Anda di halaman 1dari 18

Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar

sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran
di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas
keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.
Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal
pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan
sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan
pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik,
sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada
zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara
tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku
dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-
pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak
agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah.
Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan
yang membelenggukan.
Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata
kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya
bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model
kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam
masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan
mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak
berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga
dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita?
Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat
menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak
dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah
silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan
keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan
Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas
seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

2.0 Moral dan Akhlak:
Latarbelakang IsuSistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik
dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan
kita namun kelihatan semacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem
pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai dan aqidah melalui Pendidikan
Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara
kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan
akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik
selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagn
hangat di kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini telah dibincangkan di semua
peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan
Negeri dan Parlimen.
Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam
masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-
naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan
pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah,
rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja
seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi.
Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam
bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya
sikap pulau memulau dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat
Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan
kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar,
disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya
pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius
oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan
melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.
3.0 Konsep Moral dan AkhlakSecara kasar dan pada laras bahasa yang biasa kedua-
dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa maksud
perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi akan
terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan mengatakan
moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil. Moral bermaksud
perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui
oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti tersebut, masa tersebut
dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut
mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapi tidak
universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara
manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni
di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral menekankan
kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral
tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulah
nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal
metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral
memberi penegasan seperti berikut:..the main factors which have been shown to
correlate with the development of a principled, predictable morality are intelligence,
moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to anticipate
future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to control
unsocialised fantasies, and self-esteem.Goleman (1995) telah memberikan konsep
baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan
dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat
atau global village.Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang menentukan
sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan wahyu, iaitu
hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;Dan
sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak mulia.Dalam hal yang sama
Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya Sesungguhnya aku diutuskan demi
menyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SAW maka dia
menjawab; Akhlaknya adalah Al-Quran.Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak
dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan
lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini
bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini
jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru,
pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.Persoalan
akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah
orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping
mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng
penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang
berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan
yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang
bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian
yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan
berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa
disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan
menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang
yang berijazah atau berpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem
Pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan
daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum
pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan
keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara
manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia
masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata
dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih
memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang
paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan
Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu
wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini,
maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada
bidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan
konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan di
bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah 1 : Kesepaduan ilmu
Akal dan +ilmu WahyuMatlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan
aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik
ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang
baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor.
Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar
yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu
dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat
sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan
kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan
tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru
boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang
telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal
mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal
memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau
model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep
ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah
Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep
KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah Keseimbangan IbadahMODEL (Nilai
Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan Dalam Pendidikan
PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah.
Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke
dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep
keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep
daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima
pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri,
tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang
perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang
termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka:
Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan
ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada
tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan
dalam pendidikan negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang
berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan
menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai,
sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepada sumber
wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia
adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu
adalah yang paling sesuai diterapkan. Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan
moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan
falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya
kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu.
Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai
agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan
masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari
dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan
negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian
dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu
wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral
dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan
masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja
mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-
nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk
kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang
diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan
teliti, pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat
FPN adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek
emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam
kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan
berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik
dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah,
bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang
dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan
bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup
manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah
darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi
pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran
mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak
serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam
Sufean Hussin, 1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee
(1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang
dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu
secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah
kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams
(1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang
menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka
mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan
berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga
komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954),
Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang
berjalan secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus
mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al
Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka
model penerapan nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN
SEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN
KEFAHAMAN,KESEDARAN DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model
Penerapan Nilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau
diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai murni
akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu
akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh
dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia
boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh
mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan,
kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya.
Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta
dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel,
menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa
ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin
terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut
ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan
keyakinan (3K) kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan
Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung
atau secara tidak langsung. Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi
pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan
tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-
lain seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini
bukan terhad kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam
persekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini
juga bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik,
masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya
terhasil jika terdapat persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah
LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan
di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan
positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku
pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan
diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya
mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru
merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah
laku juga mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan
dan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama,
budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali
menimbulkan konflik dan percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh
sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah sering kali berhadapan dengan isu
kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah menangani krisis
yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah
di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran falsafah moral dan tingkah laku bagi
tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama
terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku yang
menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan
untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah moral dapat menolak
fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan memberikan kesan tertentu
kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat kebendaan memanglah
penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat
Malaysia yang masih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan
kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai
perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan
kebendaan dapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih
baik dan menyediakan peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang
mendorong kemajuan mereka.5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru
adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru
sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan
bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru
memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana
ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu
bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam
pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya
sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi Guru
kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang
mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri
tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya
tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai
role model bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi
ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya
diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini
jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan
mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada
kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam
pembentukan sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif
anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih saying
sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling
penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak
didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang
harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear
school). Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik
dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan
seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat
membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga
dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda,
sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat
selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan,
ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak
mulia.Untuk mewujudakan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru
seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang
berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan
menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya
menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan
apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan
beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain
mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan
permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama
dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui
jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat.Setiap guru harus komited
terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi an bersikap terbuka tanpa memilih
kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam
menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak
didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam
menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi
sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan
pengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan
komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata
lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua
guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah
guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai
inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga
ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan
keprofesionalan profesion itu.Dengan penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan
melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan
Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu
dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada perspektif
bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajar
mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada pelajarnya,
berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi,
lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna membantu
perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi
juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-
lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar
diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata pelajar
mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya
memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai
mencari ilmu di kalangan mereka, menanamkan semangat pembelajaran sepanjang
hayat dan kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan
serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan
juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang
agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-
nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya
sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang
guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi
pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai
tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang
digariskan dalam panduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru
untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar
mereka akan merendahkan martabat profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada
abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran
adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi
baru dan isu-isu yang berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion
keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu
membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang
bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti
merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih
dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen
yang meluas di kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan
sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di
sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan
kelemahan sekolah yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan
jenayah, sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di
sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah
ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada
masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar.
Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas
kerangka tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan
yang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini
bergantung kepada guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang
sewajarnya, maka seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional
bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard
yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan
dan pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana
kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi
dengan rakan sekerja dan boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan
bahawa guru yang professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yang berilmu (content
knowledge)o Ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan
pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi. Guru yang mempunyai kemahiran dan
ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and
pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan
meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik,
kemahiran kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh
menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri
sahsiah yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan
bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha
yang dilakukan.o Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan
budaya ilmu.Rajah 4 : Model Guru Yang Profesional6.0 Pembentukan Akhlak Dan
Moral: Aplikasi Di Bilik Darjah6.1 Pendekatan langsung melalui pengajaran Pendidikan
Islam dan MoralPendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran
yang khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara
langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak, dan pendidikan nilai, iaitu mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan
Islam.6.2 Pendekatan tak langsungPendekatan tak langsung membabitkan
penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat
untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa
Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai
dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan
membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak
langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang
manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang
membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual
(Gambell 1988).Penerapan nlai murni telah diwajibkan di dalam semua mata pelajaran.
Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai
tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang
dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran
ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat
kekitaan yang mana murid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan
meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan.6.3 Aktiviti KokurikulumKita maklum
bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit
beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya di sekolah
satu hari pada hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar
diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu.
Bila guru tidak datang maka pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan
langsung. Pengetua / guru besar haruslah berhikmah dan memujuk guru-guru agar
memenuhi tanggungjawab mendidik anak bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu
dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok,
mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam.
Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.6.4
Pendekatan Pendidikan Rasulullah SAWPendidikan Rasulullah SAW bergantung
kepada beberapa faktor. Satu daripadanya ialah objektif pengajaran itu sendiri sama
ada untuk menanam keimanan, mengajar ibadah atau akhlak. Di dalam mengajar
akhlak yang terpenting ialah akhlak beliau sendiri. Perkataan dan perbuatan beliau
adalah contoh untuk diikuti. Beliau mempunyai sifat terpuji iaitu tabah, pemaaf,
pemurah, sopan santun, belas kasihan, rendah diri, adil, amanah, pendiam, takut dan
taat kepada Allah serta banyak beribadat.Rasulullah SAW mengajar ibadat ialah melalui
demontrasi atau tauladan seperti cara beliau sembahyang, berpuasa dan menunaikan
haji. Baginda juga membetulkan kesalahan yang dibuat oleh pengikutnya dengan cara
yang betul. Begitu jugalah di sekolah, guru-guru hendaklah selalu menggunakan
kaedah demontrasi atau tunjukajar selain daripada kaedah soaljawab dan bertukar-
tukar fikiran. Akhlak dan kewibawaan Rasulullah telah menyebabkan umatnya sayang
dan hormat kepadanya. Sahsiah beginda inilah yang dapat menarik musuh menjadi
kawan dan yang bukan Islam memeluk Islam. Guru-guru juga dapat menukar akhlak
murid dengan dirinya sendiri dahulu mengamalkan nilai murni yang bakal diterapkan
kepada murid. Murid berada di sekolah selama sebelas tahun dan dari 6-8 jam sehari.
Ini adalah masa yang lama untuk membentuk sahsiah dan guru adalah model yang
sentiasa diperhatikan oleh murid.6.5 Sokongan daripada Pentadbir sekolahUntuk
membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru
besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh
menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang
lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak
pelajar. Dengan cara yang demikian pelajar akan merasa mereka diberi perhatian.
Selain itu program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar
sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat remaja seperti sukan,
nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.6.6 Kepimpinan
inspirationalGuru sering dilihat sebagai pemimpin yang penting dalam memberikan
dorongan dan membina watak serta sahsiah pelajar. Kepimpinan inspirational
berperanan memberi dan membina semangat, mempunyai kekuatan bagi mengubah
dan mendorong kejayaan pelajar, dapat memberi keinsafan dan menanamkan
kesedaran diri, memulihkan moral dan keyakinan diri pelajar, memberi inpirasi serta
mengilhamkan perubahan yang dinamik serta positif kepada pelajar. Golongan pendidik
seharusnya mempunyai inpirasi dan aspirasi yang tinggi untuk memimpin ke arah
perubahan. Inpirasi boleh dicetuskan melalui pemikiran dan idea-idea, sentuhan emosi
atau perasaan serta stail dan gaya kepimpinan yang berpotensi dan berwibawa
mempengaruhi orang lain.6.7 Kepimpinan KerohanianGuru harus mempunyai corak
kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah pelajar. Kepimpinan
kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah,
tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina
sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat
membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai
pelajar dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan
kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat
membina kekuatan moral di kalangan pelajar dan guru. Tanpa agama dan moral yang
baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas
moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.6.8 Pembelajaran
koperatifPembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang
diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat
meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi (Cohen 1994). Pembelajaran koperatif
adalah satu strategi pengajaran di mana pelajarnya bekerja secara koperatif dalam
sesuatu kumpulan kecil yang heterogenus.Menurut Slavin (1995) pembelajaran
koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara
berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk
mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling
membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Pelajar akan bekerja bersama-
sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea
dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah. Ahli-ahli kumpulan dalam
pembelajaran koperatif terdiri daripada pelajar yang mempunyai kebolehan dan
sosioekonomi yang berbeza, berbeza etnik, jantina dan pencapaian akademik. Setiap
pelajar dalam kumpulan boleh meningkatkan pencapaian, meningkatkan harga diri
pelajar, memiliki kemahiran berkolaborasi sesama rakan dan pergaulan
sekitarnya.Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja
dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat orang lain,
memberi pengukuhan, menjadi pemimpin / ketua yang demokratik, membantu rakan
sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan. Guru harus bersedia memupuk
semangat kekitaan terlebih dahulu sebelum mengajar perkara akademik. Kajian
Kooperatif di Amerika (Nor Azizah 1992) dan di Malaysia (Jamilah Karim 1992), Ida
Fadil (1995) menunjukkan bahawa beberapa nilai murni dapat dipupuk seperi
sayangkan sekolah dan rakan-rakan, bekerjasama, berani bersuara dan berinteraksi
antara kaum. Kajian Yee Cheng Teik (1995) menunjukkan di dalam kaedah Matematik
kaedah ini dapat empertingkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah dan
meninggikan pencapaian.7.0 PenutupPengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke
dalam diri pelajar merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman.
Namun dewasa ini, baik di negara barat ataupun di negara timur persoalan ini jugalah
yang menjadi isu hangat kerana ternyata sekolah begitu berjaya mencungkil dan
mengembangkan hamper seluruh potensi yang ada pada diri pelajar yang bersifat
kognitif dan psikomotor tetapi kurang mampu untuk turut sama mempertingkatkan nulai-
nilai moral dan akhlak. Sejaka zaman dahulu lagi iaitu para filosof Greek, golongan
skolastik dan ahli-ahli fikir tradisional tanpa merasa jemu membuat penegasan bahawa
fungus utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek
aspek yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak.Di samping kepentingan
peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid
yang memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak
yang baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh
dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan,
kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan
senpurna.Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua
tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang pertama:sekolah terpaksa mengajar
nilai-nilai murni kepada peljar yang mana nilai-nilai tersebut tidak di ajar di rumah dan
kedua: demi untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
berkesan, sekolah mesti berperanan sebagai caring moral communities yang boleh
membantu kanak-kanak yang terabai dan sugul dari rumah agar mereka dapat
dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan
marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih
disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab.Dalam menjayakan
pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi
terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang
terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta
sanggup menjadi model dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting
memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada
kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan
yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat
merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.
Bibliografi
Abd.Rahim Abd Rashid (2005) Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran.Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaPendidikan Moral dan Nilai (1997). Prosiding
Konvensyen Kebangsaan.Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.Shahrin Awaludin &
Kamaruzaman Abd. Ghani (2003). Pendidikan Rohani DalamSistem Pendidikan Negara
: Satu Pemikiran Semula. Pemikiran Dalam PendidikanFakulti Pendidikan, UKM.
BangiZainab Hanim et.al (2004) Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif
(PK)Dalam Pengajaran Matematik : Penyelidikan Di Sekolah Rendah.Jurnal Pendidikan
29 m.s 105 124. Fakulti Pendidikan, UKM. BangiZarin Ismail (1998) Pendidikan Moral
di Sekolah : Apa Dualisme Dan Dikotominya?Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan
Negara.Fakulti Pendidikan. UKM, Bangi.

Anda mungkin juga menyukai