Anda di halaman 1dari 1

Unit 9

1. Hablur pepejal terdiri daripada suatu susunan teratur dan berulang-ulang dalam 3
dimensi zarah-zarah asas seperti atom, ion atau molekul. Susunan ini dinamakan
kekisi hablur atau kekisi ruang. Pada asasnya susunan zarah-zarah dalam kekisi
hablur terdiri daripada titik-titik dalam ruang yang membentuk corak tertentu dalam
geometri yang teratur. Kekisi hablur yang terkecil sekali dikenali sebagai sel unit
yang mana ia adalah selaras dengan formula sebatian yang terlibat. Hablur pepejal
boleh dikelaskan kepada tujuh jenis sel unit dalam sistem hablur yang dikenali
sebagai Kekisi Bravais. Sistem hablur ini terdiri daripada sel unit kiub, tetragonal,
monoklinik, ortorombik, trikinik, heksagonal dan rombohedral. Setiap bentuk sel
dicirikan oleh sudut-sudut yang terhasil di antara tepi sel unit dan panjang relatifnya.
Misalnya sel unit kiub mempunyai panjang sisi (a, b dan c) yang sama dan sudut (,
dan ) di mana sisi bertemu adalah 90.
2. Nombor koordinatan dalam sistem hablur adalah bilangan atom atau ion atau molekul
jiran yang terdekat bagi sesuatu sistem yang dibincangkan. Contohnya sel kiub
berpusat jasad, atom yang terletak di tengah sel kiub tersebut berjiran dengan 8 atom
lain iaitu 4 atom pada lapisan atas sel kiub dan 4 lagi atom pada lapisan bawah sel
kiub tersebut. Maka nombor koordinatan bagi atom yang berada di tengah sel kiub
berpusat jasad adalah 8 . Semakin besar nilai nombor koordinatan maka semakin
dekat atom di antara satu sama lain. Bagi sel kiub mudah dan sel kiub berpusat muka
nombor koordinatan masing-masing adalah 4 dan 12.
3. Hukum bragg adalah sebuah hukum yang diciptakan oleh seorang ilmuwan bernama
Bragg yang mendeteksi bahwa terjadinya difraksi sinar X yang ada pada sebuah
susunan sebuah kristal dan seperti contoh adalah pada kristal NaCl (Garam dapur)
yang dapat diperoleh dari reaksi HCl + NaOH atau dari garam yang dilarutkan dalam
air dan kemudian diuapkan (dievaporasikan). Bragg menyatakan bahwa besarnya
sudut simpangan pada sebuah sinar X yang berdifraksi akan sebanding dengan orde
pada kristal dan akan berbanding terbalik dengan tebal Kristal
4.

Anda mungkin juga menyukai