Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU


59990 KUALA LUMPUR


KERTAS KERJA PROJEK INDIVIDU
(PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN SEKOLAH)



PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)
PISMP SEMESTER 8 AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH
NIK NUR IYLIA BINTI ABD RAHMAN
NUR ADILA BINTI SYED SABRI
NUR ATIQAH BINTI RASIDI
DENGAN KERJASAMA SK JALAN GURNEY 1, KUALA LUMPUR.



1.0 PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan lapangan yang bertujuan untuk
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Bagi memenuhi peranan dan matlamat program kejurulatihan
ini, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang
berkaitan dengan amalan profesion perguruan di sekolah.

Lantaran itu, tugas menjadi pengacara majlis semasa perhimpunan rasmi
sekolah dicadangkan bagi memenuhi objektif tersebut. Seorang guru yang
komprehensif perlu mempunyai ketrampilan diri yang mantap. Komunikasi dan
interaksi di hadapan khalayak terutamanya masyarakat setempat merupakan
sesuatu peranan yang amat penting bagi menampilkan ciri-ciri guru yang profesional.

Jadi, tugas menjadi pengacara majlis sewaktu perhimpunan sekolah ini
dicadangkan sebagai landasan pertama guru pelatih dalam memantapkan aspek
komunikasi dan interaksi terhadap klien warga pendidik, iaitu murid-murid di sekolah.
Tambahan pula, tugas seharian guru sudah sinonim untuk berada di hadapan ribuan
warga sekolah. Di sinilah ketrampilan peribadi, kemampuan guru berbahasa, dan
kecekapan guru dalam mengawal tindak-tanduk murid diperlihatkan.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar tugas individu kepada guru pelatih
ini dapat memberikan pengalaman dan penyesuaian diri dalam mengamalkan
peranan guru di sekolah kelak. Aspek komunikasi dan interaksi yang berkesan dan
bermakna oleh seseorang pendidik mampu membentuk keperibadian sebuah
generasi berilmu yang berpekerti mulia.



2.0 MATLAMAT
Memupuk keyakinan dan membentuk ketrampilan peribadi guru yang komprehensif
dan mantap. Hal ini memberi kesedaran kepada guru pelatih bahawa tugas seorang
guru bersifat menyeluruh sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF
i. Memberi peluang kepada guru pelatih menimba pengalaman dalam
mengendalikan majlis rasmi sekolah.
ii. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih semasa di khalayak ramai.
iii. Menjadikan kesantunan bahasa dalam komunikasi sebagai pedoman kepada
murid.
iv. Merapatkan hubungan sesama warga sekolah.
v. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.
vi. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integriti dalam melaksanakan tugas.


4.0 TARIKH
14 , 21 Julai dan 4 Ogos 2014

5.0 TEMPAT
Dewan Bunga Raya Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.





6.0 SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENASIHAT
Encik Mohd Kamal bin Ishak
(Guru Besar SK Jalan Gurney 1)

Mentor
Puan Sazilah binti Hasbullah

Pengerusi Majlis
Nik Nur Iylia binti Abd. Rahman


AJK Persiapan Tempat
Nur Atiqah binti Rasidi


AJK Teknikal
Nur Adila binti Syed sabri







7.0 PELAN TINDAKAN
Yang berikut merupakan pelan tindakan dalam projek individu :
Bil Tarikh Aktiviti Tindakan
1 10 Julai 2014
Perbincangan dan agihan
tugas individu dan
berkumpulan.
Guru besar
Mentor
Guru pelatih

2 17 Julai 2014
Merujuki guru bertugas dan
pengawas sekolah yang
bertugas tentang tentatif
majlis.
Guru bertugas
mingguan
Guru pelatih
Pengawas
bertugas
3 21 Julai 2014
Kata alu-aluan
Bacaan doa
Bacaan Surah Thoha
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar
murid SK Jalan Gurney 1
Nyanyian lagu Negaraku dan
lagu Wilayah Persekutuan
Ucapan wakil guru bertugas
Kuiz Ops! Denggi dan
penyampaian hadiah
Ucapan pentadbir sekolah
Nyanyian lagu SK Jalan
Gurney 1 dan lagu Bahasa
Jiwa Bangsa
Majlis bersurai
Guru Pelatih
Semua warga
SKJG 1


8.0 PENUTUP
Setiap warga pendidik perlulah sentiasa bersedia dan melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran interpersonal yang melambangkan profesional seorang
guru. Justeru, projek individu seperti yang dinyatakan amatlah bertepatan dengan
matlamat kertas kerja ini di cadangkan.
Bagi pihak guru pelatih, projek individu sebagai pengacara majlis ini dapat
dijadikan satu pengalaman baharu yang berguna untuk bekalan ilmu ketika sudah
menjadi guru sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi
impak kepada konsep kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus dan
memimpin. Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
amatlah diharapkan bagi melancarkan pelaksanaan tugasan inidividu ini.




Disediakan oleh,


.........................................
( NIK NUR IYLIA BINTI ABD. RAHMAN )
Pengerusi Projek Pengacara Majlis,
Guru Pelatih PISMP,
IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,


..........................................
( SAZILAH BINTI HASBULLAH )
Mentor Projek Internship,
Guru SK Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur.


Disahkan oleh,


..........................................................
( MOHD KAMAL BIN ISHAK )
Guru Besar,
SK Gurney 1, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai