Anda di halaman 1dari 5

AURAT WANITA MENGIKUT SYARAK

Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam


tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa
yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan
tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih
sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa
nafsu serta kebencian kepada sumber yang qatie.
Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk
pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran
pemakaian tudung yang juga dipanggil hijab
dengan menganggap menutup kepala sebagai
menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti
Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati
Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa
pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad
Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki
menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka
hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-
Wataniah fi al-Adab al-Musir, J il. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan
dalam bukunya Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr: Kita mesti mengikut jejak langkah orang-
orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam
ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama
ada yang disukai atau yang dicaci. Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya
berbeza dengan Barat. Dr. Imad Abd Hamid An-Najar dalam J aridah al-Akhbar pula
menyatakan: Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam
kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat
berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang
memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Quran mengenai hijab adalah khusus
untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah
semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang
ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di
samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau
salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syarie di dalam kehidupan mereka. J usteru,
mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. J usteru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah
ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher
dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek
kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat
yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.
[TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud wa laa yubdiina ziinatahunnaa (janganlah mereka menampakkan
perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka
menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu
Bakar Al-J ashshash, Ahkamul Qur`an, J uz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah illa maa zhahara minhaa [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini
bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan.
Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-
Albani, 2001:66].

Ibnu J arir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, J ami Al-Bayan fi Tafsir
Al-Qur`an J uz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud kecuali yang (biasa) nampak
darinya (illaa maa zhahara minha), katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah
yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak
tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-J amia li Ahkam Al-
Quran, J uz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. J adi, apa yang biasa nampak darinya adalah
wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari
kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda
mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji
dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-
Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan
dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma binti Abu Bakar,

Wahai Asma sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh
baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak
tangannya. [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul Am (Kehidupan Umum/Public Life)

Yang dimaksudkan dengan hayaatul am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari
kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam
kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di
jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya.
Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang Mukmin, Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya. [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan jilbab itu adalah perkataan Arab,
maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan jilbab di dalam bahasa Arab.
Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila
disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di
samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang
wajib diikuti oleh setiap orang.

J adi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian
yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak
kamus Arab untuk mengetahui makna jilbab. Dalam kitab Al-Mujam Al-Wasith karya Dr.
Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala
al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah
(pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-
mulaah asy-tamilu biha al-marah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh
wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan
pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata
kaki. Maksud milhafah/mulaah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di
dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya
coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk
pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja
bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang
leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman
Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh)
apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah
memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar
dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. J ika tidak, maka dia tidak boleh
(haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang
dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana
wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak
mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)

Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu
menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan
khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan
bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan
cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

wa laa yubdiina (dan janganlah mereka menampakkan) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

lam yashluh an yura minha (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR Abu
Dawud].

J adi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah
menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj
(sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang
tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi
bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar
pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. J adi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga
warna kulitnya tidak diketahui. J ika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh
kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat
diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak
boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah pakaian di rumah iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya
semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing)
di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman
Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada
ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka,
dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin
menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada pakaian di dalam
jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak
dibolehkan. J usteru, tsaub adalah pakaian dalam (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh
Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas
tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-
147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani
dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah J uz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj

Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman
Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada
ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak
[bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi
mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus
haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda,
belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang jahiliah. [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan
memperhatikannya.

Abul Ala al Maududi berkata:

J ika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-
i. Wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing
(yang bukan mahramnya);
ii. Wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan
memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain
memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang
menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang
kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh
tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi
kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia
dikira berzina [hadis dari Abu Musa al-Asyari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang
difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah
mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am
(kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita
sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan
taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin
harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus
bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak
berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang
yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk
berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang
yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah
keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk
mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya,
sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu alam bi sawab.

Anda mungkin juga menyukai