Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 1

(08/07/2014 08/08/2014)

Isu/ masalah/ peristiwa
Isu yang paling ketara dapat dikenalpasti pada minggu ini ialah budaya murid memberi
salam kepada guru kurang memuaskan terutama kepada guru pelatih. Apabila mereka
bertembung atau berjumpa dengan guru pelatih mereka tidak memberi salam sebagai
tanda menghormati malah mereka berlalu tanpa sebarang kata seolah-olah kehadiran
guru pelatih dalam kalangan mereka tidak penting.
Pandangan dan perasaan terhadap isu
Pandangan dan perasaan saya terhadap isu ini sangat sensitif kerana murid-murid
perlu dilatih dari seusia awal untuk menhormati orang yang lebih tua dan memberi
salam khususnya bagi pelajar beragama Islam kepada guru, tetamu dan rakan-rakan.
Analisis isu
3.1 Punca/sebab
Sebab berlakunya perkara ini ialah mungkin kehadiran para guru pelatih
masih tidak diketahui ramai oleh murid-murid.
3.2 Kekuatan / kelemahan
Dalam isu ini, sekolah perlu mendidik murid-murid untuk menjadikan
Salam sebagai budaya dan amalan di sekolah.
Cadangan idea untuk selesaikan isu
Memberitahu murid-murid yang saya ajar terlebih dahulu tentang budaya memberi
salam. Dalam kelompok kecil ini sangat mudah untuk saya memberi arahan kepada
mereka supaya memberi salam kepada guru apabila bertemu.

Tempoh masa yang diberikan untuk selesaikan isu
Murid diberi masa sekurang-kurangnya dua hari untuk kembali mengamalkan dan
menyemarakkan amalan memberi salam ini.
Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
Guru perlulah sentiasa mengingatkan murid tentang pentingnya budaya memberi salam
setiap kali masuk kelas untuk mengajar.
Tindakan susulan
Guru juga perlu mengamalkan budaya tersebut untuk menjadi ikutan kepada murid-
murid.

Anda mungkin juga menyukai