Anda di halaman 1dari 14

FACULTY OF APPLIED SOCIAL

SCIENCES

MAY 2014

ABXM 1103
MAN, SOCIETY & CULTURE

DISEDIAKAN OLEH :
NO MATRIX :
NO I/D :
NO. TELEFON :
E-MAIL :
TARIKH SERAHAN :
PROGRAM : BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC
MANAGEMENT) WITH HONOURS.
LEARNING CENTRE : OUM KOTA BHARU.
1

KANDUNGAN

I SI KANDUNGAN MUKA SURAT

KANDUNGAN. 1

PENGHARGAAN. 2

BAB 1: PENGENALAN TENTANG PERKAI TAN ANTARA MANUSI A
DENGAN MASYARAKAT DAN KEADAAN KEBUDAYAAN
DALAM I NTERAKSI SOSI AL 3

BAB 2: KONSEP MASYRAKAT, KEBUDAYAAN DAN KEMI SKI NAN. 4

BAB 3: ELEMEN KEBUDAYAAN YANG MENYUMBANG KEPADA
KEMI SKI NAN 6

BAB 4: BAGAI MANA MASYARAKAT (SISTEM SOSI AL) MENYUMBANG
KEPADA KEMI SKI NAN. 8

BAB 5:KESI MPULAN. 11

BI BLI OGRAFI . 12


2


PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi dengan rahmat dan izinnya dapat saya menyiapkan
tugasan Man, Society dan Culture/ Manusia, Masyrakat, dan Kebudayaan (ABXM1103) bagi
semester Mei 2014 untuk program Open University Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tutor Kumpulan Man,
Society dan Culture, Norshahrul Marzuki Bin Mohd. Nor dan e-Tutor Man, Society dan
Culture, Puteri Azlian Megat Ramli yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan
dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberikan buah fikiran
dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam
menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Setinggi-tinggi penghargaan
ditujukan kepada ibubapa dan kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan
sokongan dari segi moral dan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah membalas
jasa kalian dengan rahmat dan berkat dariNya.





3

BAB 1: PENGENALAN TENTANG PERKAITAN ANTARA MANUSIA
DENGAN MASYARAKAT DAN KEADAAN KEBUDAYAAN
DALAM INTERAKSI SOSIAL


Sebelum saya menghuraikan penulisan saya, saya akan memberi definisi bagi manusia. Di
dalam al-Quran, ada tiga istilah kunci yang mengarah kepada makna asas manusia, iaitu
basyar, insan, dan al-nas. Basyar memberikan rujukan kepada manusia sebagai makhluk
biologi. Lihatlah bagaimana Maryam berkata, yang bermaksud: Tuhanku, bagaimana
mungkin aku mempunyai anak, padahal aku tidak disentuh basyar. (ali-Imran: 47);
Seterusnya insan, kita boleh mengelompokkan konteks insan dalam tiga kategori, iaitu:
Pertama, insan dihubungkan dengan keistimewaannya sebagai khalifah atau pemikul amanah.
Kedua, insan dihubungkan dengan ciri-ciri negatif diri manusia. Ketiga, insan dihubungkan
dengan proses penciptaan manusia. Konsep kunci ketiga ialah al-nas yang mengarah kepada
manusia sebagai makhluk sosial. Inilah manusia yang paling banyak disebut di dalam al-
Quran (sebanyak 240 kali, lihat Abd al-Baqi, al-Mujam; pada kata al-nas).
.
Berdasarkan definisi tadi, dapat dilihat manusia adalah mempunyai sifat sosial dan
berkeinginan bergaul dengan manusia yang lain. Jadi melalui penulisan ini akan dihuraikan
serba sedikit megenai bagaimana manusia terikat dengan keadaan masyarakat dan keadaan
kebudayaan yang diamalkan dalam interaksi sosial atau kehidupan sosial setiap hari. Melalui
penulisan ini juga akan diterangkan bagaimana institusi sosial, nilai, norma dan kepercayaan
boleh mempengaruhi tingkah laku atau gaya kehidupan manusia seterusnya ia boleh
menyumbang kepada wujudnya kemiskinan dalam masyarakat. Dalam penulisan, ia menjurus
kepada fenomena sosial iaitu kemiskinan iaitu bagaimana kebudayaan dan masyarakat
mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah kemiskinan yang dialami manusia dan
masyarakat.

Penjelasan akan dinyatakan dalam bentuk bab-bab dalam penulisan ini. Bagi bab pertama,
saya akan menerangkan konsep masyrakat, kebudayaan dan kemiskinan. Dalam bab ini saya
akan menerangkan definisi bagi perkataan tersebut. Seterusnya dalam bab kedua pula, saya
akan menerangkan elemen kebudayaan yang menyumbang kepada kemiskinan seperti sistem
kepercayaan, sistem pengeluaran, lembaga sosial, sistem kepercayaan , kebudayaan
nonmaterial dan kebudayaan material. Penjelasan bagi setiap perkataan akan dihuraikan pada
bab tiga. Seterusnya, dalam bab 4 saya akan menghuraikan bagaimana masyarakat (sistem
4

sosial) menyumbang kepada kemiskinan. Dimana dalam bab ini saya akan menerangkan
bagaimana hubungan etnik, stratifikasi sosial, politik dan dasar pemerintah boleh
menyumbang kepada kemiskinan. Dalam bab kelima saya akan membuat kesimpulan dan
generalisasi bagi penulisan ini.




BAB 2: KONSEP MASYARAKAT, KEBUDAYAAN DAN KEMISKINAN.

Dalam bab ini akan diterangkan mengenai konsep masyarakat, kebudayaan dan kemiskinan.
Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti
manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan
jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia bermaksud sesuatu
yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu. Masyarakat merupakan subjek utama
dalam pengkajian sains sosial. Oleh itu dari definisi di atas, masyarakat adalah gabungan
sekelompok manusia yang tinggal di sesebuah yang mempunyai peranan tersendiri.

Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005), Masyarakat merupakan kumpulan manusia yang
hidup bersama disesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Proses mewariskan
budaya melibatkan interaksi dua generasi ; Pertama, generasi yang menurunkan ; Budaya
kedua, generasi yang menerima budaya. Generasi yang menurunkannya ketika menerima
budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial
dan fizikal semasa mereka.


Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit
yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan
akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya
dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran
manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat
daripada kebudayaan.
5

Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran,
usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963).

Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Terdapat berbagai-bagai dimensi bagi menjelaskan konsep kemiskinan (Chamhuri Siwar dan
Mohd Haflah Piei, 1988). Asian Development Bank (ADB, 1992) merujuk kemiskinan yang
dicirikan oleh pelbagai indikator mikro dan makro. Antara ciri-ciri kemiskinan tersebut ialah
(1) tanah yang terhad atau tidak ada langsung, (2) penyesuaian terhadap teknik moden yang
perlahan atau rendah, (3) keluarga yang besar dan kekurangan penjana pendapatan, (4)
sumber manusia yang kecil, (5) tertumpu di kawasan yang tidak maju, dan (6) biasanya
dalam kalangan kelompok minoriti.
Seorang tokoh sosiologi Islam yang terkenal, Ibnu Khaldun (1332-1406) mengutarakan
konsep kemiskinan dari segi perbezaan masyarakat badawah (luar bandar) dan masyarakat
hadharah (bandar). Beliau berkata keadaan hidup di bandar berkembang pesat kerana adanya
tuntutan kemewahan berbanding di luar bandar yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk
yang lemah dan daif kerana kemiskinan mereka. Keadaan ini berlaku kerana jerih payah
mereka tidak cukup untuk membayar keperluan dan tidak dapat memberi lebihan yang dapat
dikumpulkan sebagai keuntungan (Ibnu Khaldun, 1993).
Beberapa orang tokoh awal dalam kajian kemiskinan ini cuba memberikan tafsiran mengenai
konsep kemiskinan bagi mengukur konsep masyarakat sejahtera. Charles Brooth (1889)
contohnya ingin membuat ukuran mengenai kemiskinan mutlak dan relatif yang merujuk
kepada kekurangan keperluan asasi bagi meneruskan kehidupan yang sihat secara fizikal,
makan yang mencukupi untuk memberikan perlindungan fizikal dan berkesan. Andaian
Booth ialah konsep kemiskinan boleh dilaksanakan kepada semua orang tanpa mengira umur
(Giddens, 1995).




6

BAB 3: ELEMEN KEBUDAYAAN YANG MENYUMBANG KEPADA KEMISKINAN
Elemen atau komponen budaya/kebudayaan menurut ahli antropologi Cateora (2009) elemen
kebudayaan terdiri daripada kebudayaan material, kebudayaan nonmaterial, lembaga sosial,
Sistem kepercayaan, Estetika dan bahasa. Namun sesetengah ahli budaya menambah
beberapa elemen lain, menurut Kluckhohn dalam Pelly (1994) iaitu nilai, sistem
pengeluaran dan sistem pertukaran. Setiap elemen kebudayaan yang menyumbang kepada
kemiskinan akan dihuraikan dalam bab ini.
Yang pertama adalah kebudayaan material, menurut Annisa Gitnah, kebudayaan material
ialah elemen yang memacu/membawa kepada semua ciptaan masyarakat yang nyata,
konkrit. Termasuk dalam kebudayaan material ini adalah penemuan-penemuan yang
dihasilkan dari suatu penggalian arkeologi: mangkuk tanah liat, perhiasam, senjata, dan
seterusnya. Kebudayaan material juga mencangkupi barang-barang, seperti televisyen,
pesawat terbang, dan lain-lain lagi.dari elemen ini, kehidupan manusia menjadi lebih mudah
namun teknologi amat tinggi kosnya jadi ini akan memyumbang kepada kemiskinan kepada
golongan yang kurang mampu memperolehi bahan-bahan tersebut.
Seterusnya adalah,kebudayaan nonmaterial iaitu ciptaan-ciptaan abstrak yang diwariskan dari
generasi ke generasi, misalnya cerita dongeng, cerita rakyat, dan lagu atau tarian tradisional.
Melalui kebudayaan nonmaterial ini, seseorang yang banyak terpengaruh dengan elemen ini
akan menjadi mudah berada di zon selesa. Contohnya jika masyarakat tersebut mempunyai
terlalu percaya dengan cerita dongeng dan jika melanggar pantang larang akan mengalami
peristiwa malang. Ini boleh menyumbang kepada kemunduran.
Seterusnya adalah lembaga sosial dan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
kontek berhubungan dan berkomunikasi di alam masyarakat. Sistem sosial yang terbentuk
dalam seseubuah Negara akan menjadi dasar dan konsep yang berlaku dalam setiap lapisan
sosial masyarakat. Contoh di Malaysia suatu ketika dahulu wanita tidak perlu sekolah yang
tinggi. Hal ini kerana wanita tempatnya di dapur. Namun kina tanggapan sebegini mula
terhakis. Perubahan ini menyebabkan kadar kemiskinan berkurangan di Negara kita.
Seterusnya adalah sistem kepercayaan. Sistem merujuk kepada bagaimana masyarakat
mengembangkan dan membangun sistem kepercayaan atau keyakinan terhadap sesuatu, hal
ini akan mempengaruhi sistem penilaian yang terdapat dalam masyarakat. Sistem keyakinan
ini akan mempengaruhi dalam kebiasaan, bagaimana memandang hidup dan kehidupan, cara
7

mereka menghadapi kehidupan, dan cara bagaimana berkomunikasi. Sistem kepercayaan ini
boleh berubah bergantung kepada tahap pendidikan seseorang. Sistem kepercayaan ini boleh
membantu keyakinan atau tahap kemandirian seseorang. Seperti jika seseorang pelajar itu
percaya dirinya mampu berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, maka dia akan
mencuba sedaya upaya untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Selain itu, elemen estetika merujuk kepada perhubungan dengan seni dan kesenian, musik,
cerita, dongeng, hikayat, drama dan tari tarian, yang berlaku dan berkembang dalam
masyarakat. Seperti di Malaysia, dimana yang terdiri daripada pelbagai masyarakat majmuk
seperti Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera yang lain dan setiap masyarakat ini
memiliki nilai estetika sendiri. Nilai estetika ini perlu difahami dalam setiap peranan, agar
pesanan yang akan kita sampaikan dapat mencapai tujuan dan efektif.
Seterusnya adalah bahasa. Bahasa merupakan alat penghantar dalam berkomunikasi, bahasa
untuk setiap walayah, setiap Negara memiliki perbezaan yang sangat komplek. Dalam ilmu
komunikasi bahasa merupakan komponen komunikasi yang sukar difahami. Bahasa memiliki
sifat yang unik dan kompleks, yang hanya dapat difahami oleh pengguna bahasa tersebu. Jadi
keunikan bahasa ini harus dipelajari dan difahami agar komunikasi lebih efektif dapat
diperoleh.
Clyde Kluckhohn dalam Pelly (1994) mendefinisikan nilai budaya sebagai konsepsi umum
yang terorganisasi, yang mempengaruhi perilaku yang berhubungan dengan alam, kedudukan
manusia dalam alam, hubungan orang dengan orang dan tentang hal-hal yang diingini dan
tidak diingini yang mungkin bertalian dengan hubungan orang dengan lingkungan dan
sesama manusia.
Seterusnya, bagi aspek dan sistem pertukaran. Masyarakat yang miskin kebiasaanya
mengamalakan sistem barter. Yang mana sistem barter ini mempunyai kelemahan tersendiri.
Sistem pertukaran boleh menyebabkan ketidakadilan berlaku bagi satu pihak. Sebagai contoh,
seorang peraih barangan hutan akan mengambil pukal barangan dari orang asli, sebagai
tukaran hanyalah rokok. Hal ini boleh mewujudkan atau meningkatkan kemiskinan
disebabkan ketidakadilan yang wujud. Tambahan pula, sistem pengeluaran bahan yang
perlahan turut menjadi sebab masalah kemiskinan dalam kalangan orang asli tidak dapat
diatasi. Penghasilan barang amat perlahan menyebabkan mereka tidak mampu bersaing
dengan pengeluaran besar-besaran. Kebiasaanya pengeluaran masyarakat ini dalam kuantiti
yang sedikit, malah ia tidak dapat menampung keperluan kemandirian mereka.
8

Sebaliknya lain pula yang berlaku di bandar-bandar. Hal ini kerana wujud migrasi di bandar
besar. Migrasi merujuk kepada perpindahan penduduk dari laur bandar ke bandar bagi
meningkatkan ekonomi mereka. Namun, migrasi boleh menjadi penyumbang kepada
peningkatan kadar kemiskinan di bandar seperti pendapat beberapa tokoh ekonomi. Migrasi
luar bandar ke bandar mungkin juga menjadi penyumbang kepada peningkatan golongan
miskin bandar. Menurut Yao et al., (2003),kajian terkini menunjukkan kewujudan
kemiskinan bandar adalah disebabkan oleh kadar pengangguran yang tinggi dan migrasi luar
bandar ke bandar. Beliau menambah, samalah juga dengan faktor penyebab kemiskinan
bandar di China. Begitu juga Skeldon (2002), Shrivastava (1994) dan Supian (1986) ada
menyatakan bahawa kesan negatif daripada migrasi salah satunya adalah menambahkan lagi
masalah lebihan tenaga buruh di bandar yang boleh mendorong menambah golongan miskin
bandar. Kenyataan oleh Nor Aini dan Chamhuri (2003), bahawa kemiskinan bandar berkait
rapat dengan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan mungkin tidak tepat
kecuali dikaitkan juga dengan kesan daripadakeputusan migrasi.
Chandra (2002) pula menyatakan bahawa migrasi luar bandar ke bandarmendapat perhatian
Kerajaan Fiji kerana ia ada hubungan dengan masalah pengangguran, jenayah, kemiskinan
dan perumahan di bandar. Permasalahan lain yang bakal ditimbulkan oleh migrasi di
kebanyakan negara wilayah Asia dan Pasifik pada dekad-dekad yang akan dating ialah
pertambahan golongan remaja yang ketara


BAB 4: BAGAIMANA MASYARAKAT (SISTEM SOSIAL) MENYUMBANG
KEPADA KEMISKINAN.

Dalam bab 4 ini, penulisan saya akan menjurus kepada bagaimana masyarakat dalam konteks
sistem sosial boleh menyumbang kepada kemiskinan. Sebelum menyelusuri persoalan utama
terlebih dahulu disertakan beberapa definisi mengenai sistem sosial. Sistem berasal dari
bahasa Latin (systma) dan bahasa Yunani(sustma) yang bererti kesatuan bahagian-bahagian
yang saling berhubungan dan berada dalam satu wilayah serta memiliki sistem penggerak
manakala Sistem Sosial terdiri dari aktiviti-aktiviti manusia yang saling berinteraksi saling
berhubung, serta bergaul dengan manusia lain, menurut pola-pola tertentu berdasarkan adat
9

kelakuan. Sifatnya adalah konkrit, ia terjadi dalam kehidupan seharian dan dapat diamati dan
didokumentasikan.

Seterusnya, adalah penulisan saya mengenai kesan sistem sosial terhadap kehidupan seharian
manusia dan masyrakat. Kesan sistem sosial boleh dilihat melalui beberapa aspek iaitu
stratifikasi sosial, hubungan etnik, politik dan dasar pemerintah (kawalan sosial). Setiap
aspek yang dinyatakan akan diterangkan dalam bab ini.

Mahathir Mohamad (1970) berpendapat kemiskinan dalam kalangan masyarakat khususnya
Melayu disebabkan mereka tinggal di luar bandar, menjalankan ekonomi pertanian yang tidak
produktif dan pegangan terhadap adat tradisional dan sistem nilai.
Menurut Amir Hasan Dawi. (2009) stratifikasi sosial adalah Susun lapis secara hierarki
struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu- individu atau kumpulan-
kumpulan. Stratifikasi sosial dalam masyarakat terjadi kerana adanya sesuatu yang dihargai
dalam masyarakat. Selagi masyarakat memberikan penghargaan terhadap sesuatu yang
dianggap lebih, maka stratifikasi sosial di masyarakat tetap akan ada. Orang yang mempunyai
kedudukan ekonomi yang kukuh sudah pastinya akan menyokong kewujudan Stratifikasi
Sosial manakala orang miskin mahukan sistem ini mengalami perubahan.

Menurut J. M Gullick (1970) Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas
telah diperincikan dalam Sejarah Melayu. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu
tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan
golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula
kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang
dapat dimainkan dalam masyarakat. Kewujudan strastifikasi ini akan mewujudkan gap atau
jurang antara kelompok masyarakat. Kewujudan jurang ini akan memberi kesan yang lebih
parah, dimana kebiasaanya golongan atasan terdiri daripada orang kaya, manakala golongan
bawahan terdiri daripada golongan miskin. Ketidakcampuran antara dua golongan ini akan
meningkatkan keparaham kemiskinan dalam kalangan masyrakat.

10

Seterusnya adalah politik dan dasar pemerintahan sesebuah Negara. Menurut Jefrey Sachs
(2005) dalam bukunya The End of Poverty mengatakan faktor intervensi dari kerajaan adalah
penting untuk meningkatkan keupayaan individu miskin untuk keluar dari keadaan miskin
dan berupaya meningkatkan tabungan dan pelaburan yang menjadi penggerak kepada
pengumpulan modal untuk menjadi tidak miskin.
Jefrey Sachs menunjukkan terdapat hubungan di antara aktiviti ekonomi, tabungan, pelaburan
modal dan peningkatan aktiviti ekonomi. Isirumah menggunakan pendapatan untuk tujuan
penggunaan, tabungan dan cukai. Kerajaan pula menggunakan hasil cukai kepada
perbelanjaan semasa dan perbelanjaan pembangunan. Modal ekonomi pula dihasilkan oleh
penjimatan isi rumah dan pelaburan kerajaan. Pembentukan modal yang lebih tinggi
membawa kepada pertumbuhan ekonomi, yang seterusnya meningkatkan pendapatan isi
rumah melalui kesan dari pertumbuhan pendapatan.
Jika dasar yang diamalkan oleh pengurusan sistem negara yang tidak cekap akan
mengakibatkan gejala-gejala negatif seperti rasuah berlaku. Gejala rasuah akan menyebabkan
golongan orang miskin membebani kos kehidupan yang tinggi. Keadaan ini dapat dijelaskan
dengan kejadian sebelum pembaharuan ekonomi di India, peniaga perlu bagi suapan kepada
pegawai kerajaan untuk membuat setiap perniagaan. Maka, harga barang terpaksa dinaikan
bagi mengelakkan kerugian perniagaan. Pelabur asing tidak berani melabur ke negara
tersebut kerana sistem negaranya yang tidak teratur. Pembangunan dan kemajuan negara
tersebut terjejas disebabkan penguatkuasaan undang-undang di negara itu yang lemah. Hal ini
akan menyebabkan ekonomi negara itu terbantut dan tidak dapat membawa keselesaan
kepada rakyatnya dan seterusnya kemiskinan berlaku.
Seterusnya adalah hubungan etnik. Aspek hubungan etnik amat penting bagi Negara kita, hal
ini kerana Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Justeru ia memerlukan pemahaman
yang tinggi dalam kalangan ahli dalam Negara untuk saling hormat- menghormati antara satu
sama lain. Namun penulisan ini lebih menjurus kepada dari segi tahap ekonomi iaitu
kemiskinan.
Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....
the road to a cohesive and proggressive
society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.
11

Petikan ucapan tersebut terjadi disebabkan masalah 13 Mei yang melanda Negara tidak lama
dahulu. Faktor jurang ekonomi yang jauh iaitu golongan miskin terdiri daripada kaum
bumiputera (melayu) menyebabkan masalh tersebut timbul. Dari peristiwa itu dapat dilihat
hubungan etnik turut menjadi penyumbang kepada kemiskinan.
Antara contoh yang sesuai adalah dari aspek fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara
ini yang timbul akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh
British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing
daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang
berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau
berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang
tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang
disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan.
Setiap kaum tidak dapat mngenali antara satu sama lain, jadi akan wujud semangat assabiah
atau perkauman. Selain itu, pengasingan tempat mengikut kaum turut menyebabkan masalah
hubungan etnik semakin parah. Kaum bumiputera atau melayu kebiasaannya berada di
kampong, manakala kaum Cina berada di Bandar dan kaum India di Estet. Pengasingan ini
menyebabkan pembahagian kekayaan yang berbeza. Kesannya ramai orang melayu dibelengu
kemiskinan. Oleh itu, hubungan etnik turut menjadi penyumbang kepada kemiskinan dalam
Negara ini.

BAB 5: KESIMPULAN.
Aristotle (384-322 BC), seorang ahli fikir Yunani menyatakan dalam ajaranya, bahawa
manusia adalah Zoon Politicon, ertinya pada dasarnya manusia adalah makhluk yang ingin
selalu bergaul dengan berkumpul dengan manusia, jadi makhluk yang bermasyarakat . dari
sifat suka bergaul dan bermasyarakat itulah manusia dikenal sebagai makhluk sosial. Justeru,
manusia erlu berada dalam masyarakatnya, namun bagi membolehkan seseoarng dapat
bergaul dan bersosial beberapa jurang perlu ditimbus bagi menghubungakan antara anggota
masyarakat. Jurang tersebut adalah kemiskinan.

Oleh itu, pelbagai langkah Perlaksanaan untuk mengurangkan kemiskinan haruslah
mengambilkira keperluan semua golongan masyarakat. Walaupun diakui bahawa segolongan
besar rakyat termiskin di negara ini adalah kaum Bumiputera, namun terdapat juga kaum
12

bukan Bumiputera yang berada di bawah paras kemiskinan sama ada di bandar atau di luar
bandar. Kehendak utama mereka ialah diberi peluang mendapatkan sumber-sumber ekonomi,
terutamanya tanah dan kredit bagi membolehkan mereka memperolehi dan menambah
pendapatan serta boleh berdikari. Tahap mutu perkhidmatan sosial di beberapa kampung,
ladang dan estet perlu juga diperbaiki supaya taraf hidup mereka dapat dipertingkatkan.
Disamping itu, harapan mereka untuk mendapatkan peluang yang lebih baik untuk bekerja
dalam sektor awam, peluang pendidikan dan penyertaan dalam rancangan tanah akan
diambilkira bersama-sama dengan kemajuan yang dicapai oleh Bumiputera dalam sektor
swasta. (Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991-2000. 1991: 18)

Usaha kerajaan dalam memerangi kemiskinan melalui beberapa strategi telah dirancang. Ia
bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat di bawah Dasar
Pembangunan Baru (DPB) akan terus dilaksanakan menerusi pertumbuhan ekonomi. Tingkat
pertumbuhan ekonomi dan pewujudan pekerjaan yang tinggi akan menyediakan peluang-
peluang yang lebih luas kepada golongan miskin ini bertujuan bagi mengatasi cabaran-
cabaran yang di hadapi oleh masyarakat yang miskin untuk keluar dari putaran ganas
kemiskinan yang menghantui mereka selama ini.

Pembangunan boleh ditunjukkan dengan terhapusnya kemiskinan, kurangnya jumlah
pengguran serta rapatnya jurang ketaksamaan. Kemiskinan, pengangguran dan
ketaksamaan.(Zaheruddin & Yusof Pon, 2005: 2) (2852 patah perkataan)


BI BLI OGRAFI .
Amir Hasan Dawi. (2009). Status sosio ekonomi dan komitmen ibu bapa terhadap
pencapaian pelajar dalam Penilaian Menengah Rendah, Malaysia. UPSI. Perak

Annisa Gitnah. 2013. Macam-Macam Kebudayaan Material Dan Non Material Yang
Terdapat Dalam Adat Suku Dayak.. Universitas Muhammadiyah Malang. Indonesia.

Anthony Giddens. 1995. Politics, Sociology And Social Theory: Encounters With Classical
And Contemporary Social Thought. London School Of Economics And Political
Science. London.

Asian Development Bank: 20 Years In Cambodia (1992-2012). Kemboja.

13

Chamhuri Siwar Dan Mohd Haflah Piei, 1988. Dasar Dan Strategi Pembasmian Kemiskinan
: Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Chandra, D. (2002). "Socio-demographic and economic characteristics of migrant heads of
households and the consequences of their migration in Fiji, 1992-1993."Asia-
Pacific Population Journal , 17(1), 55-78

Charles Booth. 1889. The Maps Descriptive Of London Poverty. London

Clyde Kluckhohn Dalam Pelly (1994). Teori-Teori Sosial Budaya. Direktorat Jenederal
Pendidikan Tinggi Departmen Pendidikan Dan Kebudayaan. Jakarta

Ibnu Khaldun, 1993. 'Umran Al 'Alam. Diperolehi Dari
Http://Www.Ukm.My/Ijwas/Images/Koleksi_Jurnal_Pdf/Vol3_N1_2011a/1_Umran_I
krab_%20doi.Pdf

J. M Gullick, Sistem Poltik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1970, .
Jefrey Sachs (2005). The End of Povert. New York: The Penguin Press
Khairul Anas. 2010. Manusia sebagai makhluk ekonomi dan sosial. Diperolehi dari
http://khairul-anas.blogspot.com/2010/05/manusia-sebagai-makhluk-ekonomi-
`dan.html#ixzz36ZxptHNT
Naim. 1 9 No v e mb e r 2 0 0 9 . Perbezaan Maksud Basyar, Insan &An-Nas.
Http://Ustaznaim.Blogspot.Com/2009/11/Perbezaan-Maksud-Basyar-Insan.Html

Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963. Kajian Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim. 2005. Kamus Dewan, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Nor Aini Haji Idris & Chamhuri Siwar (disunting) (2003).Kemiskinan Bandar dan Sektor
Tidak Formal di Malaysia.Penerbit UKM: Bangi

Philip Cateora Nancy R. Lee.(2009) Up And Out Of Poverty: The Social Marketing
Solution. Pearson Education. London,

Shrivastava, O. S. (1994). Demography and Population Studies , Vikas Publishing House
PVTLTD

Terjemahan Al-Hidayah Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu). Al-
Hidayah House Of Quran Sdn Bhd. 2010 Cetakan Ketiga.

YAO, S., ZHANG, Z., and HANMER, L. (2003). Growing inequality and poverty in
China.China Economic Review.15 (2004) 145 163

Zaheruddin & Yusof Pon, 2005. Pembangunan dan Masyarakat di Malaysia. UUM
Diperolehi dari http://repo.uum.edu.my/1510/1/Yusof_b._Pon%5B1%5D.pdf

Anda mungkin juga menyukai