Anda di halaman 1dari 1

PERMULAAN

-Jamaluddin sangat berminat mendengar cerita tentang kepahlawanan daripada ayahnya


dan bercita-cita hendak menjadi askar.
-Jamaluddin berusaha untuk menyertai pasukan Askar Melayu.

PERKEMBANGAN
-Jamaluddin terpilih untuk menyertai latihan rekrut di Port Dickson.
-Jamaluddin dan Batalion Pertama Askar Melayu berjuang mempertahankan
Singapura daripada serangan Jepun.
-British menyerah kalah dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.Jamaluddin melarikan diri
dari Singapura dan balik ke kampungnya di Selangor.
-Jamaluddin bekerja sebagai penjaga beras dan padi di Sekinchan,Selangor.

Klimaks
-Jepun menyerah kalah dan British kembali berkuasa.Jamaluddin menyertai semula
Askar Melayu.
-Pada masa darurat,Jamaluddin dan pasukannya menjalankan operasi di Hulu Kelantan.
-Platun 12 yang diketuai oleh Lt Hassan bertempur dengan pengganas komunis di Sungai
Semur.Lt. Hassan terkorban.Jamaluddin mengambil alih tugas memimpin pasukan
itu.Banyak anggota platun yang terkorban.Akhirnya ,Platun 12 ditawan komunis.
-Pasukan polis khas yang mencuba menyelamatkan anggota Platun 12 ditawan juga oleh
komunis.Walaubagaimanapun,semua tawanan dibebaskan setelah senjata dan uniform
mereka dirampas.

Peleraian
-Jasa Jamaluddin semasa memimpin pasukannya menentang pengganas komunis
telah dihargai dan beliau dinaikkan pangkat sebagai Sarjan.

Anda mungkin juga menyukai