Anda di halaman 1dari 10

NOOR AINI BINTI PARLAN

(760123-03-5046)

PENILAIAN PORTFOLIO PENGHASILAN POSTER DALAM SENI DIGITAL YANG


DIHASILKAN OLEH MOHAMAD AQISH AIZAT BIN MOHD NASAFRI.

Dalam portfolio ini, saya dapati pelukis menggunakan poster sebagai fokus
utama dalam menghasilkan karya. Didapati pelukis telah menjalankan kajian terhadap
teknik poster sebelum menghasilkan karya poster tersebut. Seperti yang sedia maklum,
poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan pengiklanan yang
berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan. Sesuatu poster
harus dapat menarik perhatian orang ramai serta dapat menyampaikan mesej dengan
jelas, cepat dan berkesan.
Poster boleh dipersembahkan melalui dua cara iaitu menggunakan muka taip
ataupun lebih dikenali sebagai huruf sahaja dan juga menggunakan muka taip bersama
ilustrasi dalam bentuk lukisan, gambar atau foto. Mukataip dijadikan subjek utama untuk
menyampaikan maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada juga jenis
yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan
tema poster tersebut.

Poster yang menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk lukisan,
gambar atau foto selalunya lebih menarik dan berkesan. Sekiranya maklumat yang
disampaikan melalui mukataip tidak dapat disampai dengan jelas mungkin atas faktor
bahasa yang kurang difahami kerana berlainan bangsa atau usia yang belum mampu
boleh membaca atau terlalu tua untuk membaca dan sebagainya. Dengan itu,
penggunaan ilustrasi adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej poster.
Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi sekurang-kurangnya 70% daripada saiz
poster, berbanding mukataip bagi poster jenis ini.

Dalam penilaian karya yang dihasilkan pelukis ini, saya telah nilai melalui aspekaspek berikut ;
I.
II.
III.
IV.
V.

Perkembangan / olahan idea


Lakaran dan penyelidikan
Lukisan kajian
Eksperimentasi bahan dan teknik
Proses dan penghasilan

PERKEMBANGAN/OLAHAN IDEA

Didapati pelukis telah mencari hasil karya poster di dada-dada akhbar, majalah
dan juga internet. Melalui sumber-sumber ini juga, pelukis telah mendapat beberapa
idea yang membantu dirinya dalam menghasilkan idea-idea menarik. Hasil-hasil karya
yang dicari telah memberi impak yang besar dalam penghasilan karyanya sendiri
kerana sumber-sumber tersebut merupakan sumber yang terbaik jika hendak
mendapatkan idea untuk teknik poster.
Hasil-hasil poster yang dicari telah dikaji motifnya dan menepati tema
bergantung kepada sesuatu pemberitahuan maklumat yang jelas. Didapati juga posterposter tersebut menggunakan warna, motif dan juga muka taip yang kemudiannya
disusun dan menjadi satu olahan idea yang menarik. Semestinya setiap poster tersebut
telah berjaya menyampaikan satu mesej yang jelas dan mampu menarik minat pihak
atau individu yang melihatnya.
Sebagai olahan idea, pelukis telah mencari beberapa rupa dan bentuk yang
berunsurkan gambar dalam lingkungan motif mengikut objektif asalnya yang telah
memberi satu idea yang memberangsangkan. Gambar-gambar tersebut telah dipilih
dan dijadikan satu olahan idea yang bernas untuk menghasilkan dan menyampaikan
poster yang menarik.

LAKARAN DAN PENYELIDIKAN

Dalam penghasilan portfolio yang dihasilkan oleh pelukis ini, didapati terdapat
satu proses lakaran awal yang mana dihasilkan sebagai satu idea awal yang digunakan
beberapa subjek matter yang terdapat pada gambar-gambar pilihan. Melalui lakaran
tersebut, mampu menyerlahkan objektif dan target yang ingin dihasilkan berdasarkan
satu motif yang menuju ke arah sesuatu maklumat.
Kesemua subjek matter yang digunakan telah diolah dan disusun dengan cantik
dalam lakaran tersebut dan mungkin merupakan satu gambaran awal terhadap hasil
karya yang akan dihasilkan nanti. Penyusunan gambar-gambar pilihan yang merupakan
subjek matter juga telah diubahsuai menggunakan perisian dalam computer yang
berkonsepkan seni digital. Penerangan melalui gambar-gambar tersebut yang
menunjukkan arahan gambar tersebut disusun telah menunjukkan bahawa hasil karya
yang terakhir akan menjadi sesuatu olahan idea tersendiri yang baharu.

LUKISAN KAJIAN

Ini merupakan satu lakaran awal yang menunjukkan satu hasil yang ingin
dihasilkan. Lukisan kajian yang dihasilkan telah menggunakan olahan berdasarkan
gambar dan menggunakan bentuk dan rupa sesuatu gambar dengan gambar yang lain.
Penggabungan rupa dan bentuk ini telah diteliti dan mungkin diubahsuai supaya unsur
garisan tampak jelas bahawa terdapat gabungan dua rupa yang berbeza. Didapati juga
terdapat penggunaan ruang yang menarik bagi penyusunan rupa bagi menunjukkan
terdapat ruang yang bersesuaian dengan rupa yang terdapat pada gambar.
Penggunaan beberapa garisan beralun telah menampakkan bahawa rupa dan
bentuk pada gambar seakan-akan bergerak-gerak dan timbul. Ini telah menunjukkan
bahawa penghasilan karya ke arah yang lebih berdimensi. Penggunaan rupa dan
bentuk juga sesuai dengan tema yang hendak digunakan pada poster dan akan
menampakkan maklumat disampaikan dengan lebih jelas.

EKSPERIMENTASI BAHAN DAN TEKNIK

Dalam aspek ini, saya dapati bahawa pelukis telah menetapkan susunan bentuk
dan rupa yang diinginkan untuk hasil kerja yang terakhir. Susunan bentuk tersebut dan
rupa tersebut perlu diletakkan dan telah disusun di bahagian kertas berukuran A4 untuk
memilih tempat dan ukuran yang sesuai perlu ada pada susunan pada poster tersebut.
Pelukis juga telah menjalankan beberapa eksperimen warna pada rupa dan
bentuk pada hasil karya akhir tersebut. Didapati pemilihan warna yang pelbagai dan

campuran yang berlainan telah digunakan terhadap hasil karya tersebut. Penggunaan
warna juga mampu menjadi satu daya tarikan yang penting terhadap sesuatu poster.
Warna yang digunakan juga telah menunjukkan rupa yang berbeza pada setiap gambar
dan menunjukkan rupa yang pelbagai dan jelas pada gambar.
Pelukis juga telah mencuba beberapa warna dan corak yang sesuai yang perlu
diletakkan sebagai latar belakang pada poster tersebut bagi menampakkan gambar
pada poster tersebut lebih hidup dan mengenakan mood pada hasil karya tersebut.
Penggunaan latar belakang yang terang dan juga gelap telah menjadi satu kombinasi
yang sesuai dan mampu dilihat pada sudut pandangan yang berbeza pada poster
tersebut.
Pelukis juga telah memilih font untuk tipografi yang ingin diletakkan pada poster
tersebut. Kajian dan pemilihan yang dilaksanakan pada tipografi ini penting supaya
perlu bersesuaian dengan maklumat dan mood yang ingin disampaikan. Yang paling
penting ialah tipografi tersebut mudah dibaca dan bersesuaian dengan tema yang
hendak digunakan. Pelaksanaan eksperimen terhadap reka letak tipografi tersebut juga
perlu dilaksanakan supaya setiap huruf dapat dibaca dan mampu untuk menghasilkan
ruang yang baik pada poster.

PROSES DAN PENGHASILAN


Dalam proses dan penghasilan yang digunakan oleh pelukis, telah tertumpu
kepada seni digital dan ini bermaksud setiap proses yang dihasilkan menggunakan
perisian yang digunakan untuk menghasilkan poster. Perisisan digital ini banyak yang
boleh digunakan dan yang paling popular merupakan perisian Adobe Photoshop.

Dengan menggunakan perisian ini penghasilan poster akan menjadi lebih menarik dan
banyak eksperimen yang boleh dilakukan dalam perisian ini.
Sumber-sumber gambar semuanya didapati diambil dan dimuat turun daripada
internet dengan menggunakan laman sesawang untuk mendapatkan pelbagai contoh
dan bahan menarik. Gambar yang dimuat turun tersebut telah dimasukkan ke dalam
perisian Adobe Photoshop dan telah diedit untuk menyusun dan memastikan gambar
tersebut sesuai.
Setelah siap diedit, kemudiannya telah dicetak menggunakan printer yang
mampu untuk mencetak dengan menghasilkan rupa bentuk dan warna yang baik. Bagi
menampakkan poster tersebut lebih cantik, poster tersebut telah diedit supaya dicetak
pada satu muka penuh pada kertas berukuran saiz A4 dan hasil karya yang terakhir
telah siap.

Anda mungkin juga menyukai