Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN TRANSISI TAHUN 1 2015 BAGI MATA PELAJARAN DUNIA SAINS

DAN TEKNOLOGI

Program Transisi bertujuan membantu murid-murid tahun 1 menyesuaikan


diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat. Keseluruhannya bertujuan untuk meningkatkan minat dan
semangat murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
Dalam memastikan program transisi berlangsung dengan baik beberapa
persiapan fizikal bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk telah
dijalankan iaitu:

pendaftaran murid-murid Tahun 1

taklimat kepada ibu bapa

minggu suai kenal

program pengajaran & pembelajaran

aktiviti lanjutan untuk murid-murid


Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan dan mempunyai tujuan
yang tersendiri antaranya aktiviti suai-kenal. Antara tujuan aktiviti ini
yang berteraskan prinsip menyambung pengalaman prasekolah dan
memperkenalkan sekolah kepada murid-murid Tahun 1.
Selain itu, aktiviti dinamika kumpulan yang berteraskan prinsip membina
hubungan mesra di kalangan murid di samping memperkenalkan
persekitaran dan budaya sekolah:

aktiviti dinamika kumpulan

pengukuhan sosialisasi

motivasi diri

pemupukan nilai murni

pemupukan sosio-emosi

Seterusnya adalah aktiviti pengajaran & pembelajaran

murid-murid Tahun 1 sudah bersedia untuk meneruskan proses


pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan.

sudah dapat menguasai kemahiran asaS motor kasar dan halus,


bahasa, estetika, kreativiti, keagamaan dan ketatanegaraan.

proses pengajaran & pembelajaran


Jadi dalam memastikan murid mendapat pendedahan mengenai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pendedahan aktiviti atau
mata pelajaran Sains atau Dunia Sains dan Teknologi telah dijalankan.
Dalam tempoh tiga minggu perlaksanaan program transisi ini telah
berlangsung sebanyak 6 kali telah berlangsung interaksi antara guru-guru
sains dengan murid-murid tahun satu. Dalam laporan ini akan dinyatakan
berapa aktiviti yang berlangsung sepanjang slot mata pelajaran Sains.

Pada 12 hinggan 30 Januari telah berlangsungnya aktiviti transisi ini.


Pada minggu pertama adalah bertemakan buah-buahan. Dalam slot Sains
ini guru memberikan penerangan mengenai buah yang biasa mereka
lihat, rasa dan membayangkan bentuknya.

Guru memberi
penerangan
tentang buahbuahan

Seterusnya guru menjalankan aktiviti mewarna

Murid-murid
mewarnakan
gambar.

Pada minggu kedua dimana temanya adalah mengenai tema haiwan


dalam slot sains guru menjalankan pengajaran seterusnya menjalankan
aktiviti melawat kawasan sekolah dan mengenalpasti haiwan yang
ditemui di sekolah.

Guru memberikan
penerangan
mengenai haiwan
yang dijumpai.

Guru memberikan
penerangan
mengenai haiwan
yang dijumpai.

Pada minggu ketiga iaitu minggu terakhir, tema pada minggu akhir adalah
mengenai keluarga dan anggota badan. Dalam aktiviti ini murid diminta
untuk mewarna anggota badan dan anggota keluarga mereka.

Sebagai kesimpulan, program atau aktiviti transisi ini amat membantu


guru-guru dalam mengenali murid-murid baru terutamanya kepada guru
kelas secara khususnya dan secara amnya kepada guru-guru mata
pelajaran. Perlaksanaan program ini boleh dipertingkatkan lagi dengan
menjadikan atau memastikan murid tahun satu yang masuk di
kategorikan mengikut tahap kognatif mereka dalam memastikan
pemberiaan input dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai