Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL PRAKTIKUM
Nama Pelajar : Samson Lian Juk
Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Januari 2012
Tempoh Praktikum : Dua bulan
Pengkhususan : Pendidikan Khas
Nama Guru Pembimbing : Encik Rosdi
Nama Pensyarah Pembimbing : Puan Nor Asiah Binti Nasir
Catatan Minggu ke: (5) .Tarikh : 18 Ogos 2014 hingga 22 Ogos 2014
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Hasil

pemerhatian saya sepanjang minggu kelima ini, saya mendapati antara

masalah yang berlaku ialah kebanyakan murid terutamanya murid yang duduk
dibelakang kelas kurang memberi perhatian yang serius kepada pengajaran di
dalam kelas. Kadangkala mereka lebih suka membuat menganggu rakan atau
memandang ke luar kelas ketika ada guru yang sedang mengajar. Mereka juga
tidak fokus kepada isi pelajaran yang disampaikan di dalam kelas dan sentiasa
memerhatikan ke luar kelas.
Analisis masalah/Isu/peristiwa
Setelah menganalisis masalah yang dihadapi, saya mendapati punca murid tidak
dapat fokus kepada pelajaran adalah :
1. Sikap murid itu sendiri yang menganggap bahawa belajar bukanlah satu
kewajipan atau kepentingan.
2. Sikap mereka jarang ditegur oleh guru kerana mungkin guru juga
beranggapan yang mereka sudah tiada masa depan.

3. Latar

belakang

keluarga

yang

terlalu

memanjakan

murid-murid

ini

menyebabkan mereka tidak mahu belajar dan mengharapkan semua yang

mereka hendakkan datang bergolek di depan mata.

Kelemahan yang telah saya kenalpasti daripada masalah yang timbul ini ialah:-

1. Guru tidak menitikberatkan tentang fokus pelajar di dalam kelas.

2. Guru malas hendak mengambil kisah dengan perangai murid-murid yang
tidak mahu belajar kerana akan menganggu pengajarannya.
3. Guru tidak menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati guru yang
sedang mengajar dan lain-lain.
4. Cara guru mengajar agak membosankan dan menyebabkan murid hilang
minat.

Cadangan Penyelesaian
Bagi mengatasi masalah ini, saya mencadangkan beberapa langkah diambil iaitu :
1.

Guru harus bersedia dengan sebaik mungkin untuk menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan.

2.

Mengadakan aktiviti yang bermanfaat kepada murid-murid sekiranya

guru yang mengajar tidak dapat menghadiri kelas mereka.

3.

Mengamalkan budaya menghormati guru kerana apabila mereka

menghormati guru, mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang
ditegah oleh guru.

Tempoh penyelesaian

Tempoh penyelesaian akan dilaksanakan pada minggu keenam iaitu dari 25

Ogos 2014 hingga 29 Ogos 2014.

Tindakan susulan
Saya akan mula melakukan tindakan sendiri seperti menyuruh murid yang tidak
fokus kepada pelajaran duduk di hadapan guru, menggunakan sedikit hukuman
kepada murid-murid yang mengganggu orang lain. Di samping itu, saya akan cuba
mewujudkan suasana yang harmoni dalam kelas supaya murid-murid tidak cepat
bosan.

Pandangan / komen guru pembimbing

.......................................................................................................................................

Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing

.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
...........
.......................................................................................................................................
............
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai