Anda di halaman 1dari 2

PERAGUT BERPARANG HAMBAT WARGA EMAS

WAN SEN Sat Apr 10, 2010 11:44 am



KUALA LUMPUR: Usaha seorang suri rumah
menyelamatkan diri daripada peragut dengan memanjat
pagar rumah jirannya sambil menjerit meminta tolong tidak
dapat mengelakkannya daripada
menjadi mangsa ragut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin, Mary
Rose Joseph, 63 TAHUN, dikejar dua peragut
bermotosikal, termasuk seorang bersenjata parang yang
turut memanjat pagar untuk meragut rantai leher mangsa.

Kejadian di Taman Mastiara, Jalan Ipoh di sini, berjaya
dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu yang
turut disiarkan Buletin Utama TV3, malam tadi.

Dia (peragut) turut memanjat pagar (rumah jiran)
mengejar saya. Saya meminta tidak dicederakan
kerana terlalu takut melihat parang di tangannya.

Saya ditolak hingga terjatuh di bawah ampaian
sebelum rantai emas saya diragut.

Peragut terbabit hanya melarikan diri sebaik melihat
seorang jiran yang terdengar jeritan saya keluar dari
rumah, katanya.

Mary Rose bersyukur kerana tidak dicederakan dua
penjenayah terbabit, namun masih trauma dengan
kejadian itu, lebih-lebih lagi apabila menonton semula
CCTV.

Pengalaman ini cukup menakutkan kerana
peragut bersenjata tidak lagi melakukan
jenayah di jalanan, malah sudah berani
mengejar mangsa hingga ke rumah, katanya yang
membuat laporan di Balai Polis Jinjang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner
Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian
itu dan sedang meneliti laporan mangsa, termasuk
rakaman CCTV berkenaan bagi mengenal pasti identiti
suspek berusia antara 21 dan 22 tahun yang
dipercayai warga tempatan.

Bagaimanapun, beliau menafikan kawasan terbabit
adalah kawasan panas kerana jarang berlaku jenayah.

Anda mungkin juga menyukai