Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PASIR GUDANG,

JALAN CEMPEDAK 1, TAMAN KOTA MASAI,


81700 PASIR GUDANG.

KERTAS KERJA
MENGENDALIKAN PROGRAM AKADEMIK PENINGKATAN TEKNIK
MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA TAMIL BAGI TAHUN 5
TEMPAT:
SJK (T) PASIR GUDANG,
JALAN CEMPEDAK 1, TAMAN KOTA MASAI,
81700, PASIR GUDANG,
JOHOR DARUL TAKZIM.
TARIKH :
15 JULAI 2014
DIANJURKAN OLEH:
GURU-GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

MENGENDALIKAN PROGRAM AKADEMIK PENINGKATAN TEKNIK MENJAWAB


KERTAS 2 BAHASA TAMIL BAGI TAHUN 5
1. Pendahuluan :
Bengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi teknik menjawab
soalan kertas 2 Bahasa Tamil bagi SJK (T) Pasir Gudang program yang
dirancang oleh guru-guru pelatih Institusi Perguruan Temenggong
Ibrahim diharap dapat memantapkan dan menyediakan peserta dari segi
fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi peperiksaan
yang

bakal

menjelang.

Seterusnya

dapat

meningkatkan

peratus

kelulusan dalam semua mata pelajaran. Melalui bengkel ini murid-murid


akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.
2. Rasional:
Memandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas
dan kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru ,
kebanyakan

daripada

murid

mempunyai

masalah

dalam

proses

memahami dan menjawab dalam memberikan jawapan yang betul.


Pemasalahan ini menyebabkan ramai di kalangan murid luar bandar
khususnya gagal dalam memberikan jawapan yang baik dan berkesan.
Ramai di kalangan mereka gagal dalam soalan yang berbentuk membina
ayat

terutamanya

dalam

subjek

Bahasa

Tamil

yang

banyak

menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami.


Menyedari

hakikat

ini,

guru-guru

pelatih

Institusi

Perguruan

Temenggong Ibrahim mengambil satu insiatif dan bertanggungjawab


untuk melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas 2
Bahasa Tamil bagi Tahun Lima secara sistematik dan berkesan melalui
Program Peningkatan Akademik.

3. Matlamat:
Matlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap
bentuk-bentuk soalan dan teknik menjawab soalan kertas dua. Di
samping dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Pasir Gudang dan negeri Johor amnya.

4. Objektif :
Pada akhir bengkel ini para pelajar dapat:
4.1 Membina keyakinan diri dalam menjawab soalan-soalan UPSR.
4.2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab
soalan-soalan kertas 2 sebenar UPSR.
4.3 Membantu meningkatkan peratus pencapaian keseluruhan UPSR
sekolah.
5. Tarikh Aktiviti :
15 Julai 2014
6. Masa :
11.00 - 1.00 petang
7. Tempat :
Bilik mesyuarat SJK (T) Pasir Gudang,81700 Pasir Gudang, Johor Darul
Takzim.
8. Kumpulan Sasaran :
Murid-murid Tahun 5 SJK (T) Pasir Gudang.
9. Anggaran perbelanjaan :
Tiada

10. Senarai Ahli Jawatankuasa :

AHLI JAWATANKUASA INDUK


Penasihat
: EN.A.S. PALANIAMMAH
Pengerusi
: PN. RANI
Naib-naib pengerusi : PN. SAGILAH
PN.RAJASELVI

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA


Pengerusi

: Pn.Shantimala

Naib pengerusi

: Pn.Seethaletchumy

Setiausaha

: Pn.Pravina

Persiapan tempat

: Cik.Uma Devi

Sistem siar raya : Pn.Pravina, Cik.Uma Devi


Pengacara majlis : Cik.Uma Devi, Pn.Pravina
Bacaan doa

: M.Kamali

12. Program tentatif pelaksanaan :


ATURCARA MAJLIS
Bengkel Teknik Menjawab Soalan
11.00 pagi : - Murid berhimpun di bilik mesyuarat sekolah.
- Murid mengambil tempat.
- Menayangkan video.
- Bacaan doa.
- Memberi modul teknik menjawab soalan kertas 2 Bahasa
Tamil.
- Memberi ceramah tentang teknik menjawab soalan.
- Menunjuk contoh yang berkenaan.
- Mengadakan aktiviti kumpulan.
- Mempersembahkan persembahan kumpulan.
- Membetulkan kesalahan.
- Memberi cendera hati.
- Bersurai.

13. Penutup :
Dengan adanya Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini diharapkan
dapat memberikan satu pengalaman yang amat berharga bagi calon-calon
yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Seterusnya
dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan UPSR nanti. Bengkel ini juga
diharapkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik sekolah
ini.

Disediakan oleh,
.
(PRAVINA MOHAN)
Guru Pelatih IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor, Johor Bahru
Disemak oleh,
.........................................
(PN. RANI)
GPK 1,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang,
Pasir Gudang, Johor.
Diluluskan oleh,
..........................................
(PN.A.S.PALANIAMMAH)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang,
Pasir Gudang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai