Anda di halaman 1dari 14

http://husniupsi680.blogspot.

com/2012/11/strategi-pendekatan-kaedah-dan-
teknik.html

STRATEGI


KONSEP STRATEGI
Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan.
Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara
Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih
pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara
berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut
prinsip dan teori pembelajaran.
Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik
mengajar yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat
dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.


PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga
boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains,
matematik, sejarah, dan lain-lain.


PENGAYAAN
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan,
bakat, dan minat.
Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan
secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan
bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-
kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa
yang ditentukan.

PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-
kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud,
alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada
yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.


PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang
berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis
tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk
menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui
tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan
pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
Rumusan
Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori
pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan
strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.


PENDEKATAN
Pendekatan
Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.


PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA
INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIK
KOMUNIKATIF
INDUKTIF


Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan
murid berfikir perkaitan antara sesuatu.


Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan
contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba
disampaikan oleh guru.


Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan.


DEDUKTIF
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis
rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang
dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada
umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula
dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat
untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapat kesimpulan baru.
EKLEKTIK
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai kebolehan.
Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan
generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan,
maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan
dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif.
Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.


KOMUNIKATIF
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita
ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara
berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan
bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.


Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan


Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan
peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka
sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan
aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.


Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk
mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak
dengan lebih jelas.


Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan
dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran
melalui projek yang dilaksanakan.


Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang guru
secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong
minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk
menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan
tugasan untuk menyelesaikan masalah.


Pembelajaran berasaskan aktiviti
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi
tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat
dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.
Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-contoh
untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.




Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup dengan
permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami sendiri aktiviti
permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan
yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi
dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi


KAEDAH
Definisi Kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu
pendekatan yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.
Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai
sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah Penerangan
Kaedah
Natural
Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif
seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional.
Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal,
latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu.
Kaedah Nahu
Tradisional
Kaedah nahu tradisional ini diajar untuk membolehkan pelajar
memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis
menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga, membolehkan
pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya. Ia juga bagi melengkapkan pelajar dengan
perbendaharan kata yang luas yang dapat digunakan dalam
penulisan.
Kaedah Terus
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer
antara tahun1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah
askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan
diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan
prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak.
Kaedah Ajuk
Hafaz
Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi
dan latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan
tatabahasa, pertuturan, perbendaharaan kata melalui guru bahasa
atau penutur jati. Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat
asas melalui ajukan dan maknanya diberi dalam ungkapan biasa
dalam bahasa ibunda.


Kaedah Penerangan
Kaedah
Linguistik
Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara
saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan
bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu
disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.
Kaedah
Kod
Kognitif
Kaedah ini lebih menekankan bentuk dan makna. Seseorang yang ingin
mempelajari sesuatu bahasa harus mengetahui sistem bahasa
berdasarkan kepada hukum-hukum dan norma-norma tertentu dalam ilmu
tatabahasa.
Kaedah
Bahasa
Komuniti
Pembelajaran bahasa komuniti atau Community Language Learning
merupakan cara pembelajaran bahasa yang diasaskan oleh Charles
A.Curran bersama dengan rakan-rakannya. La Forge (1983) murid Curran
meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa mestilah
bermula daripada ciri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa.
Seorang pelajar bahasa perlu memahami sistem bunyi, makna yang
ditetapkan dan tatabahasa bahasa itu.
Kaedah
Oral-
Aural
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar
memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran
mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan Kemahiran
membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk
pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.




TEKNIK
Definisi
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana
ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.


Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik simulasi
Teknik drama
Tujuan Teknik
Menarik minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan rasa ingin tahu
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu.
Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.




Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula.
Melalui teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.
Memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi
kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau
peristiwa yang dianggap penting.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam
satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana
pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-
murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang
dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.


Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.


Teknik Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan
perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis di kalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.


Teknik Drama
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
murid, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid.












BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
STRATEGI PENDEKATAN KAEDAH TEKNIK
Berdasarkan
pertimbangan terhadap
teori pembelajaran,
pendekatan kaedah dan
teknik mengajar
Bercorak abstrak Bersifat konkrit
Lebih
khusus atau
spesifik
Rancangan yang teratur
untuk mencapai
matlamat atau kejayaan
Satu pandangan,
pendirian,
pegangan atau
falsafah bagi
melihat,
memahami dan
mendekati sesuatu
perkara
Cara mengajar
yang disusun
dan
dilaksanakan
untuk mengajar
kemahiran
bahasa
Wujud dalam
bentuk
aktiviti,
strategi atau
taktik dan
bahan atau
alat yang
berkaitan
Strategi
penggabungjajalinan
kemahiran
-strategi
penyerapan nilai-nilai
murini dalam pengajaran
Pendekatan
empirisis
-pendekatan
rasiomalis
(mentalis
-pendekatan
komunikatif
-kaedah tubi
-kaedah terus
-kaedah dengar
dan sebut
-kaedah bersiri
-kaedah
terjemahan
-kaedah tentera
-teknik kloz
-teknik
bacaan
nyaring
-teknik
bercerita
-teknik
drama
-teknik korus
-teknik
dialog


PENUTUP
Kebolehan murid melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap
warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.
Kita harus melahirkan murid sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan
matlamat penting dalam dunia pendidikan.
Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bibliografi
http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-
kump-syafiq-presentation
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
http://www.scribd.com/doc/49253307/Kaedah-Pengajaran-Bahasa-Melayu
Posted by husni upsi at 10:16 PM

Anda mungkin juga menyukai