Anda di halaman 1dari 9

1. Apakah maksud keperluan?

A. Sesuatu yang diingini untuk hidup


B. Sesuatu yang diperlukan untuk hidup
C. Barang yang dihasilkan oleh manusia
D. Perkhidmatan yang dihasilkan oleh manusia

2. Antara yang berikut, yang manakah merujuk kepada keperluan rohani mengikut Abraham Maslow?
A. Mendapat pendidikan tinggi
B. Menikmati kemudahan kesihatan
C. Sentiasa dihormati di tempat kerja
D. Mendapat perlindungan daripada polis

3. Antara berikut, yang manakah kelebihan pengkhususan dalam pengeluaran?
I. Dapat menjimatkan masa pengeluaran
II. Kemahiran pekerja berkurangan
III. Kuantiti keluaran dapat ditingkatkan
IV. Masa dan kos latihan pekerja dapat disingkatkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4. Maklumat berikut berkaitan dengan masalah sistem barter.



Apakah masalah yang dihadapi oleh Pak Din?
A. Kemahuan serentak
B. Barang yang tidak tahan lama
C. Masalah membawa barang
D. Kesukaran menentukan nilai pertukaran

5. Maklumat berikut menerangkan peranan bantuan perniagaan.


Apakah bantuan perniagaan yang dimaksudkan?
A. Promosi C. Perbankan
B. Pergudangan D. Insurans



Pak Din terpaksa membawa seekor lembu untuk
menukarkannya dengan ikan.
Membantu perniagaan dengan mengawal bekalan
barang untuk menjamin kestabilan harga barang.
6. Rajah berikut menunjukkan cabang perdagangan.









Apakah P dan Q?
P Q
A. Runcit Promosi
B. Eksport Import
C. Gudang Entreport
D. Kapal Insurans

7. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan dalam negeri.



Antara yang berikut, yang manakah menerangkan pernyataan diatas?
A. Perniagaan C. Perdagangan
B. Pemborong D. Saluran agihan

8. Gambar berikut menunjukkan sejenis bentuk lain peruncitan.


Apakah kelebihan jenis perniagaan ini?
A. Harga rendah
B. Beroperasi selama 24 jam
C. Stok selalu ditambah
D. Barang rosak boleh diganti
Perdagangan
Perniagaan Bantuan Perniagaan
P Q


Aktiviti membeli dan menjual untuk mendapatkan keuntungan.

9. Antara berikut yang manakah urus niaga yang menggunakan nota kredit?
I. Menambah jumlah jualan
II. Membetulkan catatan dalam invois
III. Mengurangkan hutang pelanggan
IV. Merekod pulangan jualan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

10. Apakah tujuan diskaun niaga diberikan oleh pembekal?
A. Menggalakkan pembelian berulang
B. Menggalakkan pembelian secara tunai
C. Menggalakkan pembelian secara pukal
D. Menggalakkan pembayaran dijelaskan dengan segera

11. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri sejenis kaedah jualan.



Kaedah jualan manakah yang berkaitan dengan ciri di atas?
A. Jualan tunai
B. Jualan kredit
C. Jualan prabayar
D. Bayaran tertunda

12. Maklumat berikut menunjukkan aktiviti perniagaan antarabangsa.
Negara Barang
Thailand Beras
Brazil Kopi

Mengapakah situasi di atas boleh wujud?
A. Perbezaan teknologi
B. Perbezaan cita rasa
C. Perbezaan pendapatan
D. Perbezaan sumber semula jadi

13. Mengapakah kerajaan menganjurkan Formula One?
A. Menambahkan eksport nyata
B. Menambahkan import nyata
C. Menambahkan eksport tak nyata
D. Menambahkan import tak nyata
Barang menjadi hak milik sebaik bayaran pendahuluan dibayar
Barang bernilai rendah
14. Perkara manakah yang terkandung dalam inden?
I. Jenis dan kuantiti barang
II. Anggaran harga barang
III. Jumlah hutang
IV. Nama kapal
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

15. Antara yang berikut, yang manakah ciri umum pekerja IKS?
A. Kekurangan modal
B. Taraf pendidikan tinggi
C. Tidak mempunyai kemahiran
D. Mempunyai kelulusan profesional

16. Gambar di bawah menunjukkan beberapa produk yang dihasilkan oleh IKS.



Kegiatan IKS manakah yang menghasilkan produk di atas?
A. Industri berasaskan logam
B. Industri berasaskan plastik
C. Industri berasaskan sumber
D. Industri pemprosesan makanan

17. Rajah berikut menunjukkan cara memulakan perniagaan.

Antara yang berikut, yang manakah mewakili X?
A. Francais C. Francaisor
B. Francaisi D. Royalti
Cara memulakan
perniagaan
mengambil
alih
X Warisan
18. Maklumat berikut menerangkan ciri sejenis pemilikan perniagaan.





Apakah jenis pemilikan perniagaan di atas?
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Syarikat berhad
D. Milikan tunggal

19. Mengapakah peniaga milikan tunggal menukarkan perniagaannya kepada perkongsian?
I. Menggalakkan persaingan
II. Mengurangkan keuntungan
III. Mendapatkan modal lebih banyak
IV. Meningkatkan kepakaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

20. Puan Liza membeli sebuah rumah teres yang bernilai RM240 000. Dia menjual rumah teres tersebut
apabila nilainya meningkat kepada RM280 000.

Apakah jenis pulangan yang diterima oleh Puan Liza?
A. Dividen
B. Syer bonus
C. Pendapatan semasa
D. Keuntungan modal

21. Maklumat berikut berkaitan dengan dengan Encik Ahmad.



Hitungkan jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Ahmad dalam masa 6 bulan?
A. RM350
B. RM525
C. RM725
D. RM1 125


Menanggung liabiliti tidak terhad
Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan individu
Bebas membuat keputusan
Encik Ahmad menyimpan wang sebanyak RM30 000 selama
6 bulan dalam akaun tetap di sebuah bank. Kadar faedah
tahunan bagi simpanan tersebut ialah 3.5%.
22. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis akaun yang disediakan oleh bank perdagangan.


Penyimpan boleh mengeluarkan
simpanan tunai di bank melalui cek.

Penyimpan mendapat kemudahan
overdraf.

Apakah jenis akaun tersebut?
A. Akaun semasa
B. Akaun simpanan
C. Akaun simpanan tetap
D. Akaun pengeluaran cek

23. Encik Musa, seorang peniaga runcit yang memiliki akaun semasa memerlukan modal tambahan bagi
membeli stok kedainya. Apakah perkhidmatan bank yang dapat membantu mengatasi masalah Encik
Musa?
A. Draf bank
B. Overdraf
C. Pindahan kredit
D. Pinjaman bercagar

24. Apakah kelebihan cek?
A. Mengumpul poin
B. Sebagai bukti bayaran
C. Merupakan wang sah
D. Boleh digunakan di mana-mana tempat

25. Gambar berikut menunjukkan suatu poster.

Van untuk dijual

Bayaran pendahuluan :
RM10 000

Bayaran bulanan:
RM600


Syarikat manakah yang boleh membiayai pembelian tersebut?
A. Syarikat pajakan
B. Syarikat kewangan
C. Syarikat pemfaktoran
D. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia




26. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan insurans kepada peniaga?
I. Memberi keyakinan kepada peniaga berniaga
II. Menjamin keuntungan berterusan
III. Memulihkan perniagaan kepada kedudukan yang lebih baik
IV. Peniaga boleh memberi tumpuan kepada perniagaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

27. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Wong.

Encik Wong menginsuranskan stok barang elektriknya daripada risiko kebakaran. Baru-baru
ini, suatu kebakaran berlaku dikedainya yang menyebabkan dia mengalami kerugian
sebanyak RM100 000 akibat kerosakan dijilat api dan kerugian RM20 000 akibat stok
terkena air dari pili bomba.

Berapakah ganti rugi yang akan diterima oleh Encik Wong?
A. RM20 000
B. RM80 000
C. RM100 000
D. RM120 000

28. Apakah jenis insurans yang boleh melindungi peniaga daripada tuntutan orang ramai yang tercedera
akibat daripada kemalangan yang berlaku di premisnya?
A. Insurans libiliti am
B. Insurans kemalangan
C. Insurans pecah amanah
D. Insurans liabiliti majikan

29. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang kapal kerentan?
A. Tambang kapal adalah tetap
B. Membawa penumpang sahaja
C. Arah perjalanan yang fleksibel
D. Jadual pelayaran disiarkan di media massa

30. Apakah jenis pengangkutan yang sesuai untuk menghantar besi dari negara Jepun ke Malaysia?
A. Kapal penumpang
B. Kapal kontena
C. Kapal kerentan
D. Kapal pesisir pantai



31. Berikut merupakan perkhidmatan mel yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad, kecuali
A. Telegram
B. Poste Restante
C. Peti surat
D. Pos ekspress

32. Syarikat Murni Berhad ialah sebuah syarikat pesanan mel yang terkemuka di Malaysia. Setiap hari,
pekerja-pekerjanya perlu menguruskan kerja-kerja mengepos mel yang banyak.
Apakah jenis perkhidmatan pos yang paling sesuai untuk syarikat tersebut?
A. E-mel C. Frangki
B. Teleks D. Aerogram

33. Apakah kelebihan gudang berbon kepada peniaga?
I. Menstabilkan harga barang
II. Dikecualikan daripada pembayaran cukai import
III. Menangguhkan pembayaran cukai import
IV. Mencagarkan barang dalam gudang berbon untuk mendapatkan pinjaman
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

34. Gambar berikut menunjukkan beberapa barang yang perlu disimpan dalam gudang.



Apakah jenis gudang yang sesuai untuk menyimpan barang tersebut?
A. Gudang peruncit
B. Penyetoran sejuk
C. Gudang berbon
D. Gudang pemborong

35. Pernyataan manakah yang benar mengenai iklan penerangan?
A. Memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli barangan
B. Semata-mata untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai
C. Memperkenalkan barangan baharu yang ada dalam pasaran kepada pengguna
D. Merayu agar pengguna membeli sesuatu barangan

36. Cogan kata manakah yang merujuk kepada pujukan emosi?
A. Minuman Oren Sejati diperkaya dengan Nutri -C.
B. Minum Milo, anda jadi sihat dan kuat sepanjang hari.
C. Mendermalah bersamaku, hulurkan tangan, ringankan beban.
D. Berhati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang menanti anda.

37. Maklumat berikut merujuk kepada peranan sebuah agensi kerajaan.


Memajukan teknologi akuakultur
Membangunkan teknik penternakan udang


Apakah agensi tersebut?
A. FRI (Fisheries Research Institute)
B. MPIB (Malaysian Pineapple Industry Board)
C. FRIM (Forest Research Institute of Malaysia)
D. SIRIM (Standards and Industrial Research Institute of Malaysia)

38. Apakah insentif kerajaan dalam bentuk pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada
peniaga?
I. Cukai jualan
II. Taraf perintis
III. Elaun cukai pelaburan
IV. Cukai pendapatan syarikat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

39. Apakah tujuan utama pendidikan kepenggunaan diadakan?
A. Menyediakan maklumat tentang penerbitan buku
B. Mendidik pengguna supaya menjadi pengguna yang rasional
C. Mendidik pengguna supaya membuat aduan terhadap jadual
D. Memberitahu pengguna tentang tarikh agihan barang percuma

40. Puan Shanti telah membeli sebuku roti yang tidak dilabelkan dengan tarikh luput. Apakah tindakan
yang harus diambil oleh Puan Shanti?
A. Meminta pekedai itu melabel semula roti tersebut
B. Mendapatkan jaminan kualiti daripada pekedai
C. Tidak menghiraukannya kerana harga roti adalah murah
D. Memulangkannya dan meminta untuk dikembalikan wang

Anda mungkin juga menyukai