Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
1.1

2.0 PUNCA TERCETUSNYA ARAB SPRING
3.0 KRONOLOGI PERISTIWA ARAB SPRING

3.1 5 Penguasa yang Terguling dalam `Arab Spring

3.1.1. Zine El Abidine Ben Ali


Tunisia Revolusi Arab Spring bermula dari kisah penjual buah di Tunisia. Mohamed
Bouazizi namanya. Ia adalah peniaga dengan pendapatan minimum Rp 1.3 juta dan perlu
menyara 8 ahli keluarganya. Alih-alih mendapatkan bantuan daripada kerajaan, Bouazizi
malah menjadi mangsa pemerintahan kuku besi dari aparat pemerintah. Hanya kerana tidak
mampu membayar wang pelicin, lelaki ini habis diusir pegawai kerajaan tempatan. Ia juga
dipentung dan dipukul. Kesal dengan ketidakadilan tersebut, Bouazizi melancarkan aksi
protes ekstrem dengan membakar diri. Pada 17 Disember 2010, lelaki ini menyiram
tubuhnya dengan petrol lalu menyalakan korek api. Aksinya itu membuat nyawanya harus
melayang. Ia mengalami luka bakar parah. Hampir seluruh tubunya atau sekitar 90 peratus
terbakar. Pada akhirnya, ia meninggal pada 5 Januari 2011. Sejak saat ini, kemarahan
awam tersulut. Kematian Bouazizi melecut protes rakyat pada kerajaan. Melalui sosial
media, aksi protes digalang hingga membuat Presiden Zine El Abidine Ben Ali tumbang
selepas 23 tahun berkuasa. Ia kemudian kabur ke Arab Saudi pada 14 Januari 2011. Ben Ali
kemudian dijatuhi hukuman tambahan 20 tahun penjara oleh mahkamah tentera negara
tersebut pada 13 Jun 2012. Ben dianggap bersalah akibat mengambil keputusan yang
mengakibatkan terbunuhnya 4 orang dalam kes yang dikenali sebagai Ouardanine. Selain
hukuman dari mahkamah tentera, Ben Ali dijatuhi hukuman 66 tahun penjara oleh
mahkamah sivil. Ia dihukum akibat tuduhan melakukan perdagangan senjata haram dan
penyalahgunaan dana awam

3.1.2. Hosni Mubarak


Mesir Dari Tunisia, revolusi menjalar ke negara jiran, Mesir. Unjuk rasa untuk melawan sang
diktator Hosni Mubarak digelar sekaligus merayakan Hari Polis Mesir - peringatan atas
terbunuhnya 50 polis di Mesir oleh Inggeris. Demonstrasi merebak begitu cepat melalui
bantuan media sosial. Kekuatan terus bertambah. Umat Muslim dan Kristian bersatu hingga
bikin aparat pemerintah kucar-kacir. Kerajaan cuba mengancam para pemberontak dengan
menyatakan dibantu pihak asing untuk menghalang penunjuk perasaan. Namun massa
kumpulan penentang itu tidak takut. Demonstrasi tetap berjalan. Hingga pada hari ke-18
atau tepatnya pada tanggal 11 Februari 2011, Presiden Mubarak menyerah dan
menyerahkan kuasanya kepada tentera. Diktator yang telah duduk di singgahsana selama
30 tahun itu berjaya ditumbangkan. Kini Mubarak tengah menjalani rawatan sambil
menjalani proses undang-undang yang menjeratnya. Pada akhir Disember 2012, ia
dipindahkan dari rumah sakit tahanan ke rumah sakit tentera di Mesir, kerana keadaannya
semakin memburuk setelah tergelincir di bilik mandi

3.1.3. Muammar Gaddafi

Libya Kebangkitan rakyat Timur Tengah juga merembet ke Libya. Sebahagian besar rakyat
bersatu untuk menumbangkan Presiden Muammar Gaddafi.
Aksi demonstrasi pertama kali digelar di bandar Benghazi pada 15 Februari 2011. Tentera
kerajaan dikerahkan untuk menghalang massa. Alih-alih reda, tunjuk perasaan justeru
merebak ke Ibukota Tripoli. Putra Gaddafi, Saif al-Islam Gaddafi mengimbau agar rusuhan
tidak dilanjutkan kerana boleh mencetuskan perang saudara. Tapi tetap saja aksi protes
berterusan. Terus menerus konflik berlangsung antara kubu rakyat pemberontak dan aparat
pemerintah. Semakin rumit, pihak asing pun turut campur. Meski PBB mengeluarkan
resolusi larangan terbang di Libya pada 17 Mac 2011, Perancis, Inggeris dan Amerika
Syarikat malah menjatuhkan bom di negara tersebut untuk melawan serangan tentera
Gaddafi. Mendapat sokongan negara asing, pemberontak semakin kuat. Satu demi satu
bandar di Libya berjaya dikuasai. Khadafi kemudian hijrah ke bandar yang lebih selamat
hingga pada akhirnya diktator tersebut tewas dibunuh di Bandar Sirte, selepas lebih dari 40
tahun berkuasa
3.1.4. Ali Abdullah Saleh - Yaman Arab Spring di negeri jiran membuat warga Yaman
dinyalakan untuk melakukan perkara sama. Pada 27 Januari 2011, kira-kira 16 ribu rakyat
berkumpul di pusat ibu negara. Meminta Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah berkuasa
selama 33 tahun itu berundur. Mundurnya Mubarak pada 11 Februari 2011 membuat rakyat
semakin berusaha untuk menjatuhkan Saleh. Sang penguasa sudah cuba menenangkan
rakyat dengan berjanji tidak akan mengikut pilihan raya selanjutnya. Namun tak berhasil.
Aksi protes tetap berjalan. Malah semakin menjadi-jadi sampai berbulan-bulan. Rakyat
berkumpul di depan istana demi menurunkan Saleh. Dan pada akhirnya pemimpin tersebut
berundur setelah mengeluarkan perintah, memberi kuasa kepada Naib Presiden Abd al-Rab
Mansur al-Hadi. Kemudian Saleh menandatangani pemindahan kuasa pada 23 November
2011.

3.1.5. Mohammed Morsi Mesir



"Game Over", begitu tulisan hasil kumpulan sinar laser yang ditonjolkan para demonstran di
Lapangan Tahrir, Rabu 3 Julai 2013 malam, sebagai petanda Presiden Mesir Mohammed Morsi
rasmi digulingkan kekuatan tentera yang dipimpin Jeneral Besar Abdel Fattah al-Sisi . Rangkaian
penggulingan ini bermula usai Morsi mengeluarkan perintah presiden yang kontroversi. Kira-kira
begini bunyinya: "Kekebalan undang-undang bagi semua keputusan presiden." Sejak itu, revolusi 25
Januari 2011 yang melengserkan Mubarak seperti tak ada gunanya. Sebab Morsi undian tidak
menjalankan demokrasi penuh selepas mengeluarkan perintah kebal undang-undang itu. 'Senario'
penggulingan terus berlanjut. Sepuluh menteri Mesir mengajukan pengunduran diri selepas berlaku
tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan Presiden Mohammed Morsi. Namun,
Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil menolak pengunduran diri para menteri tersebut. Tak lama
kemudian, tentera Mesir memberikan kata dua kepada semua kekuatan politik di negeri itu. Tentera
memberikan masa 48 jam sejak Isnin 1 Julai malam untuk semua pihak, penentang dan penyokong
Morsi, untuk menyelesaikan konflik mereka. Jika tidak, tentera akan turun tangan. Tarikh akhir
ultimatum telah habis. 48 Jam telah berlalu sejak ultimatum diumumkan. Namun keadaan tetap
tegang tak terkawal. Artinya, sudah waktunya bagi tentera untuk bertindak menyelesaikan
semuanya. Di bawah komando Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi, tentera mengambil alih kuasa Presiden
Morsi. Transisi politik ini diumumkan langsung oleh al-Sisi selepas bertemu dengan beberapa
pemimpin politik, pemimpin agama, dan pemimpin muda. Jurucakap Ikhwanul Muslimin - parti yang
membesarkan Morsi - gehad El-Haddad menyatakan, Morsi saat ini tengah mendekam di tahanan
rumah di Markas Pengawal Republik, Kaherah. Ia kemudian dipindah ke Pejabat Menteri
Pertahanan.













4.0 KESAN
4.1 Pertama : Dari Sudut Antarabangsa:
1. Hakikat pertembungan ialah pertembungan antara projek Islam dan projek Barat yang
didominasikan oleh Yahudi dan USA. Analisis ini diperkuatkan dengan kenyataan yang
menyebut usaha campuratangan USA untuk menjatuhkan identiti Islam telah dimulakan
sejak tahun 2008 melalui gerakan liberalis atas nama Alliance of Youth Movement aktivis
gerakan Massa Mesir yang telah mengadakan pertemuan di New York. Agenda mereka ialah
menggunakan media sosial seperti Youtube, Facebook, MTV, Google dan sebagainya
menuntut pembaharuan dan kebebasan hak asasi. Tokoh yang ditonjolkan pula ialah
Muhamad al-Baradie seorang anak didik USA dan pemegang amanah International Crisis
Group dibawah tajaan kewangan oleh National Endownment for Democracy [NED].
2. Zionis atau Israel tidak akan membenarkan mana-mana kerajaan atau pemerintah yang
menggugat kepentingan Israel di Asia Barat. Kemenangan Mursi dan jalur Islamis pasca
Arab Spring mengecewakan pihak Israel. Langkah terbaik menyekat dan memusnahkan
kerajaan ini. Mesir adalah pusatnya kerana laluan ke Palestin adalah dari arah Mesir.
Kerajaan Mursi yang pro Hamas menyukarkan Israel. Ini kerana sepanjang Presiden Mursi
mengambil alih pasca revolusi selepas menang lebih 52 % sokongan , tiada pertemuan
perjanjian damai dengan pihak Israel. Bahkan Mesir menjadi rumah penyelamat buat
rakyat Palestin.
3. USA terancam dan tergugat kepentingannya terutama melibatkan kepentingan ekonomi
dan percaturannya di Asia Barat. Dasar lunak Mursi ke negara-negara timur untuk
menjalankan pelaburan perniagaan menyebabkan masa depan ekonomi USA dan
cengkamanya terhadap kekayaan Mesir lemah .Maka penggulingan dan rampasan kuasa
serta penyembunyian Mursi menggembirakan pihak USA dan memberikan reputasi negative
kepada IM. Sebenarnya USA takut dengan ideologi perjuangan Islam yang dibawa IM akan
memberikan kesan besar kepada negara bersekitaran.
4. Kegagalan OIC dalam memberikan tekanan kepada regim kudeta tentera dan kelesuan
suara umat Islam bersatu untuk menentang kekuatan mustakbirin USA dan Zionis.
Hakikatnya umat Islam lemah dan pemimpin umat Islam menjadi boneka USA dan Yahudi.
5. Revolusi pertama adalah revolusi menjatuhkan sistem tirani diktator tetapi kebangkitan
kedua menentang regim tentera adalah thaurah tamaiyuz untuk membezakan pejuang
tulen dan pejuang palsu.

4.2 Kedua : Dari Sudut Serantau
1. Negara-negara teluk seperti Arab Saudi mengisytiharkan sokongan kepada rejim kudeta
kerana untuk memastikan kelangsungan system monarki beraja. Kebaculan kerajaan beraja
teluk kerana perjuangan IM boleh mengancam kedudukan mereka dan membawa
kebangkitan rakyat menolak sistem diktator beraja jika dibiarkan Mursi memerintah. Oleh
sebab itu mereka memberikan sumbangan dana yang banyak kepada kerajaan kudeta.
2. Amerika juga tidak mahu kepentingan mereka di negara-negara teluk terutama Negara-
negara ini menjadi pengkalan tentera Amerika. Peristiwa Perang Teluk antara Iraq- Kuwait
cukup menafsirkan agenda tersirat USA di rantau Asia Barat.
3. Pengaruh pemikiran IM akan menjalar ke negara negara teluk dan serantau dan ini
menggugat status quo system yang sedia ada. Sejarah pernah menyatakan sesiapa yang
menguasai Mesir bermakna ia menguasai kekuasaan dunia. Mesir berada di titik kekuasaan
geopolitik dan geoekonomi dunia.

4.3 Ketiga : Dari Sudut Mesir
1. Kerajaan kudeta tentera adalah kerajaan haram dan menjadi boneka Barat. Membenarkan
terus kerajaan ini bermakna membenarkan imperialis barat campurtangan urusan Negara
Mesir.
2. Yahudi atas nama Israel merasa terancam kerana Mesir menjadi pintu masuk bantuan
sokongan dan kewangan kepada pejuang Palestin. Jika berterusan menggugat kestabilan
Israel. Penubuhan Israel sendiri untuk menyekat kebangkitan Islam di Asia Barat terutama
Mesir yang menjadi ibu gerakan Islam.
3. Mesir menuju ke zaman gelap dengan kembali mengekalkan semula penguasaan tentera.
Penguasaan tentera ini disokong oleh anak-anak muda Tamarood, sekularis, liberalis yang
dibelakang mereka adalah USA. Turut serta juga menjayakan agenda liberal sekular ini
ialah puak Syiah atas nama perjuangan demokrasi dan hak asasi.
4. Pengaruh tentera di dalam pentadbiran dan campurtangan pihak asing di dalam
menentukan halatuju negara Mesir dan bukan rakyat Mesir yang menentukan negara
mereka sendiri.
5. Mesir berada di kedudukan strategik dunia dari sudut kepentingan geopolitik, geososial dan
geoekonomi. Menguasai Mesir bermakna menguasai jajaran ekonomi dan politik 3 zon
Afrika-Asia- Eropah.

4.4 Keempat : Dari Sudut Gerakan Islam
1. Islam dan Jahiliyah , al-Haq dan kebatilan pasti akan bertembung kerana itu sunnah
perjuangan. Pertembungan Islam dan jahiliyah bukan sekadar pertembungan fikroh seperti
aliran Islam dan aliran liberalis tetapi sampai ke tahap pengorbanan jiwa.
2. Gerakan Islam perlu sedar bahawa pentas demokrasi hanya wasilah menyampaikan fikroh
dan dakwah. Ia bukan matlamat perjuangan, ini kerana jika kemenangan islam mengancam
status quo jahiliyah, maka tiada lagi bahasa demokrasi. Demokrasi akan diperkosa serta
menjadi senjata tajam untuk menghapuskan kekuasaan islam.
3. Gerakan Islam adalah gerakan berfasa-fasa dan bermanhaj. Ia akan melalui saat-saat ujian
kerana jalan dakwah bukan jalan yang dihampiri permaidani indah tetapi penuh duri. Ujian
yang dilalui oleh pejuang islam di Mesir adalah siri penyaringan dan pemilihan untuk
memilih para syuhadak fi toriq dakwah.
4. Manhaj perjuangan Islam adalah manhaj yang tulen, manhaj yang dilalui oleh para Rasul
dan para sahabat r.a. Ia adalah manhaj yang berbeza dengan manhaj perubahan yang lain,
mesti ada tamaiyuz dari sudut fikroh, harokah dan jalan amal untuk melakukan taghyir.
5. Gerakan islam perlu menguasai dua qaedah untuk memimpin perubahan iaitu menguasai
qaedah sulbah [strategi vertikal-kualiti ] dan menguasai qaedah syabiyah [ strategi
horizontal-kuantiti]. Gerakan islam wajib memantapkan kekuatan dalaman dengan
pengukuhan tarbiyah dan pembinaan kader di samping melebarkan penguasaan di dalam
masyarakat dengan amal-amal umum, amal kemasyarakatan, penguasaan institusi dan
sebagainya. Perlu perkuatkan tanzim dengan takween dan perkuatkan amal dengan tajmik
yang menambah sokongan massa.
6. Gerakan Islam perlu kuasai 4 pengupayaan di dalam menguasai massa iaitu :
1. Kemampuan menguasai kaedah bermasyarakat.
2. Kemampuan menguasai kaedah bergerak.
3. Kemampuan menguasai kaedah berfikir.
4. Kemampuan menguasai kaedah berpolitik.
7. Gerakan Islam perlu keluar dari fasa eksklusif kepada fasa inklusif dari sudut amal dakwah.
Eksklusif dari sudut pembinaan kelompok teras tetapi inklusif dari sudut amal tajmik. Membiarkan
berterusan bergerak secara eksklusif dan secara bawah tanah akan mengundang fitnah dan
memberikan reputasi buruk dari pandangan massa.
8. Gerakan Islam perlu menjaga thawabit manhaj perjuangan walaupun ditekan tetapi anjal di dalam
kaedah dan strategi perjuangan.
9. Penyediaan rijal yang berkualiti dengan tarbiyah yang mendalam akan melahirkan pelapis dakwah
dan harokah. Mata rantai dakwah tidak terputus dengan bilangan rijal yang bertambah. Rijal akan
menjadi banteng perjuangan melawan raksasa kezaliman.
10. Kesatuan gerakan-gerakan Islam dari bekerja secara mahalli [lokal] kepada bekerja secara
tandhim alami bagi mendepani kekuatan musuh yang bersifat antarabangsa.
11. Merangka strategi dan seni berinteraksi dengan waqi berdasarkan pengalaman gerakan Islam
yang berbeza-beza mengikut situasi. Gerakan perlu memiliki fiqh syarie diiringi dengan fiqh waqi agar
ijtihad yang diambil menepati masa dan realiti. Pengalaman di Tunesia, pengalaman di Mesir atau
pengalaman di Turki adalah khazanah bernilai dalam menambahkan pengkayaan kamus perjuangan
gerakan Islam di dalam memimpin perjuangan li tamkin dinillah. Gerakan Islam perlu menyusun atur
strategi dan halatuju dan membuat retrospeksi terhadap fasa-fasa yang dilalui.

Anda mungkin juga menyukai