Anda di halaman 1dari 18

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA

SISTEM OPERASI
SHARIFAH JULIANA BINTI YAAKUB
SKS 2064
PENGENALAN SISTEM OPERASI
1.1 DEFINISI
Sistem operasi adalah perisian yang
bertindak sebagai antara muka di antara
pengguna sistem komputer dan
perkakasan komputer.
Sistem operasi merangkumi 4 aspek
utama iaitu pengurusan, pengawalan
penghubung dan komunikasi
Kesemua aspek ini penting untuk
mengurus dan menyelia pelaksanaan
arahan-arahan pengguna dan perkakasan
komputer.
Pengguna
Program
Aplikasi
Sistem Operasi
Perkakasan
Komputer
JENIS-JENIS PERISIAN
Perisian Sistem
Perisian sistem yang terkandung sekumpulan program yang mengawal selia
perkakasan di dalam komputer

Perisian Aplikasi
Sekumpulan program yang digunakan oleh pengguna akhir untuk pelbagai
aplikasi seperti pemprosesan teks, pemprosesan maklumat.


FUNGSI SISTEM PENGOPERASIAN
Mengawal dan melaksana program-program yang diguna pakai oleh
pengguna.
Memudahkan penggunaan sistem komputer kepada pengguna.
Memudahkan pengguna dalam menyelesaikan masalah
Membolehkan pengguna untuk menggunakan perkakasan komputer
dengan cekap

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER
Pengguna
Program Aplikasi
Sistem Operasi
Perkakasan Komputer
Pengguna
Manusia, mesin atau komputer lain.
Program Aplikasi
Sumber-sumber sistem yang digunakan oleh user untuk
menyelesaikan masalah. Cthnya : MS Word, Compilers, Web
browser, Video games, sistem pangkalan data
Sistem Operasi
Mengawal dan menyelaras penggunaan perisian dan perkakasan
komputer
Perkakasan Komputer
Menyediakan sumber asas bagi pengkomputeran. Cthnya : CPU,
Memory, peranti I/O dsbg.
1.2 JENIS-JENIS SISTEM OPERASI
Sistem Berkelompok (Batch)
Sistem ini menganalisa pemprosesan input/output dan arahan yang sama akan
dikumpulkan menjadi satu kelompok.
Tugas/Arahan yang dikumpulkan akan diproses secara berkelompok (banyak proses
dalam satu masa)
Wujudnya proses sampukan semasa aktiviti pemprosesan berlaku.
Proses sampukan berfungsi untuk menghentikan proses yang sedang berjalan untuk
sementara waktu tetapi boleh disambung semula pada masa akan datang.
Menjimatkan masa pemprosesan
Keburukan CPU tidak digunakan sepenuhnya kerana CPU akan berada dalam
keadaan idle semasa pemprosesan input/output berlaku.
JENIS-JENIS SISTEM OPERASI
Multi-programming (Pelbagai Aturcara)
Satu teknik untuk melaksanakan beberapa aturcara pada satu mesin pada satu masa
Memperbaiki sistem Berkelompok satu aliran kerana sistem ini menumpukan satu kerja
pada keseluruhan mesin atau pemprosesan
Menyokong multi user
Boleh juga dikenali sebagai Multi tasking tetapi OS jenis Multi Tasking tidak boleh dikenali
sebagai Multi programming kerana tidak menyokong ciri Multi-User

Multi-Processor (Multi pemprosesan)
menyokong pengguna sesebuah perisian atau program dari beberapa CPU secara serentak
Cth OS, UNIX dan OS/2
Turut dikenali sebagai parallel processing
Mengurus operasi sistem komputer supaya bekerjasama dengan pemproses-pemproses

JENIS-JENIS SISTEM OPERASI
Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing System)
Mewakili sistem jenis multi-pengaturcaraan dan multi-user.
Ia membenarkan sistem komputer digunakan secara serentak oleh ramai pengguna.
Sistem komputer akan memberi peruntukkan masa memproses untuk setiap
pengguna.
Sampukan dan pemberian perkhidmatan pemproses kepada proses lain dilaksanakan
dengan pantas. Jadi pengguna tidak menyedari berlakunya sampukan ke atas kerjanya.
Pemprosesan Masa Nyata (Real Time Processing)
Membolehkan sistem bertindak balas atau berinteraksi kepada respon pengguna pada
masa nyata atau serta merta
Setiap pengguna diberikan masa yang terhad mengikut jadual yang disediakan untuk
menggunakan sumber komputer.

JENIS-JENIS SISTEM OPERASI
Multi Tasking (Pelbagai Tugas)
Membolehkan seseorang pengguna melaksanakan beberapa program atau tugas secara
serentak dalam satu masa yang sama
Hanya melibatkan satu CPU tetapi mampu mengubah fungsi dan tugas.
Cth OS, UNIX, Wins 95, 2000 dan versi yang lebih tinggi, OS/2

Distributed OS (Sistem pengoperasian teragih)
Satu gagasan sistem komputer yang boleh berkomunikasi dan bekerjasama antara perkakasan
dan perisian
Menggunakan konsep lutsinar- menyembunyikan komponen, sumber dari pengguna dan
program aplikasi kecuali diminta
Wujud konsep perkongsian dan capaian secara remote

CONTOH-CONTOH SISTEM OPERASI
DOS
Microsoft Windows 95/98/NT/XP/Vista/7/8
Linux
Unix
Macintosh

UNIX
Versi pertama UNIX dibangunkan pada 1969 oleh Ken Thompson dan Dennis
Ritchie
Versi kedua PDP 11/20
Versi ketiga dibangunkan dengan menggunakan sistem pengaturcaraan bahasa
C
Unix merupakan multi pengguna, multi tugasan
Beberapa pengguna boleh memasuki sistem secara serentak, setiap satunya
melarikan program yang banyak
Tugas Kernel untuk memastikan setiap proses dan pengguna diasingkan dan
mengawal capaian kepada sistem perkakas termasuk CPU, memori, cakera dan
lain peranti I/O.

WINDOWS
Microsoft diasaskan oleh Bill Gates.
Microsoft Windows adalah sistem operasi berasaskan Graphic User
Interface (GUI).
Microsoft Windows 1.0 adalah produk pertama yang dikeluarkan oleh
Microsoft pada tahun 1985. Ini adalah penambahbaikan yang
dilaksanakan oleh Microsoft terhadap MS-DOS.


Awal perkembangan nya berasal dari sistem yang bernama UNIX oleh Ken
Thompson dan Dennis Ritchie yang berasal dari AT&T Bell labs pada tahun
1968.
Tujuan utama sistem operasi UNIX adalah sistem operasi yang multi-user dan
multi-tasking dan ditulis ulang dengan menggunakan bahasa C untuk
memungkinkan di bangunkan ke pelbagai perkakasan tanpa perlu menuliskan
kod yang spesifik.
Pencipta utama Linux ialah Linus Torvalds. Ia adalah klon sistem pengoperasian
UNIX yang ditulis secara keseluruhan awal.
Pembangunan Linux berlaku dengan serentak berbeza di seluruh dunia. Linux
berbeza dengan sistem pengoperasian yang lain kerana tahap keupayaannya.
LINUX
MACINTOSH
Sistem operasi macintosh direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc.
Macintosh 128K adalah sistem operasi macintosh pertama yang
diperkenalkan kepada umum pada 24 Januari 1984.
Ia adalah komputer peribadi pertama yang menggunakan antara muka
pengguna grafik (graphical user interface) dan tetikus (mouse).

PERBEZAAN
Windows Linux Macintosh
Windows membenarkan pengguna
login tanpa password.
Linux tidak membenarkan
pengguna login secara automatik
Macintosh mempunyai sistem
yang lebih stabil
Windows harus dipasang dan boot
dari (primary partition) dan hanya
mempunyai maksimum 4 partition
primary pada (single hard disk)
dan harus di boot dari cakera keras
pertama.
Linux boleh dipasang dan boot
lebih baik dari (partition)utama
@ (partition)logic dan dapat
melakukan boot dari hard disk di
computer.
-
Windows membolehkan program
untuk menyimpan maklumat
pengguna (fail dan setting)di mana
sahaja. Ini menyukarkan untuk
backup fail user dan tatacara untuk
beralih ke komputer baru.
Linux pula membenarkan semua
data pengguna dalam direktori
home membuatnya lebih mudah
untuk berpindah dari komputer
lama ke yang baru.
Mac OS mempunyai kelebihan
dari segi keselamatan iaitu
serangan virus
PERBEZAAN
Windows Linux Macintosh
Windows direka untuk
digunakan oleh satu orang
pada satu masa sahaja.
Platform Linux adalah sistem
multi-user yang membenarkan
lebih pengguna pada 1 masa
Multi-tasking dan ia mampu
membaca pelbagai jenis
format Microsoft Windows

Windows menggunakan
FAT12,FAT16,FAT32 @ NTFS
dan mempunyai batas untuk
pelbagai fail dan saiz
(partition).

Linux memiliki sejumlah
sistem fail sendiri. Seperti
EXT2 dan menyokong pelbagai
fail seperti XFS ,JFS,JFFS dan
Reiser3
Menggunakan sistem fail MFS
(Macintosh File System), HFS
(Hierarical File System) dan
HFS+
SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Sistem pengoperasian rangkaian (NOS) adalah sistem operasi yang terdapat di dalam
komputer yang direka untuk menyokong komputer peribadi, pencetak dan
perkakasan lain yang dihubungkan pada rangkaian kawasan tempatan (LAN).
Selain itu ia juga berfungsi untuk menghantar arahan, menambah, mengatur dan
membenarkan akses kepada sumber-sumber yang dikongsi oleh semua pengguna
secara serentak.
NOS juga berfungsi untuk melindungi data yang terdapat dalam rangkaian.
Sistem pelanggan mengandungi perisian khusus yang membolehkan mereka untuk
meminta sumber yang dikongsi yang dikawal oleh sistem pelayan bertindak balas
kepada permintaan pelanggan.
Satu sistem operasi rangkaian menyediakan perkongsian pencetak, sistem yang sama
perkongsian fail dan pangkalan data, perkongsian aplikasi, dan keupayaan untuk
menguruskan direktori nama rangkaian, keselamatan, dan aspek-aspek lain
pengemasan rangkaian.
PERBEZAAN
SISTEM OPERASI
SISTEM PENGOPERASIAN
RANGKAIAN
Perbezaan dengan sistem operasi yang
digunakan untuk pengguna individu bagi
mengawal sesebuah komputer
Mengawal dan menguruskan semua
aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai
komputer di sepanjang rangkaian.
OS berfungsi sebagai perantaraan di
antara perisian dan perkakasan.

Bertindak sebagai pengarah bagi
memastikan perjalanan rangkaian ini
dapat berjalan dengan sempurna dan
bersistematik.
Ia juga bertanggungjawab dalam
mengagihkan sumber komputer seperti
memori dan CPU kepada setiap aplikasi
yang dijalankan
-

Anda mungkin juga menyukai