Anda di halaman 1dari 2

PUTERI SALJI PUTIH BERSAMA 7 ORANG KERDIL

Pada suatu masa dahulu, seorang puteri yang bernama Puteri Salji tinggal di
sebuah istana yang dikelilingi taman bunga yang indah. Di sinilah, Puteri Salji
bermain dengan binatang-binatang hutan yang jinak dengannya.

Ibu tirinya, Permaisuri, berasa cemburu terhadap Puteri Salji kerana


semakin dewasa, puteri itu menjadi semakin jelita pula. Permaisuri bencikan
sesiapa sahaja yang lebih cantik daripadanya. Setiap hari, Permaisuri akan
bertanya kepada cermin saktinya. Permaisuri ingin tahu orang yang paling
cantik di negeri itu. Setiap kali ditanya, cermin itu akan menjawab Permaisuri
adalah yang paling cantik.

Pada suatu hari, Permaisuri bertanya soalan yang biasa yang ditanyanya.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila cermin sakti menjawab yang Puteri Saljilah
yang paling cantik. Permaisuri berasa marah dan merancang untuk
membunuh Puteri Salji. Puteri dapat tahu tentang rancangan Permaisuri dan
berasa takut. Puteri Salji terus melarikan diri ke dalam hutan. Suasana dalam
hutan sungguh gelap dan menakutkan. Kerana terlalu letih dan takut, Puteri
Salji mencari tempat yang sesuai untuk bermalam.

Pada keesokan harinya, apabila terjaga dari tidur, Puteri Salji mendapati
sekumpulan binatang-binatang kecil yang jinak dan seramai tujuh orang kerdil
berada di sekelilingnya. Orang-orang kerdil itu menjemputnya ke pondok
mereka yang terletak jauh di dalam hutan.

Puteri Salji berasa sangat gembira dapat tinggal bersama orang-orang


kerdil itu. Setiap hari Puteri Salji mengemas dan memasak untuk orang-orang
kerdil itu semasa mereka pergi bekerja di lombong. Setiap pagi sebelum pergi
bekerja, orang kerdil itu akan berpesan kepada Puteri Salji supaya berhati-hati
dengan sesiapa yang tidak dikenalinya dan tidak keluar kemana-mana. Orang-
orang kerdil itu bimbang Permaisuri yang kejam itu akan datang ke pondok itu.

Pada suatu hari, Permaisuri mendapat tahu Puteri Salji tinggal bersama
orang-orang kerdil di hutan itu. Permaisuri menyamar sebagai seorang
perempuan tua dan membawa sebakul buah epal yang beracun ke pondok
orang-orang kerdil itu. Permaisuri memberi epal beracun itu kepada Puteri
Salji. Puteri Salji menjangkakan Permaisuri itu ialah seorang nenek yang baik
hati. Puteri Salji sangat gembira menerima epal itu. Puteri Salji menggigit epal
beracun itu dan terus rebah dan pengsan.

Permaisuri yang kejam itu berasa puas hati dan ketawa terkekek-kekek.
Permaisuri menyangka Puteri Salji sudah meninggal dunia. Ketujuh-tujuh orang
kerdil itu berasa sangat sedih. Mereka cuba mengejutkannya tetapi Puteri Salji
tidak bergerak lagi. Puteri kesayangan kita sudah meninggal dunia, kata
mereka sambil menangis. Ketujuh-tujuh orang kerdil itu meletakkan Puteri Salji
ke dalam keranda kaca supaya semua dapat melihat kecantikkannya.

Pada suatu hari, seorang Putera Raja melintasi hutan itu. Puteri Raja
melintas hutan itu. Putera Raja itu ternampak Puteri Salji dan tertarik hati
dengan kejelitaannya. Putera Raja membuka keranda kaca itu dan kehadiran
Putera Raja itu telah menghapuskan sihir Permaisuri terhadap Puteri Salji.
Puteri Salji pun sedar semula.

Ketujuh-tujuh orang kerdil itu menari dan menyanyi dengan gembira.


Tidak lama kemudian, Puteri Salji berkahwin Putera Raja. Mereka hidup bahagia
untuk selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai