Anda di halaman 1dari 2

Selawat yang baik:

Allahumma salli `ala muhammadin abdika warasulika nabiyyil ummiyi wa`ala alihi wa
sohbhii wa barik wassallim
Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada
baginda.(Surah Al-Ahzab-56)
Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus
kali.(Hr Muslim)
Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan malaikat yang memiliki sebuah sayap di dunia timur
dan sebuah sayap lagi di dunia barat, kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah
bumi yang ketujuh, padanya ada bulu sebanyak bilangan makhluk Allah swt.
Lalu apabila ada seorang laki-laki atau perempuan dari umatku membaca selawat kepadaku,
memerintahlah Allah swt kepada malaikat itu untuk menyelam dalam laut dari cahaya di bawah
Arasy. Malaikat itu menyelam di dalamnya kemudian keluar dan mengibaskan sayapnya.
Menitislah sebuah titisan dari setiap bulu dan Allah swt menjadikan dari setiap titisan itu malaikat
yang memintakan ampun padanya sampai harl kiamat".
Sabda Nabi s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr
Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)
Sabda Nabi s.a.w:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.
Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat
bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah
hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)
Riadus Solehin oleh Imam Nawawi Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail,
Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari
sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian
seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum
dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan
aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masingmasing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, diharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk
berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang
kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
FADHILAT SELAWAT
Rasulullah SAW akan membalas dengan 10 selawat untuk setiap selawat daripada umatnya ke atas
Baginda.
Allah akan mengangkat 10 darjat untuk setiap selawat daripada hamba-Nya.
Malaikat juga akan turut membacakan selawat ke atas orang yang berselawat.
Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat.
Allah akan menggandakan limpah kurnia dan rahmat-Nya pada mereka yang berselawat.
Terselamat dan terpelihara daripada segala yang mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
Allah akan meluas dan melapangkan rezeki daripada sumber yang tidak diketahui. wallahu'alam.
Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda
Apabila seorang mukmin membaca selawat untukku, maka selawat itu diambil oleh malaikat
dengan izin Allah sampai ke kuburku. Maka Malaikat berkata "wahai Muhammad!, umatmu telah
membaca selawat untuk engkau!" lalu kata Nabi SAW, " sampaikan kepadanya dariku sepuluh
selawat dan katakan kepadanya telah seharusnya bagimu mendapat syafaat dari ku (Nabi SAW).
Maka Malikat tadi terus naik ke atas Arasy dan berkata, "wahai Tuhanku, sesungguhnya manusia ini
telah membaca selawat sekali untuk kekasihMu. Maka Allah berfirman, " Sampaikan kepadanya dari
Aku sepuluh selawat"
Mine..
Dunia adalah tempat persinggahan sebelum menuju akhirat yang kekal abadi. Beribadat bukan
mengharapkan balasan syurga atau takutkan neraka Allah tetapi beribadat kerana kita ini hamba Allah.
Oleh itu perlulah melatih jiwa menjadi hamba Allah, hamba sehamba-hambanya seperti dengan
memperbanyakkan selawat ummiyi. Selawat ini boleh menyingkirkan sel-sel kesyaitanan dan kejinan
yang mengalir dalam setiap titisan darah kita/manusia.

Anda mungkin juga menyukai