Anda di halaman 1dari 14

TANGGUNGJAWAB PEKERJA DAN

KEPENGGUNAAN

NAMA NURASMIRA NABILA BT ABDUL KADIR


NO. K/P
KURSUS 2 DVM PELANCONGAN
NAMA PENSYARAH MUHAMAD SHAHRIL BIN MUHAMAD SAUPI
2. LIMA (5) PERKHIDMATAN YANG TERDAPAT DALAM LAMAN SESAWANG LHDNM
HTTP://WWW.HASILGOV.MY DAN PENERANGAN RINGKAS.

ByrHASIL

ByrHASIL adalah aplikasi elektronik untuk pembayaran cukai pendapatan melalui bank-bank yang
dilantik. Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.
Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana - mana bank yang
menyertai FPX. Bank bank yang terlibat adalah :

1. Bank Islam Malaysia Berhad

2. CIMB Bank (Akaun BCB sahaja)

3. Hong Leong Bank Berhad

4. Maybank2e / Maybank2U

5. Public Bank Berhad

6. RHB Bank Berhad

e-Daftar

e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai
baru mendapatkan nombor rujukan cukai.
e-Data PCB

Sistem e-Data PCB disediakan untuk kegunaan majikan menyemak format dan memuat naik fail
teks CP39 untuk dihantar ke LHDNM secara dalam talian. Penggunaan sistem ini dapat
membantu majikan menghantar data yang menepati spesifikasi yang ditetapkan. Sistem ini
disediakan untuk majikan yang menggunkan sistem penggajian berkomputer untuk mengira PCB.
Sistem penggajian mesti berkemampuan untuk menjana CP39 dalam format txt.

Sistem ini juga mempunyai pilihan untuk majikan membuat bayaran secara atas talian melalui
FPX.

e-Filing

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat
pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara dalam talian. BNCP
yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut :

e-Anggaran (e-CP204)

e-Borang

e-Lodgement CKHT

Semakan Pengesahan
e-Filling CKHT / WHT

Aplikasi e-Filling CKHT / WHT adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai
membuat pengisian secara dalam talian. Walaubagaimanapun, sistem ini tidak menyediakan
kemudahan kepada pengguna untuk membuat penghantaran secara dalam talian. Pengguna
perlu mencetak borang yang telah dilengkapkan dan menghantar ke cawangan/kaunter bayaran
LHDNM yang berdekatan.

Borang yang disediakan dalam e-Filling CKHT / WHT adalah seperi berikut :

Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah

a. CKHT 1A - Pelupusan Harta Tanah

b. CKHT 1B - Pelupusan Syer Dalam Syarikat Harta Tanah

c. CKHT 2A - Pemerolehan Harta Tanah atau Syer Dalam Syarikat

Borang Bayaran Cukai Pegangan

a. CP37 - Bayaran royalti dan faedah kepada orang yang tidak bermastautin

b. CP37A - Bayaran kontrak kepada kontraktor yang tidak bermastautin

c. CP37D - Pendapatan kelas khas di bawah Seksyen 4A Akta Cukai Pendapatan,


1967

d. CP37F - Bayaran kepada orang yang tidak bermastautin di bawah Perenggan 4(f)
Akatan Cukai Pendapatan 1967

e. CP37E - Pendapatan Amanah Pelaburan Harta Tanah yang diagihkan kepada


orang yang tidak bermastutin

f. CP37E(T) - Potongan daripada dana takaful keluarga, dana takaful semula keluarga
atau dana takaful am di bawah Seksyen 60AA Akta Cukai Pendapatan 1967
3.(ii) MAKLUMAT MENGENAI TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI MENGIKUT AKTA CUKAI
PENDAPATAN 1967

Tanggungjawab Pembayar Cukai


Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan
kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

a. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)

Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah
lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;

Pusat Pemprosesan Maklumat


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras Tanah, Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

b. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.

c. Mengira cukai pendapatan.

d. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.

e. Membayar cukai kena dibayar.


Menyimpan Rekod
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP,
sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

a. Borang EA/EC,

b. Baucar dividen,

c. Resit premium insurans,

d. Resit pembelian buku,

e. Resit perubatan,

f. Resit derma,

g. Resit pembayaran zakat,

h. Sijil kelahiran anak,

i. Sijil nikah,

j. Dokumen-dokumen sokongan lain.

k. Helaian kerja (jika ada)

i. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP
tersebut telah dikemukakan.
Sistem Taksir Sendiri
Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian
atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan
perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang
bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.
3.(iii) MAKLUMAT MENGENAI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENGIKUT AKTA
CUKAI PENDAPATAN 1967.

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Mulai Tahun Taksiran 2014, Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi
yang dorman dan / atau yang belum menjalankan perniagaan,hendaklah mengemukakan BNCP
(termasuk Borang E)

(Untuk keterangan lanjut sila rujuk Program Memfailkan BNCP Bagi Tahun 2015)

Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh
penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:

1. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan
dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh
penutupan tempoh perakaunan.

Pusat Pemprosesan Maklumat


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Aras Tanah, Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

2. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh

3. Mengira cukai pendapatan

4. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat

5. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan


LAMPIRAN

*keratan akhbar
CARTA ALIR MAKLUMAT MENGENAI TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI
MENGIKUT AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.
CARTA ALIR MAKLUMAT MENGENAI TANGGUNGJAWAB MAJIKAN MENGIKUT
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967.

Anda mungkin juga menyukai