Anda di halaman 1dari 16

SUKU BANGSA ATAU ETNIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN RUMPUN BAHASA

MELAYU

1. Pengenlan
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa
Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris terpecah
kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan rumpun Austronesia
(dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun Tibet-China. Rumpun Austronesia
pula ipecahkan kepada empat keluarga, iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia
dan Polinesia. Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu seperti
golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna- Butung, Gorontalo,
Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima- Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon,
dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa
Sumatera. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu
berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia.
Menurut Asmah Haji Omar (1988), istilah Austronesia untuk rumpun bahasa Melayu
pertama kali digunakan oleh sarjana lingustik bandingan, iaitu Wilhelm Schamidt. Beliau
menyimpulkan bahawa bahasa-bahasa itu satu ketika dahulu berasl dari stu sumber yang
sama tetapi perkaitan kekeluargaan itu disusur-galurkan kepada jarak masa yang lama, iaitu
5,000 tahun ke atas. Sumber yang menurun bahasa-bahasa di daratan dan pulau-pulau
diberi nama Filum Austrik. Istilah ini merujuk kepada kelompok bahasa yang lama waktunya
5,000 atau lebih. Filum Austrik dipecahkan kepada dua cabang, iaitu rumpun Austroasia dan
rumpun Austronesia. Istilah Austronesia dibentuk dari unsur Latin austro dan unsur Yunani
nesos, iaitu pulau, dengan itu Austronesia bermaksud pulau-pulau selatan. Walaupun
bahasa Melayu bukan sebuah pulau tetapi bahasa Melayu dan bangsa asli, iaitu Jakun dan
Temuan digolongkan dalam Austronesia. Sebelum Austronesia digunakan, Austronesia
dikenali sebagai Malayu-Polinesia. Istilah ini telah dicipta oleh Wilhelm Von Humboldt.

2. Suku Kaum Brunei


Masyarakat Melayu Brunei adalah salah satu kaum pribumi di Negeri Sabah yang amat
kaya dengan warisan kebudayaannya yang unik dan tersendiri dan adalah sewajarnya
diketahui oleh anak bangsanya sendiri. Khazanah warisan ini akan hilang begitu sahaja
dibawa arus zaman era milinieum yang semakin canggih lagi mencabar pada ketika ini
seandainya ia tidak diberi perhatian khusus
Di Daerah Papar, suku kaum ini mencatatkan peratusan penduduk yang paling ramai
berbanding kaum pribumi yang lain. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, Kampung Benoni adalah satu-satunya kawasan penempatan
masyarakat Melayu Brunei yang paling tinggi di negeri Sabah iaitu melebihi 90 peratus
daripada jumlah keseluruhan penduduknya yang berjumlah lebih kurang 3452 orang dengan
bilangan isi rumah berjumlah 624 buah. Perangkaan ini berdasarkan bancian pada tahun
2000, di mana pada tahun itu jumlah penduduk di daerah Papar adalah sebanyak 16,645
orang. Ini jelas menunjukkan bahawa kampung Benoni sahaja menyumbang sebanyak
20.7% penduduk bagi daerah Papar. Bancian pada tahun tersebut juga menyatakan
bahawa jumlah keseluruhan penduduk Sabah pada tahun itu adalah seramai 477,638 orang
di mana 3.5% daripadanya tinggal di daerah Papar.
Masyarakat Melayu Brunei Kampung Benoni Papar di Negeri Sabah ini adalah
dipercayai berasal dari keturunan masyarakat Brunei di negara Brunei Darussalam. Sumber
ini jelas dibuktikan melalui pendapat beberapa orang Sejarawan. Menurut Robert Nicroll,
mengatakan bahawa orang Melayu Brunei berasal dari Daerah Funan. Mereka telah dihalau
oleh orang Cina sebagai pelarian. Mereka telah mencari petempatan baru di Pulau Jawa
Tengah pada abad ke-7 dan ada yang telah sampai ke pesisiran Pantai Barat Borneo dan
Teluk Brunei. Mereka telah berjaya membina kerajaan sehingga ke Pulau Borneo Utara.
Atas fakta inilah, dipercayai bahawa masyarakat Melayu Brunei di Negeri Sabah ini
berketurunan orang Melayu Brunei yang terdapat di negara Brunei Darussalam.

3. Melayu Malaysia
Melayu Malaysia yang disebut Kaum Melayu adalah masyarakat Melayu berintikan
orang Melayu asli tanah Semenanjung Malaya (Melayu Anak Jati), ditambah suku-suku
pendatang dari Indonesia dan tempat lainnya yang disebut Melayu Anak Dagang seperti
Jawa, Minangkabau, Riau, Mandailing, Aceh, Bugis, Bawean, Banjar, Champa dan lain-lain.
Semua diikat oleh agama Islam dan budaya Melayu Malaysia.
Namun, etnik Melayu di Semenanjung Malaysia yang tidak terikat dengan perlembagaan
Malaysia secara umumnya terbahagi kepada tiga suku etnik terbesar, iaitu Melayu Johor,
Melayu Kelantan dan Melayu Kedah. Melayu Johor sebagai suku etnik terbesar, banyak
terdapat di sekitar ibukota Malaysia, Kuala Lumpur dan negeri Johor itu sendiri. Selain itu,
masyarakat Melayu yang tinggal di negeri Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka dan
Perak juga digolongkan sebagai Melayu Johor. Di Malaysia Timur terdapat pula komuniti
Melayu, iaitu Melayu Sarawak dan Melayu Brunei yang mempunyai dialek yang berbeza
dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Suku Melayu Sarawak biasanya terdapat di Negeri
Sarawak, serta lebih berkerabat dengan Suku Melayu Pontianak dari Kalimantan Barat.
Sedangkan Suku Melayu Brunei biasanya menetap di bahagian utara Sarawak, Pantai Barat
Sabah, serta Brunei Darussalam.

Kampung Takis, dalam daerah Papar, Sabah merupakan sebuah penempatan yang
mempunyai sejarah penerokaan dan perkembangan masyarakat yang agak menarik.
Letaknya lebih kurang 5 km dari pekan Papar, manakala jaraknya dari bandaraya Kota
Kinabalu ialah 38 km. Majoriti masyarakat yang mendiaminya adalah berketurunan Melayu
Brunei.
Masyarakat Melayu Brunei adalah salah satu kaum pribumi di Negeri Sabah yang amat
kaya dengan warisan kebudayaannya yang unik dan tersendiri. Mereka yang menetap di
kampung ini keseluruhannya beragama Islam.
Di Daerah Papar, suku kaum ini mencatatkan peratusan penduduk yang paling ramai
berbanding kaum pribumi yang lain. Masyarakat Melayu Brunei Kampung Takis, Papar di
Negeri Sabah ini adalah dipercayai berasal dari keturunan masyarakat Brunei di negara
Brunei Darussalam. Kampung Takis dalam Daerah Papar adalah salah satu penempatan
suku kaum Brunei yang berasal dari negera Brunei Darussalam ini.

Sejarah Malaysia juga telah membuktikan bahawa Negeri Sabah pernah ditakluki oleh
kerajaan Kesultanan Brunei sebelum diserahkan kepada Kerajaan Berpiagam Borneo Utara
pada tahun 1877. Pada masa Sabah berada di bawah pentadbiran Kerajaan kesultanan
Melayu Brunei, masyarakat negara Brunei boleh bergerak bebas ke daerah-daerah yang
berada di bawah pentadbirannya terutama daerah-daerah persisiran di persekitaran Teluk
Brunei iaitu Sipitang, Weston, Beaufort, Membakut, Labuan, Kimanis dan juga Daerah
Papar. Malah masih ada lagi hubungan kekeluargaan yang erat antara masyarakat Brunei
di Sabah dengan masyarakat Melayu Brunei di Brunei Darussalam.
Walau bagaimanapun perpindahan masyarakat Melayu Brunei ke Negeri Sabah telah
membawa bersama kebudayaan mereka. Ini jelas dilihat dalam struktur ekonomi, sosial,
bahasa dan juga agama masyarakat Brunei di Sabah.

Kenyataan ini dapat dibuktikan

melalui nama yang digunakan oleh masyarakat Brunei di Papar iaitu banyak memakai
gelaran Dayang, Awang, Ampuan dan Pengiran hingga ke hari ini.

Malah bahasa di

kampung ini juga kekal menggunakan bahasa Brunei dalam pertuturan dan perhubungan
mereka sehari-hari.

4. Bandar Papar
Papar merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya
yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di
utara dan Membakut dan Beaufort di selatan. Daerah ini mempunyai banyak sawah padi
dan ladang buah-buahan serta menjadi perhentian yang penting untuk mereka yang
memandu ke Labuan atau Brunei.
Pekan Papar menempatkan perpustakaan, pasar, stesen kereta api, pejabat urusetia
kecil, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina
dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap
sebagai bangunan bersejarah.

Rajah 4.1 : Pekan Papar


Penduduk di Papar sehingga tahun 2009 adalah dianggarkan sebanyak 258 302 orang,
dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Brunei, Bajau, Kadazandusun
serta beberapa suku bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang
majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.
Walaupun jarak di antara Papar dan Bandar Raya Kota Kinabalu tidaklah begitu jauh,
namun pembangunan bagi daerah ini agak perlahan jika dibandingkan dengan bandar
Putatan yang bakal menjadi sebahagian sub-bandar Kota Kinabalu. Namun begitu, terdapat
juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar,
Stesen Kereta Api utama serta beberapa buah pasaraya seperti Giant menjadikan tempias
pembangunan dapat dirasai oleh penduduknya.
Tahap hubungan ke bandar Papar adalah sangat tinggi memandangkan ia terletak di
lebuh raya utama Pan Borneo yang menghubungkan Kuching, Sarawak hingga ke Tawau,
Sabah. Walaupun lebuh raya ini cuma terdiri daripada dua lorong, namun ianya adalah
laluan utama untuk sampai ke sini.

Tidak cukup dengan itu, sistem kereta api juga

meningkatkan lagi tahap ketersampaian ke bandar ini bersesuaian dengan kedudukannya


sebagai pusat stesen utama kereta api selain Tanjung Aru, Putatan, Beaufort dan Tenom

5. Peta Lokasi

Rajah 5.1 : Peta negeri Sabah yang menunjukkan kedudukan bandar-bandar utama

Papar merupakan sebuah bandar dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai
Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandaraya Kota Kinabalu,
ibu negeri Sabah.

Daerah Papar bersempadan dengan daerah Penampang di Utara,

daerah Tambunan di Timur Laut, daerah Keningau dan Tenom di Tenggara dan daerah
Beaufort di Selatan. Pekan Papar boleh dihubungkan dengan jalanraya dari Kota Kinabalu
(38 kilometer), dari 6ecan Beaufort (50 kilometer) dan dari 6ecan Keningau (73 kilometer).
Pekan Papar juga dihubungkan dengan jalan keretapi dari stesen Keretapi Tanjung Aru,
Beaufort dan Tenom.
Daerah Papar mempunyai beberapa buah 6ecan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di
sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Jumlah keluasan
daerah Papar ialah 124,320 hektar atau 480 batu pesegi.

Rajah 4.2 : Peta Daerah Papar

6. Metodologi Kajian
Tujuan kajian Linguistik Sejarah Komparatif adalah untuk melihat persamaan
kekerabatan atau tidak dalam bahasa tersebut.

Persamaan tersebut dikaji dan

dibandingkan untuk mengesahkan bahawa bahasa-bahasa yang serumpun menunjukkan


kekerabatannya. Perbandingan yang dilakukan ialah perbandingan morfologi dan semantik.
Perbandingan ini juga akan memperlihatkan bahasa Proto yang menurunkan bahasabahasa moden. Hasil perbandingan ini juga akan memperlihatkan pengelompokan bahasabahasa dalam sesuatu rumpun bahasa.

Persamaan atau kemiripan bentuk dan makna

adalah disebabkan oleh perkembangan sejarah yang sama atau berasal daripada suatu
bahasa Proto yang sama.
Persamaan atau kemiripan bentuk dan makna yang terdapat dalam bahasa-bahasa
tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor warisan langsung

(inheritance) daripada bahasa Proto yang sama disebut, bentuk kerabat (cognate), faktor
kebetulan (by chance) dan faktor peminjaman. Makalah ini hanya mengkaji bentuk-bentuk
persamaan atau kemiripan bentuk-bentuk kata berkerabat (cognate).

6.1 Kaedah Perbandingan


Kaedah Leksikostatistik ialah kaedah dalam pengelompokan bahasa yang lebih
mengutamakan persamaan atau kemiripan kata-kata secara statistik dan mengelompokkan
kata-kata tersebut berdasarkan peratusan persamaan dan perbezaan dengan bahasabahasa yang dikaji. Kaedah Glotokronologi pula ialah kaedah yang mengelompokkan katakata mengikut tempoh masa (time-depth). Dalam hal ini usia sesuatu bahasa dikira dalam
ribuan tahun. (millennium). Oleh itu leksikostatistik dan glotokronologi dapat dirumuskan
sebagai suatu kaedah yang memperlihatkan persamaan atau kemiripan sesuatu bahasa
dengan tujuan supaya usia dan kelompok sesuatu bahasa dapat ditentukan.
Morris Swadesh (1952) mencadangkan 200 kosa kata dasar yang dianggap universal
iaitu terdapat pada semua bahasa dunia sejak awal mula perkembangannya. Kosa kata
dasar ini meliputi kata ganti, kata bilangan, anggota badan, alam sekitar, dan alat
kelengkapan seharian. Kosa kata ini juga akan bertahan selama 1000 tahun pada kadar
80.5% secara umumnya. Apabila peratusan kata berkerabat diperoleh, maka waktu pisah
kedua-dua bahasa tersebut dapat dikira.
Langkah-langkah dalam Teknik Leksikostatistik ialah mengumpulkan kosa kata dasar
bahasa yang berkerabat, menetapkan pasangan yang berkerabat, mengira usia atau waktu
pisah kedua-dua bahasa dan mengira ralat kesalahan untuk menetapkan kemungkinan
waktu pisah yang lebih tepat.

Unsur yang paling penting dalam membandingkan dua

bahasa adalah dengan cara mengumpulkan daftar kosa kata dasar daripada bahasabahasa yang diteliti.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan bahasa antara suku kaum Brunei di
Papar, Sabah dengan rumpun bahasa Melayu. Prosedur yang digunakan dalam kajian ini
adalah melalui pemerhatian dan pengalaman di kampung halaman iaitu di Papar, Sabah.
Kaedah pemerhatian dibuat melalui refleksi saya dan penilaian dilakukan untuk melihat
persamaan dan berbezaan yang wujud di antara kedua-dua bahasa. Hasil dapatan akan
dianalisis dan diasingkan kepada beberapa kategori tertentu.

Hasil dapatan daripada

pemerhatian ini telah memberi beberapa bersamaan dan perbezaan antara kedua-dua
bahasa.

7. Tatacata Pelaksanaan Kajian


Sebagai gambaran umum, tatacara pelaksanaan kajian yang dijalankan adalah melalui
pengalaman dan temubual dalam proses pemungutan data yang sesuai.

Teknik

pengumpulan data secara kualitatif dipilih dan dirasakan bersesuaian kerana pendekatan ini
menyediakan ruang yang membolehkan sesuatu bahasa dan budaya itu dikaji secara
mendalam (Creswell, 2003).
Penyelidikan kualitatif adalah satu konsep yang menaungi beberapa jenis penyelidikan
bagi memahami dan menerangkan fenomena sosial dengan cara pemecahan kepada
susunan topik tertentu. Kaedah ini juga dikenali dengan nama yang berbeza seperti kajian
semula jadi, kajian interpretasi, kajian lapangan, pemerhatian ke atas bahan kajian, kajian
induktif, kajian kes dan etnografi.
Salah satu daripada tujuan penyelidikan kualitatif ialah memahami bagaimana manusia
memenuhi keperluan asas mereka. Ia menggabungkan pengalaman dan persepsi. Justeru,
penggunaan istilah atau frasa sangat jelas jika dibandingkan dengan kuantitatif. Salah satu
perbezaan tersebut ialah sampel atau responden kajian.
Bilangan responden yang diperlukan bagi kajian kualitatif adalah kecil berbanding
kuantitatif. Hakikatnya ialah bilangan sampel yang kecil ini sudah cukup untuk menjelaskan
fenomena yang dikaji. Kefahaman sesuatu fenomena adalah dari perspektif bahan yang
dikaji. Walau bagaimanapun penyelidik adalah instrumen utama bagi pengumpulan data
dan analisis.
Bilangan sampel yang kecil memberi ruang yang sangat luas kepada penyelidik untuk
membuat pemerhatian ke atas tingkah laku, budaya dan bahasa yang dikaji. Cara ini dapat
mengekalkan hubungan yang berterusan di antara pengkaji dan responden tersebut. Ketika
temu bual dilakukan, penglibatan diri dengan cara yang tidak mengganggu proses yang
hendak dikaji berlaku. Lagi pun soalan yang hendak ditanya adalah mendalam supaya
peserta kajian dapat menceritakan pengalaman, keprihatinan atau pandangan terhadap
budaya dan bahasa yang dikaji.
Secara umum, penyelidikan kualitatif adalah langkah untuk memahami sesuatu situasi
berdasarkan konteks dan interaksi yang unik. Ia bukannya satu cubaan untuk meramalkan
masa depan sebaliknya memahami keadaan apa yang berlaku dan akan berlaku selepas
itu.

Perkara yang dikongsikan ialah pengalaman dan temubual bersama peserta kajian dan
proses pemungutan data bagi memenuhi kehendak kajian, iaitu meneroka corak budaya dan
bahasa. Tambahan pula, pendekatan ini memberi fokus kepada keadaan semula jadi di
mana kajian dilaksanakan dalam suasana dan persekitaran yang sebenar (Marohaini, 2001).
Oleh itu, pendekatan ini mampu menghasilkan data dan maklumat yang kaya melalui
proses pemerhatian dan temubual mendalam berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
sendiri di lapangan.

8. Prosedur Pengumpulan Data


Bagi mendapatkan data yang bersesuaian, maka beberapa jenis soalan yang
diutarakan. Penerokaan soalan tersebut memerlukan tiga jenis teknik pengumpulan data,
iaitu pemerhatian, temubual, dan kajian dokumen. Penggunaan berbagai teknik pengutipan
data ini telah menyediakan peluang kepada proses triangulasi dan pengukuhan data
(Merriam, 2001). Ketiga-tiga teknik pengumpulan data ini digunakan bagi melengkapkan
kajian terhadap bahasa dan budaya yang dikaji.
Triangulation digunakan untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan
yang dijalankan secara kualitatif. Tujuan triangulasi adalah untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan data kualitatif iaitu dengan mendapatkan data daripada punca yang
berbeza. Terdapat tiga jenis triangulasi iaitu:
a) Membandingkan pelbagai punca data responden, masa dan tempat
b) Membandingkan pelbagai keputusan responden
c) Membandingkan pelbagai cara menganalisis data
Pelbagai punca data menggunakan alat kajian yang sama pada masa yang berbeza.
Triangulasi tempat adalah data yang dikutip lebih daripada satu tempat manakala triangulasi
responden adalah data yang diperoleh daripada perbagai responden iaitu daripada
seseorang atau kumpulan. Pelbagai keputusan responden bermaksud terdapat beberapa
orang responden memberi maklumat atau fakta bagi menjawab soalan kajian yang sama.
Pelbagai cara menganalisis data bermaksud pelbagai alat kajian digunakan untuk
mandapatkan data yang berbeza tetapi untuk menjawab soalan kajian yang sama.
Kesemua

kaedah

yang

digunakan

kebolehpercayaan data kualitatif.

adalah

untuk

meningkatkan

kesahan

dan

Rajah 8.1 menunjukkan carta alir teknik pengumpulan data dan bagaimana proses
penyediaan data bagi setiap teknik yang digunakan.
Pemerhatian

Dialog
Perbualan

Verbatim
Perbualan

Catatan
Pemerhatian

Transkrips
Perbualan

Hasil Kajian

Jenis Data
Temubual

Dokumen

Temubual
Ringkas &
Mendalam

Salinan
Dokumen

Catatan
Dokumen

Rajah 8.1 : Cartalir Teknik Pengumpulan Data


Rajah 8.1 merupakan perancangan yang tersusun dalam proses pengumpulan data di
lapangan sebenar. Dalam kajian ini, setiap sesi temubual mengumpulkan tiga jenis data,
iaitu verbatim perbualan, transkripsi temubual, dan catatan dokumen. Data yang paling
utama adalah verbatim perbualan yang menonjolkan penyoalan lisan. Verbatim perbualan
juga dimuatkan dengan catatan pemerhatian yang menonjolkan fenomena yang berlaku
semasa soalan diutarakan. Maka, data pemerhatian merupakan data yang utama kerana
data ini mengandungi gambaran sebenar tentang fenomena yang berlaku (Silverman, 2002).
Verbatim perbualan adalah sesuai untuk mendapatkan maklumat dan data secara
menyeluruh dan mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang diperlukan oleh kajian
Memandangkan tumpuan kajian ialah meneliti proses soal-jawab, maka pemerhatian jenis
ini adalah sesuai untuk memperoleh dialog perbualan yang lengkap.

8.1 Kaedah Pemerhatian dan Temubual sebagai Instrumen Kajian


Rakaman video dapat membantu dalam proses pemungutan data dengan lebih
terperinci serta ia membolehkan melihat proses temubual secara berulang bagi
menyediakan catatan pemerhatian agar lebih terperinci dan mantap.
Rakaman audio (rakaman suara) semasa proses pemerhatian pula amat membantu
dalam proses ini kerana proses perbualan berlaku begitu pantas. . Tambahan lagi, banyak

dialog yang tidak dapat dicatatkan dengan hanya melalui pemerhatian.

Penggunaan

rakaman suara bertujuan untuk merakam segala dialog semasa temubual pada ketika ini
rakaman video tidak mampu untuk merakam suara disebabkan kedudukan video yang jauh
di belakang.
Penggunaan audio dan video dalam kajian ini saling lengkap-melengkapi dengan tujuan
memperoleh data yang terperinci dan mendalam berkaitan proses penyoalan lisan.
Kegunaan audio video dalam proses pengumpulan data bukan sahaja memberi peluang
pengumpulan data secara terperinci dalam pendekatan kualitatif, malah data kualitatif
secara deskriptif juga dapat dikumpul (Perakyla, 2005). Data deskriptif dalam konteks kajian
ialah kekerapan pelbagai jenis soalan yang diutarakan.
Semasa kajian awal, langkah mewujudkan hubungan mesra diambil dengan cara
berinteraksi dengan peserta kajian dengan mengenali dan membiasakan diri dengan
mereka. Proses ini bertujuan agar kehadiran peserta kajian menjadi kebiasaan kepada
mereka.
Berdasarkan kepada ketiga-tiga pemerhatian tersebut, tiga jenis data telah dapat
disediakan. Data dari pemerhatian pertama dibuat tanpa menggunakan rakaman audio dan
video; pemerhatian kedua hanya menggunakan rakaman audio; manakala pemerhatian
ketiga menggunakan rakaman audio dan video secara serentak.
Data pertama dan kedua memungkinkan data yang menepati tujuan kajian sukar
diperoleh. Di samping itu, peserta kajian diyakinkan bahawa penggunaan audio dan video
bertujuan untuk membantu mendapatkan data yang lengkap dan ia akan menjadi
kerahsiaan kajian selaras dengan etika penyelidikan.
Setelah melihat dan membandingkan transkripsi data serta perbualan pengkaji, maka
rakaman audio dan video peserta kajian dibuat dalam proses temubual seterusnya
memandangkan temubual bersama peserta kajian dalam jangka masa yang lama bagi
mendapatkan maklumat atau data yang sebenar dan terperinci.
Temubual dilakukan dalam dua keadaan, iaitu temubual ringkas dan temubual
mendalam. Soalan yang diutarakan dalam temubual ringkas berdasarkan kepada tingkahlaku yang menonjol semasa pemerhatian.

Temubual ini tidak menyediakan data yang

mendalam dan tidak menjurus kepada soalan lisan yang digunakan. Temubual ringkas
dilakukan sekiranya masa temubual yang ada amat singkat. Namun, keadaan ini tidak
sering berlaku kerana ia mungkin berlaku pada satu sesi yang tidak dirancang.

Temubual mendalam pula dilakukan berdasarkan kepada verbatiam perbualan yang


mengandungi dialog yang telah dirancang. Oleh itu, protokol temubual disediakan setelah
verbatim perbualan dianalisis dan ia menjurus kepada soalan lisan yang digunakan semasa
proses perbualan.

Sebahagian besar temubual mendalam dilakukan di rumah.

Faktor

keselesaan perlu diberi perhatian agar proses temubual dapat berjalan dengan lancar serta
bagi menghasilkan data yang terkumpul menjadi data yang mendalam dan terperinci.

8.2 Kaedah Catatan Dokumen sebagai Instrumen Kajian


Mengenai dokumen pula, kajian ini menggunakan bahan-bahan bercetak mahupun
bahan-bahan menerusi media baru.

Antara kandungan dalam bahan-bahan ini yang

menjadi perhatian adalah bahan-bahan sejarah dan budaya asal suku kaum yang dikaji.
Bahan yang terlibat dibuat salinan dan dibuat catatan untuk proses analisis seterusnya.
Proses transkripsi dilakukan bagi menghasilkan data berbentuk verbatim perbualan
secara sendiri. Kelebihannya, proses transkripsi yang dilakukan memberi ruang kepada
analisis tema secara serentak dan berterusan. Data dalam bentuk verbatim pengajaran ini
mengandungi dialog perbualan, masa menunggu, dan catatan pemerhatian.

Verbatim

perbualan perlu disiapkan terlebih dahulu kerana proses transkripsi memerlukan jangka
masa yang lama. Masa yang lama diperuntukkan untuk mendengar dan menulis dialog
perbualan secara berulang-ulang, menganalisis data dengan cara mengenalpasti soalan
lisan, mencatatkan masa selepas suatu soalan dikemukakan dan ketika peserta kajian mula
memberikan jawapan, serta membuat catatan pemerhatian.
Selepas menyiapkan dialog perbualan, semakan dilakukan bagi memurnikan dialog
perbualan yang mungkin kurang lengkap atau tidak jelas. Semakan dilakukan dengan cara
mendengar semula rakaman audio dan rakaman video seraca serentak. Dalam masa yang
sama, cacatan pemerhatian dilakukan berdasarkan rakaman video dan mengenalpasti
soalan lisan. Akhirnya, data berbentuk verbatim perbualan yang lengkap dapat dihasilkan.

9. Analisis Data
Analisis data bertujuan untuk menyusun data dalam cara yang bermakna sehingga
dapat difahami. Hakikatnya tidak ada cara yang benar-benar tepat untuk mengorganisasi,
menganalisis, dan menginterpretasikan data. Oleh sebab itu, prosedur analisis data dalam
kajian perlu disesuaikan dengan tujuan kajian. Untuk memudahkan dalam analisa data,
kaedah yang digunakan adalah kaedah statistik. Statistik adalah satu kaedah yang dipakai
untuk mengumpulkan, menganalisa, memaparkan dan memberi makna sesuatu data.
Kaedah statistik mempermudah para pembuat keputusan memahami maklumat mana yang
harus dimanfaatkan agar keputusan mereka tepat.
Tahap menggunakan analisa data statistik adalah seperti berikut :
1. Menentukan masalah (untuk menjadi objek pengamatan/penelitian)
2. Mengumpulkan data
3. Melakukan analisa
4. Memaparkan hasil

9.1 Menentukan Masalah


Menentukan masalah atau menemukan sesuatu yang menarik perhatian bermula
daripada keadaan titik awal masalah, sehingga mampu bekerja secara berkesan untuk
mengumpulkan data dan memberikan ketepatan yang tinggi. Kesulitan akan wujud apabila
tidak ada definisi yang jelas tentang masalah yang ingin diketahui.
Setiap kajian harus bertolak dari suatu masalah.

Kajian dilakukan kerana adanya

masalah. Tanpa masalah kajian tidak perlu dilakukan. Artinya masalah merupakan syarat
mutlak bagi suatu penelitian. Kemudian kajian dilakukan untuk memecahkan masalah.
Namun dalam praktiknya untuk menggali dan menentukan masalah untuk keperluan
penyusunan proposal kajian seringkali tidak mudah.
Ketika penyusunan kajian, langkah pertama yang dilakukan adalah menentukan
masalah.

Masalah dapat dikemukan dalam bentuk kerja, produktiviti, prestasi kerja,

motivasi kerja, kepuasan kerja daripada arahan-arahan tertentu. Masalah juga boleh dilihat
dalam bentuk aduan pelanggan yang tidak berpuashati atau prestasi dan motivasi pelajar

yang semakin surut.

Ini bermakna bahawa masalah dapat ditunjukkan dengan adanya

penurunan, kemunduran, kemerosotan, atau harapan, piawai, atau kriteria yang digunakan
tidak dapat dicapai.

9.2 Mengumpulkan Data


Satu daripada yang paling lazim adalah bidang pengajian di mana penyelidik itu
memasuki sebuah latar terpilih untuk mengumpul data, sering melalui pemerhatianpemerhatian penggunaan atau temuduga-temuduga.

Manakala pemerhatian adalah

mungkin bagi mendapatkan data kualitatif temuduga-temuduga mungkin digunakan bagi


mengumpul maklumat kedua-dua kualitatif dan kuantitatif. Kajian kes mungkin melibatkan
penggunaan instrumen-instrumen penyelidikan seperti soal selidik, jadual-jadual temubual
dan pemerhatian-pemerhatian, semua yang mungkin menghasilkan data iaitu kualitatif.
Faktor penting dalam pengumpulan data yang perlu diperhatikan adalah populasi dan
sampel. Pada bahagian ini statistik inferensi digunakan. Statistik inferensi digunakan untuk
memperluas perolehan maklumat yang berasal daripada sampel dalam populasi yang
akhirnya digunakan sebagai cara melihat keseluruhan populasi itu.

Kegunaan daripada

statistik inferensi adalah untuk memperoleh maklumat daripada populasi yang terdapat di
dalam sampel.

9.3 Melakukan Analisa


Di dalam analisa data-statistik, kaedah yang digunakan untuk menganalisa data
terbahagi menjadi dua kategori iaitu kaedah penerangan dan kaedah penetapan. Kaedah
penerangan digunakan untuk menentukan apakah data yang ada dapat dipaparkan melalui
angka-angka dan mudah paparkan dengan grafik sebagai ringkasan data.

Kaedah

penetapan pula boleh memanfaatkan ide teori kebarangkalian untuk menjawab pertanyaanpertanyaan khusus diluar ringkasan yang diperoleh.
Teori kebarangkalian adalah penting ketika membuat keputusan kerana ia akan
berfungsi sebagai satu ukuran, merasakan, menyatakan dan menganalisa kemungkinankemungkinan yang boleh terjadi pada masa hadapan.

9.4 Memaparkan Hasil


Melalui perkiraan atau ujikaji yang menyatakan karakter-karakter tertentu dari populasi
akan mudah diperolehi dari sampel. Hasil dipaparkan dalam sebentuk jadual, grafik atau
berupa nilai peratus tertentu.

Sampel digunakan untuk memperoleh hasil pengamatan

keseluruhan populasi adalah yang menunjukkan kemungkinan keterlibatan sampel


berdasarkan penggunaan teori kebarankalian dan nilai interval.

10. Penutup
Alam Melayu mengalami penyesuaian yang meluas. Sesuai dengan sosio budaya dan
bahasa hampir sama di Alam Melayu, didapati orang-orang Melayu mengembara dalam
lingkungan dunia tanpa sempadan di Alam Melayu. Dalam keluasan kawasan Nusantara
Melayu yang luas, wujud pula kaum-kaum yang serumpun yang mempunyai persamaan dari
sedi budaya dan bahasa.
Kajian yang dibuat adalah dalam bentuk kualitatif menerusi kaedah-kaedah penyelidikan
menggunakan teori-teori asas bermula daripada masalah kajian sehinggalah hasil kajian
yang diharapkan. Hasil daripada proses pemungutan data berdasarkan kajian berkaitan
kadang kala tidak menepati perancangan yang telah dibuat di peringkat awal. Sehubungan
dengan itu, dikumen-dokumen sokongan digunakan bagi mendapatkan hasil yang lebih
mantap dan memberi kesahihan terhadap kajian.

Anda mungkin juga menyukai