Anda di halaman 1dari 2

Greeting

Contoh soalan berdasarkan Domain Kognitif Taksonomi Bloom


Aras Pengetahuan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan greeting?

TUJUAN: Mengingat semula perkara-perkara yang telah dipelajari tanpa perubahan.
CIRI SOALAN: Memerlukan pelajar mengingat semula. J awapan adalah dengan menggunakan bahasa
asal.

Aras Kefahaman

2. Bandingkan penggunaan formal greeting dan informal greeting.

TUJ UAN :Memahami sesuatu bahan, menjelaskan atau memberi makna kepada sesuatu perkara, dan
menjangkakan kemungkinan.
CIRI SOALAN :
Memerlukan pelajar memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau ilustrasi dalam
bahasanya sendiri.
i.Terjemahan isi
ii.Tafsiran maklumat.
iii.Aras ekstrapolasi / tafisran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan.

Aras Aplikasi

3. Ahmad Kassim merupakan seorang ketua pengurus bahagian sumber manusia. Perkataan greeting
yang digunakannya semasa waktu mesyuarat digunakan pula semasa menyambut tetamu di lobi hotel.
Adakah ia bersesuaian dengan keadaannya. Berikan alasan anda.

TUJ UAN :
* Menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak).
* Menyelesaikan masalah / situasi maujud (konkrit).
CIRI SOALAN :
* Memerlukan pelajar menyelesaikan masalah bukan rutin atau masalah baharu.
* Masalah diselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman, dan pelbagai
kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
* Penekanan : kaedah, hukum, teori.






Aras Analisis

4. Bandingkan formal greeting dalam situasi mesyuarat rasmi di pejabat dan formal greeting dalam
perhimpunan rasmi di sekolah?

TUJ UAN :
* Menaakul, mencari sebab dan musabab.
* Meleraikan suatu komunikasi / tajuk kepada beberapa bahagian.
CIRI SOALAN :
* Memerlukan pelajar menganalisis, memecah atau mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-
unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza, mengupas dan membuktikan.

Aras Sintesis

5. Budaya memberikan salam dan ucapan selamat dapat mencerminkan budaya yang baik dan nilai
murine yang terpuji. Namun terdapat juga segelintir individu yang menganggap ia sebagai satu
bebanan dan perkara yang remeh temeh. Fikirkan bagaimana cara untuk menggalakkan semua
individu mengamalkan budaya memberi salam dan ucapan selamat agar ia menjadi rutin harian yang
positif.

TUJ UAN :
Membentuk sesuatu yang baharu.
CIRI SOALAN :
* Memerlukan pelajar merancang, mereka / mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang kreatif
daripada penggabungan pelbagai unsur.
* Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah, prosedur atau cadangan.
* Menguji kebolehan calon unuk mencantumkan, menggabungkan, mengintegrasikan fakta-fakta atau
idea-idea berkaitan.

Aras Penilaian

6. Anda telah terpilih untuk menghadiri suatu mensyuarat yang penting oleh pihak pengurusan yang
mana beberapa orang VVIP akan menghadiri mesyuarat ini. Sebelum itu anda juga telah dipanggil oleh
ketua operasi supaya membuat pra pembentangan kertas kerja dihadapannya sebelum dibawa ke
mesyuarat utama. Sediakan dialog ucapan yang sesuai untuk pra pembentangan dan mesyuarat
utama anda. Nyatakan pilihan anda samada formal greeting atau informal greeting. Berikan alasan
yang menyokong pilihan anda tersebut.

TUJ UAN :
Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu.
CIRI SOALAN :
Memerlukan pelajar menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi , mengesahkan, mengkritik dan
memberi pendapat terhadap sesuatu pernyataan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu
kesimpulan.

Anda mungkin juga menyukai