Anda di halaman 1dari 6

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

Buah langsat kuning mencelah, Pokok senduduk tak berbunga lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.

Pucuk pauh delima batu, Anak semilang di tapak tangan; Biar jauh beribu batu, Di mata hilang di hati jangan. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan.

Kiri jalan kanan pun jalan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. Tanam pisang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Ku pinang-pinang tapi tak dapat, Ku pujuk-pujuk bawa lari.

Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu; Suruh makan dia makan,

Suruh mengaji dia tak mahu. Kalau roboh kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Badan dan nyawa saya serahkan.

Kalau padi katakan padi, Tidaklah aku tertampi-tampi; Kalau jadi katakan jadi, Tidaklah aku ternanti-nanti. Dari mana datangnya lintah, Dari sawah turun ke kali; Dari mana datangnya cinta, Dari mata turun ke hati.

Tinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Sekian lama saya mencari, Baru kini saya mendapat. Hisap rokok tembakau cina, Keluar asap berbunga-bunga; Wahai cik adik abang bertanya, Cincin di jari siapa yang punya?

Kelip-kelip ku sangka api, Kalau api mana puntungnya; Hilang ghaib ku sangka mati, Kalau mati mana kuburnya. Dari mana punai melayang, Dari sawah ke batang padi;

Dari mana datangnya sayang, Dari mata terus ke hati.

Puas sudah ku tanam padi, Nanas juga ditanam orang; Puas sudah ku tanam budi, Emas juga dipandang orang. Kalau ada selasih dijulang, Jangan dibawa ke Jawa saja; Aku tahu kekasih orang, Cuma menumpang ketawa saja.

Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah; Harap hati kepada tuan, Langit tinggi ku rasa rendah. Asam pauh dari seberang, Gugur buahnya di tepi perigi; Badan jauh di rantau orang, Sakit payah ditanggung sendiri.

Pergi berguru sampai ke sempadan, Dapat kancil badan berjalur; Biar carik baju di badan, Asal hati bersih dan jujur. Makan pulut si kuih sagu, Makan sirih dengan gambir; Apa direnung apa diragu, Jodoh pertemuan sudah ditakdir.

Sana ayam sini pun ayam, Mana tempat nak jemur padi; Sana buaian sini pun buaian, Mana tempat nak letak hati? Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si dahan pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh.

Burung punai terbang sekawan, Entah tidak kembali lagi; Tuan umpama kain kapan, Hancur tidak berganti lagi. Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh.

Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di Tanjung Jati; Kasih sayang tidak berpisah, Ibarat rambut bersimpul mati. Kucing kurus menggaru papan, Papan diasah si kayu mati; Bukan kurus kerana tak makan, Kerana kasih jauh di hati.

Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman; Hendak mati di hujung kuku,

Hendak berkubur di tapak tangan. Ke teluk sudah ke Siam sudah, Ke Mekah saya belum lagi; Berpeluk sudah bercium sudah, Bernikah saya belum lagi.

Kalau tidak kelapa puan, Tidaklah puan kelapa bali; Harap-harap kepada tuan, Tidak tuan siapa lagi. Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang lalu; Dagang Pak Malau dagang bertempat, Dagang hamba menumpang lalu.

Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang; Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Buah pauh dalam dulang, Dikirim orang ke kampung hulu; Biar jauh di negeri seberang, Doa restu dikirim selalu.

Kalau teras cahaya mentari, Salah menyuluh tepi perahu; Kalau tuan pergi sendiri, Suruh-menyuruh saya tak mahu. Anak punai anak merbah, Terbang ke dahan buatlah sarang;

Anak sungai kan berubah, Inikan pula hati orang.

Buah kuinin jatuh tercampak, Jatuh menimpa bunga selasih; Biar bertahun dilambung ombak, Tidak lupa pada yang kasih. Teritip di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagikan berdosa, Inikan pula kita yang jahil.

Hujan turun badan basah, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak nak berpisah, Kerana Allah siapa yang tahu. Gunung tinggi dilitupi awan, Dinaung langit malam dan siang; Bila adik mengirimkan pesan, Hancur luluh sendi abang.

Asal kapas jadi benang, Dari benang dibuat baju; Barang lepas jangan dikenang, Sudah jadi orang baru.

Anda mungkin juga menyukai