Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI KENDIRI

Sepanjang menjalani program Bina Insan Guru 6, saya merasakan bahawa


motivasi untuk menjadi guru yang cemerlang semakin berkobar-kobar. Jelas kelihatan
akan perkaitan yang begitu rapat dengan dunia pendidikan apabila seminar dan
bengkel yang telah dijalankan merupakan persediaan yang begitu baik kepda semua
guru pelatih. Kesan ini turut mencoretkan banyak ilmu kepada saya untuk menjadi guru
yang berinovasi kelak.

Program seminar guru inovatif memberikan impak yang cukup bermakna apabila
ilmu yang berguna dikongsikan daripada guru cemerlang yang cukup berpengalaman.
Sedar saya akan pembangunan teknologi maklumat yang cukup pantas seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Keperluan teknologi maklumat seiring dengan
pembangunan masyarakat merupakan tititk tolak kepada perlunya penggunaan ICT
dalam pendidikan. Perkongsian bermakna daripada guru cemerlang pada seminar
tersebut untuk menghasilkan bahan dari teknologi maklumat begitu menarik minat saya.
Pengetahuan tentang software baru seperti audatcity dan sebagainya menarik minat
saya untuk mencuba dan mengaplikasikannya di sekolah kelak.

Sorotan daripada bengkel yang telah dilaksanakan juga, saya berpendapat
bahawa pengisian yang terdapat dalam bengkel tersebut memberi pengalaman yang
begitu mantap. Adanya idea-idea yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah semasa
praktikum serta apabila menjadi guru kelak. Segala kekurangan dan lompongan diri
sendiri dapat diatasi dengan penambahan dan perkongsian ilmu dari guru cemerlang
tersebut.

Tuntasnya, adalah perlu bagi kita menjadi seorang guru pelatih yang cintakan
ilmu. Ilmu juga adalah keperluan semasa dan pencariannya pula adalah sepanjang
masa. Saya berharap agar jiwa semakin terdidik untuk mejadi pendidik yang cerdik.

Anda mungkin juga menyukai