Anda di halaman 1dari 21

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD KHALIL
NUR SYAMIMI
PENGENALAN
Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak,
tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu
atau sesuatu kumpulan.
Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh
dicapai oleh seseorang tanpa menjadi penghubung
sosial dengan orang lain.
Secara ringkasnya etika adalah falsafah, tingkahlaku
manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah.
ETIKA DALAM PENDIDIKAN
LUAR
1. ETIKA TERHADAP DIRI SENDIRI
Mengutamakan keselamatan, kesihatan dan
kecerdasan diri.
Memelihara kebersihan, kekemasan dan keceriaan
diri.
Berupaya membuat keputusan yang rasioal dan
kestabilan mental terhadap tekanan.



Mempunyai perilaku yang mencerminkan akhlak dan
budi pekerti yang luhur serta saling hormat
menghormati.
Berkomunikasi yang berkesan dan kesantunan
berbahasa dengan semua pegawai dan peserta.
Menghindarkan diri dari apa-apa tindakan yang boleh
mencemarkan nama baik dan imej maktab.
Bertekad dan berusaha meningkatkan kualiti dan
prestasi diri sepanjang program.


2. ETIKA TERHADAP RAKAN PESERTA
Bekerjasama dan bermuafakat sesama rakan peserta
Menjaga kesejahteraan, perpaduan dan keselamatan
rakan peserta.
Memberi nasihat dan menolong rakan peserta dalam
mengatasi masalah yang dihadapi
Menjadi ahli yang aktif dalam semua aktiviti dan
sebagaimana yang diarahkan

3. ETIKA TERHADAP ILMU DAN PENGALAMAN
Membina sikap cintakan ilmu dan pengalaman
Mengembangkan potensi berfikir secara kreatif dan
kritis dan dapat menyampaikan idea yang jelas.
Menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat
merealisasikannya sebagai aktiviti harian.
Melaksanakan tugasan dengan jujur dan
mengutamakan kualiti dan kesempurnaan.
KEPENTINGAN ETIKA DALAM
PENDIDIKAN LUAR
Membina kesedaran dan tingkahlaku yang positif
terhadap keharmonian alam sekitar.
Kod etika alam sekitar merupakan satu set peraturan
yang perlu diamalkan oleh semua pelajar bidang
pendidikan luar.
Kod ini menggariskan kepentingan penjagaan dan
pemuliharaan alam sekitar dalam semua aktiviti
pendidikan luar. (Christensen & Cole, 2000).
Membina pengetahuan dan kesedaran terhadap impak
aktiviti manusia terhadap alam sekitar lantas berusaha
untuk meminimakannya.

PERANAN FASILITATOR /
JURULATIH
Jurulatih mesti melaksanakan lima kriteria semasa
pelaksanaan aktiviti :

Autoriti
Disiplin
Pengharga
an
Pemusata
n
Kekitaan
1. Autoriti
Hak memberi arahan dan kuasa untuk menarik
seseorang menurut arahan.
Ketua kumpulan dilantik dan diamanahkan
membantu fasilitator dan memimpin kumpulan bagi
menjalankan tugas.
2. Disiplin
Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta
menghormati persetujuan yang telah dibuat.
Kerjasama, sokongan, ketaatan, tindakbalas positif
oleh individu hendaklah dihargai.
3. Penghargaan
Penghargaan dalam bentuk pengukuhan patut dibuat.
Ini akan memberi motivasi intrisik kepada individu
yang akan memberi rangsangan kepada perlakuan atau
pencapaian yang baik.
Sistem permarkahan atau merit akan
memangkinkan penghasilan norma dan nilai kumpulan
atau individu.
Dendaan bolehlah dilaksanakan tetapi haruslah
berbentuk pengajaran dan bukannya hukuman.
4. Pemusatan
Ahli kumpulan haruslah diberikan kuasa dalam
melaksanakan tugas dengan efektif.
Individu digalakkan berfikiran kreatif menyoal dan
diberikan peluang untuk mengemukakan pendapat.
Pemusatan yang sebegini akan dapat membantu
perjalanan aktiviti mengikut prosedur dan teknik yang
selamat.
5. Kekitaan
Potensi diri pelajar hendaklah dicungkil, diasah dan
diketengahkan.
Galakkan mereka aktif, kreatif, inovatif dan proaktif
semasa melakukan aktiviti dan tugasan di kalangan
ahli bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan
keteguhan organisasi keharmonian.
Semangat kerjasama dan kerja bersama-sama akan
mengukuhkan lagi semangat kekitaan
dalam pasukan.
Peranan lain fasilitator ialah :
1. Pemeriksaan ahli/bilangan.
Memastikan jumlah dan bilangan peserta yang
menyertainya haruslah sama jumlahnya dengan
sebelum aktiviti bermula.
Sebarang kecederaan sama ada serius ataupun kecil
haruslah dilaporkan supaya tindakan sewajarnya dapat
diambil.

2. Pengisian oleh Jurulatih/fasilitator.
Semua jurulatih dan fasilitator yang
terlibat dalam sesuatu program haruslah mahir dan
mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang tinggi.
Ini bertujuan supaya segala pengisian yang diberikan
pada setiap kumpulan adalah sama dan standard.
3. Fasilitator bertindak sebagai pembimbing,
penasihat, rakan, penyampai maklumat dan penjana
kualiti diri individu.

PERATURAN PELAKSANAAN
AKTIVITI
Peraturan dan arahan tetap perkhemahan dalam
Kursus Pendidikan Luar perlu diadakan dan
dikuatkuasakan supaya program dapat berjalan
dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai
objektif.
Peraturan perkhemahan perlulah menyeluruh, mudah
difahami dan diterima pakai oleh semua.
Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti
dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam program.
Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim,
kenal mengenali dan hormat menghormati antara satu
sama lain.
Peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati
masa dalam setiap program yang diatur.
Sentiasa berpakaian kemas dan berkasut semasa
melakukan aktiviti.
Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat
dan menjadi tanggungjawab peserta menjaga
kebersihan kawasan.
Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok-
pokok dan perlu mengamalkan mesra alam sekitar.
Peserta dilarang membunuh fauna dan merosakkan
habitatnya.
Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab
terhadap peralatan yang disediakan. Dilarang merosak
atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa
kebenaran.

Dilarang menghisap rokok.
Dilarang mengambil dadah, sebarang aktiviti yang
melibatkan keadaan khayal.
Dilarang bermain sebarang permainan berbentuk
perjudian.
Dilarang merayau di kawasan hutan tanpa penasihat
atau jawatankuasa pengelola.
Laporkan masalah kesihatan kepada penasihat atau
jawatankuasa pengelola.
Utamakan keselamatan diri.
Peserta perlu diajar mengenai Formula Kemalangan
Dinamik supaya mereka memperoleh pengetahuan dan
dapat mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
mengurangkan risiko semasa melakukan aktiviti.
Mengajar kemahiran cara penyampaian perlulah
dirancang dengan baik, secara sedikit demi sedikit untuk
mengajar kemahiran.
Tindak balas kemalangan kemalangan perlu diatasi
dengan sebaik mungkin yang meliputi latihan
Pertolongan Cemas dan Bantu Mula.

Anda mungkin juga menyukai