Anda di halaman 1dari 2

5 Teknik Menjadikan Pengucapan Awam Menarik dan Tak Bosan!

1. Relevan Kalau tajuk pengucapan awam tentang bola, berceritalah tentang bola.
Jangan asyik nak bercerita tentang kehebatan anda berenang kuak lentang dan
kupu-kupu. Itu tak relevan dan mengundang jelek pendengar. Jangan asyik masuk
bakul, angkat sendiri.

2. Pendek dan ringkas Berucap biasanya ada masa. Gunakan masa yang ada
dengan sebaiknya. Tak perlu ayat berbunga-bunga sangat sampai pendengar pun
keliru, apa yang nak disampaikan. Fahami siapa audiens kita sangat membantu
dalam aspek ini.

3. Berkongsi impak cerita Amat berguna jika tajuk ucapan yang dipilih disertakan
contoh cerita yang menarik. Lagi bagus, contoh kejayaan ada kaitan dengan
pendengar! Pasti menarik perhatian mereka.

4. Gaya bahasa badan dan mimik muka Lenggok badan dan mimik muka yang
betul pasti akan menarik perhatian pendengar. Bayangkan seorang pemidato yang
berucap keras kaku di atas pentas mahupun pemidato yang terlebih lenggok. Awas!

5. Gunakan faktor lokaliti Pemidato yang berkesan biasanya mampu


menggunakan faktor lokaliti dengan baik. Contohnya, loghat atau dialek penduduk
setempat. Kejayaan pemidato menambah unsur ini ke dalam ucapannya pasti
menarik perhatian.

3 Cara Untuk Kawal Rasa Takut & Resah Saat Pengucapan Awam

Perasaan takut dan resah semasa berucap di khalayak biasanya menyebabkan


tubuh badan kita juga turut bertindak seiring iaitu degup jantung lebih laju, otot
tubuh jadi tegang dan pernafasan yang tak teratur.

3 efek tubuh ini akan menyebabkan kita cepat-cepat nak habiskan ucapan. Gerak
bahasa tubuh pastinya dapat dikesan oleh pendengar! Boleh cuba 3 kaedah di
bawah untuk mengawal rasa resah dan gemuruh.

1. Kawal pernafasan Untuk mengatasinya kita disarankan tarik nafas dalam-dalam


dan cuba curi masa dengan rangkap ayat seperti tuan-puan yang dihormati
sekalian Dalam masa menyebutnya, tarik nafas dan bertenang.

2. Fokus pada sebutan Bila kita fokus pada sebutan perkataan, secara automatik
rentak ucapan kita lebih teratur dan perlahan. Pendengar pun lebih mudah faham.
Cubalah!
3. Awasi tanda baca Tanda baca menjadikan ucapan kita berintonasikan dan tidak
kosong. Ucapan yang ada irama, pasti lebih menarik berbanding ucapan kosong
tanpa sebarang intonasi dan refleksi.

KEBAIKAN KEMAHIRAN ILMU PENGUCAPAN AWAM Akhirnya, ilmu


pengucapan awam memang menarik dan cukup berseni.

Ianya memberi banyak kebaikan kepada kita antaranya;

Meningkatkan keyakinan diri

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Memberi impak sosial yang lebih baik

Meningkatkan kemahiran mendengar Rangkaian ukhuwah (networking) yang lebih


besar

Meningkat keupayaan daya ingatan

Mengasah kemahiran persuasif

Meningkatkan keupayaan mengawal emosi dan bahasa badan dengan lebih baik

Anda mungkin juga menyukai