Anda di halaman 1dari 22

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu


Wan Abdul Kadir ABSTRAK Pembangunan industri budaya terutama dalam proses globalisasi budaya telah mambawa kesan menyeluruh kepada masyarakat di negara ini. Bahanbahan budaya Melayu turut tersebar luas dan popular berikutan dengan pembangunan industri budaya itu. Penawaran bahan-bahan budaya secara komersial itu telah membina fenomenon budaya popular yang kian berkembang pesat kini. Perkembangan ini telah memberikan pulangan ekonomi yang baik dan menjadikan budaya itu amat dinamik. Kata kunci: Perubahan budaya, industri budaya, budaya popular, globalisasi budaya, dan perubahan sosial.

Bidang pengajian tentang industri budaya kini didapati semakin penting berikutan dengan pesatnya perkembangan penawaran bahan-bahan budaya yang tersebar luas di peringkat global. Negara-negara maju memainkan peranan penting dalam menawarkan bahan-bahan budaya itu ke peringkat global. Malahan sumbangannya itu adalah berkaitan dengan permintaan yang semakin meningkat kini. Pengajian tentang industri budaya ini meliputi usaha menjadikan unsur-unsur budaya sebagai bahan dagangan yang diberikan nilai-nilai ekonomi. Dengan itu usaha meningkatkan pencapaian ekonomi melibatkan aspek budaya dan seterusnya turut menyatakan masyarakat yang terlibat dalam pembangunan industri itu. Dalam bidang ini turut melibatkan pengurusan dan perancangan budaya, terutama di peringkat nasional. Apabila bahan-bahan budaya itu diberikan nilai-nilai ekonomi, maka itu bermakna melibatkan proses ekonomi sebagaimana kegiatan industri yang lain. Oleh itu latar belakang tentang ilmu yang berkaitan itu turut penting untuk menjadi rujukan dalam pengajian industri budaya ini.

Konsep Budaya
Pengertian budaya secara umum difahami sebagai keseluruhan cara hidup anggota-anggota masyarakat, yang meliputi berbagai-bagai aspek
87

Bab 3.pmd

87

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

kehidupan itu, seperti peralatan, teknologi, pemikiran, nilai, world-view dan sebagainya. Itu juga boleh diteliti dari segi budaya material dan budaya bukan material. Setiap masyarakat mempunyai budayanya dan budaya itu dengan jelas menyatakan identiti bagi masyarakat itu. Budaya itu menyatakan secara simbolik bagi sesuatu masyarakat itu, iaitu segala perlakuan dan penghasilan budaya itu dapat difahami oleh masyarakat yang mendokong budaya itu. Kerapkali pula untuk memahami aspek budaya dan bukan budaya itu selalu menimbulkan kekeliruan. Misalnya, penawaran barangan, seperti makanan di pasaran turut membawa bersamanya aspek budaya. Dalam usaha untuk memahami aspek budaya itu perlulah terlebih dahulu memahami budaya bagi sesuatu masyarakat atau jenis bahan itu di pasaran. Bahan itu sebagai bahan makanan misalnya turut menyatakan aspek budayanya, iaitu tentang makna dan pernyataan nilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Budaya itu merupakan pernyataan jiwa, emosi, pemikiran dan nilainilai sosial bagi sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, budaya itu boleh juga difahami sebagai budaya ekspresif. Di samping itu unsur-unsur budaya itu juga membawa pengertian dan makna kepada masyarakat yang menghasilkannya. Oleh itu, budaya itu juga boleh diteliti sebagai budaya simbolik. Walau bagaimanapun budaya itu dinamik, iaitu berubah menyesuaikan dengan keperluan masyarakat semasa. Unsur-unsur budaya masa lalu itu merupakan tradisi yang diwarisi dari zamanberzaman. Dengan berlakunya proses modenisasi dan urbanisasi itu, maka budaya juga turut menyesuaikan dengan perubahan itu. Budaya itu merupakan pernyataan yang diterima dan diberikan pengesahan oleh masyarakat. Sesuatu yang tidak dapat diterima dan diberikan pengesahan oleh anggota-anggota masyarakat maka itu tidak dapat dianggap budaya. Misalnya, perlakuan devian atau bercanggah dengan nilai-nilai sosial tidak dapat dianggap sebagai unsur budaya. Dalam keadaan ini maka terdapat perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan satu masyarakat yang lain. Agama dan kepercayaan, tradisi dan persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat itu.

Konsep Industri
Industri boleh difahami sebagai kegiatan ekonomi yang dilakukan, dalam proses ekonomi itu, dengan matlamat pengeluaran, baik kebendaan
88

Bab 3.pmd

88

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

mahupun perkhidmatan untuk dipasarkan. Kegiatan dalam sesuatu industri itu dapat dikatakan sebagai pengeluaran dan penawaran bahan atau komoditi untuk pasaran, yang juga merupakan kegiatan komersial. Oleh itu, dalam industri itu melibatkan proses pengeluaran, panawaran atau pasaran yang bertujuan untuk mencapai matlamat penambahan nilainilai ekonomi. Dalam industri itu adakala dilakukan pengeluaran secara besarbesaran, yang melibatkan pengurusan, teknologi dan sistem pasaran yang kompleks. Kedudukan sesuatu industri itu boleh juga dinilai kepada penawaran bahan-bahan pengeluaran itu, misalnya tersebar luas ke peringkat global. Dalam pengeluaran secara besar-besaran itu melibatkan modal yang besar, tenaga kerja yang ramai, teknologi moden, pasaran dan promosi yang meluas hingga ke peringkat global dan pengiktirafan mutu yang tinggi. Terdapat juga industri yang dilakukan secara kecil-kecilan, iaitu melibatkan rangkaian proses ekonomi yang sederhana, penyebaran dan pasaran yang terbatas, teknologi yang sederhana dan modal yang kecil. Industri kecilan dan sederhana ini turut diberikan penggalakan dan pertolongan daripada kerajaan. Industri peringkat ini juga dikenali sebagai kotej industri, yang mungkin dilakukan di belakang rumah. Perkembangan industri merupakan fenomenon moden yang berkembang pesat berikutan dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Kegiatan ini mulai tersebar luas apabila berlaku revolusi industri di Eropah, kemudian pemerintah kolonial membawanya pula ke kawasan-kawasan baru di tanah jajahan mereka. Perkembangan industri itu telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi. Kini dengan perkembangan ekonomi global, peranan industri itu didapati semakin penting dan mendapat kedudukan yang semakin baik. Perkembangan ekonomi moden sangat bergantung kepada pembangunan industri itu.

Industri Budaya
Pengertian industri budaya hendaklah dibezakan daripada pengertian budaya industri. Kegiatan ekonomi yang menjadikan unsur-unsur budaya itu sebagai bahan komersial atau dikatakan komoditi budaya adalah bersesuain dengan keperluan masyarakat moden dan bandaran yang pesat mengalami perubahan. Perkembangan industri budaya di negara ini boleh dikesan bermula sejak kedatangan kolonial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya
89

Bab 3.pmd

89

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

yang dihasilkan daripada industri budaya itu adalah selaras dengan permintaan orang ramai, terutama penduduk bandar yang mengalami perubahan yang pesat. Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnya adalah untuk memenuhi atau mengisi keperluan yang lebih tinggi sebagaimana yang dialami penduduk bandar. Jadi, proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya itu. Misalnya, keperluan bahan-bahan budaya keluaran industri itu adalah untuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Perkembangan industri budaya itu adalah berasaskan atau berkaitan dengan perkembangan ekonomi kapitalis. Ekonomi kapitalis itu yang mementingkan nilai-nilai tambahan atau keuntungan, mengeksploit keinginan manusia yang lebih tinggi. Kegiatan ekonomi yang berupa intensif modal dan tenaga serta teknologi mampu menghasilkan produk secara besar-besaran dan dengan ini dapat menyebarkan bahan-bahan budaya itu secara meluas, bagi mendapatkan pengguna yang ramai.

Masyarakat dan Budaya Melayu Moden


Perubahan masyarakat dan budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan industri budaya. Masyarakat Melayu tradisional amat kuat terikat kepada tradisi, iaitu tradisi budaya itu dipertahankan sebagai budaya warisan yang dipeturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Dalam suasana itu, masyarakat berusaha mempertahankan tradisi dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku secara mendadak. Apabila pemerintah kolonial British membawa berbagai perubahan di negara ini, maka orang Melayu juga turut menerima kesan perubahan itu. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah colonial di bandarbandar kolonial, maka itu turut membawa perubahan budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi turut dilalui orang Melayu, khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar kolonial itu. Dengan itu juga bermakna masyarakat dan budaya Melayu turut mengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Tetapi kampung Melayu tetap mempertahankan tradisi warisan. Di bandar-bandar kolonial itu mulai terdapat penawaran bahanbahan budaya dikeluarkan oleh industri budaya. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu dengan jelas menerangkan nilai-nilai kemodenan dan perbandaran. Masyarakat bandaran mulai menyatakan keperluan bahan-bahan budaya moden yang berbeza daripada budaya tradisional
90

Bab 3.pmd

90

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

yang masih dipertahankan di peringkat kampung. Namun bahan-bahan budaya yang didatangkan dari barat didapati mendapat minat dan perhatian ramai. Penawaran bahan-bahan budaya barat atau kolonial itu dianggap moden dan maju, tidak sebagaimana budaya Melayu yang dianggap tradisi yang tidak menyatakan kemajuan. Perkembangan budaya bandaran dan budaya moden itu telah memainkan peranan penting dalam mendorongkan perkembangan industri budaya. Dengan ini juga menyatakan bahawa keluaran industri budaya itu menawarkan bahan-bahan budaya yang bersesuaian dengan perubahan nilai masyarakat bandaran dan moden itu. Walau bagaimanapun terdapat usaha menawarkan bahan-bahan budaya Melayu yang disesuaikan dengan keperluan industri budaya yang sedang pesat berkembang itu. Misalnya muzik dan filem Melayu turut dihasilkan berlandaskan perkembangan industri budaya moden itu.

Struktur Industri Budaya


Penghasilan dan penawaran bahan-bahan budaya dari industri budaya itu adalah berasaskan kepada proses ekonomi sebagaimana industri atau kegiatan komersial bahan-bahan pengguna yang lain. Pengusaha industri budaya mempunyai kepentingan ekonomi, iaitu menanam modal dengan harapan untuk mendapat keuntungan. Pengusaha dengan kerjasama berbagai pihak, seperti artis, orang yang berkebolehan dalam lapangan tertentu berusaha menghasilkan sesuatu untuk ditawarkan kepada orang ramai. Orang ramai sebagai pengguna keluaran industri itu mempunyai cita rasa budaya yang berasaskan keperluan kemodenan, terutama sebagaimana yang dipupuk melalui media massa. Pihak pengusaha menggunakan berbagai kaedah dalam penawaran bahanbahan budaya itu untuk menarik minat ramai sebagai pengguna. Berbagai usaha dapat dilakukan, misalnya dengan iklan, promosi, publisiti dan seumpamanya untuk memberi maklumat kepada pengguna tentang bahanbahan budaya yang dikeluarkan itu. Industri budaya itu juga melibatkan kepakaran dalam pengurusan budaya, pengurusan industri, keahlian atau kepakaran dalam bidangbidang tertentu, kebolehan dalam pemasaran dan kemampuan kreativiti. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan itu juga perlu menentukan mutu yang sebaiknya untuk menarik para pengguna. Pembaharuan dan perubahan perlu dilakukan dari masa ke masa agar selaras dengan perubahan cita rasa budaya para pengguna. Penawaran bahan-bahan
91

Bab 3.pmd

91

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

budaya itu juga berhadapan dengan persaingan di pasaran. Dengan ini pihak pengusaha perlu menyesuaikan dengan perubahan itu yang berlaku di pasaran itu.

Unsur-unsur Budaya Tradisi


Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional adalah berasaskan kepada keperluan mereka yang terlibat atau sedikit untuk pasaran apabila terdapat lebihan. Pengusaha, tukang, artis dan mereka yang ahli dalam bidang tertentu menghasilkan unsur-unsur budaya secara manual berasaskan kemampuan tenaga keluarga, Mereka tidak memberikan perhatian secara serius untuk menawarkan unsur-unsur budaya itu bagi tujuan komersial. Unsur-unsur budaya tradisional itu mempertahankan tradisi. Mereka yang terlibat tidak mampu untuk mengubahnya, kerana itu akan dipandang rendah oleh masyarakat. Misalnya dalam bidang kegiatan seni dan mainan, mereka yang terlibat mengutamakan nilai-nilai sosial, peranan dan kepentingan sosial, bukannya untuk menawarkan secara komersial. Walaupun terdapat usaha kreatif dalam penghasilan itu, tetapi perlu berasaskan kepada struktur tradisi sebagaimana yang telah ditetapkan dalam budaya tradisi itu. Penawaran unsur-unsur budaya tradisional dilakukan secara sederhana di semua peringkat penghasilannya. Mereka yang terlibat dalam kegiatan budaya itu selalunya secara sambilan. Mereka bergantung hidup kepada kegiatan ekonomi tani yang dilakukan secara sederhana. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni dan mainan sebagai contoh, adalah berasaskan kepada kepentingan minat, pengisian jiwa dan merupakan keperluan yang lebih tinggi.

Perancangan Industri Budaya


Di peringkat kebangsaan atau nasional, pembangunan industri budaya itu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi menjaga keharmonian dan kestabilan sosial di peringkat yang luas. Kepentingan kepada perancangan budaya di peringkat kebangsaan turut melibatkan perancangan dalam industri budaya. Kepentingan dalam perancangan industri budaya ini melibatkan berbagai-bagai aspek yang memerlukan strategi sewajarnya.

92

Bab 3.pmd

92

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Penawaran bahan-bahan budaya boleh mempengaruhi kestabilan politik. Terdapat bahan-bahan budaya yang mempunyai nilai-nilai politik yang bertentangan dengan dasar politik negara yang boleh mempengaruhi ramai atau para pengguna. Pengaruh ideologi yang bercanggah dengan dasar politik negara boleh membawa keadaan politik yang tidak stabil. Oleh itu, pengawasan dan pengawalan terhadap bahan-bahan budaya itu perlu dilakukan sepanjang masa bagi menjaga kestabilan politik negara. Perancangan perkembangan industri budaya itu sangat perlu diberikan perhatian atas kepentingan pembangunan ekonomi. Industri budaya sebagai kegiatan ekonomi dapat memberikan sumbangan ekonomi yang penting kepada negara di samping memberikan peluang-peluang pekerjaan kepada ramai orang. Usaha menggalakkan perkembangan industri budaya itu diberikan tumpuan oleh kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan pembangunan ekonomi. Pembangunan industri budaya tempatan perlu ditingkatkan bagi mengimbangi penawaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari luar negara. Penawaran bahan-bahan budaya hasil pengeluaran industri budaya perlu diawasi dan dikawal memandangkan bahan-bahan itu boleh membawa kesan-kesan keburukan sosial. Terdapat bahan-bahan budaya yang didatangkan dari negara-negara asing yang tidak sesuai dengan hasrat pembangunan sosial di negara ini. Penawaran bahan-bahan budaya, terutama budaya popular dari negara-negara maju sangat berpengaruh di kalangan muda-mudi negara ini. Di kalangan orang-orang Melayu, terdapat pula bahan-bahan budaya yang ditawarkan atas kepentingan ekonomi kurang memberikan perhatian terhadap nilai-nilai Islam. Misalnya, terdapat bahan-bahan budaya yang kurang moral dan bercanggah dengan ajaran Islam yang disebarkan di pasaran. Penyebaran bahan-bahan budaya secara bebas, tanpa perancangan boleh menjejaskan kepentingan nilai-nilai Islam dan keperluan tempatan. Perkembangan bahan-bahan budaya yang dihasilkan dari industri budaya itu boleh membawa kesan buruk terhadap pembangunan dan pembinaan budaya kebangsaan dalam usaha untuk memperkukuhkan identiti nasional. Dalam kepentingan ini, perancangan pembangunan industri budaya amat penting diberikan perhatian agar perkembangan bahan-bahan budaya itu, terutama yang datang dari negara-negara maju tidak membawa kesan-kesan buruk terhadap pembangunan budaya kebangsaan. Perancangan industri budaya itu amat penting dilakukan di peringkat nasional bagi menjamin pembangunan budaya yang seimbang di negara
93

Bab 3.pmd

93

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

ini. Perancangan itu sebenarnya tidak terpisah daripada perancangan pembangunan negara umumnya. Dengan perancangan pembangunan yang teratur dan sistematis dapat menjamin keharmonian, kestabilan dan keselamatan bagi masyarakat di negara ini.

Budaya Kebangsaan dan Industri Budaya


Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, perancangan industri budaya tidak boleh dipisahkan daripada kepentingan atau strategi pembangunan budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan ialah suatu konsep yang berasaskan kepada pembinaan budaya yang dapat menyatakan identiti kebangsaan. Orang Melayu menyedari tentang keperluan pembinaan budaya kebangsaan semasa pemerintahan kolonial British dahulu lagi, berikutan dengan kemunculan semangat nasionalisme yang semakin meningkat. Pembinaan budaya kebangsaan kepada orang Melayu adalah keperluan untuk mengembalikan kekuatan kemelayuan di negara ini berikutan pengaruh budaya kolonial yang semakin meluas di bandar-bandar kolonial itu. Perjuangan orang Melayu untuk membina budaya kebangsaan hanya mendapat perhatian kerajaan pada tahun 1970, berikutan perlaksanaan DEB. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah atas kepentingan atau keperluan untuk menyatakan identiti kebangsaan atau Malaysia. Budaya kebangsaan itu juga diharapkan dapat memainkan peranan dalam membina intergrasi kaum di negara ini. Dan seterusnya budaya kebangsaan juga merupakan saluran dalam memupuk nilai-nilai taat setia kepada negara dan mengenali sejarah negara dengan lebih dekat. Pembinaan budaya kebangsaan itu adalah berasaskan prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama. Pertama, budaya kebangsaan itu berasaskan kepada budaya penduduk asal di negara ini. Kedua, budaya kebangsaan itu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ketiga, unsurunsur budaya lain yang dapat diterima bersama tetapi tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam juga boleh diterima sebagai budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun, prinsip-prinsip yang telah ditetapkan itu menghadapi berbagai masalah dalam perlaksanaannya. Perkara tentang kebudayaan ini tidak semudah sebagaimana bahasa kebangsaan dalam perlaksanaannya. Terdapat berbagai masalah dalam usaha perlaksanaan budaya kebangsaan itu di peringkat nasional, terutama apabila berhadapan dengan penduduk negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum.
94

Bab 3.pmd

94

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Satu daripada usaha membangunkan budaya kebangsaan ialah menggalakkan perkembangan budaya tradisi penduduk asal negara ini atau lebih khusus ialah budaya Melayu tradisional. Kementerian Kebudayaan yang ditubuhkan oleh kerajaan salah satu daripada matlamatnya ialah untuk menggalakkan perkembangan budaya Melayu tradisonal, misalnya dengan memberikan pertolongan dalam berbagai bentuk supaya kegiatan kesenian dan mainan tradisional itu dapat diperkembangkan dan mendapat perhatian orang ramai.

Kedudukan Budaya Melayu Tradisional


Dalam bidang seni dan mainan sebagai bahagian daripada kebudayaan Melayu tradisional kini kurang mendapat perhatian dan minat ramai, terutama di kalangan golongan muda-mudi. Permasalahan ini berkaitan dengan perkembangan pesat penawaran bahan-bahan budaya yang dianggap moden dari industri budaya. Unsur-unsur budaya tradisional selalu dianggap ketinggalan zaman dan tidak lagi sesuai dengan kemajuan yang dilalui masyarakat hari ini. Penawaran bahan-bahan budaya popular yang dianggap maju dan moden diutamakan oleh orang ramai. Malahan media massa memainkan peranan penting dalam mempopularkan bahanbahan budaya itu. Generasi muda kurang didedahkan dengan unsur-unsur budaya tradisional yang menyebabkan mereka tidak mengenali dan menghayati unsur-unsur budaya tradisional itu. Mereka tidak dapat mengenali tradisi budaya Melayu, oleh itu mereka tidak meminatinya. Mereka yang ahli dan berkebolehan dalam kegiatan budaya tradisional itu didapati kian berkurangan. Golongan muda pula tidak menunjukkan minat untuk melibatkan diri dalam kegiatan itu. Keadaan ini telah menimbulkan permasalahan dalam usaha pihak yang mahu menggalakkan perkembangan budaya tradisional itu, walaupun berbagai usaha telah dilakukan. Memandangkan berbagai masalah yang dihadapi dalam membangunkan budaya Melayu tradisional itu, maka terdapat juga usaha untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada penghasilan budaya tradisional itu, iaitu dengan menggabungkan Kementerian Kebudayaan dengan Pelancongan. Dalam strategi ini bahan-bahan budaya itu digalakkan perkembangan secara komersial, iaitu berusaha menawarkan bahan-bahan budaya kepada para pengguna, terutama pelancongpelancong dari luar negara dan dalam negara.
95

Bab 3.pmd

95

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

Sebagaimana telah dinyatakan di atas bahawa permasalahan utama dalam perkembangan budaya tradisional itu ialah persaingan dengan perkembangan pesat budaya popular yang membawa nilai-nilai kemodenan dan kemajuan.

Industri Budaya: Bahan-bahan Budaya Tradisional


Penghasilan unsur-unsur budaya tradisional sangat terikat kepada peranan dan kepentingan masyarakat masa itu, iaitu unsur-unsur budaya itu dihasilkan atas keperluan peranan dan kepentingan unsur-unsur budaya itu yang dipertahankan tradisi sebagaimana yang diwarisi. Anggotaanggota masyarakat membina cita rasa budaya berasaskan tradisi yang diwarisi. Perubahan yang berlaku agak perlahan, tetapi teras kepada tradisi itu dipertahankan dalam usaha mereka mempertahankan identiti. Unsur-unsur budaya tradisional yang dihasilkan tidak menekankan kepada nilai-nilai tambahan, iaitu dari segi ekonomi. Misalnya, dalam bidang seni dan mainan, mereka terlibat atas kepentingan minat. Mereka terlibat dalam kegiatan-kegiatan seni dan mainan misalnya, adalah berasaskan kepada keperluan yang lebih tinggi. Walaupun, adakala hasil itu dipasarkan tetapi sekadar usaha tambahan, tanpa memberikan perhatian khusus untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada hasilan mereka itu. Berasaskan pandangan seperti di atas itu, maka penghasilan budaya Melayu tradisional itu tidak mampu disebarkan secara meluas. Malahan penghsilan bahan-bahan budaya tradisional itu dilakukan secara manual yang tidak mampu dihasilkan secara banyak. Apabila bahan-bahan budaya tradisional itu berhadapan dengan perkembangan budaya moden, terutama budaya popular maka kedudukan budaya Melayu tradisional itu sentiasa ketinggalan dan tidak diberikan perhatian, terutama orangorang muda. Untuk memberikan nilai-nilai tambahan kepada kegiatan dan penghasilan unsur-unsur budaya tradisional, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pernah berusaha menggalakkan perkembangan budaya tradisional untuk diberikan nilai-nilai ekonomi agar dapat ditingkatkan perkembangan budaya warisan, sebagaimana telah dinyatakan bagi kepentingan pembangunan budaya nasional. Bagi kepentingan mengembangkan kegiatan budaya tradisional itu berbagai usaha pernah dilakukan, terutama oleh pihak kerajaan dan
96

Bab 3.pmd

96

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

badan-badan kebudayaan. Namun sambutan yang diberikan orang ramai masih tidak menggalakkan. Banyak usaha menghasilkan bahan-bahan budaya tradisional yang dilakukan secara komersial kesan daripada dorongan yang diberikan oleh kerajaan. Tetapi kemudian didapati tidak banyak daripada kegiatan itu yang berjaya dalam konteks sebagai kegiatan industri budaya. Antara kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya tradisional secara komersial termasuk kraftangan, batik, pertukangan, ukir-mengukir, membuat pasu, dan berbagai jenis makanan dan minuman. Walaupun terdapat industri itu yang diberikan sokongan dan galakan dari pihak kerajaan, tetapi tidak banyak yang berjaya dari segi ekonomi.Industri budaya Melayu tradisional menghadapi berbagai permasalahan, yang bukan sahaja tentang kurang permintaan ramai, malahan turut melibatkan berbagai aspek tentang bahan-bahan budaya yang dihasilkan itu.

Budaya Tradisional dan Budaya Moden


Perkembangan industri budaya moden membawa ciri-ciri yang berbeza daripada penghasilan budaya Melayu tradisional. Suatu aspek yang menimbulkan permasalahan ialah sejauh mana budaya tradisional itu boleh disesuaikan dengan pembangunan budaya moden. Dalam perkembangan industri budaya moden, penekanan ekonomi atau nilai-nilai tambahan diberikan keutamaan. Oleh itu pengusaha industri budaya moden amat peka kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Sejauh mana budaya tradisional itu dapat disesuaikan dengan perubahan bagi menjamin penerimaan orang ramai, iaitu dalam usaha menarik ramai para pengguna adalah ditentukan oleh orang ramai.. Terdapat pandangan atau pendapat dari kalangan yang berpegang kuat kepada tradisi menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisional itu tidak patut diubahsuaikan dengan kemodenan. Mereka berpendapat segala unsur budaya tradisional itu perlu mengekalkan ciri-ciri tradisional agar tidak akan hilang identitinya kemudian.Segala unsur budaya tradisional yang diwarisi itu dikatakan patut dikekalkan keasliannya. Usaha mempertahankan kemurnian tradisi itu merupakan perjuangan bagi golongan yang ingin mempertahankan tradisi yang diwarisi itu. Golongan yang lebih liberal berpendapat budaya itu perlu berubah menyesuaikan dengan keperluan semasa. Dalam hal ini, golongan ini menyatakan bahawa segala unsur budaya tradisi itu perlu diubah suai

97

Bab 3.pmd

97

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

mengikut keperluan masyarakat semasa,. Dengan itu budaya Melayu dapat berkembang selaras dengan kemajuan yang dilalui masyarakat Melayu hari ini.Berasaskan pandangan ini industri budaya Melayu tradisional boleh ditingkatkan dengan cara melakukan perubahan selaras dengan cita rasa budaya para pengguna, sebagaimana pengalaman dalam pembangunan budaya popular. Walau bagaimanapun, perkembangan industri budaya tradisional tidak mampu bersaing dengan perkembangan budaya popular semasa. Dalam pembangunan industri budaya popular atau budaya moden, bahanbahan budaya yang ditawarkan di pasaran sentiasa mengambil kira keperluan atau permintaan ramai. Nilai-nilai sosial yang diberikan terhadap budaya tradisional itu adalah berbeza daripada budaya popular moden. Budaya tradisional membawa nilai-nilai sosial yang menekankan kepentingan warisan, identiti, dan keperibadian nasional.

Permasalahan Industri Budaya Tradisional


Dalam pembangunan industri budaya Melayu tradisional yang pernah diusahakan oleh pengusaha-pengusaha Melayu menghadapi berbagai masalah. Pengusaha-pengusaha Melayu yang pernah terlibat dalam industri budaya tradisional selalunya merupakan kegiatan secara kecilkecilan, yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi modal, tenaga dan teknologi serta pasaran Oleh itu kegiatan komersial itu tidak mampu berkembang dengan baik. Pengusaha industri itu umumnya kurang pengalaman dalam bidang pengurusan walaupun pengusaha itu mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang menghasilkan bahan-bahan budaya itu. Sebagai contoh kita teliti kes pengusaha seni persembahan makyung. Pengusaha itu ialah pemain utama kumpulan makyung itu. Beliau sebagai pengusaha melakukan pengurusan kumpulan, meliputi berbagai aspek persembahan, pemasaran, dan promosi di samping beliau sebagai pelakon utama dalam kumpulan itu. Beliau menguruskan kewangan secara sendirian tanpa mempunyai kaedah perkiraan yang sistematis, beliau juga menguruskan tenaga sokongan dalam kumpulannya secara amalan tradisi seperti kerjasama dan tolong-menolong, dan beliau juga menguruskan tentang peralatan dan persembahan yang perlu dilakukan. Umumnya, pengusaha dalam kes ini sebagaimana juga ketua kumpulan persembahan mak yong masa lalu umumnya tidak mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam kaedah pengurusan moden
98

Bab 3.pmd

98

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

sebagaimana pengurusan budaya dalam industri budaya moden hari ini. Seorang pengusaha yang melakukan berbagai urusan dan kegiatan secara sendirian tanpa mempunyai sistem atau kaedah bermakna beliau tidak mampu untuk meningkatkan industri itu sebagai suatu industri dalam konteks perniagaan moden, walaupun harapannya untuk menjadikan seni persembahan itu sebagai kegiatan komersial. Dalam penawaran bahan-bahan budaya tradisional tidak pernah dilakukan secara sistematis mengikut perkembangan industri moden, melainkan berasaskan kepada kaedah atau amalan tradisi yang diwarisi sejak zaman berzaman. Industri budaya tradisional itu biasanya dilakukan secara kecil-kecilan, sebagai kegiatan dalam jangka pendek. Misalnya, dalam pertukangan besi membuat parang, kapak, dan sebagainya, tukang itu menghasilkan barangan itu mengikut kemampuannya. Tukang itu selalunya tidak berhajat untuk memperbesarkan kegiatan itu dengan mengupah pekerja-pekerja tambahan. Begitu juga kurang usahanya untuk meningkatkan penggunaan teknologi yang lebih tinggi didapati di luar kemampuan tukang-tukang tradisional itu. Malahan apabila melibatkan teknologi yang lebih tinggi itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran. Ini didapati tidak mampu diikuti oleh mereka itu. Industri budaya tradisional itu berhadapan dengan persaingan dengan penawaran bahan-bahan budaya moden yang membawa nilainilai kemajuan dan pembangunan. Mereka yang terlibat dalam industri budaya tradisional itu tidak mampu untuk mengikuti arus perkembangan kemodenan, misalnya dari segi membawa perubahan kepada bahanbahan budaya tradisional itu mengikuti arus kemajuan dan perkembangan kemodenan. Misalnya, orang Melayu telah lama terlibat dalam kegiatan menghasilkan berbagai herba yang boleh memberikan sumbangan dalam penjagaan kesihatan. Penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara tradisional, misalnya dari segi kaedah membuatnya, dan cara mengedarkan bahan-bahan itu di pasaran. Tidak banyak perubahan yang dilakukan dari generasi ke generasi, perusahaan itu dilakukan secara kecil-kecilan dengan menggunakan teknologi sederhana. Walaupun kini penawaran bahan-bahan itu dilakukan secara komersial tetapi tidak banyak perubahan yang dilakukan bagi menyesuaikan dengan perkembangan moden. Tiada penyelidikan yang dilakukan bagi tujuan memahami khasiat bahan yang ditawarkan itu. Dalam penggunaan bahanbahan itu tiada ukuran jelas yang digunakan, malahan tempoh penggunaannya juga tidak dapat ditentukan. Perkembangan industri budaya moden kini mengambil kira berbagaibagai aspek dalam pemasaran. Kaedah pemasaran tradisional tidak
99

Bab 3.pmd

99

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

mampu diteruskan lagi dalam perkembangan ekonomi moden kini. Penawaran bahan-bahan budaya secara kecil-kecilan terbatas kepada para pengguna dalam kawasan tertentu. Malahan tidak didapati usaha untuk menyebarkan pengeluaran atau bahan-bahan budaya secepat mungkin. Penyebarannya dilakukan dari mulut ke mulut secara sederhana berasaskan kepada kemampuan pengeluaran.

Pembangunan Industri Budaya Moden


Sebagaimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa perkembangan ekonomi kapitalis memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya. Atas kepentingan ekonomi, kemudahan teknologi moden dan perubahan sosial telah memainkan peranan penting dalam membawa perkembangan industri budaya. Proses modenisasi dan urbanisasi yang dilalui masyarakat turut mendorongkan penawaran bahan-bahan budaya itu. Bahan-bahan budaya mulai menjadi suatu keperluan dalam perubahan itu. Penduduk bandar memerlukan sesuatu untuk mengisi masa, misalnya semasa cuti, masa lapang waktu petang dan malam. Bahan-bahan budaya itu juga sebagai keperluan yang lebih tinggi yang dapat memberikan kepuasan, hiburan dan melayan perasaan. Keinginan manusia yang tidak terbatas itu telah memberikan peluang kepada pihak pengusaha industri budaya menghasilkan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai. Proses modenisasi dan urbanisasi telah membawa perubahan kepada cita rasa budaya penduduk bandar. Mereka tidak lagi terikat kepada nilai-nilai tradisi, tetapi berusaha melakukan pembaharuan, mencari sesuatu yang dianggap moden dan maju sesuai dengan perubahan. Oleh itu pihak pengusaha industri budaya sentiasa berusaha melakukan perubahan bersesuaian dengan perubahan selera atau cita rasa budaya orang ramai. Atas kepentingan itu juga industri budaya memainkan peranan penting untuk melakukan perubahan dari masa ke masa, maka seterusnya menjadikan kedudukan budaya itu amat dinamik. Perkembangan teknologi moden telah memberikan kekuatan kepada pembangunan industri budaya. Malahan, dalam perkembangan teknologi moden itu sentiasa memberikan perhatian terhadap kepentingan nilainilai tambahan. Dengan nilai-nilai ekonomi yang diberikan kepada perkembangan teknologi moden telah mendorongkan pesatnya perkembangan teknologi itu. Dengan kemudahan teknologi moden itu dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia yang banyak, dapat mengeluarkan bahan-bahan budaya secara banyak dengan mutunya dapat
100

Bab 3.pmd

100

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

dikawal. Selain itu kemudahan teknologi itu juga membolehkan penyebaran bahan-bahan budaya itu dilakukan dengan meluas dalam jangka masa yang singkat. Penyebarannya dapat dilakukan secara berkesan. Kemudahan teknologi moden itu juga menyokong kepada kekuatan sistem pemasaran yang lebih berkesan. Bahan-bahan budaya dapat ditingkatkan publisiti, promosi dan iklan melalui teknologi moden itu. Misalnya, iklan dan penyebaran maklumat dapat dilakukan secara meluas dan berkesan melalui media massa seperti media elektronik. Selain itu, dengan kemudahan teknologi moden itu juga meningkatkan kaedah pemasaran, seperti menyediakan pembungkusan dan analisis konteks bahan budaya yang dihasilkan itu. Pembangunan industri budaya menawarkan bahan-bahan budaya secara komersial, pihak pengusaha industri sentiasa memberikan perhatian kepada nilai-nilai tambahan, iaitu pulangan ekonomi yang lebih baik. Pengusaha berusaha memahami keperluan atau permintaan para pengguna dan dengan itu pengusaha berusaha menawarkan bahan-bahan budaya selaras dengan cita rasa budaya para pengguna atau orang ramai itu. Walau bagaimanapun pihak pengusaha mempunyai sasaran pengguna yang akan menggunakan bahan-bahan budaya keluarannya itu. Misalnya, pengguna itu boleh terdiri daripada kumpulan wanita, orang muda, kanakkanak atau muda-mudi. Selain itu pengusaha juga menimbangkan kelompok berasaskan kelas sebagai penggunanya. Bagi bahan-bahan budaya untuk golongan berada atau kelas atasan, mutu dan harga atau kos bahan itu menjadi pertimbangan utama. Golongan itu pula berusaha mempertahankan kedudukan mutu bahan-bahan budaya yang diaggap eksklusif untuk kelompok mereka. Tetapi rata-rata pengusaha industri budaya itu mahukan bahan-bahan budaya keluaran mereka itu mendapat tempat sebagai budaya popular, iaitu yang diminati ramai. Malahan, dengan itu produknya dapat ditingkatkan kuantiti, yang mempengaruhi harga di pasaran lebih rendah yang mampu dibeli atau dimiliki orang ramai. Walau bagaimanapun cita rasa budaya para pengguna memainkan peranan penting dalam mempengaruhi industri budaya itu.

Industri Budaya dan Budaya Popular


Budaya popular secara mudah bermaksud unsur-unsur budaya yang diminati ramai atau majoriti anggota-anggota masyarakat. Fenomenon budaya popular diminati semua kelompok dalam masyarakat tanpa mengira kelas atau kelompok sosial. Perkembangan budaya popular yang
101

Bab 3.pmd

101

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

amat pesat dalam masyarakat moden kini didorongkan oleh beberapa faktor yang menyokong perkembangan budaya itu. Pertama, perubahan masyarakat, iaitu proses modenisasi dan urbanisasi masyarakat itu membawa perubahan kepada minat unsur-unsur budaya moden itu. Kedua, perkembangan teknologi moden membolehkan pengeluran dilakukan secara banyak dan penawaran bahan-bahan budaya dapat disebarkan secara berkesan. Ketiga, perkembangan ekonomi kapitalis telah memainkan peranan penting dalam pembinaan industri budaya. Bahan-bahan budaya ditawarkan secara komersial. Nilai-nilai tambahan sentiasa diberikan tumpuan oleh pengusaha industri budaya. Industri budaya yang mementingkan pulangan ekonomi menjadikan bahan-bahan budaya sebagai komoditi, iaitu bahan-bahan budaya yang ditawarkan secara komersial. Sebagai kegiatan industri, pihak pengusaha berusaha menawarkan sebanyak mungkin bahan budaya, dan ini bermakna mereka memerlukan para pengguna yang ramai. Dalam konteks ini pihak pengusaha berusaha menjadikan bahan budaya itu popular, iaitu diminati ramai. Dengan ini juga bermakna industri budaya itu mendorongkan perkembangan budaya popular. Atas kepentingan mendapatkan pengguna yang ramai itu, industri budaya selalu menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian orang ramai, terutama dengan mengeksploit keinginan semula jadi manusia. Misalnya, perkara-perkara sensasi, keinginan seks dan sesuatu yang glamour selalu diberikan perhatian oleh pengusaha industri budaya. Berkaitan dengan ini kerapkali pengkritik sosial selalu menganggap penawaran bahan budaya itu kurang memberikan perhatian tentang mutu dan nilai seni, tetapi mengutamakan keperluan orang ramai. Juga selalu diperkatakan industri budaya itu kurang menimbangkan tentang kepentingan sosial, misalnya masalah sosial di kalangan muda-mudi selalu dikaitkan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang kurang menimbangkan kepentingan sosial. Dalam industri muzik sebagai contoh, kerapkali pertimbangan seni kurang diberikan perhatian, tetapi lebih menekankan minat ramai, terutama golongan muda-mudi. Penawaran bahan seperti filem dan bahan bercetak kerapkali pengusaha memberikan perhatian terhadap perkara-perkara sensasi dan keinginan seks. Terdapat berbagai kritik terhadap perkembangan industri budaya dan budaya popular. Sejak awal perkembangan ekonomi kapitalis di Eropah yang mendorongkan perkembangan industri budaya telah mendapat kritik dari kalangan sarjana waktu itu. Mereka menganggap perkembangan budaya popular itu adalah agenda kapitalis dan politik yang berkaitan dengan tujuan untuk melekakan orang ramai daripada menumpukan perhatian
102

Bab 3.pmd

102

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

terhadap perkembangan politik dan ekonomi kapitalis. Fenomenon ini dianggap sebagai penindasan dan eksploitasi kapitalis. Perkembangan industri budaya moden dan penawaran bahan-bahan budaya popular di negara ini juga selalu dikaitkan dengan permasalahan sosial, iaitu kesan-kesan yang dibawa oleh fenomenon itu. Misalnya, muzik, filem, bahan-bahan bercetak, fesyen, penjagaan kecantikan dan perhiasan diri di kalangan muda-mudi yang dianggap menjejaskan moral dan akhlak golongan muda-mudi adalah kesan daripada perkembangan bahan-bahan budaya popular, terutama yang dibawa dari barat. Permasalahan ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat Melayu yang mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Isu tentang bahan-bahan budaya popular atau bahan-bahan industri budaya yang datang dari barat semasa pemerintahan kolonial dahulu telah menimbulkan perbincangan di kalangan bijak pandai Melayu. Bahan-bahan industri budaya popular selalu dianggap bermutu rendah, tiada nilai seni, dan dianggap seperti sampah yang boleh membawa kesan buruk kepada orang ramai. Sedangkan budaya tinggi selalu dianggap bermutu tinggi dan membawa kesan yang baik kepada orang ramai. Kritik dan komen tentang budaya popular yang dibawa oleh industri budaya itu datangnya dari kalangan golongan elit atau dari kelas sosial yang tinggi. Sedangkan bahan-bahan budaya popular itu terus mendapat minat ramai.

Sumbangan Industri Budaya


Bahan-bahan budaya keluaran industri budaya disebarkan secara meluas dapat mengisi berbagai keperluan orang ramai. Misalnya, penawaran bahan-bahan hiburan dengan jelas dapat memberikan kepuasan kepada para pengguna. Industri budaya dapat menawarkan bahan-bahan budaya yang mampu dibeli oleh orang ramai. Bahan-bahan budaya yang berupa budaya popular dapat mengurangkan kos kepada para pengguna berikutan dengan penawaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan dengan banyak. Di samping peranan industri budaya dalam pembangunan ekonomi, iaitu dari segi peluang-peluang pekerjaan dan sumbangan ekonomi kepada negara, pembangunan industri budaya itu juga dapat mendorongkan dinamiknya perubahan budaya. Proses penciptaan dan kreatif yang pesat berlaku itu menjadikan budaya itu amat pesat mengalami perubahan dan pembangunan. Misalnya dalam industri muzik, filem, bahan-bahan perhiasan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.
103

Bab 3.pmd

103

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

Industri budaya mendorongkan perkembangan bahan-bahan budaya popular, iaitu penawaran bahan-bahan budaya dapat dilakukan dengan meluas, merintasi kelompok-kelompok sosial. Dengan ini juga bahanbahan budaya itu memainkan peranan dalam membawa pembinaan nilainilai sosial yang standard, yang juga bermakna dapat membina perpaduan sosial dan memperkukuhkan hubungan sosial di kalangan anggota-anggota masyarakat. Melaluinya juga dapat memupuk nilai-nilai kemodenan dan pembangunan serta pembandaran di kalangan orang ramai sebagai para pengguna. Bahan-bahan budaya yang ditawarkan kepada ramai itu selaras dengan perubahan dan perkembangan cita rasa budaya orang ramai. Perkembangan industri budaya memberikan peluang orang ramai mengisi keperluan hidup yang lebih tinggi, mengisi masa lapang, hiburan dan keperluan mengisi keinginan dan kepuasan emosi. Industri budaya melahirkan budaya ekspresif yang membolehkan anggota-anggota masyarakat melaluinya melahirkan perasaan, pemikiran, kreativiti, atau menyatakan aspek kejiwaan. Perkembangan industri budaya itu memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan pembangunan masyarakat dan budaya dalam konteks yang lebih luas. Penawaran bahan-bahan budaya itu dapat meningkatkan kualiti hidup anggota-anggota masyarakat. Dalam pembangunan industri budaya itu, terutama dalam mendorongkan perkembangan budaya popular, boleh dilihat dan dianalisis kesan-kesan baik dan juga kesan-kesan buruknya. Walaupun pengusaha industri budaya itu berusaha mengeksploit keinginan orang ramai, tetapi mereka juga tertakluk kepada peraturan sosial, undang-undang dan nilainilai sosial serta agama. Pihak berkuasa dan orang ramai sentiasa memainkan peranan penting dalam menentukan penyebaran bahan-bahan budaya itu sesuai tidak menimbulkan kesan-kesan buruk kepada orang ramai.

Globalisasi Industri Budaya


Kini penyebaran bahan-bahan budaya yang dikeluarkan oleh industri budaya itu berlaku begitu meluas, meliputi seluruh dunia secara global. Negara-negara maju, terutama barat telah memainkan peranan penting dalam pembangunan industri budaya. Penawaran bahan-bahan industri budaya dari negara-negara maju itu tersebar secara global. Mereka menguasai ekonomi dan turut memainkan peranan dalam menyebarkan pengaruh budayanya ke negara-negara lain secara global.
104

Bab 3.pmd

104

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Negara-negara maju menguasai ekonomi dan teknologi mampu menguasai ekonomi global. Pembangunan industri budaya dari negaranegara maju itu amat pesat kerana mereka menguasai pasaran yang meluas atau global. Kemajuan teknologinya juga turut memainkan peranan dalam menawarkan bahan-bahan budaya yang dianggap moden dan maju yang dengan mudah dapat mempengaruhi penduduk di negara-negara sedang membangun. Dengan ini bermakna negara-negara maju, sejak zaman colonial dahulu terus menguasai ekonomi, mempengaruhi budayanya kepada negara-negara yang sedang membangun, seperti Malaysia. Penyebaran bahan-bahan budaya negara-negara maju secara global itu juga turut mempengaruhi penyebaran ideologi politiknya. Misalnya, melalui filem mereka dapat memupuk nilai-nilai politik mereka secara global. Sebagai contoh, penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah berkembang pesat sejak zaman pemerintahan colonial dahulu lagi. Bahanbahan budaya yang dibawa dari barat itu dipandang tinggi dan dihormati oleh penduduk tempatan. Bahan-bahan budaya itu dianggap moden dan maju, sesuai dengan perubahan yang dilalui masyarakat. Penduduk negara ini menerimanya dengan baik, malahan penyebaran bahan-bahan budaya barat itu juga mempengaruhi perkembangan budaya Melayu, iaitu penawaran bahan-bahan budaya Melayu turut disesuaikan dengan perubahan yang berasaskan budaya barat itu. Dengan kata lain perkembangan budaya barat yang sangat berpengaruh itu turut mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu, seperti filem, muzik, bahan-bahan bercetak dan perhiasan diri. Pengaruh perkembangan industri budaya barat itu terus berlaku hingga kini. Masyarakat Melayu terus memandang tinggi dan menghormati bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu, yang dianggap perkembangan budaya global itu. Malahan penyebaran bahanbahan budaya barat itu terus mempengaruhi perkembangan industri budaya tempatan. Walau bagaimanapun bijak pandai tempatan tetap memainkan peranan penting dalam mengolah dan menyesuaikan penawaran bahan-bahan budaya Melayu dalam menyatakan identiti Melayu itu. Proses kreativiti mampu mempertingkat perkembangan budaya Melayu dalam usaha mereka menyesuaikan dengan perkembangan industri budaya di peringkat global itu. Sejak awal penyebaran bahan-bahan budaya dari barat telah menimbulkan krisis identiti di kalangan orang-orang Melayu. Golongan tua melihat pengaruh barat itu membawa kesan buruk kepada orang Melayu, misalnya terdapat bahan-bahan budaya yang dianggap moden
105

Bab 3.pmd

105

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

dan maju itu bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan tradisi budaya Melayu. Di kalangan orang muda pula, terutama yang terpengaruh dengan kemodenan dan kemajuan barat itu menerima dengan baik bahan-bahan budaya yang dibawa dari barat itu. Perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan, seperti pendidikan moden merupakan sokongan kuat terhadap perkembangan budaya barat itu. Berasaskan nilai-nilai sosial yang sama mendorongkan bahan-bahan budaya barat terus mendapat tempat yang baik di kalangan penduduk tempatan hingga kini. Walau bagaimanapun usaha memilih dan menyesuaikan bahan-bahan budaya global itu dengan keperluan dan kepentingan tempatan sentiasa diberikan pertimbangan. Bahan-bahan budaya yang berkembang secara global itu diberikan pertimbangan dari segi kesan-kesan sosialnya, terutama apabila bahan-bahan itu bercanggah dengan ajaran Islam, orang Melayu tidak dapat menerimanya. Dalam penyebaran bahan-bahan budaya global itu, adakala tidak dapat dikawal atau di luar daripada kemampuan mengawalnya, misalnya bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui internat terdapat bahanbahan yang amat tidak sesuai dengan budaya Melayu dan ajaran Islam. Dalam keadaan ini, anggota-anggota masyarakat perlu diberikan pendidikan atau dipupuk dengan nilai-nilai yang sewajarnya, agar mereka dapat melakukan pemilihan atau membezakan antara bahan-bahan yang baik dan yang tidak baik. Perkembangan bahan-bahan budaya yang dibawa dari negaranegara maju itu, seperti barat adakala bahan-bahan budaya itu tidak sesuai dengan tradisi budaya Melayu, misalnya dalam fesyen pakaian, makanan atau perhiasan diri terdapat bahan-bahan yang bercanggah dengan nilainilai budaya dan Islam, menyebabkan orang Melayu terpaksa melakukan penyesuaian dalam proses penerimaan peubahan budaya untuk menyatakan pembangunan dan perubahan yang sewajarnya.

Kesan Industri Budaya Global


Perkembangan industri budaya dan penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju di negara ini tidak dapat dinafikan telah mempengaruhi perkembangan industri budaya Melayu itu sendiri. Pengusaha-pengusaha industri budaya Melayu turut mempelajari perjalanan atau corak industri budaya negara maju yang telah berjaya. Kesannya, pengusaha tempatan berusaha mempelajari dan memahami budaya industri budaya telah berjaya.
106

Bab 3.pmd

106

10/6/2009, 3:06 PM

Industri Budaya: Pembangunan Industri Budaya Melayu

Industri budaya di negara-negara maju telah membuktikan kejayaan berasaskan pengalaman pengusaha-pengusaha dalam bidang-bidang penting dalam pengurusan industri. Mereka berjaya menggabungkan berbagai kaedah dalam menguruskan teknologi, tenaga kepakaran, modal, pemasaran dan kewangan yang berkesan. Mereka menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam dan meluas dalam bidang industri budaya yang menjadi tumpuan itu. Di samping itu mereka sentiasa meningkatkan peyelidikan dan pembangunan dalam bidangnya bagi menentukan penghasilan bahan-bahan budaya yang bermutu tinggi untuk dapat diterima oleh orang ramai. Pada peringkat awal perkembangan industri moden di negara ini semasa pemerintahan kolonial British dahulu, orang Melayu tidak berkebolehan dalam kegiatan industri. Misalnya, apabila industri filem dan muzik mula berkembang di negara ini orang Melayu tidak berkebolehan menguasai teknologi moden, tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan budaya moden, tetapi mereka hanya mampu menawarkan tenaga untuk berlakon dan menyanyi. Hanya akhir-akhir ini orang Melayu mampu menguasai ilmu teknologi moden dan turut berpengalaman dalam pengurusan industri budaya. Namun pencapaian orang Melayu dalam indusrti budaya masih di peringkat awal. Mereka memerlukan lebih banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidangbidang yang berkaitan. Perkembangan dan kejayaan industri budaya global dalam berbagaibagai bidang telah turut mendorongkan orang Melayu mempelajarinya dan berusaha mencari pengisian industri berasaskan bahan-bahan budaya tempatan, terutama yang telah menjadi amalan orang Melayu sejak lama dahulu. Orang Melayu menyedari bahawa mereka mempunyai banyak warisan tradisi yang boleh diterokai untuk pembangunan industri. Tetapi mereka memerlukan bantuan kepakaran dari berbagai pihak, terutama untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan bahan-bahan budaya tradisional. Perkembangan dan penyebaran bahan-bahan budaya di peringkat global itu juga memberikan pengajaran kepada pengusaha-pengusaha industri tempatan mempelajari tentang strategi dan kaedah pemasaran yang berkesan, bukan sahaja pemasaran di peringkat lokal, malahan berusaha untuk menerokai pasaran yang lebih luas. Perkembangan industri budaya global itu melibatkan penggunaan teknologi tinggi yang sentiasa menyesuaikan dengan perkembangan teknologi dan ilmu moden hasil penyelidikan yang berterusan. Pengusaha Melayu berusaha mempelajari dan menguasai teknologi moden, serta
107

Bab 3.pmd

107

10/6/2009, 3:06 PM

Jurnal ASWARA

ilmu pengetahuan moden yang sewajarnya menyesuaikan dengan kegiatan menghasilkan bahan-bahan budaya. Bidang pengurusan yang berkesan juga adalah sebahagian penting dalam bidang industri budaya.

Rujukan
Bigsby, C.W.S. (ed.) (1977). Approaches to popular culture, Bowling Green, Ohio Popular Press. Brandon, James K. (ed.) (1971). The performing arts in Asia, UNESCO. Browne, Ray (ed) (1973). Popular culture and expanding consciousness, Bowling Green. Butcher, John G. (1979). The British in Malaya 1880-1941, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Gullick, J.M. (1987). Malay society in the late 19 th century, the beginning of change, Singapore: Oxford University Press. WAN ABDUL KADIR, Akademi Pengajian Melayu.

108

Bab 3.pmd

108

10/6/2009, 3:06 PM

Anda mungkin juga menyukai