Anda di halaman 1dari 18

Fonasi adalah aktiviti di mana bunyi vokal dihasilkan melalui percakapan atau nyanyian.

Ia
melibatkan pergerakan kod vokal (vocal cords) dan mekanisme pernafasan. Teknik nyanyian
fonasi adalah teknik nyanyian yang menggunakan bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian.
Sebagai contoh, bunyi vowel seperti a, e i, o dan u digunakan untuk menyanyi not-not muzik.
Dalam bahasa Inggeris, teknik ini dikenali sebagai Phonetic Singing.

Proses fonasi biasanya berlaku semasa seseorang menghembus nafas keluar. Peringkat ini
dikenali sebagai peringkat attack. Dalam nyanyian, perkataan yang paling penting dalam
sesuatu frasa muzik adalah perkataan yang pertama yang memerlukan attack yang betul. Fonasi
yang betul seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatuspernafasan dan
bukannya di kerongkong.

Beberapa Latihan Mudah yang Dapat Membantu dalam Teknik Nyanyian Fonasi


1. Bayangkan anda sedang meniup lilin pada kek hari jadi. Mulakan teknik ini dengan
menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ooo pada pic yang selesa
untuk anda.
2. Gunakan perkataan Ssss untuk menyanyikan lagu mudah seperti Lagu Selamat Hari
Jadi.
3. Gunakan suku kata yang mempunyai perkataan h di hadapan seperti hah hih hoo
dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang mudah seperti yang ditunjukkan dalam
Skor 1 di bawah.


Skor 1


Teknik nyanyian fonasi adalah amat penting untuk kanak-kanak kerana teknik ini mengajar
mereka untuk menyebut setiap perkataan dalam lirik dengan menggunakan sebutan yang betul.
Dalam teknik nyanyian fonasi, kesemua 26 abjad boleh diajar dengan menggunakan bunyi fonasi
yang betul. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya mempunyai masalah fonetik yang
berlainan.


Sebagai contoh, kanak-kanak Melayu biasanya mempunyai masalah untuk menyebut
perkataan-perkataan Inggeris yang mempunyai bunyi th [] kerana bunyi ini tidak
terdapat dalam Bahasa Melayu. Perkataan seperti father [fa] biasanya disebut
sebagai [fad]. Bunyi f dan p juga kadang-kadang menimbulkan masalah bagi kanak-
kanak Melayu. Perkataan huru [f] selalunya disebut sebagai huru [p]

Bagi kanak-kanak Cina pula, mereka biasanya mempunyai masalah dengan bunyi l dan r.
Perkataan lori biasanya disebut sebagai loli dan rotan disebut sebagai lotan. Mereka
juga mempunyai masalah untuk menyebut perkataan seperti lari dan berlari dengan
cepat.
Kanak-kanak India pula mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang
mempunyai huruf w dan v. Mereka selalu mengelirukan kedua-dua bunyi huruf ini.
Perkataan seperti we selalunya disebut sebagai ve.
Maka teknik nyanyian fonasi dapat membantu kanak-kanak untuk menyebut setiap perkataan
dengan sebutan yang betul.

Dalam nyanyian, teknik fonasi boleh diajar dengan menggunakan bunyi-bunyi huruf. Latihan
fonasi yang menyeluruh haruslah merangkumi kesemua 26 huruf. Maka dalam setiap latihan,
abjad-abjad yang lain haruslah disertakan dalam kelas-kelas nyanyian fonasi. Skor 2
menunjukkan cara untuk mengajar bunyi vowel dengan menggunakan teknik nyanyian fonasi.



Skor 2
Skor 2 adalah salah satu contoh teknik nyanyian fonasi. Dalam teknik ini, pic yang diberi adalah
pic C Natural. Pic untuk latihan ini ditetapkan pada C Natural kerana ia adalah pic yang selesa
untuk kebanyakan jenis suara kanak-kanak. Jangan tukar pic untuk setiap detik kerana ini akan
mengelirukan pelajar. Dalam mana-mana latihan, fokusnya haruslah jelas. Untuk latihan fonasi
ini, fokusnya haruslah tertumpu pada bunyi fonasi yang betul dan bukanya pic setiap not. Oleh
itu, semasa menyediakan latihan, jangan menguji terlalu banyak elemen muzik pada satu masa
kerana ini akan mengelirukan pelajar. Walau bagaimanapun, dalam latihan ini terdapat sedikit
variasi ritma dalam bar 2 dan 4. Ini adalah untuk menguji kepekaan pelajar semasa menjalankan
latihan ini.

Skor 3, 4 dan 5 di bawah menunjukkan beberapa contoh latihan nyanyian fonasi yang boleh anda
gunakan untuk menguji diri sendiri.



Skor 3







Kanta kunci lo - [lo] kasi
ro - [ro] tan



Skor 4


Kanta kunci lo - [lo] kasi
ro - [ro] tan




Skor 5


Kanta
kunci
the - [[]
fe -
firm [f
3m]
hu - [hu] tan
ru - [ru] mah
Skor 3, 4 dan 5 adalah beberapa contoh latihan nyanyian fonasi. Setiap suku kata dalam latihan
fonasi haruslah disebut dengan betul kerana tujuan latihan ini adalah untuk menguji ketepatan
sebutan anda.. Selain daripada menguji fonasi, latihan ini juga menguji ketepatan ritma anda.
Jika diperhatikan, setiap latihan dalam skor diatas mempunyai tanda masa dan ritma melodi yang
berlainan. Anda boleh mengadaptasikan contoh-contoh ini untuk kanak-kanak Tahap 1 dan 2.
2.3 KAEDAH MEMPERKENALKAN LAGU
Kanak-kanak dalam lingkungan umur tujuh hingga sembilan tahun boleh menyanyikan lagu pada
pic yang betul. Mereka juga mempunyai pemahaman yang agak jelas mengenai ritma lagu.
Apabila mereka berusia lapan tahun, mereka biasanya boleh menyanyikan keseluruhan lagu dari
permulaan ke akhir tanpa menukar nada atau pic lagu tersebut. Kanak-kanak yang berusia
sembilan tahun pula mampu mempelajari lagu-lagu yang mempunyai harmoni yang mudah.
Maka apabila memperkenalkan lagu kepada kanak-kanak, anda perlu mengambil kira beberapa
kriteria yang penting.


i. Pastikan lagu itu sesuai untuk lingkungan umur mereka.
ii. Pastikan renj lagu adalah sesuai untuk pelajar.
iii. Semak tesitura suara lagu dan pastikan ia adalah sesuai untuk pelajar .
iv. Pastikan lirik lagu adalah sesuai untuk lingkungan umur pelajar.
v. Pastikan melodi dan irama lagu tidak terlalu susah untuk dipelajari.
Perkara yang paling penting yang harus diambil kira apabila memilih lagu adalah keupayaan
anda sebagai seorang guru untuk mengajar lagu yang dipilih dengan sebaik mungkin. Pastikan
anda mempunyai pengalaman yang mencukupi dan mampu mengajar lagu yang dipilih. Jika lagu
yang dipilih adalah dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu, pastikan anda tahu sebutan
yang betul untuk setiap perkataan dalam lirik lagu.




Dua kaedah utama untuk memperkenalkan lagu ialah
1. Kaedah notasi

2. Kaedah hafalan





Terdapat beberapa kaedah untuk memperkenalkan sesebuah lagu kepada kanak-kanak untuk
menarik minat mereka. Dua kaedah yang paling utama ialah kaedah notasi dan kaedah
pengajaran rote atau kaedah hafalan.


a. Kaedah Hafalan atau Rote Teaching
Kaedah ini adalah sesuai untuk pelajar-pelajar yang tidak tahu membaca notasi lidi.
Dalam kaedah ini, guru akan menyanyikan ataupun memainkan melodi lagu yang hendak
diajar kepada pelajar. Melalui kaedah ini, pelajar diberi banyak peluang untuk mendengar
lagu yang akan mereka belajar. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh para guru
untuk memperkenalkan sesebuah lagu yang baru kepada pelajar. Cara yang pertama
adalah untuk memperkenalkan lagu tersebut baris demi baris dan cara yang kedua adalah
untuk memperkenalkan keseluruhan lagu tersebut untuk memberikan pelajar gambaran
yang menyeluruh tentang lagu tersebut.

a. Skor 6 : Lagu Burung Kakak Tua dalam Notasi Lidi

i. Baris Demi Baris
Dalam kaedah ini, sesebuah lagu yang baru akan diperkenalkan baris demi baris
kepada pelajar. Tetapi sebelum anda mula memperkenalkan lagu tersebut kepada
pelajar, mulakan kelas dengan menyuruh pelajar untuk menepuk tangan dalam
rentak dan nadi yang sama. Perkenalkan pelajar kepada nadi lagu tersebut terlebih
dahulu dalam meter lagu yang betul agar mereka dapat merasa nadi lagu itu. Ini
akan memudahkan pengajaran melodi lagu. Kaedah pengajaran baris demi baris
adalah penting untuk pelajar-pelajar tahap satu dan dua yang tidak mempunyai
pengalaman muzik yang luas. Daya ingatan muzikal mereka adalah pendek maka
mereka tidak akan dapat mengingati frasa-frasa yang panjang.

Skor 6 adalah notasi lidi untuk lagu Burung Kakak Tua. Kita akan gunakan lagu
ini sebagai contoh lagu untuk bahagian ini. Dalam kaedah pengajaran baris demi
baris lagu Burung Kakak Tua haruslah dibahagikan kepada baris ataupun dibahagi
mengikut frasa seperti dalam Skor di bawah.


Skor 7 : Frasa Pertama lagu Burung Kakak Tua

Untuk mengajar mengikut frasa, guru harus menyanyikan atau memainkan frasa
yang pertama untuk pelajar. Frasa pertama untuk lagu Burung Kakak Tua diberi
dalam Skor 7. Frasa ini hendaklah dinyanyikan dalam nada, melodi dan irama
yang betul agar pelajar dapat menyanyikan balik frasa ini dengan betul. Selepas
guru menyanyikan frasa yang pertama, pelajar dikehendaki untuk menentukan pic
yang tertinggi dan pic yang terendah dalam frasa pertama yang dinyanyikan oleh
guru.

Latihan ini akan membantu pelajar untuk menyanyi dalam pic dan kontur melodi yang
betul. Untuk latihan ini, guru haruslah memberi lirik lagu kepada pelajar dengan
menandakan setiap frasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Pelajar dikehendaki
untuk melukis kontur melodi dalam setiap frasa dan mengenali pic yang tertinggi dan
terendah.

Selepas latihan ini, pelajar dikehendaki untuk menyanyikan frasa itu dalam nada tempo
dan melodi yang sama dengan guru. Guru haruslah mengulangi frasa ini beberapa kali
sehingga majoriti pelajar dapat menyanyikan frasa yang pertama dengan, pic, melodi dan
irama yang betul. Pastikan bahawa pelajar anda telah memahami frasa pertama yang telah
diajar sebelum anda mula mengajar frasa yang kedua. Selepas ini anda bolehlah
meneruskan pelajaran dengan memperkenalkan frasa yang kedua kepada pelajar. Skor 8
menunjukkan frasa kedua bagi lagu Burung Kakak Tua.


Skor 8: Frasa Kedua lagu Burung Kakak Tua


Ulangi kaedah ini untuk mengajar keseluruhan lagu. Sebelum anda meneruskan latihan
ke frasa yang baru, pastikan bahawa pelajar boleh menyanyikan setiap frasa yang lama
dengan betul. Bagi frasa-frasa yang mempunyai corak irama yang susah, anda haruslah
mengajar irama tersebut berasingan tanpa melodinya.
i. Keseluruhan Lagu
Kaedah ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar yang berada di tahap yang lebih tinggi.
Dalam kaedah ini, keseluruhan lagu diperkenalkan kepada pelajar untuk memberi
gambaran yang menyeluruh kepada pelajar. Guru akan menyanyikan lagu atau
memainkan keseluruhan lagu beberapa kali. Seperti dalam kaedah 1, pelajar-pelajar
dikehendaki untuk menentukan pic yang tertinggi dan pic yang terendah dalam lagu
tersebut.

Selepas ini pelajar dikehendaki untuk menyanyikan balik lagu tersebut dengan
menggunakan daya ingatan muzikal mereka. Guru seharusnya memainkan peranan yang
penting untuk memastikan bahawa pelajar mengulangi lagu dalam pic, melodi dan rentak
yang betul.

5.2 KAEDAH KODALY
Dalam pendekatan Kodaly, terdapat beberapa kaedah-kaedah yang digunakan untuk membantu
dalam proses pembelajaran dan pangajaran. Kaedah pertama ialah nyanyian solfa. Kaedah yang
kedua ialah kaedah nyanyian dengan menggunakan isyarat tangan yang diperkenalkan oleh John
Curwen dan kaedah yang terakhir ialah sebutan berirama yang dikenali sebagai Rhythm Duration
Syllables.


a. Nyanyian Solfa
Teknik nyanyian solfa yang diperkenalkan oleh Kodaly adalah berdasarkan sistem Tonik
Solfa. Dalam sistem ini, notasi silibel Do, Re Mi digunakan untuk membantu pelajar
mengenal pic not-not. Sistem ini menggunakan Moveable Do System di mana
not Do berubah untuk nada yang berlainan. Sebagai contoh C natural adalah Dodalam
nada C Major, D adalah Do dalam nada D Major, F adalah Do dalam nada F Major dan
sebagainya.


Skor 1 : Notasi Silibel untuk nada C Major



Skor 2 : Notasi Silibel untuk nada F Major


Menurut Kodaly, sistem Tonik Solfa adalah cara yang terbaik untuk melatih pendengaran
muzikal dalam kanak-kanak kerana tumpuan utamanya diberi kepada hubungan bunyi
sesama pic. Latihan nyanyian solfa haruslah bermula dengan not-not yang mudah dahulu.
Dalam sistem nyanyian solfa, not Do hingga So diajar dahulu. Not- notDo, Re, Mi,
Fa dan So diajar secara menaik dan menurun seperti yang ditunjukkan dalam skor 3 di
bawah.

Skor 3 : Latihan nyanyian Do So


Selepas ini kanak-kanak diajar untuk menyanyi Do sehingga So dalam semua nada, anda
boleh meneruskan kelas untuk mengajar bunyi jeda perfek ke 5. Kanak-kanak harus
diajar untuk menyanyikan jeda ini dalam mana-mana nada. Selepas jeda perfek ke 5,
kanak-kanak perlu diajar jeda So Mi yang merupakan jeda minor ke 3. Jeda ini adalah
susah untuk dinyanyikan dan latihan yang secukupnya harus diberikan kepada kanak-
kanak agar mereka dapat menyanyikan jeda ini dalam semua nada asas.

Selepas ini, latihan-latihan yang lain yang menggunakan not-not solfa boleh digunakan
untuk mengajar not-not lain dalam skel muzik. Nada minor juga perlu diajar kepada
kanak-kanak secara teratur. Mulakan dengan nada A minor kerana nada ini hanya
mempunyai satu tanda nada iaitu G Sharp.

Selepas kanak-kanak diajar untuk menyanyi solfa dalam semua nada, Kodaly
menegaskan bahawa kanak-kanak haruslah diperkenalkan kepada sistem nama not A, B
dan C berdasarkan sistem solfa. Pengajaran sistem nama not A, B dan C adalah satu
teknik penting yang harus diterapkan dalam pengajaran not-not muzik. Kalau kanak-
kanak hanya diajar untuk menyanyi dalam solfa Do, Re, Mi, kelak mereka akan
mempunyai masalah untuk mengenali huruf-huruf not yang merupakan nama not yang
digunakan secara universal.

Nyanyian solfa adalah latihan yang amat penting untuk melatih nyanyian dan
pendengaran, tetapi ia tidak mencukupi untuk menjadikan seorang kanak-kanak fasih
dalam bahasa muzik. Nama-nama bagi setiap not haruslah diajar bersama dengan
nyanyian solfa kerana nama-nama ini adalah nama universal yang digunakan untuk
mempelajari notasi untuk bermain alat muzik seperti piano, alat bertali, alat woodwind
dan brass.

Latihan Solfa
Berikut adalah beberapa contoh latihan solfa yang boleh digunakan untuk mengajar solfa
kepada kanak-kanak.
1.

2.

3.


b. Isyarat Tangan Curwen
Dalam pengajaran nyanyian solfa, Kodaly menggunakan sistem isyarat tangan yang
mula-mula diperkenalkan oleh John Curwen in England pada tahun 1870. Isyarat tangan
ini dibuat di antara bahagian atas kepala dan pinggang. Gambarajah 1 adalah isyarat
tangan Curwen untuk solfa Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do satu oktaf di atas.
sebelum memulakan kelas. Kanak-kanak harus digalakkan untuk menggunakan tangan dominan
mereka untuk menunjukkan isyarat tangan ini. Kanak-kanak yang menulis dengan tangan kanan
harus menggunakan tangan kanan mereka dan kanak-kanak yang menggunakan tangan kiri untuk
menulis haruslah menggunakan tangan ini untuk menunjukkan isyarat.


Rajah 5.1: Isyarat tangan Curwen untuk mengajar nyanyian solfa

Semasa anda mengajar isyarat tangan Curwen, gunakan kedua-dua tangan untuk menunjukkan
pic yang berlainan. Sebagai contoh, untuk not Doyang berada di oktaf yang lebih tinggi, tangan
haruslah berada di bahagian dahi kepala. Untuk not Do biasa, letakkan tangan di bahagian
pinggan atau perut semasa menunjukkan isyarat tangan. Ini adalah untuk membezakan antara
kedua-dua oktaf bagi not yang sama.

Tangan kiri boleh digunakan untuk menunjukkan pic yang tetap seperti Do dan tangan kanan
boleh digunakan untuk menunjukkan pic Do-So-Do. Dengan cara ini, kanak-kanak akan
memahami kedudukan setiap pic dalam skel muzik. Mereka akan memahami bahawa untuk
menunjukkan picDo pada oktaf tinggi, mereka harus meletakkan tangan pada bahagian dahi
kepala dan untuk menunjukkan pic Do yang berada satu oktaf di bawah, mereka harus
memposisikan tangan pada bahagian pinggang.

Kegunaan isyarat tangan ini adalah untuk memberi kedudukan fizikal untuk setiap pic not.
Pastikan bahawa isyarat untuk Do yang pertama adalah pada bahagian perut dan isyarat untuk
pic-pic yang selanjutnya adalah lebih tinggi daripada pic yang sebelumnya. Maka semasa pic
menaik, kedudukan isyarat tangan juga menaik. Ini adalah untuk menunjukkan kepada kanak-
kanak bahawa pic-pic Do, Re, Me, Fa, So, La, Ti dan Dosedang bergerak dalam urutan menaik.

Untuk latihan lain yang menggunakan isyarat tangan Curwen, anda boleh membahagikan kelas
kepada dua bahagian dan menjalankan latihan tangan yang menunjukkan jeda yang berlainan dan
latihan intonasi. Anda juga boleh menggunakan isyarat tangan Curwen untuk mengajar pic-pic
not bagi lagu-lagu yang mudah.


Soal dan jawab corak irama
Aktiviti ini harus dijalankan apabila pelajar-pelajar telah mahir dengan corak
corak irama yang mudah seperti . Hanya selepas semua pelajar dalam kelas
telah mahir dengan corak-corak irama mudah, barulah diteruskan dengan aktiviti-aktiviti
dalam contoh-contoh di bawah. Setiap latihan soal dan jawab haruslah dilakukan dalam nadi
meter tersebut. Jika meter irama itu adalah 6.3 dalam maka pelajar-pelajar haruslah sedar
bahawa meter ini mempunyi 3 detik dan setiap detik mempunyai pembahagian masa yang
sama rata dalam meter tersebut. Pelajar-pelajar juga harus diajar tentang nadi dalam meter
tersebut. Guru harus pastikan bahawa setiap pelajar mempunyai nadi yang konsisten. Jika
tidak setiap pelajar akan menepuk pada detik yang berlainan.

Contoh 1
Untuk aktiviti ini, guru akan menepuk satu corak irama yang mudah seperti Pelajar-
pelajar dikehendaki untuk meniru corak irama ini dan kemudian membuat
improvisasi kecil di atas corak irama yang diberi oleh guru. Sebagai contoh
atau atau adalah contoh-contoh improvisasi yang boleh digunakan
oleh pelajar-pelajar untuk menjawab corak irama yang ditepuk oleh guru. Setiap kali guru

memberikan corak irama yang baru, pelajar harus menjawab dengan corak irama yang
mempunyai sedikit improvisasi. Pelajar-pelajar harus diingatkan bahawa meter bagi irama
tidak boleh diubah.

Contoh 2
Dalam contoh ini guru akan memberi sebuah corak irama dengan menggunakan sebutan
berirama seperti ta ti-ti ta ta. Pelajar-pelajar kemudian dikehendaki untuk menepuk corak
irama ini dengan menggunakan tempoh nilai not yang betul. Latihan ini boleh diulangi
dengan menggunakan corak irama yang berbeza. Setiap kali guru boleh memanjangkan corak
irama yang diberi seperti ta ti-ti too ti-ti ta tri-o-la ta dan pelajar-pelajar harus menepuk balik
irama yang diberi. Latihan ini dapat mengukuhkan pemahaman dan ingatan pelajar dalam
sebutan berirama.

Contoh 3
Untuk aktiviti ini bahagikan kelas kepada 2 atau 4 kumpulan. Aktiviti boleh dimulakan
dengan satu kumpulan menepuk satu corak irama dan corak irama ini akan dibalas oleh
kumpulan yang lain dengan menggunakan sebutan berirama. Kemudian kumpulan yang
seterusnya akan mencipta satu corak irama yang harus dibalas oleh kumpulan yang lain.
Aktiviti ini tidak seharusnya dihentikan kerana objektif latihan ini adalah untuk menguji
irama dan rentak dalam pelajar. Pergerakan meter harus diteruskan sehingga semua kumpulan
mempunyai sekurang-kurangnya 2 atau 3 peluang untuk mencipta dan menjawab corak
irama.


6.3.2 Soal dan Jawab Frasa Melodi
Soal dan jawab frasa melodi adalah hampir sama dengan soal dan jawab corak irama.
Perbezaannya hanya adalah dalam soal dan jawab frasa melodi elemen muzik yang diuji ialah
melodi dan juga irama.

Uji pelajar-pelajar dengan menggunakan corak melodi dan corak irama yang mudah dahulu.
Gunakan corak melodi yang mempunyai sedikit pergerakan not dan pergerakan jeda yang
kecil. Pergerakan jeda seperti Do Mi So adalah sesuai untuk kelas-kelas permulaan.

Mulakan latihan dengan menyanyikan melodi yang pendek beberapa kali supaya pelajar-
pelajar dapat mengingat pergerakan not dalam melodi tersebut. Kemudian pelajar-pelajar
dikehendaki untuk menyanyikan balik melodi yang telah dinyanyikan oleh guru. Pastikan
bahawa mereka menyanyi dalam pic dan irama yang betul. Latihan-latihan sebegini adalah
penting kerana ia dapat menguatkan lagi daya ingatan muzikal mereka.

Selepas ini mereka boleh membuat sedikit variasi kepada melodi yang telah dinyanyikan oleh
guru. Contoh-contoh melodi mudah yang boleh digunakan untuk mengajar mereka
improvisasi adalah:

1.

2.




9.1 ELEMEN TEKSTUR
Dalam bahasa muzik, tekstur merujuk kepada lapisan bunyi yang dapat didengar pada satu masa.
Setiap lagu biasanya mempunyi satu lapisan nyanyian dan satu lapisan yang diiringi oleh alat
muzik. Terdapat juga lagu-lagu ynag mempunyai banyak lapisan atau tekstur yang dinyanyikan
atau dimainkan pada satu masa. Terdapat tiga tekstur utama dalam muzik iaitu tekstur monofoni,
tekstur homofoni dan tekstur polifoni. Setiap tekstur ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan
unik.

a. Tekstur Monofoni
Tekstur monofoni adalah tekstur muzik yang hanya mempunyai satu baris melodi.
Nyanyian solo tanpa sebarang iringan muzik mempunyai tekztur monofoni. Tekstur yang
dihasilkan oleh sekumpulan pemain alat muzik atau sekumpulan penyanyi koir yang
memainkan atau menyanyikan sebuah lagu dalam unison juga dikenali sebagai tekstur
monofoni. Pada asasnya dalam tekstur monofoni, hanya satu bunyi sahaja dapat didengar
pada satu masa.
Bentuk merupakan elemen muzikal yang kedua yang akan dibincangkan
dalam bab ini. Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau
satu corak melodi yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Idea ini biasanya
diulangi beberapa kali dalam sesebuah karya muzik. Bentuk juga merujuk
kepada tema lagu yang diulang. Terdapat beberapa jenis bentuk dalam muzik.
Setiap idea atau corak melodi ini ditandakan dengan huruf A B dan C.

Antara bentuk yang paling terkenal ialah bentuk AB yang dikenali sebagai
Binari dan bentuk ABA yang dikenali sebagai Tenari. Terdapat juga bentuk-
bentuk yang lain yang dikenali sebagai bentuk Rondo, Perlude dan Fugue dan
sebagainya.




a. Bentuk AB (Binari)
Bentuk AB atau Binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai dua bahagian
yang utama. Bahagian yang pertama dilabel sebagai A dan bahagian kedua dilabel
sebagai B. Dalam bentuk ini, bahagian A biasanya berunsur soal dan bahagian B
berunsur jawab seperti yang ditunjukkan dalam skor di bawah.

Anda mungkin juga menyukai