Anda di halaman 1dari 12

PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK
PENGAYAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK
Mohd Nain Bin Muhamad
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah serentak
dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam pengurusan sistem pendidikan
khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya
dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau
dengan kata lain cabaran era teknologi
Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan nadi dan tulang
belakang kepada kejayaan sesebuah bangsa. Medium utama ke arah memperbanyakkan
sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) .
Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar
matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan
tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.
Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman
pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya
teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik
kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta
lebih inovatif.
Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai banyak faedah
kebergunaannya.Matematik digunakan dalam perdagangan,perindustrian pendidikan tinggi
dan turut diaplikasikan dalam kehidupan dunia sebenar.Pendidikan Matematik di sekolahsekolah di Malaysia bertujuan menyumbang idea-idea kepada pelajar untuk membentuk
pemikiran yang logik, analitis, sistematik, kreatif dan kritis serta kemahiran penyelesaian
masalah seterusnya berkebolehan menggunakan formula dalam kehidupan seharian.Ini
bertujuan agar pelajar dapat memainkan peranan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan
menghargai kepentingan matematik. Fenomena ini mungkin hanya kekal sebagai teori
pengajaran dan pembelajaran jika arus dalam pendidikan matematik di negara kita berada

dalam keadaan statik.


Kita perlu menerima hakikat bahawa proses pengajaran dan pembelajaran kita khususnya
dalam matematik masih banyak memberi penumpuan kepada proses mempelajari koleksi
hukum dan penelitian aplikasi ,prosedur, yang tidak menarik minat pelajar yang jauh daripada
matlamat dan objektif sebenar yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik. Kandungan
dan aktiviti yang digubal secara amat tersusun dan kurang memberi peluang kepada pelajar
mengembangkan fikiran kritis,imaginatif dan kreatif mereka. Maka pelaksanaan Sekolah
Bestari dapat membuka tempat dan ruang seluas-luasnya kepada penggunaan teknologi untuk
mengatasi masalah ketidakserasian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik
ini.Untuk menjadikan pendidikan matematik lebih bernas maka pengintergrasian tekonologi
dalam pengajaran dan pembelajran matematik perlu dilakukan.
Pendidikan Matematik Berbantukan Komputer.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang
mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar
mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian.
Selain daripada itu, teknologi komputer juga boleh dimenafaatkan untuk peningkatan proses
pengajaran dan pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif
dalam membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakan ke atas sesuatu
konsep [ Dublnsky & Tall 1991]. Menurut mereka idea-idea sains dan matematik menjadi
lebih mudah difahami oleh lebih ramai individu apabila ianya dipersembahkan secara lebih
konkrit. Dalam keadaan ini, teknologi komputer berupaya menjadikan idea-idea yang abstrak
kepada konkrit dalam minda melalui visualisasi yang digunakan oleh simulasi paparan grafik,
animanasi dan sebagainya. Pendekatan pembelajaran seperti ini mampu memberi peluang
kepada lebih ramai pelajar mengeksploitasi pelbagai kecerdasan serta perbezaan individu
mengikut keupayaan masing-masing .
Pembelajaran berbantu komputer yang membolehkan pelajar menyimpan dan mengekalkan
sesuatu maklumat dalam jangka masa yang lama dan dapat pula mengaplikasikan maklumat
tersebut ke dalam bidang-bidang yang lain. Maklumat yang disimpan membantu pelajar
dalam proses mengulangkaji semula sesuatu isi pelajaran berulang kali dan berterusan.Bagi
guru-guru pula,pengajaran berbantu komputer mampu menghasilkan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan
pembelajaran secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat


memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik yang diajar. Lebih seabad yang lalu
NCTM (National Council of Teachers of Mathematics, 1980), mencadangkan supaya
pengajaran metematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Crockroft
(1982), menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran matematik bukan
sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga
boleh mengubah kepentingan sesuatu topik dalam sukatan pelajaran matematik. Keadaan
yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di
sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan
matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak akan bermakna jika seseorang
pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Crockroft (1982),
menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan ke dalam sebutan bahasa
matematik sebelum ia diselesaikan. Langkah terjemahan seumpama ini memerlukan
kefahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut.
Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran dan kesulitan pembelajaran di kalangan setengahsetengah pelajarWalau bagaimana pun masalah, kesukaran dan kesulitan ini boleh di atasi
melalui penggunaan teknologi komputer.
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secra berperingkat-peringkat mengikut tahap
pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar
kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu memasukkan unsur-unsur kerja
sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang
berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula
mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100%
diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi
pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar
yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih
p[ositif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah
yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan
mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya
dalam bidang-bidang lain.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam

pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah
disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad,
kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan
serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah
di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta
berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran,
keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Dalam pendidikan
matematik, komputer boleh berperanan untuk melasanakan aktiviti-aktiviti berikut :
1. Penghasilan bahan kurikulum
2. Latih tubi
3. Tutorial
4. Pemulihan dan pengayaan
5. Simulasi
6. Pengiraan
7. Alat Bantu Mengajar
(A) Penggunaan Spreadsheet (MS-ExceL)
Terdapat banyak kajian tentang penggunaan spreadsheet dalam pengajaran komputer. Kajiankajian yang telah dijalankan menyatakan berbagai cara penggunaan spreadsheet dalam
matematik. Ada juga kajian yang menyatakan penggunaan spreadsheet dapat mengurangkan
kesilapan konsep matematik. Malah kini, penggunaan spreadsheet boleh didapati daripada
laman web yang memaparkan penggunaan spreadsheet. Umpamanya, Algebraic ProblemSolving Using Spreadsheet (Spreadsheet Problem Collection - Laman
Web:http://forum.swarthmore.edu/workshops/suticipants/sinclair/problem/
probfile.html). Di sinilah kita mendapati bahawa penggunaan spreadsheet boleh membantu
pengajaran matematik. Mungkin guru-guru di Malaysia juga boleh menggunakan spreadsheet
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sementara menunggu pakej pengajaran
berbantukan komputer yang sesuai.
(B) Penggunaan Multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi
video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan

proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping


membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah. Kaedah ini
membenarkan pelajar menggunakan sokongan audio-visual, biasanya persembahan grafik
dan animasi teks bagi menyuarakan pendapatnya mengikut apa yang dikajinya. Penggunaan
multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah :
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masingmasing
2. Memudahkan dan mempercepatkan kefahaman dan pengetahuan kepada pelajar
3. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menarik dan
menyeronokkan.
4. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.
5. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali.
(C) Penggunaan Internet (WWW dalam Pendidikan MatematiK)
Internet atau International Network of Network ialah sebuah rangkaian komputer di
peringkat antarabangsa. Dalam rangkaian Internet terdapat berbagai jenis sumber yang
berjuta-juta bilangannya. Sumber itu termasuklah kertas persidangan, artikel majalah,
perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru matematik boleh mendapat
rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Sumber
dari pengajaran lain seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh juga
diperolehi daripada Internet.
Penggunaan komputer yang disambung ke internet pula dikenal pasti dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan seluruh ahli masyarakat.Melalui
internet,pelajar-pelajar dan guru-guru dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan
matematik seperti arithmetik, statistik, kalkulus, algebra, sejarah matematik dan
sebagainya.Melalui internet,pengguna e-mail memupuk semangat belajar secara kumpulan
dan pelajar berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui [christie 1996]. Penemuan bari
ini membawa perubahan kepada pelajar di mana pelajar akan menjadi lebih mahir membuat
kajian dan berfikiran kritikal [Nolen & Martin 1994].Selain daripada itu, banyak bahan yang
boleh dimanafaatkan oleh guru-guru berhubung dengan pendidikan matematik melalui
internet ini seperti teori pembelajaran dan aplikasi yang sering dibincang oleh para pendidik
iaitu konstrutivisme. Beberapa strategi dan teknik pembelajaran yang berkait rapat dengan

teori tersebut ialah pembelajaran koperatif dan inkuri penemuan.


Di samping itu, terdapat beratus soalan yang meliputi pelbagai topik dalam matematik seperti
soalan penyelesaian masalah boleh dimanafaatkan oleh guru-guru dan para pelajar untuk
diselesaikan sama ada dalam kelas atau di luar kelas.Lantaran menyedari potensi dan
keupayaan internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang berkesan, maka
Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan internet kepada
para pendidik dan pelajar.Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS
Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaring Pendidikan.Projek tersebut
termasuklah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan
golongan pendidik di sekolah serta maktab-maktab perguruan. Selain itu , kementerian
memberi latihan dan bimbingan tenaga pengajar dengan kemahiran menggunakan segala
kemudahan teknologi yang disediakan dan seterusnya merancang,melaksanakan serta
memantau pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda danpengetahuan di samping menggalakkan pelaksanaan pelbagai
aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan ICT.
Di dalam Internet terdapat banyak kumpulan diskusi elektronik. Kumpulan ini mungkin
terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang berbincang tentang
perkara yang sama termasuklah tentang matematik. Selain daripada diskusi elektronik,
WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam bidang matematik. Berikut adalah beberapa sumber pengajaran dan
pembelajaran daripada WWW yang boleh membantu guru matematik mengajar matematik :
1. The Math Forum
2. Ask Dr. Math
3. Tulang Napier
4. The Tower of Hanoi
5. Pembuktian Teorem Pithagoras
6. Manipula Math With Java
Menyedari potensi dan keupayaan sebagai wadah komunikasi dan interaksi elektronik yang
berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan
Internet kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerja sama serta bantuan kepakaran
daripada pelbagai organisasi, Kementerian Pendidikan telah melancarkan beberapa projek
yang berlandaskan jaringan pendidikan. Dalam perlaksanaan kepelbagaian projek ini antara
lain Kementerian Pendidikan berhasrat :

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada


para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-maktab perguruan bagi melatih
dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang sedia ada
(Internet)
2. Merancang, melaksana dan menyediakan pelbagai aktiviti
pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan
pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif
berasaskan teknologi maklumat.
Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi
maklumat yang menjadi sebahagian daripada kandungan kursus akan memberi peluang
kepada guru pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam
penggunaan komputer., khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan
pula pada hari ini, terdapat kepelbagaian program yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi
hampir semua peringkat
(D) Penggunaan Geometers Sketchpad
Pada tahun 1987 Nicholas Jackin begitu serius membuat programman geometri ini sehingga
terbinalah Geometers Sketchpad untuk Machintoch. Guru-guru serta pengguna amnya
mencuba versi awal ini. Pada tahun 1990 Nicholas berjaya menghasilkan versi beta .
Pembiyaan dari Yayasan Sains Kebangsaan untuk meneruskan penyelidikan . Versi kedua
program ini program ini dilancaarkan pada April 1992. Manakala vrsi pertama Sketchpad
untuk Window pula dilancarkan pada April 1995. Penggunaanya berluasa sehingga ke hari
ini.
Kewujudan program menonjolkan keupayannya untuk menggambarkan rajah geometri
seperti Euclidean Geometri. Geometers Sketchpad banyak membantu pelajar menerokai dan
mencipta bentuk-bentuk geometri sehingga ke peringkat membuat konjektur mengenai rajah
tersebut. Pembelajaran geometri tidak lagi berakhir kepada noktah tapi sentiasa mencapah ke
aras yang lebih tinggi. Ia memudahkan pelajar menemui ciri-ciri spesifik dan menjana pelajar
membuat open ended questions.
Michael Serra, dalam bukunya, Discovery Geometry: An Inductive Approach (1999)

menerangkan bahawa melalui pendekatan terhadap GSP membolehkan pelajar membina rajah
geometri sendiri dan berbincang bersama rakan mengenai konjektur yang terhasil, melalui
pengamatankepada pola pola. Pelajar selanjutnya akan memberi alas an kewujudan
konjektur berkenaan. Pierre Van Hiede dan Dina Van Hiede Geldoft menyatakan melalui
GSP secara tidak langsung mengarahkan pelajar membuat visualisasi, analisis,rigor , deduks
informal dan deduksi formal.
Seterusnya membolehkan pelajar menemukan 3 peringkat pembinan rumus matematik yang
terdiri dari perinkat permulaan, diikuti dengan peringkat visualisasi, kemudian peringkat
analisis dan seterusnya membuat konjektur sebelum membuktikan kebenaranya. Pelajar dapat
menerokai secara dinamik serta membuat perubahan kepada rajah geometri dengan lebih
analitik.Melaluinya pelajar menjalani demonstrasi interaktif, membuat kolaborasi dan
meyuarakan hasil dapatannya. Dalam ertikata yang lain, penggunaan GSP ini secara tidak
disedari mencetusan cooperative learning .
Pembelajaran Berbantukan Kalkulatur Grafik.
Kalkulatur Grafik merupakan alat teknologi yang mudah dan boleh diperkenalkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada diperingkat menengah atau rendah. Kalkulatorkalkulator grafik yang boleh diperluaskan penggunaannya adalah seperti Calculator-Based
Laboratory (CBL-2) dan TI-83 Plus. Berbeza dengan negara-negara barat, kalkulatur telah
diperkenalkan kepada kanak-kanak sejak berumur lima tahun lagi, pada hal kita masih
menilai sama ada ianya sesuai atau tidak diperkenalkan kepada kanak-kanak kita. Mengapa
kita boleh biarkan murid menggunakan kalkulator grafik dalam pembelajaran matematik?
Antara sebab-sebabnya seperti berikut:
Tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan teknologi
Dapat meneroka dan membina konsep serta lebih ingat
Dapat belajar sendiri
Merdeka minda
Menyingkatkan masa pengiraan
Kalkulator sebagai agen visualisasi
Mudah menggraf
Yang paling penting sekali ialah penggunaan kalkulator boleh memudahkan dalam tiga

peringkat proses matematik iaitu permodelan matematik, pengiraan dan pentafsiran


matematik

Keterangan/ulasan selanjutnya:
1. Kalkulator mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan memberi
keyakinan diri pada kanak-kanak kerana penggunaan kalkulator merupakan cara
pembelajaran yang berbeza dengan apa yang biasa mereka lakukan di mana mereka boleh
membuat apa sahaja dengan kalkulator, membantu belajar nombor,boleh menambah dengan
banyak dan membantu kerja melibatkan nombor.
2. Mewujudkan kurikulum yang lebih terbuka di mana pembelajaran tidak terlibat kepada
kemahiran dengan pembelajaran di dalam kelas semata-mata malah ia memberi peluang
untuk kanak-kanak mengembangkan idea dengan lebih bernas. Kalkulator membolehkan
kanak-kanak mengira nombor sehingga angka yang lebih besar daripada angka juta dan
billion yang jauh dari pengalaman asal mereka di mana dengan ini memudahkan mereka
berhadapan dengan masyarakat sekeliling .Kalkulator juga mewujudkan cara yang pelbagai
untuk mendapat maklumat dan ini menambahkan lagi pengalaman kanak-kanak. Malah
kalkulator juga mampu mempekenalkan nombor negatif dan nombor perpuluhan kepada
kanak-kanak.

3. Menambahkan kandungan kurikulum yang mana kalkulator menawar cara pembelajaran


yang berbeza.Kalkulator juga boleh memperkenalkan simbol,menerangkan konsep dengan
mencari pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kalkulator juga mampu
meneguhkan sesuatu konsep yang telah diajar kepada kanak-kanak seperti menggunakan
"number sense" atau berkerja dengan cara yang berbeza

4. Penggunaan kalkulator juga mampu menggalakkan kreativiti dan aktiviti penerokaan ke


atas nombor di kalangan kanak-kanak . Ini mengalakkan idea-idea yang kreatif untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Setengah kanak-kanak tidak mampu untuk mencapai
pengetahuan mereka kepada angka yang lebih besar apatah lagi untuk mengira dan
menyelesaikannya walaupun masalah tersebut mereka telah belajar namun dengan
menggunakan kalkulator halangan mental seperti ini mampu di atasi.

5. kalkulator juga mampu mencetuskan satu pengajaran yang berbentuk permainan dan
penyiasatan malah mampu mencungkil kebolehan dan pengetahuan murid dalam menerima
sesuatu siri pembelajaran matematik sebagai persediaan mental unutk memahami matematik
dalam bentuk yang lebih abstrak.
Kesimpulan
Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan
seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia
sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan
setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia
digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar
dan guru menggunakan teknologi.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti
internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran
pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini.
Pengintegrasian teknologi akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan
kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif,
bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif.
Jesteru guru dan pentadbir sekolah haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin
dihadapi dalam pengintegrasian teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani
perubahan yang bakal timbul daripada pengintegrasian ini seperti halangan masa, latihan
guru, sumber dan sokongan.
Oleh itu guru perlu menyesuaikan diri kepada alat teknologi pengajaran yang baru seperti
komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan

sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu
mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih
berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak
menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan
lebih daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis
teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.
Jelasnya, teknologi ini tidak akan merubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa
berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang
IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan
ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid.
Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan
aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan
teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi
sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
1) Rujukan:
2) Yusuf Hashim [1999]. Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
3) Douglas H. Clements [1998]. Computers In Elementary Mathematics Education. Prentice
Itall Inc. A
4) Dinsan of Simon & Sehuster Englewood Cliffs New Jersey 07632
5) Leone Burton and Barbara Jawarski [1995]. British Libary Cataloguing in Publication
Data.
6) Nota-nota Kuliah En. Narjoharuddeen Mohd. Nor
7) Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) Sekolah Bestari Di Malaysia : Suatu Lonjakan
Saujana, Kuala Lumpur
8) Sulaiman Hashim (1996), Jaringan Pendidikan, Proceedings of the National Symposium
on Educational Computing, USM : MCCE
9) Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin (1997), sekolah Bestari Di Malaysia, Hala Tuju Ke
Masa Depan, Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
10) Ibrahim Saad (1990) Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran, DBP, Kuala
Lumpur
11) Janet, L.M (1988), Intergrating spreadsheets into the mathematics classroom.

Mathematics Teacher, 81(8), 615 652, Kementerian Pendidikan Malaysia.


12) NCTM (1989), Curiculum and Evaluations Standards For School Mathematics, New
York.
13) Sue Brown & Bette Bush (1992), Multimedia math.The Computer Teacher, 20(3), 57
58
14) Roger M. Garrett, (1984), Education and Development,New York
15) Paul Fisher, (1990), Education 2000: Educational Change With Consent, Issues in
Education, London
16) Mok Soon Sang (1990), Pedagogi 4, Kuala Lumpur.
17) Michael T. Battista (1998), Shape Makers Developing Geometric Reasoning With
Geometers Sketchpad, Key Kurikulum Press

http://titisan-embun.blogspot.com/2011/06/pengayaan-teknologi-dalam-pengajaran.html

Anda mungkin juga menyukai