebar secara rahsia. Rasulullah
S.A.W telah menyampaikan dakwah dan mengajar Al-Quran kepada ahli keluaga yang
terdekat dan sahabat-sahabat yang rapat dengannya seperti isterinya Saidatina khadijah bt
khuwailid, sepupunya Ali bin Abi Talib dan sahabat-sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar
as-Siddiq dan Zaid b. Harithah. Hasil daripada ushanya ini mereka telah memeluk Islam.
Seterusnya, semakin ramai kerabat Baginda dan para sahabat memeluk Islam. Pertambahan
umat yang memeluk islam telah mewujudkan satu bentuk pendidikan yang mula tesusun.
Baginda menyampaikan dasar-dasar agama dan pengajian Al-Quran. Cara pendidikan ini
telah dikendalikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W secara sulit selama 3 tahun. Rasulullah
s.a.w sekali-kali tidak mengizinkan masyarakat Islam berada dalam keadaan jahil dan buta
huruf. Kaedah yang digunakan ketika penyampaian ilmu adalah secara lemah lembut supaya
orang ramai tertarik untuk belajar.
SECARA RAHSIA
Tempat Pertama Pendidikan Islam bermula adalah di rumah Al-Arqam bin Abi Al-
Arqam di As-Safa Makkah. Rasulullah S.A.W menjadikan rumah Al Arqam sebagai tempat
belajar dan tempat pertemuan baginda dengan para sahabat dan pengikutnya. Baginda dan
para sahabat sering bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah. Selain di
rumah Al-Arqam, Rasulullah S.A.W menyampaikan ilmu di rumahnya sendiri sebagai tempat
kaum muslimin berkumpul untuk mempelajari akidah dan syariat islam. Rumah Al-Arqam
dianggap sebagai pusat pendidikan Islam yang pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Ini
adalah langkah pertama penyebaran dakwah dan pendidikan Islam yang disebut sebagai
penyebaran Islam secara rahsia, Rasulullah S.A.W. terus melakukan penyebaran secara rahsia
ini selama 3 tahun. Dalam tempoh ini, baginda telah berjaya menyebarkan islam kepada lebih
kurang seramai 40 orang pengikut yang terdiri daripada kaum keluarga terdekat, sahabat
handai, golongan miskin dan golongan hamba.




8

SECARA TERBUKA / TERANG-TERANGAN
Allah S.W.T telah memerintahkan Rasulullah menyebarkan Islam secara terang-terangan.
Firman Allah S.W.T :
u uvE; E) NO4`u> @O;N4 ^}4N
4-g)O;^- ^_j
Maksudnya :
Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu
( wahaiMuhammad ) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir
mushrik itu
( Surah Al Hijr ayat 94 )
Ayat tersebut menerangkan bermulanya proses penyampaian pendidikan Islam secara terang-
terangan kepada seluruh lapisan masyarakat. Allah S.W.T memerintahkan nabi Muhammad
S.A.W agar menyampaikan ajaran Islam dan menyeru manusia agar menuju ke jalan yang di
redhai oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. :
Og^4C NOcO- 'uggU4 .4`
4@O^q C^O) }g` El))OO W p)4 -
E^> E =e^^U4 +O4-EcjO _
+.-4 Cu4C =}g` +EEL- Ep)
-.- Ogg4 4O^- 4jOg^-
^g_
Maksudnya :
67. Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna
tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari
(kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum
Yang kafir.
(Surah al-Maidah, ayat 67)
Rasulullah S.A.W telah menggunakan kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat
yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di lorong-lorong, pasar Ukaz, kawasan perumahan
dan di sekitar Kaabah ketika musim haji. ia tidak lagi tertumpu di rumah Al-Arqam bin Abi
9

Al-arqam. Pendidikan di Makkah lebih tertumpu kepada perkara akidah dan akhlak. Akidah
ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya. Maka penyebaran
yang disampaikan oleh baginda lebih tertumpu kepada penolakkan adat dan istiadat,
kepercayaan, dan cara beribadat kaum jahiliyyah yang mensyirikan serta menyekutukan
Allah S.W.T. Selain itu perkara lain yang menyentuh akidah ialah kepercayaan kepada hari
pembalasan, mempercayai kepada malaikat, dan kepercayaan kepada untung nasib seseorang
sama ada baik atau buruk. Penyebaran Pendidikan Islam telah menjadi perhatian umum
bukan sahaja dari kalangan arab malahan masyarakat di luar Makkah juga menjadi perhatian
iaitu masyarakat yang menunaikan haji. Manakala, aspek akhlak yang diberi penekanan oleh
Rasulullah S.A.W. ialah menyeru manusia agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja
dapat berdamping dengan Allah S.W.T. Selain itu Baginda mengajar masyarakat arab agar
mengamalkan sifat sederhana, tolong menolong dan selalu bersyukur terhadap nikmat yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. penyebaran ini dilaksanakan selama 10 tahun.
Perkembangan pendidikan Islam di Kota Makkah sama ada secara rahsia mahupun
terang-terangan bertahan selama 13 tahun, ini disebabkan ancaman serta kencaman dari kaum
mushrikin Makkah dan Baginda serta kaum kerabatnya telah diusir dan dipulaukan dari Kota
Makkah . Dengan ini, Nabi Muhammad S.A.W pergi berhijrah ke Madinah pada tahun 622
Masihi.

PENDIDIKAN DI MADINAH
Pada tahun 622 Masihi Rasulullah S.A.W telah berhijrah ke Madinah untuk
menyampaikan ajaran Islam. Di Madinah, Islam tidak lagi menerima ancaman sebagaimana
yang telah berlaku di Makkah. Penghijrahan Baginda ke Madinah telah membawa satu
perubahan yang besar terhadap penyebaran dan kestabilan agama Islam.

PEMBINAAN MASJID
Rasulullah telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi di Madinah. Baginda
telah menjadikan masjid sebagai tempat mesyuarat bersama para sahabat, tempat
perhimpunan kepada kaum muslimin untuk mengajar urusan keagamaan seperti mengajar
kanak-kanak mendalami ilmu agama dan fardu ain, tempat untuk penyelesaian masalah
individu ataupun masyarakat, pusat untuk gerakan dakwah, tempat perlindunga kepada
orang-orang yang bermusafir dan tempat untuk menunaikan solat.
10

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama sekali dibina. Rasulullah S.A.W telah
menjadikan Masjid Quba sebagai intitusi pendidikan yang terpenting. Ia merupakan tempat
berkumpulnya umat Islam dan baginda telah memperkenalkan sistem Halaqah stiap kali
selepas selesainya solat berjemaah. Para muslimin akan duduk mengelilingi baginda dalam
separuh bulatan untuk mendengar ucapan baginda tentang agama Islam. Dalam pendidikan
ibadah, solat Jumaat mula diwajibkan. Selain dari itu, terdapat juga perkara yang telah
disunatkan seperti Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Rasulullah S.A.W. memberi
peringatan supaya menjaga waktu solat fardhu. Pendidikan berpuasa telah bermula pada
tahun ke 2 Hijrah dan ibadat Haji pula bermula pada tahun 6 Hijrah. Selain itu juga,
pendidikan zakat dan hukum perkahwinan turut diperkenalkan. Masjid Nabawi pula
merupakan tempat pusat pendidikan Islam yang bersambung dengan Al-Suffah. Al-Suffah
adalah tepat pembelajaran dan tempat majlis ilmu.
PENDIDIKAN PENULISAN DAN BACAAN
Pendidikan penulisan dan bacaan telah mula berkembang di Madinah. Rasullulah
s.a.w telah memerintahkan para sahabat yang pandai menulis dan membaca supaya mencatat
dan menyalain kesemua ayat-ayat Al-Quran yang telah diwahyukan kepada Baginda. Mereka
juga di minta supaya mengajar umat Islam yang tidak tahu menulis serta membaca. Selain
dari itu, tawanan yang tidak mempunyai harta untuk membayar tebusan. Baginda telah
memberi pilihan kepada tawanan perang Badar dikehendaki mengajar kanak-kanak golongan
Ansar membaca dan menulis. Setiap seorang dari mereka perlu mengajar sepuluh orang
kanak-kanak sehingga mereka pandai menulis dan membacar bagi menebus diri mereka dari
menjadi orang tawanan perang. Tawanan akan di bebaskan sehingga kanak-kanak itu pandai
membaca dan menulis.

Piagam Madinah :
Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar,
iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj
digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari
Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orang-orang Yahudi di Madinah
pula terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan
Nadir.
11

Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama
mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka
dihalau dari kampung halaman mereka. Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan
dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Disamping itu
pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk
menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam.
Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian
dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang
disebut sebagai Sahifah al-Madinah (Piagam Madinah)
Pembentukkan masyarakat
Muhajirin ialah pengikut rasulullah yangberhijrah dari mekah ke madinah Golongan ansar
pula adalah penduduk asal madinah yang memeluk agama islam terdiri dari kaum Aus &
Khazraj yang dipersaudarakan sehingga mereka menjadi golongan yang mampu hidup
bersatu padu dan berkasih sayang antara satu sama lain, serta membantu perjuangan
Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama islam di madinah. Rasulullah saw telah
memperkenalkan system saudara angkat kepada kaum muhajirin dan ansar. Sistem ini
menjadikan setiap orang muhajirin mempunyai saudara angkat dikalangan golongan ansar.
Melalui system ini, maka terjadilah hubungan kasih-sayang dan persaudaraan yang sangat
mendalam antara meraka. Mereka tidak lagi bergaduh sesama kaum. Disebabkan
persaudaraan yang telah terjalin, kaum muhajirin tidak lagi merasakan yang mereka terasing
di Madinah. Keakraban hubungan melalui sistem ini telah melahirkan persaudaraan yang
amat utuh dan mantap diantara kedua-dua golongan ini, Dengan itu lahirlah perasaan kasih
saying, semangat-berkerjasama, tolong menolong, bersatupadu dan bantumembantu diantara
mereka berasaskan akidah islam.
Mengasaskan Pentadbiran Negara Melalui Cara Musyawarah :
Baginda berjaya mengasaskan sistem musyawarah dalam segala hal-hal politik. Dalam
hubungan dengan kaum Yahudi semasa Perang Badar, Nabi Muhammad s.a.w. tidak
menunjukkan permusuhannya terhadap kaum Yahudi tetapi terus mengadakan
perundingannya dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah mereka
disingkirkan secara terhormat dari Madinah. Baginda juga menjalankan musyawarah semasa
12

mewujudkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin serta antara Aus dan Khazrai. Konsep
musyawarah terbayang dalam hubungan politik antarabangsa.
Mewujudkan Tentera Islam di Madinah :
Baginda juga adalah seorang pemimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi
ketenteraan untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan
musuh. Ini kerana Allah s.w.t telah mengizinkan orang-orang Islam berperang. Firman Allah
s.w.t :
4pgOq 4g~--g ]OU4-NC _^^)
W-O)U _ Ep)4 -.- _O>4N g-)O^4^
vOCg ^@_
4g~-.- W-ON_@Ou=q }g` g-@O4Cg1
)OO4) --EO ) ] W-O7O4C E44O
+.- O4 7^E1 *.- "EEL-
g=^u4 *u4l) ;e4`g-+= 7g`4O=
/74O)4 [4OU=4 =O4`4 NO'ONC
OgOg Nc- *.- -LOOgV ]4OO^L414
+.- }4` ++OO^44C ]) -.- OO
NOC@O4N ^j
Maksudnya :
39. Telah diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan
penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat
berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang
alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah
Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan
setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja
(kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid
(orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya
Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah
Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
(Surah Al-Haj, ayat 39-40)
13



Dalam ayat yang lain juga menegaskan keizinan berperang. Firman Allah s.w.t :
W-OUg-~4 O) O):Ec *.- 4g~-.-
74^OUg-NC 4 W-4-u> _ ]) -.-
OUNC -g4-u^- ^_
Maksudnya:
190. dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-
orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan
peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh.
(Surah Al-Baqarah, ayat 190)
Telah banyak peperangan yang berlaku pada ketika itu. Di antara peperangan yang terawal
dalam sejarah Islam adalah Peperangan Badar, peperangan Uhud, peperangan Khandaq dan
beberapa peperangan lain. Dalam mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah.
Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang ketenteraan.
Mengadakan Hubungan Luar :
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar perwakilan ke
luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi.
Pemulihan ekonomi
Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu
sehingga meliputi segenap bidang.
Golongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian.
o Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
o Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu
sehingga meliputi segenap bidang.olongan Muhajirin bergiat dalam bidang pertanian. Nabi
menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perniagaan.
14








KESAN KAEDAH PELAKSANAAN DI MADINAH
Umum
Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam Hijrah merupakan suatu proses
jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukan secara terancang dan
teratur dari segi kerohanian dan kebendaan .Nabi Muhammad (SAW ) mendapat
teman yang setia, jujur dan ikhlas dalam mengharungi perjuangan iaitu Ali dan Abu
Bakar. Keredaan dan restu daripada Allah perlu sentiasa dipohon terutama di waktu-
waktu kesusahan.
2) Perubahan Pusat Gerakan Islam Perkembangan politik
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan
dengan lebih aman dan bebas dari ancaman kaum Quraisy. Penyebaran Islam mula
dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-
ajaran Islam diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja
bahagian kota Mekah. Bidang politik mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan
ketenteraan di mana kegiatan ketenteraan Islam berkembang dengan pesat dan
berjaya menundukkan dua buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.
3) Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya
begitu meluas sehingga melepasi sempadan politik Mekah dan Madinah. Nabi
Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah,
Ghassan, Mesir, Bani Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama
Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah Heraclius (Maharaja
15

Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja
Habsyah) dan Kisra Farsi.
4) Perubahan Kedudukan Nabi
Baginda ftidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah
baginda menjadi pemimpin utama Madinah yang dihormati dan disegani. Semasa di
Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru agama,
pemimpin umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda
di Mekah.
5) Pertambahan Umat Islam
Hijrah umat Islam adalah atas arahan Allah dan merupakan pekerjaan yang
berkaitan dengan agama. Tujuan utama hijrah adalah untuk menuntut keredaan
Allah. Madinah dipilih adalah kerana kesesuaiannya untuk dijadikan pusat
penyebaran agama Islam. Peristiwa hijrah ke Madinah juga terdapat banyak unsur-
unsur mukjizat yang berkaitan dengan aspek keagamaan secara langsung dan
dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.Umat Islam semakin
bertambah dan terdiri dari dua golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin.
Golongan Ansar ialah orang Madinah yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah
kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam Mekah yang mengikut
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah".
Pertumbuhan masyarakat Islam ini mewujudkan sebuah ummah Islamiyah. Umat
Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.
6) Penubuhan Negara Islam
Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya
membentuk Piagam Madinah. Ia menukarkan imej kota Madinah yang hampir
dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai
perlembagaan bertulis yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang
ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu dan menyentuh hak-hak
seluruh masyarakat.

16

7) Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah
Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana
Jahiliah tanpa sistem undang-undang yang teratur. Keadilan terletak pada kekuatan.
Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem perundangan
yang teratur diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek
kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi, kekeluargaan, pemerintahan dan
sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.
8) Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Nabi Muhammad s.a.w telah menyatukan orang-orang Aus dan Khazraj yang saling
bermusuhan sebelum ini.dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat
Ukhuwwah Islamiyah. Sebelum ini, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering
tercetus sesama mereka. Peperangan yang terakhir ialah Perang Bu'ath pada 618 M di
antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
Baginda berusaha menghilangkan rasa kesepian orang Muhajirin yang berjauhan dengan
keluara dan sanggup meninggalkan saudara mara di Mekah.

9) Permulaan Kalendar Hijrah
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan
sistem kalendar Islam iaitu Tahun Hijrah. Hal ini dilakukan oleh Khalifah Umar al-
Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun
mengandungi 12 bulan atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.
10) Perubahan Dasar Politik
Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa
sahaja penentangan Quraisy secara kekerasannya. Perubahan dasar ini dilakukan
setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.
11) Pertumbuhan Ekonomi
17

Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang-orang
Muhajirin telah diberi bantuan oleh orang Ansar. Selain itu, Madinah merupakan
kawasan yang sesuai untuk pertanian dan kedudukannya yang strategik untuk
perdagangan. Setelah hijrah, sistem ekonomi Islam yang bertepatan dengan syariat
Islam telah diperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan
negara Islam menjadi lebih makmur dan stabil.
12) Sosial ( pembentukan ummah )
Semasa di Makkah, masyarakat Jahiliah mengamalkan cara hidup berkabilah
sementara para peniaga pula bersifat individualistik. Penghijrahan telah
menghapuskan nilai-nilai masyarakat Jahiliyah dan digantikan dengan nilai-nilai
murni berpandukan akidah dan akhlak. Dalam sistem sosial Islam, setiap orang
diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan di mana hidup
berkabilah telah digantikan dengan sistem sosial dalam bentuk Ummah.

KAEDAH PENDIDIKAN DI MADINAH
Baginda telah menyusun struktur pendidikan dalam beberapa bentuk seperti :

Pendidikan Umum :
Rasulullah S.A.W menjalankan pendidikan umum bersama para sahabat
yang dipilih, antaranya Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Penyebaran ini
dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas solat fardhu atau selepas solat Jumaat. Selain
itu Baginda sangat menekankan aspek bidang akidah, muamalat, syariat dan lain-lain seperti
berenang, menunggang kuda, lumba lari dan bergusti. Pendidikan umum merangkumi
peningkatan dalam aspek kerohanian iaitu mengadakan qiamullail di masjid. Rasulullah
S.A.W. melakukan solat qiamullail sehingga kaki Baginda bengkak. Baginda juga
menyampaikan ajarannya melalui tingkahlaku dan amalan serta pergaulannya dengan
masyarakat setempat. Perkembangan pendidikan umum pada zaman itu mendapat sambutan
yang mengalakkan.
Contohnya :
Raja Yaman iginkan tenagan pengajar untuk mendapatkan guru agama.
Rasulullah S.A.W. telah menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman sebagai guru agama di sana.
18

Dengan ini pendidikan secara umum sangat meluas dan ianya merangkumi bayak aspek
dalam kehidupan

Pendidikan Khusus :
Pendidikan khusus ialah pengajaran yang diberikan Rasulullah S.A.W
kepada orang yang tertentu tanpa mengira masa dan tempat seperti dalam bentuk teguran atau
pelajaran secara terus. Diantara mereka yang menerima pengajaran baginda secara khusus
adalah para sahabat, kanak-kanak dan para pendatang. Sahabat-sahabat Baginda seperti Abu
Hurairah, Abu Dzar Al-Ghiffari, Salman Al-Farisi, Ali bin Abi Talib serta Abu Bakar As-
Siddiq, ia merupakan antara orang yang sering mendapat pendidikan ini daripada Rasulullah
S.A.W.

Pendidikan Intitusi :
Pendidikan Intitusi mempunyai dua bahagian iaitu peringkat awal iaitu
melibatkan penguasaan membaca dan menulis. Peringkat kedua ialah pendidikan terhadap
ahli Suffah

a) Peringkat Pertama :
Pada peringkat ini, ia lebih tertumpu kepada kanak-kanak agar dapat
membaca dan menulis. Tenaga pengajar adalah Saad bin Al-As dan kalangan ahli orang
tawanan perang Badar. Baginda memberi pilihan kepada 70 tawanan perang Badar yang
berkebolehan membaca dan menulis supaya tiap-tiap seorang dari mereka mengajar sepuluh
orang kanak-kanak muslim di Madinah sehingga mereka pandai menulis dan membacar bagi
menebus diri mereka dari menjadi orang tawanan perang. Mereka ditempatkan di bangunan
di sekeliling masjid dan diberi bantuan.

b) Peringkat kedua :
Pada peringkat kedua, pendidikan dilakukan terhadap ahli Suffah atau
Ikhwanus Suffah, yang mana kebayakan daripada mereka datang dari tempat yang jauh dan
tiada tempat tinggal kecuali di serambi masjid. Mereka sentiasa berusaha mendalami ilmu-
ilmu Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, mereka mengajar serta membuat kajian
dan penyelidikan.Selain belajar, ahli Suffah juga membantu Rasulullah S.A.W. dan para
sahabat melakukan seperti mengagkat kayu api, barang-barang, air dan sebagainya. Mereka
ini ditanggung oleh Baitulmal dan para sahabat Rasulullah S.A.W. pendidikan melalui ini
19

kemudiannya telah melahirkan ramai para cendiakiawan Islam pada era semasa dan
seterusnya.











KESIMPULAN

Pendidikan yang disampaikan oleh Baginda sama ada di Makkah atau pun di Madinah
bertujuan melahirkan insan yang sempurna agar dapat mengabdikan diri kepada Allah S.W.T
untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. System pendidikan menjadi model dan
ikutan sepanjang zaman. Pendidikan pada zaman Rasulullah S.A.W bersumberkan wahyu
yang menjadi tunggak utama dalam perkembangan sistem pendidikan Islam. Ia merupakan
pendidikan yang paling cemerlang di zaman Rasulullah. Kebanyakan sumber yang
disampaikan oleh Rasulullah adalah Al-Quran dan hadis, ia dapat melahirkan insane yang
mampu mengimbangi dunia dan akhirat. Kemajuan dalam pendidikan Islam telah menjadikan
orang Islam sebagai satu umat yang terulung dan dihormati. Ini menunjukkan Baginda
merupakan contoh teladan ataupun role model yang dikagumi oleh umat sepanjang zaman
tidak kira pangkat, bangsa dan agama. Ianya terbukti dengan lahirnya insane-insan yang
hebat pada zaman Baginda.





20










RUJUKKAN
1. Al-Quran Al-Karim
2. Dra.Zuhairini,dkk, Sejarah Pendidikan Islam, Jakarta: Bumi Aksara, cet.9,2008 hal 27
3. Ahmad Mohd Salleh. Pengajian Agama Islam & J-QAF. OXFORD FAJAR.
4. Abdul Rahman Nawas, Nawawi Mohammad, Omardin Ashaari, Arip Saaya, 1995.
Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid

5. Zawawi Ahmad. Januari 1984. Struktur Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam, Tahun 1
Bilangan 1. Kuala Lumpur : Sinar Ilmu.

6. Abdullah Ishak. 1989. Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam.
Selangor : Al-Rahmaniah.

7. http://pedagogi-islam.blogspot.com/search/label/Falsafah%20Pendidikan%20Islam

Anda mungkin juga menyukai