Anda di halaman 1dari 2

CERITERA KISAH PARA PUTERI

Telah tiba saat yang dinantikan semua, saat dimana sang penglipur
lara akan bercerita satu kisah yang berkisar di alam nyata, ianya satu
mitos dan bukannya lagenda sekadar pengubat lara bagi hati yang
sedang berduka dan sekadar lawak jenaka sahaja.
Ekoran bencana alam yang sering melanda dunia, peperangan ada
di mana sahaja, krisis ekonomi yang teruk melanda, kejatuhan nilai mata
wang dunia, kadar OPR bank yang semakin meningkat, Putera Mateen
memilih insan biasa sebagai puteri. Ramai puteri di seluruh pelusuk dunia
terkesan dengan fenomena ini. Puteri-puteri ini telah mengadakan
musyawarah melalui aplikasi group wassap untuk mencari jalan
penyelesaian untuk mereka mendapatkan hidup yang tenang disamping
mencari putera idaman. Mereka semua telah telah mendapat kata
sepakat untuk memilih Malaya untuk menetap.
Kita sangat beruntung pada pada hari ini kerana puteri-puteri ini
telah bersetuju untuk memenuhi undangan kita untuk memeriahkan lagi
majlis disamping hajat mereka untuk mencari putera idaman sebagai
peneman.
Oleh itu, saya menjemput dan mempersilakan puteri yang pertama
iaitu Snow White yang datang dengan penuh bergaya dengan membawa
sebiji epal untuk diberi kepada sesiapa sahaja untuk menjadi mangsa dan
seterusnya akan memiliki cinta dari puteri yang penuh jelita.
Puteri yang kedua, dipersilakan Cinderella yang tidak asing lagi
kisahnya yang diperlakukan teruk oleh oleh ibu tirinya. Meninggalkan
sebelah kasut di suatu majlis yang dihadiri. Kepada sesiapa yang ada
kasut lebih bolehlah bagi dekat Cinderella, andai kata saiz ngam dialah
putera yang selama ini Cinderella nantikan.
Puteri yang ketiga, dipersilakan Sleeping Beauty. Sesuai dengan
Namanya puteri ini kerja dia hanya tidur sahaja sehinggakan dia
mendapat tawaran job untuk menjadi model bantal Das Abdul. Mana-
mana lelaki yang Berjaya mengubah tabiat suka tidur puteri ini, maka
lelaki itulah putera idamannya.
Puteri yang ke empat, dipersilakan Puteri Belle, puteri ini
merupakan seorang yang baik hati dan taak kepada ayahnya. Menjadi
idaman THE BEAST yang gagah perkasa. Mana-mana lelaki yang
merasakan dirinya kuat bolehlah menambat hati puteri ini seperti mana
yang dilakukan oleh THE BEAST.
Puteri yang kelima, dipersilakan Puteri Jasmine yang jauh
diterbangkan dari tanah arab. Alhamdulillah puteri ini telah mendapat
petunjuk untuk berada pada jalan yang benar. Terpaksa berpisah dengan
Aladdin kerana perbezaan agama. Sentiasa membawa sejadah
menggantikan karpet terbang agar sentiasa senang untuk beribadat.
Puteri yang keenam, dipersilakan Rapunzel yang terkenal dengan
seorng gadis berambut Panjang setinggi Menara. Rambutnya Panjang
bukan sengaja disimpan tetapi ekoran PKP yang melanda dunia
menyebabkan dia tidak tidak dapat ke kedai gunting. Mana-mana lelaki
yang sudi potong rambutnya akan dipilih menjadi calon suami.
Puteri yang seterusnya berbeza sedikit dari yang lain kerana puteri
ini datang berdua, keakraban mereka tidak dapat disangkal lagi.. kemana
sahaja mesti Bersama. Dipersilakan Puteri Ana dan Puteri Elsa. Nampak
agak ganjil kan kerena mereka dua beradik tetapi persamaan jelas tidak
kelihatan. Hal ini kerena mereka adik beradik lain ibu lain bapa.
Puteri yang kesembilan, dipersilakan puteri yang terkenal dengan
lemah lembut dan cantik budi pekerti. Berasal dari tanah melayu yang
penuh keayuan iaitu Puteri Walinong Sari. Berjalan dengan penuh sopan
mencerminkan keayuan sebenar Sang Puteri Melayu.
Puteri yang seterusnya , dipersilakan dua beradik yang dahulunya
merupakan musuh ketat, bertengkar sepanjang masa. Alhamdulillah
sekarang mereka telah berbaik dan saling menyayangi. Dipersilakan
Bawang Putih dan Bawang Merah. Sekarang mereka Bersama-sama
menjalankan bisnes import eksport bawang ke seluruh negara.
Puteri yang terakhir dipersilakan puteri yang tinggal tinggi diatas
gunung, dipersilakan Puteri Gunung Ledang. Puteri ini merupakan satu-
satunya puteri yang telah membuat syarat yang paling tidak masuk akal
bagi mana-mana putera yang ingin memilikinya. Ekoran daripada itulah
sampai sekarang beliau masih tidak berpunya.
Akhir sekali, dipersilakan seorang lagi puteri yang mana Namanya
tidak ingin didendangkan . Tanpa usaha keras beliau, kesemua puteri ini
tidak dapat membuat kemunculan yang gempak pada hari ini.
Dipersilakan Puteri Suzila ke pentas.

Anda mungkin juga menyukai