Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN

Bahagian A
1.0 Jelaskan isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan anda.

Rajah 1
Guru kini dan sekarang.

Pengenalan.
Profesion perguruan menjadi salah satu profesion yang dipandang tinggi oleh
masyarakat. Namun persepsi ini kian terhakis dewasa ini disebabkan faktor
kebebasan bersuara dan dunia tanpa sempadan menyebabkan, profesion perguruan
dipandang remeh oleh masyarakat hari ini terutamanya dalam kalangan ibu bapa.
Rajah 1, menunjukkan karikatur perbandingan situasi yang dihadapi dalam profesion
perguruan dahulu dan sekarang. Pada karikatur guru dulu, bapa membenarkan guru
berbuat apa sahaja dalam mengajar anak mereka asalkan anak mereka dapat
belajar. Bapa juga dilihat lebih beradap semasa bercakap dengan guru, jika
diperhalusi masih wujud sifat hormat dalam diri ibu bapa kepada guru. Pada
pendapat saya, karikatur guru dulu dilukis berdasarkan peristiwa yang berlaku
sebelum murid dihukum, dimana bapa datang bertemu dengan guru bagi meminta
guru mengajar anaknya dengan baik dan boleh menghukum anaknya asalkan tidak
membawa kepada kecederaan yang teruk. Namun situasi itu telah berubah pada
masa sekarang, dimana pada karikatur kedua (guru sekarang) dimana bapa dilihat
memarahi guru dengan menggunakan bahasa Inggeris dan menunjukkan mimik
muka yang beremosional semasa bercakap dengan guru. Hal ini menunjukkan rasa
hormat sudah tercabut dalam diri bapa semasa bercakap dengan guru. Selain itu,
pada pendapat saya, karikatur ini dilukis selepas murid dihukum oleh guru, lalu bapa
murid datang berjumpa dengan guru bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan
hukuman guru kepada anaknya. Dari perbandingan karikatur ini, situasi dalam
profesion perguruan sudah berubah dimana dilihat berdasarkan banyak isu-isu yang
terjadi.
Huraikan kesan isu tersebut terhadap emosi murid dan guru serta langkah
menanganinya.
1. Beri cadangan anda bagaimana guru dapat menyesuaikan dan menyediakan
diri dengan isu dan cabaran tersebut.
Bahagian B
Peta pemikiran satu pelan strategi yang menarik minat pelajar bagi mengatasi isu
dan cabaran tersebut.
Bibliografi
Syed Ismail Syed Mustapa., & Ahmad Subki Miskon., (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong.

Anda mungkin juga menyukai